rose roses

Selasa, 27 April 2010

PROJEK MINGGU INI...BALIK KEMAMAN

Salam rakan blog sekalian, dah seminggu tak N3 apa2 rindu rasanya. Off day minggu ini Rose Roses balik ke kg di Kemaman, rindu rasanya walaupun Kuantan dan Kemaman lebih kurang 1 jam perjalanan, rasanya dah sebulan lebih tak balik. Nak buat macam mana tuntutan masa...
Tengah berbual2 dengan ibu Rose Roses nampak labu sayong kat atas mesin basuh, mami kata asal2 warnanya hitam, lepas tu dia spray putih. Sayong tu kepunyaan adik Rose Roses yg tinggal kat KL, dah letak kat dlm setor sebab mulut sayong dah sumbing.
Rose Roses tak ambil kisahpun sbb masa tu anak Rose Roses yg kecil tak tidur lagi, so bg tidur anak terus dgn maknya sekali tidur...
Esok paginya anak Rose Roses jaga pukul 5 pagi, sambil tengok anak bermain, terfikirlah nak decoupagekan sayong ni, apa lagi kerjakanlah dia.....

Dah jadi mcm ni, kat mana yer nak letak, ha... kat sinilah...

Sorry yer mami, projek subuh hari.

Ini pula fauxe cake yang ditempah dr Har Home Decor, cantik sangat....

Rose Roses display kat sinilah...

Jangan anak Rose Roses makan sudah....

Ahad, 11 April 2010

SUDUT HASIL DECOUPAGEKU

Cuti mingguan Sabtu dan Ahad semalam Rose Roses tak ke mana-mana so sempatlah menyiapkan beberapa decoupage yang telah tergendala beberapa waktu. Plaque yang dibeli dari Har Home Decor pun baru sekarang dapat Rose Roses decoupagekan......
Alamak lupa pula nak ambil gambar masa belum diwarnakan.

Inilah hasilnya....

Plaque Apple ni dah tersilap buat so kita renovate dia jadi mcm ni....

Dah jadi Roses Apple.




Yang ni pula plaque teko , rose roses decoupagekan dengan cup cakes...








Kat sinilah Rose Roses akan displaykan hasil2 decoupage dari tangan Rose Roses sendiri, tak sempat nak gantung lagi rak ni....
Kayu canai tu tempahan dari rakan sepejabat (Zila) tak siap sepenuhnya lagi, cuti minggu depan pula sambung.... Okay yer Zila...

Hari Keluarga Taska Anakku Faris Mirza

Salam Rakan Blog sekalian, sudah hampir 2 minggu tak N3 blog sibuk memanjang. cuti mingguan minggu lepas merupakan Hari Keluarga Taska Tunas Pintar di mini stadium KIPSAS, seronok bukan main anakku ini, malangnya uminya tak blh nak join game sbb bawa bag tangan (anakku Faiqa Auni). Inilah saja gambar2 sekitar Hari Keluarga tersebut....
Bukan main lagi Faris kena bawa manggar, baju oren maskot harimau.





Faris bawa bunga manggar. Patutlah umi tak nampak dalam barisan....


Kuat sikit lari Faris...., alamak dpt second last , hai kat rumah bkn main lagi heronya... Tak apalah nanti lain kali cuba lagi ye..........

Khamis, 1 April 2010

DECOUPAGE LAGI

Salam rakan blog sekalian, lama  rasanya tak N3 masa terasa sangat suntuk. Cuti hari Sabtu dan Ahad  baru2 ni Rose Roses balik ke kampung suami di Perlis kebetulan suami ada tugasan di sana . Suami Rose Roses susah sikit dapat cuti so ini saja peluang berjumpa mak mertua dan ahli keluarga suami. On the way balik ke sana sempat lagi singgah Ipoh melawat kedai home deco di sana, ada juga sikit2 terembat barang di sana tapi under control, budget tetap budget.
Balik dari Perlis sempat lagi buat decoupage, inilah hasilnya.....
Alamak sengetlah pulak tulisannya, tak apalah Saya Budak Baru Belajar.

Pergi kerja hari ni sampai pula signage no. rumah yang Rose Roses tempah dari Kak Sali (Salicottage) sukanya.....

Cantik dan halus hasil tangan Kak Sali ni, Rose Roses akan cuba dan cuba lagi buat decoupage sehalus Salicottage ni, boleh yer Kak....