Showing posts with label my hari raya. Show all posts
Showing posts with label my hari raya. Show all posts

Tuesday, August 27, 2013

ahad yang sibuk dan isnin yang mengantuk


terpaksa guna penyepit baju untuk sepit lengan baju. kalo tak abis kat dalam semua makanan dia cecah.

alkisahnya pada petang hari ahad yang lepas, aku dan encik capo telah menganjurkan closed house atau kata lawannya ialah open house. aku lebih memilih closed house sebab kalau open house mesti ajak ramai jemputan. tapi majlis kami ni tak ajak ramai pun. hanya family, jiran tetangga dan kawan-kawan rapat sahaja. sebab tak ramai jemputan ialah budget pun ciput jadi buat ikut kemampuan. nanti jemput ramai-ramai tetiba makanan tak cukup kelam kabut pula. tak pun ajak ramai-ramai, sediakan makanan banyak-banyak tetapi tak ramai yang datang haru juga sebab makanan banyak sangat tapi tak habis. oleh itu kami memilih untuk anjurkan closed house. huhuhu.

arissa's wonderland. tempat semua kanak-kanak berkumpul sementara mak ayah makan dan beborak

disebabkan aku tidak memohon cuti pada hari isnin, maka aku tidak mahu terlalu penat pada hari ahad tu. jadinya..aku hanya buat untuk menu utama sahaja iaitu meatball ala ikea. disamping itu aku buat menu sampingan iaitu coslow. selebihnya goreng fries dan kentang wedges. menu-menu besar yang lain aku subkan.

rendang daging - mak aku masak
mi sizling - kaktih masak
koktel - kaktih buat
nasi himpit dan kuah kacang - mak encik capo masak
bubur pulut hitam - kakngah

antara tetamu yang hadir yang sempat disnap

seminggu sebelum majlis kami dah pergi memborong berkotak-kotak meatball marina di tesco seremban 2. kemudian 2 hari sebelum, sekali lagi kami memborong berkotak-kotak meatball marina sampai kosong untuk bahagian meatball brand marina ni. nasiblah sape yang nak beli meatball marina hari tu datang-datang tengok dah kosong.

antara tetamu yang hadir yang sempat disnap

pagi ahad tu aku memaksa diri bangun awal untuk mengemas dan siapkan bahan. nampak sangat hari ahad selalu bangun lewat. ekekekeke. aku juga mengharap agar arissa bangun lewat sedikit sebab kalau arissa bangun awal seperti aku maka perancangan yang telah aku susun akan lari dari jadual. ini kerana kalau arissa bangun, mesti dia tak bagi aku masak.

'mak....tak payah masak. jom duduk depan'

'mak. jom teman aisa main'

'mak, nak dukung nak tengok mak masak'.

'mak tak boleh masak. jom teman aisa main gongsor (gelongsor)'

'mak jom teman masuk dalam rumah aisa'

...

ok itu ayat-ayat yang arissa selalu guna setiap kali aku nak masak kat dapo.


arissa dan antara tetamu kecil yang sempat disnap

seperti yang dirancang oleh aku, maka aku pun memulakan aktiviti mengemas dan menyediakan bahan. disebabkan nak jimatkan masa sarapan hari tu aku buat kuih jemput aje. encik capo pula bangun-bangun tidao aktiviti dia ialah main game bola dengan duan (anak buah aku) yang tido kat rumah aku malam tu. alangkah indahnya kalau beliau bangun-bangun tido terus menolong aku mengemas. tsk tsk tsk. ok..beliau memang menolong mengemas hari tu tapi setelah mendapat arahan atau setelah di pot pet pot pet oleh aku.

begambar bersama jiran tetangga

lebih kurang 11.30 pagi encik capo keluar untuk beli perkakas polistrin untuk majlis petang nanti. sungguh indah bila wujudnya bekas-bekas polistrin ni. maka kerja membasuh pinggan dapat dikurangkan. masa tu arissa pun dah bangun dan aku dh mandikan. aku suruh arissa ikut encik capo dan duan pegi kedai tapi dia boleh pulak taknak ikut. puas dah pujuk ikut ayah dia pegi kedai tapi dengan sombong dan bongkaknya tanpa menoleh ke arah kami dia jawab 'tak nak'. puncanya ialah sebab dia leka main game jaga baby kat ipad. game tu baru je download malam tu. jadi bila ada game baru arissa memang sangat leka. dah dia tak nak ikut maka tak boleh dipaksa kalau tak melalak la jawabnye.

mereka semua antara family besar aku

disebabkan arissa taknak ikut dan dirumah tinggal kami berdua sahaja, maka aku risau jika arissa tak bagi aku masak. tapi disebabkan leka main game maka arissa tidak menghalang aku untuk memasak pada hari tersebut. malah bila aku datang duduk sebelah dia nak tengok dia main game bila kerja-kerja menyediakan bahan selesai boleh pulak dia halau aku.

'mak....pegi dapo masak'

'mak...jangan tengok aisa main. duduk jauh jauh'


apa-apa aje la arissa oi.

mereka semua antara family besar aku

majlis bermula pada pukul 5 petang. ni memang masa yang selamat bagi aku. cukup masa untuk mengemas, memasak dan menghidang. family ada yang dah datang seawal pukul 2 petang. tapi pukul 2 petang ni aku baru siap-siapkan bahan aje. tak stat masak pun lagi. pukul 2.30 petang aku, encik capo dan duan pegi open house sebab jiran tingkat bawah pun buat open house juga. ajak mak dan kakak aku masing -masing tak mahu. segan katanya nak pegi rumah orang sebab tak dijemput secara direct. dah tuan rumah kata jemput satu family datang, maka kira bolehlah kan bawak mak dan adik beradik anak buah semua. hahaha

sesi main game bola

lepas balik dari open house aku pun mulakan aktiviti membakar meatball dan memasak sos meatball. kalau dulu aku goreng meatball menggunakan kuali (tanpa minyak) sekarang aku cuma bakar dalam oven. maka takde lah lenguh tangan aku nak menggoreng berkotak-kotak meatball. masa buat besday arissa yang ke setahun dulu lebih kurang 25 trip aku menggoreng meatball ni. satu kali trip adalah dekat 15 minit sebab nak pastikan masak dalam nya. disebabkan dah beli oven tahun lepas, maka kali ni aku bakar dalam oven sahaja di suhu 200 darjah celsius selama 20 minit.

macam-macam perangai


dipendekkan cerita selepas semua menu yang dirancang siap, maka semuanya dihidangkan di ruang tamu. jadi...masa untuk menunggu dan melayan tetamu pula. majlis selesai dekat nak pukul 12 malam sebab tetamu terakhir iaitu abang aku sampai lambat. lepas semua tetamu balik dekat pukul 12 malam tu, aku pun terus memengsankan diri sebentar. arissa dah tido dalam pukul 9.30 malam tu. dia pun penat melayan tetamu-tetamu kecil kat arissa's wonderland.

entah apo kojo e masing-masing kek dapo den nia

disebabkan terlampau penat, aku memang dah tak larat nak kemas apa-apa lagi. jadi encik capo la kena simpan makanan-makanan yang tak habis dalam peti sejuk. dalam pukul 1 lebih pagi baru aku dapat tido. sepatutnya kalau terlampau letih lagilah senang tido. tapi aku ni terbalik sket. bila terlampau letih lagi susah aku nak tido. terbaring je menanti bila akan lelap.

semuo e sporting. tak ajak aku pun posing sekali. huhuhu

seperti yang dijangka....pagi esoknya kami terlajak tido. dua-dua tak sedar diri. aku hanya terjaga lagi 5 minit nak ke pukul 8 pagi. demmit! kami masuk keje pukul 7.30 pagi. dengan terkocoh-kocohnya bangun mandi, nak iron baju lagi. nak mekap, lilit shawl. penyudahnya pukul 8.35 pagi baru keluar rumah. tapi tak terus ke opis sebab nak anta arissa dulu. akhirnya dekat pukul 9 pagi baru sampai. tak pasal-pasal kena balik pukul 6 petang sebab nak cover 1 jam setengah yang hilang. kat opis pun duk menahan ngantuk rasa nak tido je sebab letih semalamnya tak hilang lagi. lepas ni kalau nak buat apa-apa majlis makan lagi memang kena plan dan amik cuti. sebab walaupun tak memasak banyak, tapi penat sangat. sakit belakang, sakit kaki. tapi tak apalah yang penting majlis berjalan lancar dan semua tetamu gembira dan kenyang makan.

sekian.

Friday, September 2, 2011

dua hari di hari raya

hari raya pertama temanya adalah biru. agak-agak, hari raya kedua apakah temanya? huhuhuhu.


hari raya kedua kami beraya di rumah mak aku di Kuala Pilah.

kenapa gambar arissa tak de ye? hmmm...patutnye excited amik gambar bertiga tapi nampaknye gambar kami berdua aje nih?
huhuhuh. arissa ketiduran.
kami bergambar ni dah petang ye. pagi tak sempat nak bergambar sebab terlupa. mana satu ye. tak sempat ke terlupe? ahak ahak ahak. tu pasal arissa dah tido sebab dah petang. baju pun dah tukar.

pukul 6 petang aku dan encik capo pergi hospital kuala pilah. so pakai balik baju raya pagi tadi. dah balik dari hospital, tengok arissa pun dah bangun, terus tukarkan baju raya balik hanya untuk amik gambar. tapi hasilnye......*_*

nampak muka cembeng arissa tu???

puncanya?


sebab aku amik kotak rokok dari tangan arissa. terus melalak.


nak jugak bergambar sambil pegang kotak rokok

mak tak pedulik. nak amik gambar arissa tanpa kotak rokok jugak! merosakkan gambar ajo kotak rokok tersebut. tapi hasilnye????

ko nampak bezanya emosi kami berdua?


terpaksa ganti dengan benda lain. dia nak jugak pegang sesuatu kat tangan. bagi mana yang ada depan mata je.



main la arissa...asalkan ko bahagia *_*

disebabkan baju raya arissa ni, terus dapat gelaran angry bird oleh pakciknye sebab nampak macam bulu burung. so melekat la nickname angry bird kepada arissa. huhuhu


dan aku....terus dapat gelaran mak angry bird. sebabnye???

'aku mau terbang. yeeehaaa...'

dan encik capo?


pemain game angry bird yang tak berapa tegar. ^_-

satu hari di hari raya

tahun ni hari raya pertama buat arissa dan juga hari raya pertama aku sebagai emak. macam mak ayah yang lain jugak, hari raya mesti excited nak beli baju raya untuk anak. tapi baju raya sendiri mesti ada jugak ;-p.

Arissa di pagi raya
tahun ni kami bertiga buat baju daripada kain yang sama dan kompem la warna pun sama. tema tahun ni ialah biru ^_-. tema kami juga ialah jubah. encik capo buat jubah lelaki, arissa pun jubah jugak. sepatutnya aku pun jubah. tapi tsk...tsk...T_T...aku tak dapat buat jubah sebab tak cukup kain katenye. tau tak, aku hantar kain tempah baju raya ni 2 bulan sebelum puasa. tapi seminggu lagi nak raya baru orang tu nak jahit. nasib baik sempat siap, kalau tak, tak boria la kami sefamili.



gambar arissa di pagi raya pertama ni tak banyak. budak ni melasak sangat. kemain susah nak amik gambar. asal nak snap je dia dah bergerak. nampak bayang ajo la gambar. huhuhu.

korang perasan tak....aku dah kurus sket. yeayyyy...sempat turun 7 kg ajo. huhuhu
apa kes?
dah lama tak amik gambar sendiri macam ni. kalau tak dulu, hari-hari amik gambar sendiri adalah wajib untuk aku. huhuhu. disebabkan feeling kurus, terus snap gambar sendiri. lalalalala


ok la. selamat hari raya kepada semua ^_^
Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails