Assalamualaikum wbh,
Ya Allah dah dekat 3 bulan tak update blog. Memang lama kali ni. di FB dan IG ada juga update sikit-sikit tapi still takdelah kerap sangat. Dah berniaga full time ni memang sibuk. Penat. Kena pulak ada staff sorang je yang permanent dan few more part time je. Memang segala menderla buat sendiri. Biz memang kelam kabut lagi. Documentation bagai memang ke laut sangat setakat ni. Hajat hati ni semua mender proper. Semua mender ada SOP. tapi apa kan daya baru few things yang berjaya disistem kan. Actuallynya, rimas sangat bila semua SOP tak in place. Rasa cam tak proper. Sekarang tengah busy dengan projek Raya. Ya Allah semoga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki.
Last weekend balik kampung sekejap di Pahang. Dapat tidur semalaman je sebab kena masuk butik hari Ahad. Banyak orders nak disettlekan berserta pesanan-pesanan penaja nak ditinggalkan untuk staff sebab next week aku busy sikit. But even though sekejap tapi fun sangat. Along dan adek with their family semua balik. So, seronokla. Farhan pon enjoy sangat sebab ada sepupu dia si Nazheef dan Ashley yang almost sebaya.
Balik kampung tu sempena dengan birthday mama. Ya Allah panjangkanlah dan berikanlah kesihatan yang baik pada mama. Semoga dimudahkan semua urusan mama. Mama banyak support aku masa berniaga ni. Selalu pinjamkan staff dia untuk event Ms.Husna hihi dan bagi pandangan-pandangan yang bernas pasal design dan bisness. Memang best. Thank you mama.
Ed pon semakin adapt dengan lifestyle isterinya yang berniaga ni dan semakin supportive. Semoga hijrahku ini ke arah yang lebih baik. Semoga berjaya dunia dan akhirat. Memang bila mula berniaga ni, terasa the pinch jugak. Dulu masa makan gaji tak tengok harga pon kalau berbelanja. Serius, I kid you not. Now nak beli apa-apa semua kena hati-hati. Sebab semua income yang dapat nak rolling balik into the business kan.
Oklah korang. Nanti aku upload gambo-gambo kat kampung. Amender tah lagi yang aku nak citer semua dah basi sampai rasa malas nak citer dah. Hahahha. Take care ye korang. Nanti koleksi raya dah ready aku update korang ye. Korang jangan lupa datang shopping kat butik atau order je online nanti hehe.