Monday, December 29, 2008

SALAM MAAL HIJRAH 1430 !

Assalamulaikum wbth.
Kepada semua muslimin dan muslimat yang dirahmati allah sekalian , Wilayahkini mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1430. Semoga dengan kehadiran tahun baru ini, maka bertambahlah ketaqwaan kita kepada yang maha Esa, Insya Allah.
Wilayahkini juga telah bertekad untuk melakukan satu perubahan drastik sempena tahun baru ini. Nantikanya di Wilayahkini.
Sekali lagi SALAM MAAL HIJRAH 1430.
- daripada WILAYAHKINI -

ARAHAN PERSIDANGAN SEMULA UMNO BATU DI RAGUI ; AJK UMNO BATU BUAT LAPORAN POLIS !

(KES 2) KUALA LUMPUR 29 Dis 2008 -- Seorang Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Batu membuat laporan polis berhubung pemilihan semula UMNO Batu.
Fairul Iskandar Faizil De Souza membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul semalam.
Beliau dipetik oleh Akhbar Sinar Harian hari ini berkata, pada 26 Disember lalu, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengeluarkan surat makluman bahawa mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Batu untuk pemilihan jawatan Ketua Bahagian akan diadakan pada 28hb Disember di PWTC.
" Bagaimanapun , kami hairan mengapa mesyuarat perlu diadakan semula sedangkan Setiausaha Agung UMNO atau wakilnya tidak datang ke bahagian dan memanggil kedua - dua belah pihak dan perwakilan bagi menyelesaikan isu ini", katanya kepada Sinar Harian siaran hari ini. ( Keratan akhbar disertakan )
Katanya, beliau berasakan bahawa persidangan semula itu tidak perlu diadakan semula kerana keputusan sudah dibuat Jawatankuasa Pengurusan Majlis Tertinggi sebelum ini.
Menurut beliau, notis mesyuarat itu juga didakwa dikeluarkan dalam masa singkat.
" Notis untuk bersidang semula itu juga hanya diperoleh oleh pihak tertentu sahaja.Dalam hal ini, saya berpendapat mungkin ada banyak perkara yang menjadi persoalan", katanya.
Fairul Iskandar berkata, beliau memohon Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan MT UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razk supaya meneliti dan membuat penilaian sewajarnya berhubung perkara itu.
Menurut beliau , laporan polis itu dibuat bagi membolehkan siasatan rapi dan adil dijalankan agar pihak yang melemparkan dakwaan berhubung mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Batu sebelum ini atas kepentingan peribadi dikenakan tindakan sewajarnya.
" Rata - rata Ketua Cawangan UMNO Bahagian Batu tidak berpuas hati enggan menghadiri persidangan semula yang diadakan itu. Saya bersedia berhadapan sebarang tindakan berhubungn laporan polis yang dibuat ini", katanya.

DRAMA UMNO BATU ; MEMANG PELIK TAPI BENAR ; YUSUF HAMID TAK MUNCUL ; PEMILIHAN DITERUSKAN ; ABAS MENANG TANPA DICABAR ; APA DAH JADI ?

( KES 1 ) KUALA LUMPUR ,29 Dis 2008 -- Sepertimana berita sebelum ini ,apa yang berlaku di UMNO Batu memang PELIK TAPI BENAR. Akhirnya mesyuarat semula UMNO Batu yang bersidang semula semalam - HANYA untuk memilih KETUA BAHAGIAN menyaksikan satu lagi drama politik apabila penyandang Ketua Bahagian Batu Datuk Yusuff Hamid tidak hadir.Tetapi mesyuarat dan pemilihan diteruskan tanpa kehadiran Yusuff Hamid. Berikut adalah intipati drama tersebut :
1. Yahya Mat Ghani ( Abas ) - 136 undi ; Yusuff Hamid - 2 undi ; 1 undi rosak
2.Hanya 139 perwakilan yang hadir untuk mengundi daripada 245 perwakilan. Seramai 106 perwakilan tidak hadir.
3. Kenapa penyandang Ketua Bahagian Yusuff Hamid tidak hadir ?
4. Pemilihan semula dikendalikan oleh Setiausaha Kerja UMNO Pusat Jen ( B ) Datuk Khusainy.
5. Apakah Yusuff Hamid akan membuat sesuatu selepas ini ?
Untuk rekod, pada pemilihan UMNO Batu yang diadakan pada 2hb November lepas, Yusuff selaku Penyandang Ketua UMNO Batu berjaya mempertahankan jawatan Ketua Bahagianya dengan kelebihan 5 undi sahaja - menewaskan Yahya Mat Ghani.
Jawatankuasa Pengurusan UMNO sebelum ini telah membuat keputusan supaya UMNO Batu tidak perlu mengadakan mesyuarat semula , TETAPI dalam tempoh masa sebulan , timbul pula satu arahan baru iaitu - pemilihan semula perlu diadakan untuk jawatan Ketua Bahagian sahaja. MEMANG PELIK TAPI BENAR.
Wilayahkini difahamkan , sebelum ini Majlis Tertinggi telah memberi kebenaran kepada semua Badan Perhubungan UMNO negeri masing - masing untuk menangani isu mengenai pemilihan bahagian TETAPI apabila terkeluarnya arahan daripada Setiausaha Agung UMNO - ramai yang keliru dan tidak puas hati. Majlis Tertinggi UMNO , mungkin boleh memperjelaskan isu seperti ini supaya ramai ahli - ahli UMNO tidak keliru , marah ataupun kecewa.Yang penting kita jangan menafikan hak demokrasi dalam UMNO. Tangan - tangan tersembunyi perlu dicantas segera kerana ianya boleh menjejaskan kekuatan UMNO.
Wilayahkini juga telah menerima beberapa emel mengenai pemilihan semalam. Mereka mempertikaikan kenapa mesyuarat perlu diteruskan walaupun tanpa kehadiran penyandang Ketua Bahagian? Kenapa tidak menangguhkanya sahaja ? Ramai perwakilan tak hadir - kita perlu dengar suara mereka. Kenapa mereka tidak hadir ? -- begitulah suara - suara yang berkemundang di pihak Yusuf Hamid.Malah mereka menyifatkanya satu tindakan aneh dan kelakar.
Manakala penyokong Abas pula mempertahankan pemilihan tersebut kerana telah mencukupi korum dan telah mula merayakan kemenangan Abas. Apakah kemenangan ini berbaloi ataupun tidak ? Namun, Abas dikatakan yakin untuk menang walaupun diadakan pemilihan semula selepas ini.
Apa selepas ini ?

Wednesday, December 24, 2008

POLITIK BATU KEMBALI PANAS ; PEMILIHAN SEMULA HANYA UNTUK JAWATAN KETUA BAHAGIAN ; PELUANG KEDUA BAGI ABAS ; YUSUF HAMID LEPAS KALI INI ?

KUALA LUMPUR -- " Pelik tapi benar dan apapun boleh berlaku dalam arena politik", begitulah dapat dirumuskan mengenai perkembangan di UMNO Batu apabila UMNO pusat mengarahkan diadakan pemilihan semula hanya untuk jawatan Ketua Bahagian Batu yang dimenangi oleh penyandang Datuk Yusuf Hamid dengan kelebihan 5 undi pada 2hb November yang lepas. Pemilihan semula bakal diadakan pada 28hb Disember ini.
Dengan keputusan yang penuh dramatik tersebut, Yusuff Hamid yang hanya dapat mempertahankan jawatanya untuk tempoh sebulan ini terpaksa mengharungi satu lagi rintangan politik yang penuh berliku dalam karier politiknya. Arahan dari UMNO pusat yang menetapkan pemilihan semula hanya untuk jawatan Ketua Bahagian sahaja telah mengundang pelbagai reaksi dan cakap - cakap politik.
" Jarang berlaku dalam UMNO insiden seperti ini apabila hanya jawatan Ketua Bahagian sahaja yang diarahkan dibuat pemilihan semula . Ada sesuatu yang tak kena pada pemilihan yang lepas ? ", kata seorang pemimpin UMNO dari WP kepada Wilayahkini hari ini.
Untuk rekod , sebelum ini difahamkan mesyuarat pengurusan UMNO Malaysia telah membuat keputusan supaya UMNO Batu tidak perlu mesyuarat semula dan tidak perlu diadakan pemilihan semula walaupun ada beberapa bantahan dikemukakan . Kini segala - galanya telah terjawab. Memang pelik tapi benar.Tapi itulah realiti sebenar dalam arena politik.Apapun boleh terjadi.
PELUANG KEDUA BAGI ABAS ?
Dengan perkembangan tersebut, ramai pihak melihat ianya bakal memberikan satu harapan baru serta peluang kedua bagi Yahya Mat Ghani ( Abas Batu ) untuk melakukan sesuatu setelah hampir 90 % pasukanya menang untuk jawatan tertinggi UMNO Batu pada pemilihan 2 November yang lepas. Malah ramai penyokong Abas terkejut dengan keputusan tersebut.
Ramai bersuara supaya diadakan semula pemilihan semula.Tapi ketika itu nasib tidak menyebelahi penyokong Abas dan juga untuk Abas sendiri. Namun selepas hampir sebulan lebih, mereka mendapat semula suntikan politik untuk melakukan sesuatu. Apakah Abas akan berjaya menumpaskan Yusuf Hamid yang dikatakan - masih kuat dan yakin akan mempertahankan jawatanya walaupun diadakan pemilihan semula. Apakah Yusuf Hamid akan menang dengan majoriti yang lebih besar kali ini ataupun sebaliknya ?
Kini bola dikaki Abas dan Yusuf Hamid. Namun disebalik keputusan tersebut, ada yang berkata banyak tangan - tangan tersembunyi akan mencaturkan pemilihan semula ini. Apa yang pasti -- UMNO Batu kembali bergegar dan panas !

TANGGUH DULU PEMILIHAN UMNO MAC DEPAN KALAU SEMUA ADUAN POLITIK WANG TAK DAPAT DISELESAIKAN !

KUALA LUMPUR -- Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah hari ini mencadangkan supaya pemilihan UMNO yang bakal diadakan Mac tahun depan wajar ditangguhkan sekiranya aduan politik wang tidak dapat diselesaikan secara menyeluruh. Sila baca -mStar , untuk berita selanjutnya.
Beliau yang juga bekas Naib Presiden UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang berkata, sekiaranya UMNO mahu terus bertahan dan kekal sebagai sebuah parti yang masih relevan dalam politik arus perdana , semua isu dan laporan mengenai politik wang perlu diselesaikan sebelum pemilihan parti diadakan Mac tahun depan.

Monday, December 22, 2008

PERLANTIKAN JAWATANKUASA BAHAGIAN SETIAWANGSA : "KENA TUNGGU DULU SAMPAI TAHUN DEPAN" ; ABDULLAH MAT DILANTIK SEMULA !

SETIAWANGSA --" Kena tunggu dulu sampai tahun depan", begitulah reaksi yang diberikan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa Datuk Seri Zulhasnan Rafique mengenai perlantikan jawatan utama UMNO Bahagaian Setiawangsa bagi penggal 2008 - 2011 termasuk Ketua Penerangan , Bendahari dan 7 orang AJK Bahagian secara lantikan.
Namun, Zulhasnan Rafique yang juga merupakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan mengumumkan perlantikan semula Abdullah Mat atau lebih di kenali sebagai "Pak Lah" sebagai Setiausaha Bahagian.
Walaupun sebelum ini ada macam - macam spekulasi politik mengenai perlantikan jawatan - jawatan tersebut, tersmasuk setelah penyandang Bendahari Datuk Fauzi Zahari telah menang untuk jawatan Naib Ketua Bahagian. Beberapa nama yang dikaitkan bagi mengisi jawatan tersebut. Bagi jawatan Ketua Penerangan pula ada pihak yang meramalkan , penyandang Ahmad Hashim akan dikekalkan kerana beberapa sebab. Kita tunggu dulu.....!
Namun, kehangatan politik Setiawangsa dikatakan sudah sejuk kembali selepas pemilihan yang diadakan baru - baru ini.
Sementara itu, UMNO Bahagian Setiawangsa : Iltizam memperkasa pimpinan dan merakyatkan UMNO, sila KLIK disini .

PEMILIHAN WAN FARID : ADA MACAM - MACAM BUNYI ; TIDAK ADIL KATA SAYA TAK LAYAK, KATA WAN FARID ; POLITIK DALAMAN DAH BERMULA ?

KUALA LUMPUR ,22 Dis 2008 -- Akhirnya Barisan Nasional memilih Ketua Bahagian UMNO Kuala Terengganu Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon Barisan Nasional bagi menghadapi piliharanraya kecil parlimen Kuala Terengganu. Walaupun sebelum ini ada bermacam - macam desas desus mengenai pemilihan calon sehingga ada berkata nama Muhamad Zuber Embong ( Ketua Sektor Jabatan Pelajaran Terengganu ) bakal diumumkan sebagai calon , namun penampilan nama Wan Farid yang juga merupakan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri telah mengundang pelbagai reaksi termasuk cakap - cakap politik. Ada pihak pula menyifatkan pemilihan Wan Farid sebagai - kuasa politik Pak Lah, Sila baca - Wan Farid: Terbukti Abdullah masih berpengaruh.
Ada pihak pula berpendapat , pemilihan Wan Farid bagi mengelakkan insiden Permatang Pauh berulang kembali di Kuala Terengganu. Ada pula yang berkata, UMNO mungkin mahu " menjaga hati " UMNO Bahagian Kuala Terengganu dan macam - macam lagi.
Sementara itu, Wan Farid hari ini dengan lantang bersuara , " Tidak Adil Kata Saya Tak Layak ; Kenali Saya Dulu Sebelum Hukum Saya", katanya. Sila klik DISINI , untuk berita selanjutnya.
Pemerhati politik pula berkata, politik dalaman UMNO sudahpun bermula.Ini belum lagi kempen pilihanraya kecil.Pas juga belum lagi umumkan calon mereka. Sekali lagi kepanasan politik UMNO sudah mula bermula.

Wednesday, December 17, 2008

KEMPEN TIMBALAN PRESIDEN SEMAKIN HANGAT SAMPAI ISUNYA MASUK PARLIMEN !

KUALA LUMPUR -- Siapakah bakal pengganti Datuk Seri Najib Tun Razak bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO dan jawatan Timbalan Perdana Menteri. Isu ini semakin panas walaupun banyak spekulasi dan ramalan dilontarkan setiap hari ini.
Peluang Calon Timbalan Presiden Sama Rata , sila klik DISINI . Sementara itu , semalam seorang Ahli Parlimen PKR dengan lantang bersuara di Parlimen kononya bahawa dia mempunyai bukti seorang calon Timbalan Presiden UMNO terlibat dalam rasuah politik wang. Sila klik DISINI , untuk berita selanjutnya. Berita tersebut telah mengamatkan suasana Dewan Rakyat petang semalam. Malah dakwaan tersebut telah mendapat liputan utama - muka depan akhbar Sinar Harian hari ini ( gambar ). Menjelang hujung bulan ini, ramai akan mengambil peluang untuk bercuti sempena akhir tahun.Bagaimana pula kempen jawatan Timbalan Presiden ? Akan ada cuti sementara untuk aktiviti berkempen ataupun perjuangan diteruskan ?

Monday, December 15, 2008

WAJAH - WAJAH CALON EXCO PEMUDA DARI WILAYAH PERSEKUTUAN ; HARAPAN & CABARAN ; DULU DAN KINI........!

KUALA LUMPUR , 15 Dis 2008 -- Seramai enam Ketua Pemuda dari Wilayah Persekutuan akan mencuba nasib masing - masing bagi jawatan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada pemilihan parti bulan Mac tahun depan.
Mereka ialah :
Rizalman Dato Mokhtar Samad ( Ketua Pemuda Bandar Tun Razak ), Datuk Ahmad Zaki(Ketua Pemuda Putrajaya), Tengku Azman (Ketua Pemuda Bukit Bintang) ,Norizan (Ketua Pemuda Kepong) , Sazali Kamilan (Ketua Pemuda Lembah Pantai) dan Mohd Razlan (Ketua Pemuda Seputeh).
Manakala Haji Kamaruddin (Dino) , yang juga merupakan mantan Ketua Pemuda Segambut akan bertanding jawatan Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Malaysia.
Dikalangan pemimpin Pemuda yang menawarkan diri bertanding Exco dari Wilayah kali ini.
Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan Datuk Norza Zakaria pula akan bertanding jawatan Majlis Tertinggi UMNO kali ini.
UPDATE TERKINI.......
Wilayahkini melihat dari sudut yang lebih positif dalam isu ini. Yang penting , kita mahu melihat " Kebangkitan Semula Pemuda UMNO di WP" kali ini, dan kita tidak mahu , Pemuda WP menjadi lesu dan hanya menjadi panas untuk " seketika " dan Syok Sendiri. Pemuda WP sepatutnya merasa bertuah kerana , Ketuanya Datuk Norza Zakaria bukan sahaja dipilih dan dilantik untuk menduduki kerusi Majlis Tertinggi UMNO mewakili kuota Pemuda UMNO Malaysia. Malah Norza juga menjadi Setiausaha Politik di satu Kementerian yang paling berpengaruh di Malaysia. Kita memiliki segala kekuatan, TETAPI akhirnya apa yang terjadi ? Pemuda WP dipinggirkan begitu sahaja. Ramai yang kecewa dan marah. Namun, kini selepas pemilihan Pemuda baru - baru ini, kita nampak ramai pemimpin Pemuda di Wilayah sudah mula menunjukkan kekuatan masing - masing di kesemua bahagian. Malah mereka sudah lantang bersuara dan bergerak. Kita berharap , WP akan mempunyai ramai wakil Exco diperingkat nasional nanti. Kita mahu mahu Pemuda Wilayah diperkasakan semula kerana suara Pemuda Wilayah sudah lama tidak kedengaran di peringkat nasional !
Pemimpin seperti , Zaki dan Rizalman cukup bepengalaman di pentas pemuda nasional. Kita perlu melahirkan lebih ramai pemuda pelapis di WP selepas ini !

DATUK BANDAR KL BARU MULA TUGAS HARI INI ; MEDIA TAK DIBENAR MASUK ; FUAD JUMPA MENTERI WP HARI INI !

KUALA LUMPUR, 15 Dis 2008 -- Sepertimana yang diketahui umum, Ahmad Fuad telah dinamakan Datuk Bandar Kuala Lumpur yang ke 9. Hari ini Fuad telah memulakan tugasnya di DBKL. Wilayahkini difahamkan pihak wartawan dari awal pagi telah menunggu kehadiran Fuad tetapi tidak dibenarkan masuk. Difahamkan Fuad mengadakan perjumpaan dengan semua Pengarah Jabatan selama 15 minit sebelum mengadakan perjumpaan dengan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique dipejabat Menteri, Tingkat 6 Bangunan DBKL.
Wilayahkini dengar, Datuk Bandar baru tidak mahu berjumpa dengan media hari ini ? Banyak cerita yang kita dengar mengenai Ahmad Fuad. Hari pertama beliau masuk ke DBKL sudah menyaksikan pelbagai drama dan klimaks di DBKL.
Pihak media yang menjangka Ahmad Fuad sebagai seorang yang "mesra media" selama ini, dikatakan kecewa dengan insiden tersebut. Apakah Ahmad Fuad akan berjumpa dengan media ataupun melepaskan diri dari pihak media ? Apakah akan ada beberapa pengumuman penting dari Datuk Bandar baru selepas ini ? -- Wartawan Wilayahkini
BERITA SEBELUM INI.......

KUALA LUMPUR -- Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Datuk Ahmad Fuad Ismail akan dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baru menggantikan Datuk Abdul Hakim Borhan.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique dijangka mengumumkan perlantikan Fuad pada satu sidang media petang esok dipejabatnya. Wilayahkini difahamkan, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil keputusan untuk tidak melanjutkan kontrak Abdul Hakim dan mahukan Fuad dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baru.
Namun disebalik perlantikan Datuk Bandar baru dalam tempoh masa 24 jam ini macam - macam cerita mula kedengaran. Ada pihak yang dikatakan tidak berpuas hati dengan perlantikan Fuad dan Abdul Hakim pula dikatakan kecewa dengan perkembangan tersebut. Namun disebalik perlantikan baru ini, banyak perkara perlu dinilai dan dipantau. Ikutilah , komen khas Wilayahkini mengenai isu ini SECEPAT MUNGKIN......

Sunday, December 14, 2008

PEMILIHAN KETUA PEMUDA : PERWAKILAN WILAYAH SOKONG SIAPA ? ; MUKHRIZ JADI PILIHAN DI WP ? KJ BANGKIT SEMULA ? KHIR TOYO MACAM MANA ?

UPDATE TERKINI : Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Khir Toyo dikatakan telah menemui hampir semua perwakilan pemuda UMNO dari seluruh Malaysia dan dikatakan boleh memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Sila klik DISINI
BERITA SEBELUM INI...........
KUALA LUMPUR -- Bahang pemilihan pucuk pimpinan tertinggi di UMNO khususnya di peringkat Pemuda UMNO Malaysia dikatakan sudah sampai ke tahap yang sungguh mencemaskan walaupun ada tiga bulan lagi untuk tempoh mengundi.
Sekiranya dulu nama Datuk Mukhriz Mahathir dijulang sebagai pilihani no 1 , tetapi kini cakap -cakap politik sudah mula dilihat memihak kepada Datuk Seri Khir Toyo manakala nasib Khairy Jamaluddin dikatakan masih samar - samar lagi. Namun dikatakan , Khairy akan bangkit semula dalam saat -saat terakhir sebelum pemilihan parti.
Yang paling menarik sekali ialah , siapakah yang menjadi pilihan perwakilan dari Wilayah Persekutuan kali ini ? KJ ? Mukhriz atapun Khir Toyo ?
Beberapa pemimpin Pemuda yang ditemui oleh Wilayahkini berpendapat " memang terlalu awal untuk diramalkan peluang ketiga - tiga mereka.Kerana ini baru masuk pusingan awal. Kita perlu tunggu sanpai beberapa pusingan lagi".
Ada pula yang berpendapat , aliran tunai semakin tinggi dan ianya bergantung kepada cara dan strategi yang digunakan.
" Jangan kira mengenai pencalonan.Sekiranya Pemuda Titiwangsa dan Pemuda Putrajaya mencalonkan Muhkhriz , tidak semestinya mereka akan mendapat undi. Sama juga bahagian - bahagian lain di Wilayah Persekutuan " , kata seorang bekas Ketua Pemuda Bahagian kepada Wilayahkini.
Namun, difahamkan diatas kertas menyaksikan peluang Mukhriz Mahathir dikatakan amat cerah mendominasi undi - undi dari perwakilan Wilayah Persekutuan . Kali ini Wilayah Persekutuan menyaksikan 10 bahagian telah menerima kepimpinan bari diperingkat Pemuda. Apakah pandangan dan citarasa mereka ?

Thursday, December 11, 2008

PEMUDA PUTRAJAYA : MASIH ADA PERMAINAN POLITIK " ala TARIK TALI " ? ZAKI INTAI PELUANG DI MRCB ?

PUTRAJAYA -- Sepertimana yang diketahui umum, selesai sudah persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Putrajaya dimana Datuk Ahmad Zaki berjaya mempertahankan jawatanya dengan kelebihan tiga undi menewaskan Tun Faisal. Namun disebalik kemenangan tipis tersebut , angin politik Pemuda Putrajaya dikatakan belum reda lagi dan masih ada permainan politik " ala tarik tali " ?
Zaki yang kini menjadi Pegawai Khas Perdana Menteri dikatakan sedang meneropong tugas baru di MRCB selepas Pak Lah bersara pada bulan Mac tahun depan?
Disebalik kemenangan tiga undi, Zaki gagal dalam percaturanya mencalonkan sahabat karibnya Khairy Jamaluddin bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, TETAPI Mukhriz Mahathir yang menjadi pilihan Pemuda Putrajaya.
Sementara itu, Tun Faizal yang juga merupakan Pegawai Khas Kepada Menteri Pelajaran dilihat lebih menonjol walaupun tewas dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda Putrajaya. Akan ada lagi episod - episod yang menarik selepas ini ?
Zaki juga dikatakan mengidamkan jawatan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.
UPDATE TERKINI -- Wilayahkini menerima satu emel yang mengatakan Pemuda Putrajaya berada dalam keadaan yang aman dan tenteram selepas pemilihan Pemuda baru - baru ini !

Monday, December 8, 2008

PEMUDA UMNO LEMBAH PANTAI MAHU RAMPAS SEMULA KERUSI LEMBAH PANTAI DARI PKR !

LEMBAH PANTAI -- Pergerakan Pemuda UMNO Lembah Pantai mahu merampas semula kerusi Lembah Pantai dari PKR. Kepimpinan baru Pergerakan Pemuda UMNO Lembah Pantai mahu memperkasakan semula Pemuda Bahagian agar lebih disegani oleh kawan dan lawan bagi memenangi semula hati rakyat dan ahli - ahli UMNO di Lembah Pantai , kata Ketua Pemudanya Sazali Kamilan. Sila klik DISINI , untuk baca kenyataan penuhnya.
UMNO Bahagian Lembah Pantai menerima perubuhan drastik di kepimpinanPemuda, Puteri dan Bahagian dengan pemilihan kepimpinan baru pada pemilihan yang diadakan baru - baru ini. Kemenangan semula Datuk Raja Nong Chik sebagai Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai diumpamakan " sirih pulang ke gagang" oleh pemerhati politik. Kemenangan Norasyikin sebagai Ketua Puteri yang baru menewaskan Nolee Ashilin yang juga merupakan seorang ADUN dan orang kuat Puteri UMNO Malaysia menjadikan nama Puteri UMNO Lembah Pantai begitu "popular".

PUTERI UMNO : POLITIK WANG, BPR, SOMBONG, SYOK SENDIRI, DLL...........?

KUALA LUMPUR -- Isu mengenai politik wang semakin panas dibicarakan setiap hari. Malah isu ini semakin hari semakin menonjol di media massa dan juga media alternatif. Namun kali ini, Puteri UMNO juga tersangkut dengan isu politik wang sampai terkeluar di media massa.
Dulu sekiranya tiba musim pemilihan di UMNO , Puteri UMNO dilihat sebagai satu - satunya sayap yang tenang tanpa sebarang isu kontoversi tetapi pemilihan kali ini menyaksikan isu - isu mengenai Puteri UMNO mahupun di peringkat cawangan, bahagian dan nasional - begitu panas sekali sampai ada macam - macam tuduhan yang dilemparkan.
Bukan sahaja isu politik wang yang dikatakan secara meluas , malah ada yang kata segelintir pemimpin puteri UMNO terlalu sombong, angkuh, suka glamour dan syok sendiri serta suka fitnah orang lain untuk mengejar jawatan dalam bahagian dan juga peringkat nasional. BETUL KER ?
Malah penampilan ramai sangat calon dari Wilayah Persekutuan menawarkan diri bertanding bagi jawatan Exco Puteri Nasional atas nama " demokrasi" juga menimbulkan seribu tanda persoalan. Ada pemimpin yang berpengalaman dan berkelayakan pula tidak mahu bertanding.
" Saya percaya Puteri UMNO masih terpelihara daripada pengaruh - pengaruh negatif politik wang ini tapi oleh kerana sifatnya berteraskan politi maka ia tetap terkena tempias pandangan orang serong di luar sana", kata calon Ketua Puteri UMNO Malaysia Datin Ismalina Ismail.
Sila klik DISINI untuk baca komenya mengenai Politik Wang, Puteri dan BPR.
Apapun kita berharap , semua yang bertanding - bertandinglah dalam suasana harmoni dan semangat setiakawan !


SALAM HARI RAYA AIDILADHA DARI WILAYAHKINI !

WILAYAHKINI ingin mengucapkan Salam Aidiladha kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam khususnya kepada semua pembaca setia Wilayahkini di seluruh negara, termasuk ahli - ahli UMNO dari Wilayah Persekutuan ( empat peringkat). Pada hari yang sungguh mulia ini, marilah kita sama - sama menghayati nilai " pengorbanan" sesama kita. Marilah kita sama - sama menjadikan hari ini untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim diantara kita.
SALAM AIDILADHA,
Dari Kumpulan Wilayahkini

Friday, December 5, 2008

ahhhhh.......DUA LAGI CALON DARI SEGAMBUT PULA TAWAR DIRI UNTUK EXCO PUTERI ; FIONA ATAU NASHUA ?

SEGAMBUT -- Sepertimana di Setiawangsa, di Segambut juga dua wakil dari bahagain yang sama bakal menawarkan diri bertanding jawatan Exco Puteri UMNO Malaysia. Ketua Puteri Segambut Huzry Fionawathy dan AJK Puteri UMNO Segambut Nashua Fauzun bakal mencuba nasib masing - masing di arena Puteri Nasional kali ini.
Fiona dikatakan salah seorang pemimpin Puteri yang "popular" di Wilayah Persekutuan mahupun ahli - ahli Puteri di peringkat Nasional. Pada pemilihan, Ketua Puteri Segambut baru - baru ini, Fiona menang tanpa bertanding.
Manakala Nashua Fauzun pula, dikatakan salah seorang yang " dikenali " ramai dipentas Puteri UMNO Malaysia. Beliau juga dikatakan mempunyai skil "PR"( perhubungan awam ) yang cukup baik dikalangan pemimpin - pemimpin Puteri UMNO diseluruh negara.
Penampilan dua cali calon dari bahagian yang sama bagi jawatan ecxo bukan merancakkan suasana kempen malah menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai negeri yang menjadi tumpuan kita ini kerana ramai calon yang nak bertanding.

Thursday, December 4, 2008

KENALI CALON EXCO PU3 MALAYSIA : DUA CALON DARI SETIAWANGSA INTAI PELUANG EXCO PUTERI UMNO MALAYSIA ; 2S - SITI FATIMAH DAN SERI WANI JADI PERHATIAN !

SETIAWANGSA -- Ketua Puteri Cawangan Pusat Bandar Setiawangsa Siti Fatimah(gambar ) dan Ketua Puteri UMNO Setiawangsa bakal turun ke gelanggang yang sama untuk mencuba nasib bagi merebut jawatan Exco Puteri UMNO Malaysia.
Walaupun tewas dalam perebutan jawatan Ketua Puteri Setiawangsa baru - baru ini, semangat Siti dikatakan tidak luntur sama sekali, malah beliau dikatakan mendapat suntikan semangat yang kuat daripada pemilihan tersebut.
Siti dikatakan sedang berkempen habis - habisan diseluruh negara bagi memastikan kemenanganya kali ini. Apakah percubaan Siti akan berjaya ? Ramai melihat penampilannya sebagai satu tindakan yang berani.
Difahamkan lebih daripada 10 wakil daripada Wilayah Persekutuan akan menawarkan diri untuk jawatan Exco Puteri UMNO Malaysia. Kenapa ramai sangat ? Malah , penampilan Seri Wani (gambar) dan Siti Fatimah juga menunjukan dua calon dari bahagian yang sama ( Setiawangsa).
Seri Wani pula dikatakan mempunyai peluang yang cerah untuk menang tetapi penampilan ramai sangat wakil dari Wilayah Persekutuan bertanding jawatan Exco Puteri mungkin boleh menjejaskan peluangya, kata seorang perwakilan Puteri dari Wilayah kepada Wilayahkini.

SAYA TAK HANTAR SMS MINTA SOKONG AZALINA , KATA FARIDAH ABU HASSAN !

KUALA LUMPUR -- Penolong Setiausaha Wanita UMNO Malaysia Datuk Faridah Abu Hassan menafikan segala dakwaan bahawa beliau menghantar sms kepada bahagian - bahagian meminta mereka mencalonkan Datuk Seri Azalina Othman untuk jawatan Naib Ketua Wanita.
" Daripada hantar sms, lebih baik saya angkat telefon bercakap terus dengan Ketua - Ketua Wanita Bahagian. Saya tidak buat kerja - kerja macam tu ( hantar sms ) ", katanya yang juga merupakan Ketua Wanita Cheras dan Naib Ketua Wanita UMNO Wilayah Persekutuan. Sila klik Disini , untuk laporan penuh.
Faridah yang dilihat sebagai orang " kanan" kepada Tan Sri Rafidah Aziz dikatakan bakal mengepalai jentera kempen Rafidah Aziz menentang Shahrizat Abdul Jalil bagi jawatan Ketua Wanita. Faridah dikatakan juga mempunyai pengaruh yang kuat di Wilayah Persekutuan. Apakah undi dari Wilayah Persekutuan akan berpecah dan Shahrizat terpaksa berkerja keras untuk meraih undi dari negerinya sendiri ?

Wednesday, December 3, 2008

KEBANGKITAN SEMULA PEMUDA UMNO DI WILAYAH PERSEKUTUAN ; BERANI , LANTANG DAN BERWAWASAN !

KUALA LUMPUR -- Pemilihan diperingkat Pemuda di Wilayah Persekutuan baru - baru ini menyasksikan 10 bahagian di Wilayah Persekutuan menerima kepimpinan baru manakala bahagian Putrajaya, Cheras dan Bandar Tun Razak diterajui oleh penyandang Ketua Pemuda Bahagian.
Pemilihan Ketua - Ketua Pemuda baru dilihat sebagai " Kebangkitan Semula Pemuda Wilayah Persekutuan" , selepas dikecewakan oleh kepimpinan dibawah Datuk Norza Zakaria yang dikatakan telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan. Pemimpin - pemimpin Pemuda yang baru dipilih baru - baru ini, dilihat dapat menyahut cabaran parti serta dapat memperkasakan dan memperkukuhkan lagi UMNO khususnya di Wilayah Persekutuan.
Segambut, Batu, Wangsa Maju, Kepong, Setiawangsa, Titiwangsa, Labuan, Lembah Pantai, Seputeh dan Bukit Bintang adalah diantara 10 bahagian yang telah menerima kepimpinan baru -- dikatakan satu kepimpinan cukup berkaliber.Manakala Datuk Ahmad Zaki berjaya mempertahankan jawatanya sebagai Ketua UMNO Putrajaya dalam pertarungan yang dianggap paling sengit dengan kelebihan tiga undi.
Rizalman ( Bandar Tun Razak ) dan Syed Mehdhar ( Cheras ) pula berjaya memperhankan jawatan masing - masing tanpa bertanding. Pemilihan Naib Ketua Pemuda Titiwangsa, Idham Yasser sebagai Ketua Pemuda Titiwangsa juga menjadi perhatian di Wilayah Persekutuan. Ramai melihat, Idham yang juga anak kepada Datuk Seri Suleiman Mohamad dapat membantu kuatkan lagi Pemuda UMNO WP. Kemenangam Azmi Badaruddin di Setiawangsa juga dilihat sebagai satu perkembangan politik yang menarik. Azmi yang juga bekas Naib Ketua Pemuda Bahagian, menang dalam perebutan empat penjuru.
Kemenangan Mohd Razlan di Seputeh juga dilihat sebagai satu perkembangan positif bagi kebangkitan semula Pemuda di WP kerana beliau dikatakan seorang pemimpin muda yang cukup agresif dan berpengalaman luas.
Kemenangan Mahadhir Sulaiman di Segambut , Moh Taufik di Wangsa Maju dan Azniee Abdullah di Batu juga memperlihatkan kekuatan pemuda Wilayah Persekutan .Mereka bertiga dilihat sebagai anak muda yang cukup lantang dan berwawasan , khususnya Azniee yang dikatakan seorang yang lantang dan berani.
SIAPA BAKAL KETUA PEMUDA WP?
Diantara mereka , siapakah bakal akan dilantik menerajui kepimpinan Pemuda UMNO WP sebagai Ketua dan Naib ? Segalanya bergantung kepada kemenangan Ketua Pemuda Malaysia yang baru.Namun, apa yang pasti , Pemuda Wilayah Persekutuan kini dilihat mempunyai satu pasukan yang mantap dan penuh berwawasan. Nama - nama seperti Zaki , Syed Mehdhar dan Rizalman disebut- sebut mengisi tonggak utama kepimpinan Pemuda WP.
Sementara itu, Pemuda Setiawangsa telah melancarkan lawan blognya baru - baru ini. Sila klik DISINI. Pemuda Titiwangsa juga turut menjejak langkah yang sama. Sila klik DISINI.

Monday, December 1, 2008

KEMPEN SEMAKIN PANAS ; WAJAH - WAJAH PEMIMPIN SEMAKIN MENONJOL ; WILAYAH PERSEKUTUAN TERUS JADI TUMPUAN !

KUALA LUMPUR -- Gerakan kempen semakin panas. Wajah - wajah pemimpin utama yang bertanding bagi jawatan tertinggi parti semakin menonjol setiap hari.Selain jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden, persaingan untuk Ketua Pemuda, Ketua Wanita, Ketua Puteri dan Majlis Tertinggi juga turut menjadi perhatian dan perbualan hangat.
Sepertimana dalam berita yang sebelum ini, 13 bahagian di Wilayah Persekutuan dikatakan menjadi harapan setiap pemimpin yang bertanding bagi jawatan tertinggi parti. Undi dari perwakilan Wilayah Persekutuan dilabel sebagai 'undi penyelamat'.
Malah, setiap hari ada bermacam - macam cerita yang disebarkan melalui media massa dan juga saluran media alternatif. Isu Wanita UMNO juga telah meletupkan lagi suasana pemilihan parti.
Kini cerita Rafidah dan Shahrizat dah jadi macam plot drama.
Apa kata, " Johor Satu Sahaja ", klik Disini . Dan , Cadangan Muhyiddin Yassin Perlu Kajian Yang Mendalam..klik Disini !

Saturday, November 29, 2008

ZAID IBRAHIM HADIR DI KONVENSYEN PKR HARI INI !

KUALA LUMPUR -- Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim dan Presiden SAPP Datuk Yong Tek Lee merupakan diantara tetamu khas yang hadir pada persidangan konvensyen PKR di Shah Alam pagi tadi. Kehadiran Zaid yang juga merupakan bekas Senator , menjadi perhatian pelbagi pihak.
Zaid yang baru - baru ini menerima surat tunjuk sebab dari UMNO kini sudah tentu bakal berdepan dengan satu lagi situasi politik yang cukup berlainan.
( Gambar : Malaysiakini, Zaid dan Yong )

IKLANKAN JAWATAN DATUK BANDAR KUALA LUMPUR KATA KHALID IBRAHIM ; SIAPA GANTI HAKIM ?

KUALA LUMPUR -- Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Tan Sri Khalid Ibrahim mencadangkan jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur di iklankan untuk mencari penggantinya berikutan tempoh Datuk Bandar sekarang Ab Hakim Borhan selama dua tahun bakal tamat pada 11 December depan.
" Sekiranya kerajaan mengambil langkah untuk mengiklankan jawatan tersebut sudah tentu ramai yang akan memohon dan kita boleh memilih calon yang berkelayakan yang terbaik bagi mengisi jawatan tersebut", katanya di Parlimen baru - baru ini.
Kini masa depan Hakim Borhan masih belum diketahui lagi. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mempunyai kuasa yang mutlak sama ada untuk untuk mengugurkan Hakim , mengekalkanya ataupun melantik Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baru selepas mendapat nasihat daripada Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique.
Beberapa nama juga turut dikaitkan dengan pengganti Hakim, termasuk Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Bakaruddin Othman , Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Ahmad Fuad dan Ketua Pengarah DBKL Datuk Salleh Yusuff.
Dalam tempoh dua tahun, Hakim dilihat sebagai seorang Datuk Bandar yang " tiada sebarang kontroversi " walaupun beliau dikatakan kurang agresif
Ada yang melihat cadangan Khalid Ibrahim tidak masuk akal dan kurang rasional.Apapun, Kuala Lumpur -- kini semakin panas dengan isu, siapakah bakal Datuk Bandar Kuala Lumpur ?

Thursday, November 27, 2008

KEMPEN TIMBALAN PRESIDEN SEMAKIN PANAS DI WP ; 13 BAHAGIAN DI WP JADI SASARAN ; ALI RUSTAM "POPULAR" DI WP ? MUHYIDDIN TERTINGGAL ?

KUALA LUMPUR -- 13 Bahagian di Wilayah Persekutuan sudah menjadi sasaran bagi penyokong - penyokong dan juga agen - agen calon Timbalan Presiden menjelang pemilihan UMNO mac tahun depan.
Wilayahkini difahamkan Datuk Seri Ali Rustam dikatakan mendapat sokongan yang kuat di Wilayah Persekutuan berbanding dengan dua calon lain iatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Muhamad Taib. Malah dengar juga cerita - cerita yang mengatakan team Muhyiddin Yassin begitu risau dengan perkembangan tersebut.
Ketika ini, banyak pendekatan dan cara yang digunakan untuk mendekati para perwakilan di Wilayah Persekutuan , mahupun G7 ataupun G6.
Namun, kumpulan G7 dikatakan menjadi sasaran utama mereka. Ramai perwakilan di Wilayah Persekutuan pula dikatakan begitu " selesa" dengan cara Ali Rustam ?
Dari segi pencalonan pula, Ali Rustam mendapat pencalonan daripada Bandar Tun Razak, Kepong, Batu, Lembah Pantai , Setiawangsa dan Segambut.
Manakala Muhyiddin pula mendapat pencalonan dari Cheras, Titiwangsa, Labuan, Cheras, Bukit Bintang, Wangsa Maju dan Putrajaya. Muhamad Taib pula hanya mendapat satu pencalonan dari Seputeh.
Pencalonan yang diterima dari bahagian Setiawangsa yang diketuai oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan bahagian Segambut yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP Senator Datuk Kamaruddin Ambok dikatakan memberi suntikan semangat yang kuat kepada Ali Rustam.

Tuesday, November 25, 2008

KETUA PUTERI LEMBAH PANTAI BARU TETAPKAN TIGA AGENDA UTAMA !

KUALA LUMPUR -- Ketua Pergerakan Puteri UMNO Lembah Pantai Nor Asyikin Jaafar yang berjaya menumbangkan orang kuat puteri UMNO Malaysia Nolee Ashilin bagi jawatan Ketua Puteri baru - baru ini menetapkan tiga agenda utama untuk memperkukuhkan Puteri Lembah Pantai iaitu agenda pilihanraya, memperkukuhkan organisasi puteri di semua peringkat serta membanteras gejala sosial.
Sila klik D I S I N I untuk berita selanjutnya.
Kemenangan Asyikin keatas Nolee yang juga merupakan seorang ADUN dikatakan telah meletupkan suasana di peringkat Puteri Nasional.Kini Nolee sedang bertungkus lumus untuk menang bagi jawatan Naib Ketua Puteri Nasional.
Apakah peluang Asyikin selepas ini di WP ?

Sunday, November 23, 2008

KES POLITIK WANG SEMAKIN PANAS ; APA TINDAKAN SETERUSNYA ?

KUALA LUMPUR -- Macam - macam cerita yang kita dengar mengenai politik wang setiap hari. Malah media massa juga sudah lantang menyuarakan kes mengenai politik wang.Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir juga menyarankan semua orang yang tahu mengenai kes politik wang supaya mendedahkanya di laman blognya baru - baru ini. Tapi ada kes yang dilaporkan pula dikatakan berbentuk fitnah sahaja ? Sila baca - mStar untuk berita selanjutnya !
Sementara itu, bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohamad pula hari ini lantang bersuara mengenai RASUAH DAN KEAZAMAN POLITIK , sila klik DISINI.
Bernama pula melaporkan, Badan Pencegah Rasuah negeri Perak telah mengenalpasti beberapa laporan terhadap politik wang dan siasatan sedang dijalankan.

Thursday, November 20, 2008

SHAHRIZAT SUDAH BERSEDIA ; BAGAIMANA PULA WANITA WILAYAH ? FARIDAH DAN AZIZAH SAMAD AKAN BANTU SHAHRIZAT ? SALMAH PIN JADI PERHATIAN DI WP ?

KUALA LUMPUR 20hb , Nov -- Kini segala spekulasi dan ramalan politik mengenai wanita UMNO terjawab akhirnya. Datuk Seri Shahrizat selaku orang no 2 dalam wanita UMNO Malaysia sudah bersedia untuk bertanding jawatan no 1 setelah beberapa episod " yang kurang senang " melanda wanita UMNO baru - baru ini, khususnya melibatkan dirinya. Isu pelan peralihan kuasa terkubur juga akhirnya.
Ketika semua pihak menunggu keputusan Tan Sri Rafidah Aziz , sama ada akan bertanding atau tidak ? Tumpuan juga tertumpu kearah dua orang kuat Rafidah dari Wilayah Persekutuan yang mengepalai senarai kepimpinan tertinggi Wanita UMNO Malaysia.
Ketua Wanita UMNO Cheras, Datuk Faridah Abu Hassan merupakan Penolong Setiausaha Wanita UMNO Malaysia ( Setiausaha ) dan Senator Datuk Aziziah Samad yang merupakan Ketua Wanita Seputeh pula merupakan Penolong Bendahari ( Bendahari ) Wanita UMNO Malaysia Malaysia. Kedua - dua mereka disifatkan sebagai " orang kanan dan kiri " Rafidah Aziz dalam Wanita UMNO.
Apakah pendirian mereka dalam isu ini ? Apakah mereka berdua akan menyebelahi bos mereka di Wilayah Persekutuan ataupun tidak ? Faridah juga merupakan Naib Ketua Wanita Wilayah Persekutuan.
Apakah Wanita Wilayah Persekutuan akan " go all out " memberikan sokongan kepada Shahrizat ataupun akan ada tangan - tangan tersembunyi menjatuhkanya kali ini ? Ada pula berpandangan, semuanya bergantung kepada keputusan Rafidah Aziz.
SALMAH PIN
Sementara itu, Ketua Wanita Bandar Tun Razak Salmah Pin yang juga merupakan Setiausaha Wanita UMNO Wilayah Persekutuan dilihat sebagai ' orang kepercayaan" Shahrizat di Wilayah Persekutuan .
Malah kepimpinan Salmah Pin yang begitu komited untuk parti, juga mendapat perhatian pelbagai pihak. Salmah di lihat sebagai seorang yang cukup dedikasi dan kuat berkerja demi Wanita UMNO.
Salmah Pin yang bakal bertanding untuk jawatan Exco Wanita UMNO Malaysia , juga dikatakan salah seorang pemimpin wanita yang perlu diberi perhatian di Wilayah Persekutuan dan juga nasional.
Ketika semua negeri - negeri lain sudah mula bersuara, Di Manakah Suara Wanita UMNO Wilayah Persekutuan ?
( Gambar : Shahrizat dan Rafidah bersama Azizah dan Faridah )

SUDAH DISAHKAN ; SHAHRIZAT UMUM SECARA RASMI BERTANDING KETUA WANITA HARI INI ; APAKAH KEPUTUSAN RAFIDAH SELEPAS INI ?

TERKINI 20hb Nov : Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil baru sahaja sebentar tadi mengumumkan hasratnya bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia secara rasmi . Dengan keputusan tersebut, kini isu pelan peralihan kuasa tidak bangkit sama sekali. Kini segala tumpuan tertumpu terhadap Tan Sri Rafidah Aziz, sama ada beliau akan melepaskan jawatanya ataupun mempertahankan jawatanya setelah Shahrizat mengambil pendirian untuk bertanding jawatan Ketua Wanita. Keputusan Shahrizat dilihat satu perkembangan yang cukup dramatik sekali dalam kancah politik Wanita UMNO Malaysia kali ini. Apa seterusnya ?
BERITA SEBELUM INI........
KUALA LUMPUR -- Ketua Wanita Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia akhirnya sudah bersedia untuk mencabar Tan Sri Rafidah bagi merebut jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia. Shahrizat dijangka membuat pengumuman rasminya Khamis ini.
Penyokong Shahrizat dikatakan begitu bimbang dengan permainan politik Rafidah kerana mereka bimbang Rafidah mempunyai agenda yang tersembunyi dan ianya boleh mengahancurkan karier politik Shahrizat nanti.

Tuesday, November 18, 2008

TAK PERLU MESYUARAT SEMULA : " YES" UNTUK SEPUTEH ; " NO" UNTUK PEMUDA LABUAN ; BATU JUGA TAK PERLU MESYUARAT SEMULA !

KUALA LUMPUR -- Segala ramalan, persepsi dan spekulasi politik Wilayah Persekutuan yang begitu panas sekali baru - baru ini terjawab akhirnya.
UMNO Seputeh Tidak Perlu Bermesyuarat Semula !
Pemuda Labuan diarahkan Bermesyuarat Semula !
UMNO Batu juga Tidak Perlu Bermesyuarat Semula !
Dengan perkembangan terbaru tersebut, kemenangan Mustapha Kamal sebagai Ketua Bahagian Seputeh baru - baru ini adalah SAH. Perkembangan tersebut juga menyaksikan Pemuda, Wanita dan Puteri Seputeh juga tidak perlu bermesyuarat semula.
" Dalam mesyuarat Pengurusan UMNO harui ini, ketetapan mukatamad telah diambil iaitu tidak perlu dibuat semula mesyuarat UMNO Seputeh", kata Mustapha Kamal kepada Utusan .
Mustapha berjaya menewaskan penyandang Datuk Hisham Majid dengan kelebihan 15 undi pada pemilihan yang diadakan pada 26 Oktober lepas.
PEMUDA LABUAN DIARAH MESYUARAT SEMULA
Manakala nasib tidak menyebelahi Pemuda Labuan apabila diarahkan mesyuarat dan pemilihan semula kerana didapati terdapat kesilapan teknikal berkaitan jumlah kertas undi pada mesyuarat yang diadakan pada 1hb November lepas.
Jawatankuasa Pengurusan UMNO telah mengarahkan Pergerakan Pemuda UMNO Labuan mengadakan semula mesyuaratnya. Pada mesyuarat yang lepas, Tony Noolan menang sebagai Ketua Pemuda setelah mendapat 66 undi , manakala pencabarnya Mohd Rafi Ali Hassan mendapat 32 undi .
BATU JUGA TIDAK PERLU MESYUARAT SEMULA !
Wilayahkini difahamkan mesyuarat Batu juga telah diarahkan supaya tidak perlu bermesyuarat semula. Ini yang berita yang kami terima daripada sumber- sumber yang boleh dipercayai.
Pada pemilihan lepas, Datuk Yusuf Hamid berjaya pertahankan jawatanya dengan kemenangan tipis 5 undi sahaja.

Sunday, November 16, 2008

PUTERI WILAYAH TIDAK BERSATU ? RAMAI NAK TANDING JAWATAN TERTINGGI ? SIAPA BAKAL PEMIMPIN HARAPAN PUTERI DI WILAYAH ? 7 NAMA JADI SEBUTAN ?

KUALA LUMPUR -- " Kenapa Puteri Wilayah Persekutuan Tak Bersatu ? " Inilah soalan yang dilontarkan oleh beberapa pengirim emel kepada Wilayahkini merujuk kepada beberapa berita berhubung Puteri Wilayah di Wilayahkini baru - baru ini. Adakah lontaran tersebut betul ?
Ketua Puteri Wilayah Persekutuan Azlinda Rashad sibuk dengan kempenya bertanding Exco Wanita UMNO Malaysia manakala Naib Ketua Puteri WP , Datin Ismalina pula lebih banyak tertumpu kearah perjuanganya merebut jawatan Ketua Puteri UMNO Malaysia.
Seorang lagi calon dari WP, Saarah pula turut menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Puteri manakala Nolee Ashilin pula nak rebut jawatan Naib Ketua Puteri Malaysia.
Masing - masing sibuk dengan kempen mereka. Nasib puteri - puteri di Wilayah Persekutuan macam mana ? Kenapa ahli - ahli puteri di Wilayah Persekutuan tidak bersatu dibawah satu payung untuk menunjukkan kekuatan kita ? Kenapa ramai sangat wakil Wilayah nak tanding jawatan tertinggi parti ?
Kini banyak harapan disandarkan terhadap beberapa Ketua Puteri Bahagian di Wilayah Persekutuan untuk mencorakkan satu kepimpinan Puteri yang lebih mantap dan efesyen di Wilayah Persekutuan. Beberapa nama yang di sebut - sebut ialah, Nor Asyikin Jaafar ( Ketua Puteri Lembah Pantai ), Azliza Ahmad ( Seputeh ), Seri Wani Sabtu ( Setiawangsa ), Fiona ( Ketua Puteri Segambut ), Norhamiza Zawawi ( Ketua Puteri Putrajaya ) , Zauyah Zainuddin ( Ketua Puteri Bandar Tun Razak ) dan Hazreena Hashim ( Ketua Puteri Batu ). Apa komen ada ?
(Gambar : Azlinda, Zauyah, Hazreena dan Fiona )