Saturday, March 29, 2008

SAH - WEE CHOO KEONG MENANG DENGAN UNDI POS DAN BERGELAR SEBAGAI AHLI PARLIMEN UNDI POS !


Seperti dijanjikan Wilayah Kini , ingin membongkarkan satu kebenaran disebalik kemenagan calon Wangsa Maju , Wee Choo Keong.SAH -- Wee Choo Keong menang dengan majoriti 150 undi melalui bantuan undi pos.Sumber pejabat Suruhajaya Pilihanraya Wilayah Persekutuan hari ini mengesahkan bahawa Wee mendapat sebanyak 318 undi Pos manakala Yew Teong Look mendapat sejumlah 1383 undi Pos.

SAH - Wee Choo Keong layak bergelar AHLI PARLIMEN UNDI POS( UNDI POS MP).Sekiranya Wee yang bergelar kononya dirinya sebagai Yang Berkhidmat dan tidak mendapat undi pos , sudah tentu dia juga kalah dan kemenangan berpihak kepada BN.Sekiranya dia tidak berminat dengan undi pos atau suka memperlekehkan undi pos beliau boleh meminta SPR untuk membatalkan sejumlam 318 undi pos yang diterimanya ada apakah akan berlaku pada dirinya nanti ? Jangan suka menuduh orang sahaja.Cubalah ukur diri sendiri sebelum membuat tuduhan - tuduhan yang melulu.Kami juga amat sedih kerana , orang seperti Wee yang dilantik untuk bekhidmat bagi masyarakat Wangsa Maju sudah pandai main politik untuk kepentingan diri sendiri.Beliau lebih sibuk dengan teori undi posnya.Adakah Wee , tak iktiraf undi pos ? sedangkan undi poslah yang juga menentukan kemenaganya di Wangsa Maju.Pengundi pos yang terdiri daripada pasukan keselamatan negara juga mempunyai hak mengundi.Kami memberikan amaran yang tegas kepada beliau supaya jangan membuat tuduhan sensitif mengenai undi pos kerana ianya sesuatu yang bahaya.Pegawai - pegawai keselamatan negara terpaksa mengundi melalui pos kerana mereka mempunyai tanggungjawab lebih penting iaitu untuk menjaga negara.Mereka juga diberi hak untuk memilih wakil mereka tanpa sebarang gangguan dan bukanya orang lain yang undi untuk mereka.Undi tetap undi.Kenyataan Wee, satu tamparan hebat kepada semua 318 pengundi pos yang mengundinya kali ini.HARAP PENGUNDI POS DI WANGSA MAJU INSAF SELEPAS INI.

Kami juga berharap, Wee Choo Keong yang juga merupakan Ahli Parlimen Undi Pos Wangsa Maju turun padang ke Wangsa Maju untuk menyelesaikan masalah rakyat kerana rakyat sudah bosan dengan perangainya.

Friday, March 28, 2008

PANAS DI WILAYAH KINI -- JGN LUPA NAK BACA


NANTIKAN BEBERAPA BERITA MENARIK DI WILAYAH KINI :

* Prestasi Buruk Norza Zakaria di Wangsa Maju!

* Berita mengenai Raja SMS UMNO WP!

* Di sebalik kemenangan Wee Choo Keong
Kebenaran akan dibongkarkan !

AH, WEE U PUN ME NANG UNDI POS !

Ah, Wee Choo Keong, u pun menang 15o undi sahajalah. Kalau u tak dapat undi pos u pun jadi macam nasi bungkus yang dijual sebelah Restoran Zubaidah.YB, ingat u tak ada dua pertiga di Wangsa Maju.Saya mahu u buat kerjalah .Bila mahu turun Setapak Garden?- Mike dari Setapak Garden

SURAT TERBUKA UNTUK WEE CHOO KEONG !


Salam sejahtera kpd YB Wee Choo Keong.Salam perpaduan dan perjuangan.Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan tahnniah diatas kemenangan YB di Wangsa Maju walaupun dgn majoriti undi yang kecil iaitu sebanyak 150 undi walaupun juga YB bukan orang Wangsa Maju dan bekas Ahli DAP yang bertanding diatas tiket PKR.

Pengundi di Parlimen Wangsa Maju termasuk kami dari UMNO menyokong YB kerana beberapa sebab termasuk mantan Ahli Parlimen Wangsa Maju - Datuk Yew Teong Look langsung tidak mempedulikan orang melayu dan india.Sikap ke apekanya bukan sahaja membuatkan orang UMNO begitu tidak puas hati denganya malah parti -parti komponen yang lain KECUALI MCA tidak berapa suka dengan caranya.Dahlah UMNO marah kerusi parlimen Wangsa Maju diberikan kepada MCA pada tahun 2004 selepas persempadanan semula kawasan piliharaya dimana Ahli Parlimen Wangsa Maju Datuk Zulhasanan Rafique ( 1999 - 2004) dipilih bertanding di Setiawangsa, Parlimen baru pada tahun 2004.

Untuk pengetahuan YB, kawasan Parlimen Wangsa Maju memang merupakan kubu kuat PKR sejak tahun 1989 setelah Anwar Ibrahim disingkirkan TETAPI Wangsa Maju sentiasa menjadi kubu kuat BN kerana rakyat Wangsa Maju menghormati segala jasa yang dicurahkan Zulhasnan kepada rakyat di Wangsa Maju apabila beliau mula dipilih menjadi Ahli Parlimen Wangsa Maju pada tahun 1999.Malah Zulhasnan menewaskan jaguh ternama Keadilan ketika itu Marina Yusuff.

Malah pada pilihanraya tahun 2004, masyarakat Wangsa Maju sekali lagi memilih BN dan calon dari MCA Yew Teong Look kerana faktor Zulhasnan Rafique.Pembangunan Wangsa Maju termasuk pembinaan Pusat Penjaja Danau Kota yang pertama, masalah setinggan Kampung Pasir Setapak, Pembinaan Masjid di Melati,Pembinaaan Pusat Komuniti, Penambahbaikan padang, Penubuhan Majlis Permuafakatan Surau dan Masjid yang pertama di Malaysia dan banyak lagi.Dalam tempoh masa 5 tahun banyak jasanya kepada kami.Walaupun beliau bertukar kawasan beliau tidak lupa dengan kami, beliau tetap membantu kami dari masa ke semasa sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan Timbalan Menteri WP sebelum itu.Beliau merupakan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan bukanya ahli politik yang suka main politik.Malah Yayasan Amal Wangsa yang ditubuhkanya pada thn 1999 - banyak jasanya kepada kami.Malah kami tidak pernah menentanganya kerana kami hargai jasa dan bantuanya.Kami bukan jenis manusia kacang lupakan kulit.Malah kami sedih apabila bertukar kawasan. TETAPI polimik dalaman di UMNO Bahagian Wangsa Waju yang membuatkan kami kecewa.BN Wangsa Maju lemah sehingga jadi kandang babi. MIC Wangsa Maju bagaikan rumah tanpa bumbung.Bukan itu sahaja, pemecatan Ketua UMNO Bhgn Wangsa Maju Datuk Astaman Abdul Aziz kerana politik wang setelah lompat kawasan, permainan politik Pemangku Ketua Bhgn , Datuk Zainal Nazeri, sikap Ketua Pemuda Bhgn Dato Norza Zakaria yg lebih dikenali sebagai pemimpin racun serangga, ke egoaan Datuk Shafie - Naib Ketua Bhgn merangkap Set Pol TPM telah meghancurkan masa depan UMNO di Wangsa Maju dan ahli - ahlinya.Mereka semua hanya suka bermain politik sehingga masalah rakyat tidak dijaga.Malah Datuk Norza Zakaria yang hanya glamour dgn panggilan Ketua Pemuda WP dan ahli MT- maaf Ahli MT yang dilantik dari kuota Pemuda.Bahagian sendiri pun tak dapat jaga sehingga Pemuda UMNO Wangsa Maju membawa undi tak percaya kpd Norza Zakaria tetapi dia pulak dah bermimpi untuk jadi Ahli Parlimen di Bukit Katil - Melaka.Akhirya dia hanya dapat katil.Berucap sehingga dewan Danau Kota pun nak pecah ketika merasmikan gerak gempur BN WP , persoalanya mana pergi diri dia dan pasukan gerak gempurnya semasa pilihanraya ? Semua hilang.Kami akan emel kepada Wilayahkini mengenai si Norza ini kemudian.Harap dapat siarkan. Perkara inilah yang membuatkan kami marah dgn BN dan UMNO.Kami menyokong YB kerana kami harap sangat harap akan ada pendekatan yang berlainan selepas ini tetapi kami amat sedih kerana YB juga mula main politik dengan meminta Menteri WP - Datuk Seri Zulhasanan Rafique letak jawatan dan menuduh beliau sbg Menteri Undi Pos.
Beliau juga menang melalui proses demokrasi dan dilantik sbg Menteri WP.Suka tak suka BN memerintah di Persekutuan sepertimana pembangkang memerintah di Kelantan, Perak, Penag, Kedah dan Selangor.
Kami berharap YB janganlah main politik.Kami harap YB lebih kerap turun padang dan jumpa kami.Banyak masalah di sini. Sejak dipilih berapa kali YB dah turun padang? Jgn menghampakan kami.YB jangan lupa bahawa YB menang dengan ma joriti undi yang tak banyak dan hanya 150 undi sahaja.YB pun ada dapat undi pos yang banyak. Jangan lupa juga seramai 19,487 pengundi undi untuk BN .Apakah nasib mereka.Sejak menang tak nampak pun YB turun padang lebh kerap macam masa kempen.Kami tak mahu majlis makan malam semua.Masalah sampah, rumah, perkhidmatan banyak disini.YB tak perlu nak jadi hero macam membuat kenyataan media yang glomour.Kementerian WP dibawah kerajaaan persekutuan dan jemputan Menteri WP perlu dilihat dalam sudut positif.Perbincangan melalui saluran yang baik dapat menyelesaikan banyak masalah rakyat.Kami tidak mahu YB jadi Yang Berhormat dan kami kamu melihat YB sebagai Yang Berkhidmat sepertimana tag line YB sendiri.Jangan jadikan rakyat Wangsa Maju sebagai mangsa politik YB.

Teruskan perjuangan dgn ikhlas demi untuk rakyat Wangsa Maju.


Salam,

Warga Wangsa Maju pro Wee Choo Keong

Danau Kota, Setapak.

WEE CHOO KEONG - TOLONG BUAT KERJALAH!

Wee Choo Keong- Ahli Parlimen Wangsa Maju yang menang dgn majoriti 150 undi macam nampak sudah terpesong dengan perjuanganya pulak.Kini dia yang menang dgn undi yang kecil sudah mula main politik pulak. Ikuti SURAT TERBUKA KEPADA WEE dari masyarakat yang mengundinya.

Thursday, March 20, 2008

KENAPA SHAHRIZAT ? WANITA UMNO WP TAK PUAS HATI DGN SHAHRIZAT JALIL!


Wilayah Kini terima beberapa laporan yang kurang puas hati dengan tindakan PM lantik bekas Menteri dan bekas Ahli Parlimen yang tewas di Parlimen Lembah Pantai sebagai Penasihat PM bagi menjaga hal ehwal wanita sedangkan Parlimen sendiri pun tak dapat jaga.Kenapa tak melantik Rafidah Aziz atau wanita lain? ,Malah Wanita UMNO WP juga dikatakan tidak puas hati dengan permainan politik Shahrizat kebelakangan ini sejak tewas.

Mereka juga dikatakan sudah muak dengan perangai " ala bollywood" Shahrizat dan mereka juga menyifatkan kekalahanya di Lembah Pantai adalah sebab egonya sendiri yang menganggap dirinya sebagai sangat berpengaruh.Wanita Lembah Pantai juga dikatakan agak marah dengan perangai Shahrizat.Malah penduduk Bangsar juga tak tahan dengan perangainya.Ikuti dari masa ke semasa perkembangan di Lembah Pantai.

Wednesday, March 19, 2008

UMNO : APA SUDAH JADI?


- Sah PM umum Tengku Adnan sebagai Setiausaha Agung UMNO dan BN

- Khir Toyo letak jawatan Pengerusi UMNO dan BN Selangor

- Ku Li umum sedia cabar Pak Lah untuk jawatan Presiden parti

- Radzi letak jawatan Setiausaha BN dan UMNO

ADA LAGI BANYAK KEJUTAN SELEPAS INI? SHAHIDAN dijangka lepas jawatan Pengerusi UMNO dan BN Perlis!
-- rencana Rocky diakhbar Singapura

WATAK UTAMA KLIP VIDEO V.K.LINGAM TERAJUI SETIAUSAHA AGUNG UMNO!


JANGAN TERKEJUT ! Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka akan melantik pelakon watak utama rakaman Video Klip V.K.Lingam Tengku Adnan Tengku Mansor yang digugurkan sebagai Menteri Pelancongan dalam senarai kabinet semalam sbg Setiausaha Agung UMNO dan BN yang baru bagi menggantikan Datuk Radzi Sheikh Ahmad, bagi memperkukuhkan lagi jentera UMNO dan parti selepas kekalahan teruk UMNO dan BN pada pilhanraya umum baru - baru ini.

Perlantikan Tengku Adnan disusuli dgn perletakan jawatan Radzi hari ini yang begitu kecewa kerana tidak dilantik sebagai Menteri.Kononya beliau tak dapat bertugas dengan efektif.Itulah alasan yang diberikan oleh Radzi kepada media hari ini.Perlantikan Tengku Adnan - memang dinanti - nantikan oleh rakyat Malaysia kerana beliau merupakan tokoh yang penting yang dinanti - nantikan oleh parti pembangkang khususnya Anwar Ibrahim.

TAHNNIAH - ZULHASNAN RAFIQUE


Tiada kejutan.Seperti yang dijangka penyelamat maruah BN di Kuala Lumpur Datuk Seri Zulhasnan Rafique dilantik semula sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.Perlantikan Zulhasnan Rafique dilihat paling sesuai kerana beliau telah banyak membawa pembaharuan dari segi imej dan pembangunan di WP. Zulhasnan seorang sahaja dapat mempertahankan kerusi parlimen Setiawangsa di Kuala Lumpur pada pilihanraya umum baru - baru ini dimana semua wakil BN yang lain di KL tersungkur.

Namun ada yang terkejut dengan perlantikan Datuk M.Sarawanan yang juga merupakan Ahli Parlimen Tapah dan Pengerusi MIC- Sebagai Timbalan Menteri WP kali ini.MIC WP, akhirnya dapat bertapak di KL , walaupun MIC tidak mempunyai sebarang kerusi Parlimen di WP, yang didominasi oleh UMNO, MCA dan Gerakan.Diharap , Zulhasnan dapat meneruskan kesinambunganya sebelum ini.

Tuesday, March 4, 2008

CAKAP SENANGLAH - M.SARAVANAN !


CAKAP SENANG, itulah reaksi segera Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk M.Saravanan berhubung cakap - cakap daripada parti pembangkang yang mungkin akan meminta pertimbangan Kementerian Wilayah Persekutuan supaya memberikan air percuma kepada warga kota Kuala Lumpur semasa perjumpaan khas dengan Menteri Wilayah Persekutuan pada 4hb April ini.

Beliau berkata, cakap senang tapi bukan senang untuk melaksanakanya kerana Kuala Lumpur bukan sama dengan negeri - negeri lain dan kepadatan penduduk di Kuala Lumpur juga tinggi berbanding dengan negeri - negeri lain.Katanya " pemberian air percuma juga bukanya bidang kuasa Kementerian Wilayah ataupun DBKL".Kami sedia mendengar cadangan - cadangan yang bernas untuk menjadikan KL sebagai bandaraya kelas pertama dan juga dapat memberi kebaikan kepada warga kota Kuala Lumpur.Jangan pulak nak cadang nak hapuskan saman di Kuala Lumpur - itupun satu perkara yang luar biasa dan cuba fikirkan apa yang akan berlaku di Kuala Lumpur sekiranya tiada saman.KL akan menjadi bandaraya parking , nanti , katanya yang juga merupakan Pengerusi MIC WP.