Wednesday, January 26, 2011

'Buah hati' dah hensem balik.

Buah hatiku sudah sihat. Petang tadi baru keluar dari 'klinik keta' (bengkel ah). Syukur! Rindu giler kat buah hati rasa macam nak peluk! Tapi masih dapat kawal diri dari buat keje giler depan mekanik Cina tuh. Nanti beliau fikir aku giler. Org lain giler bayang kat kekasih aku giler bayang kat keta pulak. har har har..tapi serius mmg aku rindu giler dengan keta aku! 5 ari dia tade kat rumah aku rasa macam pelik. Pegi keja bawak keta abah lagi laa pelik. Aku rasa macam x brapa nak besh. Bukan keta abah x besh tapi aku rasa keta aku lagi besh. ehehehehehheehe.


This is my 'buah hati yg sudah kembali hensem seperti dulu... si hitam pojaan kalbu..




Semalam jumpa Kak Lin kat surau skolah masa solat zohor..Kak Lin kabo kat aku yg malam peristiwa hitam tuh mak kepada budak tade lesen tuh datang balai buat report. Kebetulan malam tuh hubby Kak Lin bertugas. Beliau pon terkejut tgk gambar kejadian tuh. Tengok keta macam kenal. Mana x kenalnya keta si Awin, kata beliau kat Kak Lin. Then beliau cakap napa laa aku x call beliau masa kejadian tuh padahal masa tuh beliau ada jek kat rumah. Tengah ready nak pi solat Jumaat. Masa Kak Lin cakap kat aku tuh, aku pon baru terfikir jugak, yer x yer kan ke hubby Kak Lin polis. Dok kat kuarters aje pulak. Sgt dekat dengan tempat kejadian! Yela benda da jadi kan..time tuh pulak kita tengah blur, blank dan lain-lain yg sama waktu dengannya, mmg x terfikir langsung laa nak contact hubby Kak Lin. Da tengah kalut gitu, benda yg mudah pon jadi rumit. Time tuh jugak laa bateri henset kong pulak. Terus mati henset aku. Nasib baik Ridzuan kasi pinjam henset beliau untuk aku call mak. Nak call abah, tiba-tiba aku blank x ingat no abah! Macam aku cakap td laa..benda mudah pon magically jadi rumit! Nasib baik no. mak aku ingat! So, call mak & mak call abah.

Kata hubby Kak Lin, malam tuh mak budak tuh datang buat report bising-bising naik hangin pulak kat balai. Cakap kasar. Hubby Kak Lin pon hilang sabar laa. Agaknya mmg family depa nih jenis harsh laa..jenis cakap sukahati dia aje. Nak sembur org pon x toleh kiri kanan main sembur direct aje. So dengan polis pon dia main sembur jugak laa. Skali hambik kau kena sembur balik dengan hubby Kak Lin! Makcik tuh sebok cakap sy org susah laa apa..hoh..org susah apa kalau suami pakai keta boleh tahan. Siap speaking bagai. Org susah apa kalau boleh bagi sebijik motor kat anak bawak pi skolah?? Dia susah tang nak bagi anak amik lesen jek kot?? Last-last hubby Kak Lin sembur dia -

"Puan fikir puan punya susah aje lah, org lain punya susah puan x fikir? Puan lagi suka anak puan mati ke daripada bagi dia amik lesen?"

Haaahh..hambik kau sejibik! Tuh laa lain kali belajar cakap beradab sikit. Nih x.. suma org kau nak sembur skali dengan polis skali! Suaminya da laa satu hal..hot temper. Macam yg dia sendri mengaku. Nih wife nya pon sama jugak nak tunjuk dia punya hot temper. Last-last kena sembur gitu dengan polis. Pastu, kena saman laa depa. Sbb bagi anak bawak motor tade lesen. Dengar cenggitu baru aku puas hati. Baru laa adil kan. Ikut undang-undang yg betul, mmg padan pon mak bapak budak tuh kena saman. Apa jadi dengan lesen depa wallahualam, aku tatau laa pulak. Tapi moral of the story is, tolong laa sayang nyawa anak, jangan bagi anak buat sesukahati depa aje sampai membahayakan nyawa. Mudah-mudahan masing-masing amik iktibar kejadian tuh termasuk laa aku sendri. Skang nih aku cam fobia sikit nak keluar simpang tuh walau keta lain bagi jalan! Aku tunggu jek sampai keta clear baru aku keluar. Serik!

Besok petang pi kelas kat UKM. Doakan aku dan buah hati selamat pegi selamat balik tanpa ada apa-apa benda buruk lagi.. AMIN!

Sunday, January 23, 2011

Sejarah hitam 21 Januari 2011.

Al-Fatihah buat arwah Shamrin..Setiap kali dengar lagu Fotograf hati jadi sayu. Sebak di dada satu macam. Tapi lagu Fotograf mmg sedap. Moga2 rohnya sentiasa aman di sana..AMIN.

Semalam satu sejarah hitam terjadi. Balik skolah, keluar simpang, dapat satu kemalangan. Dengan budak skolah tade lesen bawak adik dia skali as pembonceng. Buah hati aku teruk. Lampu kanan pecah, bumper tercabut. Mula-mula aku fikir macam aku yg langgar dia. Then bila aku tengok balik, lampu buah hati pecah sbb kena hentam dengan motor budak tuh laa. Sbb aku keluar simpang mmg slow, at that time traffic tengah lampu merah. both side. And this one car bagi aku keluar simpang tuh. Lagipun simpang tuh area line kuning, all vehicles are supposed to move slow. Then this dua bijik motor tiba-tiba muncul bila aku keluar simpang. Budak berdua tuh jatuh. Motor dia hentam lampu aku then adik dia cam terkejut, jatuh terduduk terjelepuk. Budak yg bawak tuh tade apa-apa. Just kaki dia tercalar sikit. Motor dia lagi laa tade apa-apa. Elok sihat walafiat!

Aku mula-mula panik. Terus keluar keta and tengok budak-budak tuh. Aku risau jadi benda yg aku paling takut jadi - MATI. Sbb aku da slalu tengok eksiden mati. So, aku mmg berdebar giler, takut jadi gitu kat budak tuh! Syukur, tade apa-apa. Just adik dia cam terkejut, duduk terjelepuk, sakit. Aku faham, sbb aku penah eksiden motor 2x. Then ada satu pakcik nih offer bawak pi hospital. Syukur laa budak tuh ok. Then kakak dia nih macam menjerit-jerit pulak marah-marah aku. Masa tuh aku x fikir apa da, aku fikir keselamatan dia dengan adik dia jek. Tapi si kakak nih satu macam punya perangai laa pulak. Dok marah-marah macam salah aku sorang jek pulak. Padahal kau yg pi bawak laju muncul tiba-tiba aje! Then keta aku keluar simpang kau pulak tengah laju bawak motor balik skolah! Da laa kau ikut line tengah makan jalan orang! Padahal motor yg ikut jalan tepi suma slow. xkan laa aku stupid nak pi langgar kau pulak kalau aku nampak! Masalahnya aku mmg x nampak pon. And yg pasti aku mmg keluar simpang tuh bawak slow! Tiba-tiba aje motor budak nih muncul!

Yg buat aku geram, budak nih tatau bersyukur. Aku nih punya laa risau jadi apa-apa kat dia berdua. Aku langsung x fikir keta aku. Terus pi tengok keadaan depa, tapi si kakak dia nih nak buat kuang ajar x pasal-pasal plak. Then bila lepas tuh baru aku perasan keta aku teruk! Giler sedey aku rasa. Pastu terus call Kak Arni suh datang kat aku. Tengok-tengok bukan Kak Arni jek datang, skali dengan Huda, Nizam, Riduan, Ridzuan & Cikgu Mat Nor. Pastu Hawa pulak datang dengan Ustaz Azam. Ya Allah, bersyukur sangat aku ada kawan-kawan stand by my side. If not, aku tatau nak buat apa. Aku blur! Then two / three policemen nih datang. Yg sorang nih tanya aku what happened. Aku pon lupa da apa aku cakap sbb aku mmg blur & blank masa tuh. Sbb masa tuh aku fikir macam aku da langgar org. Then Kak Arni cakap jgn macam tuh..fikir balik, mmg aku x langgar dia. And my frens told me to stand up for myself. Esp. Nizam!

x lama lepas tuh, bapak budak tuh datang. x pasal-pasal dia tinggi suara kat aku. Tunjuk hot temper dia. Konon cakap macam aku nih eksyen laa bawak keta x kisah org naik motor. Sukahati aku nak langgar..gitu laa lebey kurang maksud dia. Aku geram laa kan. Terus aku cakap bagi aku habis cakap dulu, xkan laa aku nih bodoh sangat nak langgar anak orang saja-saja! Then Nizam lak campur & backing aku habis-habis. Pakcik tuh pi jauh tiba-tiba maybe nak cool down ke apa. Pastu Nizam lak makin geram & bagi aku semangat suruh stand up. Nizam cakap dia geram dengan pakcik tuh sbb cam perlekeh aku laa. Mmg sengaja dia cakap kuat-kuat kata dia.Bagi org tua tuh dengar. Then ada benda yg buat pakcik tuh cam terasa terus dia datang dekat kami & terus naik hangin lak kat Nizam! Aku da risau giler masa tuh takut dia tumbuk Nizam ke apa sbb mmg nampak cam samseng pon yer gak. Tunjuk macho macam bagus. Bak kata Ridzuan, cakap sambil smoking macam laa macho. Pastu siap speaking. Rojak laa pon. Nizam pon speaking balik dengan dia. Nizam cakap dia x puas hati pakcik tuh perlekeh aku camtu. Buat kami nih macam org x berakal pulak. We all cikgu, so cakap tuh biar beradab laa jgn main hentam org x pasal-pasal. Pastu dia tanya pulak kat Nizam, "you ada ank x?" banyak kali dia tanya soalan tuh kat Nizam sbb Nizam diam masa tuh. If aku jadi dia masa tuh senang jek aku jawab.

"Kalau sy ada anak, tade sy nak bg anak sy bawak motor tade lesen macam yg encik buat kat anak encik! Sbb sy syg nyawa anak sy!"

Tapi aku mmg x nak benda jadi makin teruk masa tuh so aku try calm down. Tapi Nizam yg stand up for me. Tuh yg dia bertekak giler-giler dengan pakcik hot temper tuh. Last-last pakcik tuh hulur tangan salam, say sorry suma sbb dia terlampau tunjuk hot temper dia. Hah..tau pon. Aku ingat tade akal sesuka hati nak sembur org macam org tade perasaan! Then Nizam pon sama-sama say sorry. Aku diam jek masa pakcik tuh say sorry kat aku. Malas amik port org kuang ajar sebenarnya. Cuma sejuk laa sikit hati sbb dia mintak maaf. Yg anak dia yg kuang ajar tuh da blah boifren datang amik bawak balik. Nizam cakap kat aku dia tau budak tuh dengan boifren dia tuh sbb slalu lepak malam-malam kat Taman Poli bawak motor mmg macam pelesit. Padan laa pon. Dengan tade lesennya..Masa pakcik polis tuh soaljawab dia, muka dia cuak giler masa cakap dia tade lesen. Motor tuh nama mak dia. Hah..tau pon kau cuak. Bawak motor tade lesen cam pelesit kau x cuak pulak. Then kau yg hentam keta aku kau cakap aku pulak yg langgar kau ek? BIADAP tahap hampas. Apa-apapun, syukur kat Allah nyawa dia dengan adik dia xde apa-apa..Aku nih bukan manusia tade perikemanusiaan. Ikut hati, mmg sakit sbb keta aku teruk..duit nak kena keluar lak tuh repair. Kau berdua senang laa lepas jek. Tade lesen pon lepas!

Yg aku hangin tuh bapak dia boleh pulak slow talk dengan abah aku.. siap mengaku salah cakap mmg anak dia tade lesen. masa abah aku sampai tuh, tade pulak kau nak tunjuk samseng kau kan..tau pulak cakap elok-elok. Kalau aku cakap dengan bapak aku kau tengking-tengking aku masa tuh..mmg kena laa kau. Yg polis trafik tuh pon kerek semacam. Sarjan jek pon. Dia amik statement, tengok ic & lesen aku suma..Then bapak aku cakap laa dia nih anak sy. Dia cam tunjuk kuasa laa. Padahal bapak aku cakap slalu sama minum pagi kat kedai mamak. Da jadi benda gitu mula nak tunjuk kuasa laa kan..besa laa adat manusia. Ok laa..pas setel kat tempat tuh, terus pi balai report. Then bawak report tuh ke atas jumpa si pakcik sarjan kerek tuh. Dia cakap still aku salah sbb kuar simpang walaupun ada keta bagi jalan. Dia cakap dia akan keluarkan saman. 150 hinggit. Kena bayar dalam masa 2 weeks. Kesalahan trafik pasal keluar simpang tuh. OK FINE. Cuma yg aku x puas hati dengan undang-undang PDRM nih, apa tindakan pihak depa kat mangkuk-mangkuk makhluk-makhluk yg sukati mak pak dia bawak motor (or keta) tade lesen nih ek?? Kira jadi benda macam kes aku nih, kira budak-budak tuh lepas gitu laa..tade tindakan. Sorry to say, nih mmg stupid laa. Kalau slalu macam nih laa kan...aku assume jelah depa nih tau nak saman org aje. Bukan amik kira keselamatan org pon kan..Yelah, budak tade lesen depa lepaskan gitu je kan..so aku assume mmg depa bukan pedulik keselamatan org laa..asal dapat saman org, duit masuk je. Kalau betul laa fikir keselamatan org ramai, xkan main lepaskan jek org-org tade lesen tuh!

Tiba-tiba aku teringat iklan Sinar FM yg Khairil Rashid slalu sebut tuh.

"Ha..bagi laa anak-anak anda bawak motor kesayangan anda tuh dengan tade lesen. Anak abah laa katakan. BILA DAH KONO, ANDA YG KONO .ADUHAI ANAK ABAH. Apo nak dikatokan!"

Harap lain kali mak bapak macam nih tolong laa beringat sikit hal nyawa anak-anak. x kena teruk xpe laa..kalau teruk, x pasal-pasal patah ke atau mati ke..x ke MATI KATAK jek anak kau?? Allah bagi akal suruh guna cara betul, bukan suruh salahguna sembur org sesukati mak pak kau. Sayang anak bukan bagi anak buat sesukati. Tapi jaga keselamatan anak. Da laa dengan skali dua anak kau atas motor tuh! Tuh suma Allah nak duga. Nak duga aku, dan jugak kau! Sama-sama laa bersyukur,sama-sama beringat!

Nih laa keadaan keta aku before anta ke bengkel...






See keadaan lampu kanan keta aku..ikut logik akal pon, mmg aku yg kena hentam! Sbb belah tepi tuh yg hancur pecah. Tang depan ok. Kalau aku yg langgar budak tade lesen tuh, mesti lampu tuh belah depan pon hancur, & penutup depan keta aku pon kemek! Sudah laa motor dia terjatuh ke bumper keta aku sampai tercabut! Huh...geram bila difikir! Sudah. Zikir banyak-banyak lagi baik! *sob*

Terharu bila Nizam stand up for me sampai macam tuh skali. Dia cakap kuat-kuat depan pakcik & org ramai kat situ yg "She's my bestfren! Sy x boleh org buat kurang ajar mcm nih dengan bestfren sy!" Huuuuuuuu....sebak dada..tadi dia sms suruh aku kuatkan semangat. And say sorry sbb melenting sampai macam tuh skali dengan org tuh semalam. Aku x marah dia langsung pon. Malah aku bersyukur sangat dia ada & made me feel stronger. KAWAN WAKTU SENANG, SENANG JEK NAK DAPAT & KAWAN WAKTU SUSAH, SUSAH NAK DAPAT. Tapi aku bersyukur aku ada kawan waktu susah macam dia..

Thursday, January 20, 2011

Nak boyfren macam AYOUB.

20 Januari 2011 - Kerja banyak tapi melepak macam da tak ada kerja nak buat. Berguling di katil macam tenggiling. Hati macam senang, riang ria sambil main games. Kejap Diner dash kejap Burger Shop kejap Supermarket mania. Aku macam seorang kanak-kanak riang ria x perlu fikir apa. Ahahah.

Besok masih ada. Tapi besok jugak perlu pergi kerja. Anak orang perlu ajar bagi pandai. Pandai dan berakhlak, jangan jadi manusia durjana, PENIPU, tukang permain perasaan anak dara orang padahal anak bini da ada (entah apa yg manusia begini cari dalam hidup dia eh?) dan sebagainya - segala sifat jahat tolong jauhi dari anak-anak didikku Ya Allah, ku mohon padaMu. Cikgu bukan manusia perfect tapi cikgu boleh at least cuba untuk jadi perfect, jauhi segala SIFAT BURUK, jauhi skandal yg x membawak apa kebaikan. Sekali lagi kumohon padaMu Ya Allah. Aku cuba sedaya upaya menepis segala dugaan yg ada. Normal laa..apa yg kita x suka, itu laa yg selalu menghampiri kita. Tapi aku sedang mencuba sedaya upaya menepis dugaan yg datang itu Ya Allah, mohon Engkau kuatkan hatiku, imanku. Jangan Kau biarkan aku terjebak dalam semua yg buruk itu Ya Allah. AMIN.

Besok petang bergegas ke UKM. Kelas sampai malam. Penat tapi hati perlu cekal. Dulu penakut bawak kete sorang-sorang apatah lagi pergi jauh, apatah lagi waktu malam tapi kini sudah pandai buat-buat berani. Walaupun hakikatnya x berapa nak berani. heheheh. Kalau orang lain boleh, aku boleh. Tapi dalam berani kena beringat jugak. Nak bongkak da terer jadi lone ranger memandu di tempat orang, jauh sekali. Aku masih dalam cubaan lagi. Mudah-mudahan dilindungiNya dari segala perkara buruk, di jalan raya mahupun di mana-mana. 

Dalam penat, ada SYUKUR. Tajuk x direject this time. Alhamdulillah, Dr Sakinah suruh cuba. Beliau nak tengok apa progression this week. Tapi da namanya MANUSIA. Sifat MALAS masih ada. Padahal today cuti Thaipussam, patut sepanjang ari ada masa untuk buat apa yg sepatutnya tapi yg berlalu sebaliknya. jadi tenggiling di katil sambil main games. hakhakhakunakjadiapalagamaknyaha? Malam masih ada, harap otak selari dengan tenaga. Jangan jadi lembik, apa kerja pon x boleh setel, cuba jadi RAJIN malam nih, buat apa yg sepatutnya. Walaupun sambil menyelam minum air juga. Masih dalam cobaan mau mendownload citer AYOUB. Kata Aju citer yg membawak keinsafan, ala2 kisah Nabi Ayub a.s.Wallahualam. baru coba nak download. baru belajar guna idm. Download guna direct link. Aapa aku cakap nih? Entah aku pon tatau. huhuhuhuhu.

Sebelum menyudahi bicara, saja nak tempek gambar rakan seperjuangan sewaktu kelas PM Dr Effandi -Asas Pendidikan Math last week di GM 4, Fakulti pendidikan UKM terchenta. Puan Amalia & Cik Aini sedang mempresent hasil kerja mereka. Psikologi pendidikan. Habis segala pasal Piaget, Dienes suma keluar. Auuuuwwwwwwwwwww! Giliran saya? Lagi 5 weeks akan datang. Lalalalalalalalalalaa~ 



Malam ini kita berjuang! Berjuang membuat kerja & berjuang membuang orang dari hati. Kalau membuang sampah itu senang, campak dalam tong sampah saja sudah selesai, kenapa membuang orang pulak tidak? Rasionalnya ialah, orang bukan sampah. Tapi kalau orang bukan sampah, kenapa kadang-kadang orang buat orang macam sampah pulak? Fikir, renung-renungkan. 


Cincang hati sampai hancur.

Mulai arini, waktu nih, saat nih, aku da xnak lagi tau apa-apa pon tentang dia. Biarkan dia dengan perempuan-perempuan tuh semua. They can have him. Dan perempuan-perempuan tuh semua, tolong jangan ganggu hidup aku. Kau nak sangat dia kan? Kau ambik laa dia. Kenapa mesti ganggu hidup aku? I have nothing to do with him anymore.

TAK ADA GUNA AKU BERSEDIH LAGI mengenangkan kisah dengan dia. Sbb DIA BUKAN LAGI ORG YG AKU KENAL 10 TAHUN DULU. He's totally a different person. Org yg aku kenal since 10 tahun dulu x pandai menipu, x pandai berdalih, tapi skrg da lain. Dia PENIPU dan aku benci PENIPU! Jadi, cukup laa. Aku da sangat penat dengan DRAMA dia. Skrg dia boleh main drama dengan perempuan-perempuan tuh semua. Dia PELAKON HEBAT. Aku harap dia menang ANUGERAH PENIPU PALING POPULAR dan aku akan jadi org pertama yg akan ucapkan SYABAS.

Monday, January 17, 2011

Whatever.


There's this one girl. Pretty & young. A LOT younger than me, i might say. And she's in Chee Tai's fren list on Fb. Mula-mula aku fikir maybe she's just being friendly with me and all. Tapi rupanya, ada udang di sebalik mee.. Yg buat aku syak ialah, setiap kali aku post comment pada pic Chee Tai, mesti this girl akan balas komen aku. Each and every time. Mula-mula tuh aku macam.."ah lantak kau laa" kan..And then one day, tiba-tiba pulak this girl request nak add aku as a fren kat fb. Aik? Sudah mendatangkan pelik.. So, mula-mula aku approve kejap sbb aku nak usha gak ah profile dia kan. Aku tau, dia add aku pon sbb nak usha profile aku. Sbb profile aku kan aku private just for frens & family. So, jangan dia ingat aku approve dia, aku x boleh delete dia balik. Sbb mmg itu pon yg aku buat. Approve, usha profile dia & delete. Tade sbb pon aku nak simpan dia dalam list sbb aku x kenal dia & dia pon bukan kawan aku. Dia pon bukan ada niat berkenalan pon, just nak mengusha profile aku & nak tau aku sapa, apa hubungan aku dengan Chee Tai. Mana aku tau? Because my INSTINCT says so and it has never let me down before including this time!

And finally, the truh is out. Kan betul apa aku rasa. This girl mmg ada something dengan Chee Tai. Whatever it is, i don't wanna know. Tapi yg pasti, this girl tiba-tiba hangin satu badan with him. Gara-gara she assumes yg Chee Tai ada apa-apa dengan perempuan lain (iaitu aku) after dia terbaca Chee Tai post something kat wall aku. Aku rasa dia dari awal pon macam ada syak something tentang aku since aku suka komen saja-saja kat pic Chee Tai tu kan. And then, tiba-tiba pulak dia post kat his wall macam nih :

E******* A**** (ditapis)
semOge bhgie ngn org trsyg n tme ksih krne tlah bnyak tpu org.. org dh agak dr dlu tp xmgku knpe xbg twu sal 2 xlaa org kcO dye dlu.. org xsgke je dye wt org cm nie.. xpela k bnde pun dh lps.. lau org jd dye pun org akn plih ___ xpelaa org pun spm thun nie org akn buat yg terbaik.. k pai cni jee pape pun thankz k!


Owh OK, dia pon bahasakan diri dia 'org' with him & bahasakan him as 'dye'. Baru nak amik SPM? Hoh. Whatever.

Yg pelik kat sini ialah, sapa pilih sapa pulak nih? Aku rasa this girl mmg TOTALLY silap faham
habis dengan aku. Hakikat sebenar, Chee Tai pilih dia, bukan aku. And yg kena tipu skrg
ialah AKU, bukan dia. No wonder laa bila aku tanya, macam-macam alasan keluar. And ayat
paling 'favourite' - "Org tade sapa-sapa pon."  Habis tuh, sapa Miss E A tu? Hantu?


Haih...pelik. Kenapa mesti nak menipu? If yer pon kau betul-betul ada something dengan
budak tu, apa salahnya cakap aje YER bila aku tanya. Yg nak menafikan kenapa pulak? Untuk
apa lagi? Nak bagi aku sakit hati? Atas sbb apa lagi? 


Tak faham? Takpe, sapa-sapa pon x payah faham. x rugi pon kalau x faham. 


Damn!


Sunday, January 16, 2011

Torn.

Setiap kali org cuba dekat dengan aku, aku akan terfikirkan sesuatu yg negatif. The fact is, level of my self confident is too low dan aku masih bergantung kepada INSTINCT aku yg kebiasaannya mmg TEPAT. Dan itu belum masuk part aku membandingkan org itu dengan Chee Tai lagi. Sebuah kitaran yg berulang, berulang, dan sering berulang.

So, what does my instinct tell me now? Should i go or should i not? Seriously, I'm torn!

Friday, January 14, 2011

Helpless

Pernah x engkau rasa org sekeliling tidak langsung mempedulikan engkau bila engkau sakit? Engkau rasa helpless dan jika engkau jatuh terjelepuk tepi jalan sekalipun, org langsung x pandang engkau sebelah mata?

Hidup mmg pelik.

Saturday, January 8, 2011

I had a bad day!

Yesterday was the worst day of my life. Pelbagai benda pelik terjadi semalam. (See, TERjadi!) Yg peliknya , benda yg terjadi tuh mmg di luar jangkaan aku. Langsung aku x pernah terfikir boleh jadi benda macam tuh kat aku. Tapi tuh laa kan..yg kita x jangka tuh yg selalu jadi. Sudah laa jadinya pada ari Jumaat!

Tamo salahkan Jumaat. Jumaat semalam sebenarnya ari yg baik. Tapi yg kurang baiknya adalah nasib aku. Ditimpa malang yg mmg x berbau. If we can smell malang, mesti kita akan elak dari ditimpa malang tersebut. Tapi masalahnya x boleh bau...jadi kira nasib laa kalau terkena kan. Aku sebenarnya cuba sedaya upaya berfikiran positif nih. Padahal hati bermain lagu dambaan pilu dari Khai! (~__~)

1. Malang yg x brapa malang sangat tapi mendatangkan MALU ( 2 Fast 2 Furios ):

Petang semalam, before pi kelas kat UKM, aku masuk lorong Touch'n'go, tiba-tiba terjauh pulak pintu buah hati (my car) aku dengan tempat nak ditouch tuh. Mungkins sbb aku laju benor kot masuk lorong. Terus cuak, ada hati nak reverse! skali kete Viva kat blakang da tunggu dikuti some other cars yg jugak masuk tol bangi macam aku! x jadi ah aku reverse. Terus bukak pintu kete & terpaksa keluar untuk touch menatang tuh! Nampak sangat tangan x sampai! So, MALU! Terus sengih macam kerang busuk , then cepat-cepat masuk kete dengan harapan dapat speed laju-laju lepas tuh & driver kete-kete kat blakang tuh x nampak masa aku tersengih kerang busuk tuh! Tapi yg pasti, mesti aku kena (@!#GFH$@$# (maki) punya! GASAK ah. Asal x jumpa driver-driver tadi tuh lagi sudahhhh.

2.Malang yg sebenarnya LAWAK bila difikir balik (Chipmunks) :

Lepas habis kelas Sejarah Matemtatik dengan Dr Sakinah, aku dengan member-member pi ke surau fakulti untuk solat Asar. Kelas dengan Dr Effendi start pukul 6 petang tapi pi solat laa dulu sebelum masuk. Then, habis solat, aku buh laa fail aku dengan plastik yg mengandungi sticker UKM yg aku beli untuk lekat kat kete tuh kat luar surau. Ada 3. And aku pon singgah masuk toilet sat. So, tinggal member aku Sham tengokkan fail & plastik tuh. Tiba-tiba, datang this one big monkey / kera ke apa. aku x pasti sangat nak bezakan spesis depa nih. Panggil monkey jelah senang citer. Tiba-tiba plak monkey tuh datang dekat Sham dan rampas plastik aku tuh! Sham terkejut terus lari jauh ah. Nasib baik monkey tuh x amik skali fail aku! Mujur. Mungkin sbb fail tuh berat. Tapi aku tetap geram dengan menatang tuh sbb jahat pi curik plastik aku! Mungkin dia ingat dalam tuh goreng pisang/ any other food kot. So, dia curik ah! giler jahat! Pencurik! Very bad monkey!! Rupanya dia bawak lari ke mana tau sticker aku?? Dia pi bawak kat sini....


Sungguh jahat itu monkey kan?? sungguh hampeh...da dibawak ke atas bumbung, x dapek laa den nak hambik! Bila dia kirai plastik tuh dia tengok bukan food, terus dia buang macam sampah...dia bukan ada akai. Kot dia ada akal pon tade maknanya dia nak pulangkan balik kat aku. Pencurik yg ada akal pon mananya laa nak pulangkan balik benda yg dia curik. Inikan pulak laa si monyet yg mmg xde akal tuh. Aku pulak jadi macam org ilang akal dok panggil-panggil monkey tuh suh hambikkan balik sticker tuh dari atas bumbung tuh! Padahal tau menatang tuh bukan reti bahasa pon. Tapi saja nak lepaskan geram x puas hati. (@__@)

3. Malang yg menyusahkan aku (Jangan pandang belakang):

Balik dari kelas Dr Effendi, pi solat maghrib sat, lepas tuh masing-masing terus balik. So tade laa singgah makan kat Fasa 1 tuh sbb member-member suma pakat nak balik cepat. Bila da atas highway, hati aku rasa x sedap. Macam ada something wrong. Aku rasa macam fail aku tade! Tapi kete tengah banyak x dapat nak berhenti tengok kat seat blakang. Besanya aku buh barang kat seat blakang. Then bila nak kuar ke tol Seremban, aku berhenti laa. Tengok seat blakang, mmg SAH tade fail aku!! HARU! Sudah laa dalam fail tuh ada buku rujukan sejarah math yg baru jek masa kelas petang tuh aku beli dari Dr Sakinah! Dengan pencil case aku yg aku giler sayang tuh..buku nota aku..and yg paling berharga - kad matriks aku!! Suma lesap! Aku x ingat langsung, macam mana leh hilang benda tuh. Dalam kepala aku fikir aku tertinggal kat surau fak laa. x pun aku letak atas bumbung kete, masa bukak pintu kete, then aku lupa amik masa da masuk kete. So fail tuh cicir laa. Aku fikir gitu laa gamaknya. Tapi hati rasa sedey giler..xtau pasai apa. Bagi aku, benda-benda yg hilang tuh sumanya precious! Konon lega laa monkey x curik fail tuh...skali mmg nak ilang jugak rupanya..


4. Malang yg memenatkan badan, mata, bla bla bla ( Speed ):

Terus aku patah balik masuk ke highway untuk ke UKM semula! YA..aku patah balik semula ke UKM! Masa tuh jam da pukul 9 malam gitu laa. Kete banyak giler tapi hati aku cukup x sedap pasal benda tuh so aku decide patah balik. Speed jugak ah. Dalam 15 mins sampai! Pi ke fak, tengok kete makin kurang, ngeri gak kalau nak diikutkan. da laa blakang tuh hutan! Tapi rasa HATI X SEDAP melebihi rasa takut so aku gamble je sorang-sorang naik ke surau tuh. Padahal da tade org kat blok tuh masa tuh. Yg penting, nawaitu aku, nak cari barang aku yg hilang. So, hilang rasa takut. Tengok-tengok, masuk ke kat surau, NOTHING! Fail aku tade kat situ! So, aku fikir mungkin aku tercicir. Aku pon pi laa smula ke tempat yg aku lalu, aku tengok-tengok sekitar tuh ada x fail aku tuh tapi tade! So, aku BLUR! BLANK habis kepala otak. LETIH! Mata lak sleepy giler..da pukul 9 lebih masa tuh..tengok laa minyak da bakal-bakal nak empty! CUAK! So, sebelum masuk ke highway balik, aku singgah Petronas sebelum highway tuh isi minyak! Then baru masuk highway nak balik ke PD semula. Dalam perjalanan tuh, aku sleepy. Sleepy giler-giler tapi terpaksa kutahan jebat..xkan aku nak berhenti tido dulu. ALONE? Di  rnr?? Owh no..nehi baia..x sanggup! So, alternatif lain ialah SPEED semampu yg boleh! Sampai rumah, lembik sbb terlampau penat

Nak diikutkan yg lain-lain tuh aku tade laa kisah sgt tapi kad matriks aku yg penting. Kad matriks xdak apa-apa urusan payah! Tapi dalam hati YAKIN macam ada org jumpa fail aku and tolong simpankan dulu..mungkin Isnin nanti dia akan hantarkan kat fak sbb ada kad matriks aku dalam fail tuh...Aku mmg betul-betul berusaha cuba berfikiran positif sehabis baik nih. Mudah-mudahan apa yg aku fikir nih betul laa ndaknya kan..Haih..what a long bad day! 


Thursday, January 6, 2011

Aku kah ini?

Yg pelik di awal-awal tahun nih ialah..
  1. Aku menulis lesson plan dengan begitu semangat & siap warna warni gitu..buku rekod pon dibalut dengan wrapper kaler pink (what??? pink??) yg corak love gitu..pendek kata, cukup sempurna dipandang mata (poyo x ayat??)
  2. AKU TIDO AWAL pada tiap-tiap malam. Ajaib!
  3. BANGKIT TIDO AWAL pon aku mampu buat jugak. Nih pon ajaib!
  4. Pergi ke sekolah dengan senyuman seindah cahaya lampu kete yg bersusun nak membawak tuan punya kete pi kerja pagi-pagi subuh. Sungguh terang & ceria! (Sebelum nih nak pi skolah merungut. kahkahkah)
  5. Suka makan biskut cream crackers cap Jacob black padahal sebelum nih aku mana pandang biskut-biskut kosong nih. Paling koman pon Oreo. har har har..
  6. Tido berselimut pon aku suka juga.. padahal sebelum nih selimut adalah kain yg paling aku x heran. Akibat musim hujan kot??
  7. Sudah pandai makan pelbagai jenis ikan selain kembung, parang, pari & keli. Skang nih ikan tenggiri, bolos, bawal, suma pon aku hentam dengan penuh selera..
  8. Rasa cam faham betoi pulak subjek Research Method bila Dr Kamisah ajar untuk sem 2 nih..padahal sem lepas Dr *tuuuutttt* (ditapis) ajar aku rasa cam benak sungguh. Rupanya kawan-kawan lain pon rasa begitu juga...muahahaha. Salah siapa?? =p
  9. For the very first time, i enjoy learning master classes! x stress lg! Thanks to Dr Effendi - the nicest, the coolest Assoc. Prof in the planet! DR EFFANDI, you rawk! (Ada can jd menantu Dr x? Sy single lagi. hihihih) Kelas paling seronok setakat ini! *Two thumbs up*
  10. AKU DA BERANI DRIVE MALAM JAUH-JAUH. ALONE. Padahal dulu sikit-sikit suruh abah teman. I kan anak abah. Sekarang pon anak abah jugak tapi da kurang mengada sikit. =p
Percaya x??? Percayalahhhhh (kata Datuk Siti. k3hk3hk3h)

Sunday, January 2, 2011

Bila ku menjadi superbusy woman..

Haluuu my pren! Kebizian ku sudah mencapai ke tahap wali-wali. Tade masa mau jenguk blog secara kerap kebelakangan nih padahal punya giler kentang banyak citer nak diupdate!! Apa-apapun, kita dahulukan priority dulu yer iaitu SEKOLAH! Nama pun cintaku tertinggal di sekolah jugak kan?? Ahakssss..


Kelas masterku jugak sudah bermula kembali. Sudah masuk sem 2. 4 subjek aku daftar sem 2 nih secara langsung menjadikan aku super busy woman!! Arrrghhhh...tensen!! Tapi jangan merungut, pesan emak. Owh emak, nasib baik ada emak. Ai lebiu emak!!

Ok bebeh, lain kali sambung! Mau setelkan keje skolah! Tataaaaaaaaaaaaaaaaa~