" Apa makna slogan Rakyat Di Dahulukan, Pencapaian Di Utamakan kepada pegawai - pegawai DBKL ? " begitulah yang diluahkan oleh seorang penjaja melayu yang menjaja ikan bakar di Jalan Bellamy selama lebih sepuluh tahun dan kini diarahkan pindah ke tempat lain mulai 8 Ogos lalu oleh DBKL . Klik -Utusan Malaysia Online - Kota, untuk baca berita selanjutnya.
Apabila kita sebut aja, Jalan Bellamy kita teringat betapa popularnya " ikan bakar" yang menjadi perhatian ramai orang ke sana untuk menjamu selera. Malah Jalan Bellamy yang berdekatan dengan Istana Negara memang sudahpun tersohor dengan " ikan bakarnya". Malah tempat itu , dah jadi macam destinasi yang paling digemari bukan sahaja warga kota di Kuala Lumpur tetapi ramai yang datang dari negeri - negeri lain termasuk para pelancong untuk perkena "ikan bakar" di sana.
Tun Abdullah Ahmad Badawi pada zamanya sebagai Perdana Menteri memberi penekanan khusus kepada sistem penyampaian agensi kerajaan.
Datuk Seri Najib Tun Razak pula hadir dengan slogan " 1 Malaysia , Rakyat Di Dahulukan, Pencapaian Di Utamakan".
Namun, kedua - duanya seperti tidak dipraktikan oleh DBKL yang didakwa bercadang merobohkan gerai di Jalan Bellamy.
ALASAN yang diberikan : Projek Taman Dusun Bandar dirancang disana yang terpaksa MENGORBANKAN tiga buah gerai , termasuk sebuah gerai ikan bakar , yang selama ini menjadi punca rezeki kepada tiga peniaga melayu disana.
Sempena 100 hari dilantik Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik telah mengariskan PENDEKATAN 7P yang menekankan aspek pembangunan, perumahan, PENJAJA DAN PENIAGA KECIL, pengangkutan,penyelengaraan, perkhidmatan dan prihatin.
Kita harap, cakap Raja Nong Chik jangan jadi cakap tak serupa bikin pulak. Berilah perhatian terhadap nasib dan masa depan penjaja dan peniaga kecil di Kuala Lumpur.
PALING MENYEDIHKAN, baru - baru ini Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Syed Ali Alattas membuat pendedahan di mana kedai - kedai perniagaan runcit milik peniaga melayu diancam kepupusan sekiranya tiada usaha dilakukan untuk menyelamatkan mereka.
Katanya lagi, tinjauan yang dilakukan mendapati kira - kira 12, 000 peniaga melayu kini dalam keadaan " nyawa - nyawa ikan" untuk meneruskan perniagaan tersebut.
Kata beliau, 480 buah kedai runcit milik melayu pula kini dalam proses lelong kalau tidak dapat diselamatkan.
Dalam keadaan ini adakah patut DBKL merobohkan gerai - gerai yang membawa rezeki kepada para penjaja dan peniaga melayu ? Tepuk dada tanya selera.
Di harap, Menteri yang berkenaan jangan hanya nak sibuk turun padang sekadar untuk memeriahkan suasana serta mendapat liputan media massa. Berucap berkali - kali di depan rakyat dengan slogan rakyat di dahulukan tetapi penyelesaian bagaimana ?
Kita perlu selamatkan nasib peniaga dan penjaja melayu di sekitar Kuala Lumpur , Putrajaya dan Labuan BUKAN hanya di satu kawasan parlimen sahaja di kuala Lumpur.
Apa pula suara UMNO Wilayah Persekutuan termasuk Pemuda UMNO WP dalam menangani isu seperti ini ? Sementara itu, Jalan Bellamy pula terletak di bawah parlimen Bukit Bintang. Kita ada ramai pemimpin UMNO yang berkaliber di UMNO Bukit Bintang termasuk di Pergerakan Pemudanya. Apa pula tindakan mereka ?
APA YANG ANDA HARAPKAN DARI DBKL DALAM MENANGANI ISU PENJAJA DAN PENIAGA KECIL DI KUALA LUMPUR ?