
Air mata yang termahal siapa yang punya?
- Ibu
- Ayah
- Remaja
- Orang yang dizalim
Air mata yang termahal siapa yang punya?
Posted by syauqah_wardah at Saturday, February 19, 2011 0 comments
Posted by syauqah_wardah at Saturday, February 19, 2011 0 comments
Jadikan Kehidupan Rasulullah Sebagai Motivasi
Kita kini sedang menyambut ketibaan bulan Rabiul Awwal yang telah mencatatkan peristiwa penting dalam sejarah Islam. Di mana apabila tibanya bulan Rabi'ulawwal setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia sama-sama mengingati tarikh kelahiran junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. Kelahiran dan kebangkitan junjungan besar nabi Muhammad S.A.W sebagai rasul akhir zaman telah membawa sinar bahagia kepada manusia dan rahmat kepada seluruh alam yang selama ini tenggelam dalam kejahilan dan hidup bermusuhan antara satu sama lain. Yang kuat memerintah yang tidak berdaya, yang kaya memeras yang miskin, yang gagah menindas yang lemah, undang-undang terletak pada pandangan nafsu dan bukannya berdasarkan wahyu sehingga hidup manusia bercelaru hilang pedoman dan tempat rujukan untuk berlindung.
Sejarah telah mencatatkan kisah perjalanan pahit maung kehidupan Rasulullah S.A.W. di dalam tugasnya menyebarkan dakwah Islam yang mulia ini, baginda pernah dikeji, dihina, diugut, dibaling dengan batu sehingga berdarah, dipulau kaum keluarganya namun untuk meninggalkan amanah Allah ini tidak sekali-kali terlintas di dalam jiwanya.
Justeru, Rasulullah S.A.W. yang diutuskan kepada umat manusia sebagai penghulu segala rasul, wajib kita sama-sama mentaatinya, dengan erti kata melaksanakan segala perintahnya dan meninggalkan segala tegahannya. Mudah-mudahan kita beroleh kecemerlangan dan kegemilangan hidup di dunia dan di akhirat.
Firman Allah dalam surah al-Hasyr ayat 7:
Maksudnya : "Dan apa jua suruhan yang di bawa oleh Rasulullah kepada kamu maka ambillah akan ia serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat azab siksanya (bagi orang-orang yang melanggar perintahnya)".
Melalui cacatan sejarah juga kita dapati bagaimana kehidupan Rasulullulah S.A.W. yang sentiasa dijaga dan dipelihara oleh Allah S.W.T. bagi menjamin dakwahnya diterima oleh masyarakat. Walaupun baginda hidup dalam suasana masyarakat jahiliah yang sesat bertuhankan nafsu, namun baginda tidak terlibat dengan penyembahan berhala, minum arak, berjudi, malah tidak pernah berhibur dengan hiburan yang melalaikan. Begitu juga, baginda bersifat amanah sehingga digelar "al-Amin" serta sentiasa menjaga pergaulan dan percakapannya.
Baginda Raslulllah S.A.W. turut dididik dengan ujian bagi mematangkan fikiran dan tindakannya, di mana sejak kecil lagi baginda menjadi yatim piatu dengan kewafatan ayahanda dan bonda yang tercinta. Penjagaan baginda yang yatim piatu diambil alih oleh datuk kesayangannya Abdul Mutalib, tetapi Allah S.W.T. sekali lagi menguji baginda dengan kematian datuknya ketika baginda berusia lapan tahun dan penjagaan baginda berpindah kepada bapa saudaranya Abu Talib. Cuba kita bayangkan?. Bagaimana nabi yang bakal melaksanakan tugas dakwah Islam yang begitu besar dan berat telah diuji dengan kehilangan ahli keluarga ketika usianya yang masih kecil. Tetapi Allah maha penentu segala-galanya, di mana setiap sesuatu yang berlaku mempunyai hikmatnya yang tersendiri. Ujian kewafatan ahli keluarga tercinta telah mendidik baginda sebagai seorang yang cepat matang dan tidak terlalu bergantung kepada orang lain.
Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun, marilah kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat.
Sebagai seorang pemimpin agong baginda Rasulullah S.A.W. mempunyai pandangan jauh dan akal fikiran yang tajam serta semangat juang yang tinggi, kekuatan rohani yang mendalam, tabah dan keberanian menempuh berbagai cabaran dan dugaan yang perlu kita contohi, sama ada di waktu penghijrahannya dari kota Makkah ke kota Madinah atau selepasnya. Oleh yang demikian, umat Islam pada hari ini hendaklah bangun membina kekuatan rohani seimbang dengan kekuatan akal dan jasmani seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. dalam menyebar luas syiar Islam. Ini kerana setiap umat Islam pada hari ini adalah bertanggungjawab meninggikan dan mempertahankan agama Allah.
Di antara ciri-ciri dan sikap terpuji baginda Rasulullah S.A.W. yang perlu dicontohi :
1. SEBAGAI KETUA KELUARGA YANG MULIA DAN BERTANGGUNGJAWAB.
Dalam kesibukan baginda sebagai pemimpin negara, sebagai pendakwah, ketua tentera dan pelbagai urusan lainya tetapi baginda tidak pernah melupakan soal membina keluarga yang harmoni. Bagaimana baginda menunjukkan kaedah yang berkesan untuk melahirkan sebuah rumahtangga Islam sejati yang berjaya melahirkan generasi Islam yang bertakwa. Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah al-Tahrim ayat 6 :
Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya manusia dan batu (berhala), neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya), mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan."
2. SEBAGAI PEMIMPIN YANG BIJAKSANA
Rasulullah S.A.W. merupakan seorang pemimpin yang ikhlas dalam memperjuangkan dan menegakkan syiar Islam. Peribadi baginda yang luhur, tidak ingin dipuji, tidak mementingkan diri sendiri, tidak mementingkan kebendaan serta mengejar pangkat dalam perjuangannya. Akhirnya baginda telah berjaya membentuk peribadi, masyarakat dan negara Islam yang unggul dan terbilang.
Amat sesuai baginda menjadi contoh teladan yang paling baik. Sabda baginda :
" اِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ مَكَارِمَ الأَخْلاَقِ "
Maksudnya: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia ".
3. MEMILIKI AKHLAK YANG SEMPURNA.
Baginda diutuskan bersama akhlak yang sempurna sebagai asas panduan kepada setiap lapisan masyarakat. Hal ini dinyatakan oleh Allah S.W.T. di dalam al-Ahzab ayat 21 :
Maksudnya : "Demi sesungguhnya! Adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)."
Seterusnya baginda terkenal dengan ketegasan dalam perjuangan mempertahan agama Allah tanpa rasa takut dan menolak sebarang bentuk tawaran keduniaan. Seandainya sifat seumpama ini dapat kita laksanakan pastinya Islam bertambah maju dan setiasa disegani kawan mahupun lawan.
Dalam membina masyarakat yang harmoni pula baginda menggariskan beberapa panduan antaranya menanamkan sifat berkasih sayang, tolong menolong, menjaga hak kejiranan dan sebagainya demi menjaga dan membentuk masyarakat sejahtera.
Inilah antara sifat-sifat dan ketabahan baginda Rasulullah S.A.W. di dalam menegakkan agama yang benar dan diredhai Allah S.W.T. Maka bersempena sambutan Maulidur Rasul yang kita sambut pada tahun ini hendaklah dilakukan dengan hati yang benar-benar insaf dan ikhlas serta berbeza dengan cara sambutan Maulidur Rasul yang pernah dilakukan oleh Abu Lahab yang terlalu gembira menyambut kelahiran baginda dengan sanggup memerdekakan hamba kesayangannya serta menyembelih 100 ekor unta tetapi akhirnya apabila baginda menyatakan tentang kenabiannya serta dakwah Islam yang dibawa oleh baginda maka dialah orang paling keras menentang baginda sehingga kisahnya dirakamkan dalam surah al-Masad.
Oleh itu, kita perlu sedar dan insaf sambutan yang kita raikan mestilah selari dengan apa yang diucapkan, jangan kita bersungguh-sungguh memuji akhlak Rasulullah S.A.W. Tetapi akhlak remaja kita terbiar semakin hari semakin liar, tidak terkawal dan terlalu mementingkan hiburan sehingga mengabaikan tuntutan agama. Begitu juga, jangan kita hanya memuji baginda yang mengharamkan arak, judi dan riba sedangkan di sekeliling kita arak, penagihan dadah, pil khayal, ubat batuk dan segala macam yang memabukkan semakin manjadi-jadi seakan-akan tidak ada penghujungnya.
Maksudnya : "Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (arab) yang ummyyin, seorang rasul (nabi Muhammad) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaannya), dan membersihkan mereka (daripada iktikad yang sesat), serta mengajarkan mereka kitab Allah (al-Quran) dan hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hokum-hukum syari'at). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata." ( Surah al-Jumuah ayat : 2 )
Nabi kita Muhammad SAW adalah seorang Rasul yang telah menyelesaikan segala permasalahan umat dan telah menyempurnakan amanah Allah SWT sewaktu hayat Baginda dengan meninggalkan dua khazanah yang amat berharga kepada kita sebagai panduan hidup iaitu al-Quran dan Sunnah Nabawiyah. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak akan sekalian sesat selagi mana kamu berpegang dengan keduanya iaitu kitab Allah dan Sunnah Nabi". (Riwayat Iman Malik )
Text diambil dari Khutbah Jumaat oleh Jakim http://www.islam.gov.my/khutbah-online kata kunci Rasulullah
Posted by syauqah_wardah at Monday, February 14, 2011 0 comments
Rasulullah S.A.W. merupakan seorang pemimpin yang ikhlas dalam memperjuangkan dan menegakkan syiar Islam. Peribadi baginda yang luhur, tidak ingin dipuji, tidak mementingkan diri sendiri, tidak mementingkan kebendaan serta mengejar pangkat dalam perjuangannya. Akhirnya baginda telah berjaya membentuk peribadi, masyarakat dan negara Islam yang unggul dan terbilang.
Amat sesuai baginda menjadi contoh teladan yang paling baik. Sabda baginda :
" اِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ مَكَارِمَ الأَخْلاَقِ "
Maksudnya: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia ".
untuk diriku jua...
Posted by syauqah_wardah at Monday, February 14, 2011 0 comments
Posted by syauqah_wardah at Friday, February 11, 2011 0 comments
Posted by syauqah_wardah at Tuesday, February 01, 2011 0 comments
Posted by syauqah_wardah at Tuesday, January 25, 2011 0 comments
Posted by syauqah_wardah at Friday, January 21, 2011 0 comments
Salam ukhwah fillah...
Alhamdulillah hari ni, ana diberi kesempatan, kesihatan dan kekuatan untuk sama2 menghadiri wacana isu2 semasa akidah: pluralisme agama yang diadakan di Dewan Sultan Mizan, UMT..
Program yang diadakan dari pukul 7pg hingga 5 ptg ini memberi pendedahan yang sangat baik kepada penonton..
Pluralisme adalah satu pandangan atau fahaman yang mengatakan semua agama adalah sama.. fahaman yang bercanggah dengan tuntutan agama ini semakin menular dalam kalangan masyarakat sama ada mereka sedari ataupun tidak..
Di sini, ana bukan berniat nak mengupas tentang isu atau impak ini kerana memang ana tidak arif pasal ni.. masa datang sini baru jelas tentang pluralisme agama. ..tapi masih ada jugak yang kabur..huhu
Antara faktor yangdapat dilihat sebagai penyebab kepada anasir ini ialah perdebatan antara agama. Yang lebih parah apabila yang bercakap adalah orang yang tidak benar2 arif tentang agama yang mudah terpedaya dengan dakyah yang disampaikan oleh musuh2 Islam yang memang pada luarannya nampak semuanya betul, tepat dengan huraian yang kononnya telah dikaji. Dalam usaha untuk memastikan ada perpaduan di antara semua orang tanpa mengira agama, unsur pluralisme telah menyerapi pemikiran segolongan yang tidak berbalik kepada al quran dan as sunnah dalam menyelesaikan sesuatu isu...
Seperti yang telah dibentangkan, di negara jiran banyak impak yang jelas negatif dapat dilihat seperti kahwin campur, ucapan hari krismas dibenarkan dan sebagainya yang jelas bercanggah dengan akidah islam yang sbenar..
Ana jadi takut apabila merenung kesan daripada serangan pemikiran oleh musuh2 Islam tercinta yang tidak akan pernah berhenti.. doaku ya Allah..jauhilah diriku, keluargaku, sahabat2ku dan semua umat Muhammad daripada virus akidah ini.
Posted by syauqah_wardah at Saturday, January 15, 2011 0 comments
Sudah terlalu lama blog ini dibiarkan usang...tak terjaga..
Kadang2 memang rasa nak tutup..tapi rasa sayang usaha yang telah dibuat dalam blog ni..
Setiap hari macam2 pengalaman yang ana dapat tapi tak dapat dihuraikan dengan tulisan...hehe
Masa jadi AJK untuk forum maal hijrah...naik pentas untuk penyampaian hadiah pun punyala berdebar...masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki..terutama keyakinan diri.. pengalaman masa MAWAR 2010 dan hari guru tahun lepas jadi semangat
Sekarang berdebar nak jadi AJK cenderahati untuk Wacana Cendekiawan pulak...sangat berdebar.. dengan kehadiran YB lagi...ana refresh balik masa jadi AJK cenderahati untuk MUTTHAQ tahyun lepas jgak..
Pape pun ana kena sentiasa bersedia...be confident...nak cakap senang tapi kita yang hadapi punyala takut...ana bukannya suka publish depan orang..
Petua yang ana akan sentiasa ingat dari mak, mak selau cakap selawat banyak2 lau hadapi keadaan macam ni... Alhamdulillah bila berada dalam situasi tersebut, rasa berdebar hilang...
Susah bila kita nak sesuatu yang kita buat adalah terbaik di semua pandangan orang... tapi sebenarnya pandangan Allah yang harus diberi keutamaan..
Semoga segala kerja buat ana ada nilaiannya di sisi Allah..
Forum maal hijrah yang banyak memberi kesedaran kepada ana...semoga Allah terus memberi kekuatan kepada diri ini...
Sekarang fokus ana kurang terhadap akademik,Astaghfirullah...asyik duk fikir tentang gerai BADAM yang akan ana uruskan dan juga AJK untuk wacana tu je....huhu..tanggungjawab yang dipikul harus dilaksanakan dengan sebaik2nya..
Doa ana agar kerja yang ana akan lakukan ini mendapat pertolongan dariNya..kerana kepadaNya sahaja tempat untuk kita mengadu..yang mempu menghilangkan resah di hati..mengusir kegusaran yang saban detik bertandang...
Gerai ini adalah sumbangan yang terakhir dalam BADAM... semua tenaga daripada AJK sangat diharapkan...ana memang tidak akan mampu melaksanakannya seorang.. semoga Allah memberi kekuatan kepada kita semua dalam menyumbangkan bakti dalam tugas ini...sebelum ni dah banyak buka gerai untuk BADAM tetapi dalam masa yang singkat sahaja...
sesungguhnya segala kerja buat ini memerlukan kekuatan fizikal dan mental...sedangkan ana lemah...ya Allah...
sedangkan orang lain lagi banyak taklifan yang dipikul..namun mereka masih kuat...mereka banyak lagi tugas berat yang dihadapi...
semoga Allah sentiasa membuka pintuNya untukku...
Posted by syauqah_wardah at Friday, January 14, 2011 0 comments
Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Al-Asr..
Posted by syauqah_wardah at Tuesday, October 26, 2010 0 comments
APABILA MANUSIA DIUJI....
Manusia sering mengeluh apabila diuji Allah dengan kesakitan, kegagalan, kekecewaan, kemiskinan dan kefaqiran. Tetapi manusia tidak pernah gelisah apabila diuji dengan kekayaan, kebahagiaan, kecukupan dalam kehidupan dan kemewahan. Itulah lumrah manusia………..anda, saya dan kita semua.
Tetapi berbahagialah manusia yang diuji dengan kesakitan, kegagalan, kekecewaan dan kemiskinan kerana sesungguhnya mereka di dalam golongan yang dikasihi oleh Allah. Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w suatu ketika menangis apabila mereka tidak diuji oleh Allah, kerana takut mereka telah hilang kasih sayang Allah. Tetapi kita hari ini di saat diuji........
Maka ketika hati kita tertanya-tanya “mengapakah Aku yang diuji?” maka ingatlah firman Allah:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya
kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah
mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
Tatkala diri berkata “Mengapakah aku tidak memperolehi apa yang aku citakan?” Allah berfirman:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216
Lantaran disaat diri terasa lemah, nafsu telah mengalah, hidup terasa tidak bermakna lagi maka renungilah ayat Allah:
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg
beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139
Ditika hati bermonolog “Bagaimanakah harus aku depani segala ini” maka Allah telah berfirman untuk mu:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di
daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya,
kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45
Sementara dirimu tercari-cari dahan untuk bergantung, seseorang untuk memperolehi kekuatan, Allah telah sedia ada bersamamu .....:
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya
aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129
Dan apabila kau merasakan “AKU DAH TAK MAMPU BERTAHAN LAGI !!!!!”
Maka ingatlah firman Allah.........
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya
tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12
Sesungguhnya..............
" Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111
Dan akhir sekali ingatlah diriku, dirimu dan diri kita semua “ Allah tidak akan membebankan seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
-Surah Al-Baqarah ayat 286
“ Ya Allah..... jika ujian ini untuk menguji keimananku, berilah aku kekuatan, keimanan dan ketaqwaan. Jika ujian ini untuk kaffarah dosa-dosaku, berilah aku kesabaran dan keredhaan”
Posted by syauqah_wardah at Monday, October 11, 2010 0 comments