Tuesday, August 31, 2010

And we lose again..

Sigh.. it's the 21st day of Ramadhan. We are in the last 10 days of Ramadhan. For those who have not grabbed enough opportunities to increase their ibadah in this holy month, we still have remaining 9 days to do so. And I am telling that to myself, please la Ms.Dream do more...

Okay, I was watching badminton, the last weekend, and was really rooting for our pair Koo Kean Keat and Tan Boon Heong, They look pretty menacing in the first half, and they were not bad in the second set despite loosing 18-21 to the Chinese. When it has to come to a decider, I told Mr. Dream. 

" Hmmm we are not that good in a decider, kan?

" Itulah," he answered worriedly. 

" If we won, we seldom win in a rubber set. Normally it's straight sets. Trailing from behind  just ain't our thing,"

He didn't say a word. Muka dah kelat. True enough, we lost the game to Chai Yun-Fu Hai Feng. Giler lah Fu Hai Feng tu, he smashed >300km/h that day, though he mad quite a number of mistakes jugak. They were not that superior, it's just that our pair made to many unforced error. 

I was on SMSing a friend of mine yang memang hantu badminton juga.through out the game. When we lost, we were discussing, what went wrong, I told her that it was probably the mental thing, she disagrees, she said it was probably tactical. Cheh, iye-iye je kan the both of us, macamlah terer sangat. Anyways, I just wanna hear from you guys. I know that not many readers frequent this blog, but for those who came, just do me a favor and click the poll on the right hand side. Let's see what all of you think.

Sunday, August 29, 2010

The order that came late..


Salam kawan-kawan,

Aku dengan kawan-kawan yang bekerja di Selangor bercuti. Korang yang kejer di KL tak cuti kan, kan, kan.. hahahha. Eksyen giler aku kan. Aku gitu gak ler. Dulu aku dok kat Puchong, dan kejer di TPM Bukit Jalil, and Bukit Jalil ni sebahagian KL kan, bengkek jek aku nengok Ed tidor, aku kene gi kejer. Selangor ada 3-4 hari extra leave as compared to KL kan. Bila kitorang pindah office which is like 5 km from Bukit Jalil, yehaaaa banyaknya cuti extra.

Lots of things happen hari Khamis lepas. Aku balik awal dari kerje, sebab nak bayar maintenance apartment. Pejabat maintenance tu tutup pukul 5.30. Aku pon esnure la aku datang kerja before 8 am, so that aku boleh balik at 4.30. At 4 gitu aku dapat phone call dari sape entah. Nombornya aku tak kenal.  Rupa-rupanya, she's a headhunter. Cerita-cerita lebih kurang. Hmmmm. Later dalam gmail aku tu ada buzz from an old friend. Cerita-cerita lebih kurang, aku pandang jam, dah pukul 4.30, aku nak balik tapi lama tak sembang dengan dia, dan he always has very wise advice to give, sama macam kawan aku yang lagi sorang. Ni orang-orang yang I look up too. Orang-orang yang berjaya dan orang-orang yang personalitynya aku suka nak emulate.

At 4.45 aku cakap aku dah kena mintak diri, aku nak kena balik jugak nak bayar maintenance. Aku tak suka, nak delay-delay bayar. Bila masuk gaji jek, mesti pegi bayar semua bil. Jadik cam obses lak kena bayar cepat-cepat. Aku tak suka ada false sense of security, where aku tengok duit banyak lagi kat bank, padahal banyak mender tak bayar lagi. Normal kan tu? Semua orang bila dapat gaji, akan cepat-cepat bayar bil, dan ansuran itu-ini kan? Aku tak obses kan?kan?kan? Hhaahha. Memang aku akan harass Ed ajak teman gi bayar itu-ini, selagi tak pergi selagi tu lima-nam-ploh kali aku akan ajak. Hahahha..

Anyways, aku sempat ler bayar maintenance bill tu. Ada cerita menarik aku nak cerita berlaku masa aku pergi maintenance office tu. I save that for my next entry ya. Anyways, dah settle sumer tu I got a call dari Ed yang he will come back a bit late. Aku bukak peti sejuk pon dah takde lauk dah. Nak keluar balik, aku dah malas dah. So order pizza it is. Alhamdulillah, Ed tu sempoi bab makan. Pizza ke nasik ke, semua dia balun. opss maksud aku, dia tak kisah la bab makan ni. Kalau dah tak sempat or takde lauk, order fast food pon orait jek. So aku ordered la masa tu around 6.10 pm. 

Lepas tu aku terlelap sekejap sementara tunggu Ed. Dia sampai rumah around 7 cam tuh, pizza belum sampai lagi. adoih. Aku pon call lah Dominos follow up order aku tu kan. Call center cakap, they will call the outlets tanya apa cerita. After 5 minutes, outlet telefon, cakap lagi 10 minit akan sampai. Kemudian call center call balik, tanya dah sampai ke belum order? Aku cakap belum, tapi outlet kata lagi 10 minit. Dia kata dia akan call 10 minit lagi. 

Memang sampai berbuka belum sampai pizzanya dan aku buat ler air dulu untuk minum, dan potong buah pear. Takdela Si Ed ni jadik rimau sebab makanan berbuka takde, dia sempoi jek makan buah dan air dulu. About 5 minutes after berbuka baru sampai pizzanya. Ed bayarkan, dan tanya budak delivery tu dah berbuka ke, aku suruh Ed bagi minum air, tapi budak tu dah gerak, ada lagi delivery nak hantar, kot. Syiaann  Tak lama lepas tu, the call center called tanya dah dapt belum pizza. Aku cakap dah dapat, nak habis dah pun. And he checked whether we got the free regular pizza coupon tu. Aku cakap dah, dua keping lagi, muaahhaha. Walaupun lambat tapi servis Dominos ni sebenarnya bagus. Memang dia check betul-betul to ensure order sampai. Aku fahamlah, dah dekat waktu berbuka, sure banyak order kan. 

Dekat apartment aku sekarang ni senang, segala-mala ada delivery. Dekat apartment lama dulu jangan harap lah. Jauh ke dalam, jauh dari segala-mala fast food, so kalau ada masa-masa desperate tu takde choice but kena makan luarla gamaknya. Tak leh ler kerap benor kan fast food ni, bukannya elok sangat, tapi convenient gilerrr kan. Kalau ada nasik ayam or nasi beriani delivery kan best.

Thursday, August 26, 2010

Kalau tak puasa...

Aku dah seminggu tak puasa. Hmmmm. Tu yang aku dok mengupdate jek tuh. Orang busy tadarus masa tengahari, aku dok update blog. Orang dok terawih, aku dok update blog. Tu pasal la jugak aku gigih memasak hari tu. Aku boleh rasa sumer masakan aku. Pastu kalau tengah masak berie-ie tuh, boleh aku rasa dulu. Hahaha. Tapi masa tang buat pulut panggang tu aku masih puasa lagi.

Bosan gak tak leh pose time ni. Takde geng. Hari pertama tak pose jek ada geng, kitorang seludup pretzel Aunty Anne makan kat pantry. Lepas2 tu aku dah lunch solo. Kekadang sebab bosan, aku pon cam orang puasa jugak.

Masa kat company lama tak de der, aku makan gitu kalau tak leh puasa. Makan lewat sikit sebelum pergi kejer jelah instead of sahur. The rest of the day macam orang puasa jugaklah. Kat company lama takde pantry, masa transfer ke dept selepas tu pulak pantry ada tapi open space. Kat current company, pantrynya siap berpintu lagi. Dah ler betul-betul dekat cubicle aku. Ditambah pulak dengan faktor departmentku takde lelaki except sorang, yang kami selalu anggap takde tuh, hahahha, lagilah mudah nak makan lunch.

Yang aku nak tergelak ialah, masa minggu pertama puasa, diorang ni siap breakfast tu dekat pantry. Tak yah ler sampai breakfast. Breakfast tu makan la seblom gi office kan. Dan pada aku bawak bekal simple-simple sudah, takyahler berie-ie masak gitu-gini dan bawak desert bagai. Yelah makan untuk elak lapar jek kan.

I still remembered, several years back, masa tu aku baru je kot kerja dekat KL. Office aku masa tu dekat KLCC. Masa tengahari, aku gi KLCC kejap dengan colleague aku (gigih berjalan kaki) sebab nak beli apa entah. Pastu aku terpandang satu makcik, bertudung, selamba jek makan KFC dengan kawan-kawannya. Semuanya melayu, babe. Adoihh. I think that is totally wrong. Tau la kan ko tak leh puasa, tak yahla makan di khalayak ramai gitu. Tak hormat langsung. Kalau budak-budak nampak, satu hal jugak nak explain kenapa makcik tu tak puasa. Tapi makcik and gang, memang buat tak port jek orang pandang-pandang. Adoila. 

Korang kalau tak leh puasa, makan tak kat opis?

Resipi


Salam kawan-kawan, 

Oklah aku kasik resipi dulu. Kak Pb ek yang mintak resepi kerutuk. Ni resepinya, kerutuk ni ayam boleh daging pon boleh. 


KERUTUK

Bahan Menumis
Bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga
Bawang merah 3 ulas - hiris
Bawang putih 1 ulas – hiris

Bahan Kisar
Bawang besar merah – 4 biji
Bwang putih – 4 ulas
Halia – 1 ½ inci
Serai – 2 batang
Buah keras – 2 biji
Cili kering – 6 – 10 tangkai

Bahan lain
1 ekor ayam
2 paket serbuk kerutuk ayam Adabi (dibancuh dgn air)
Pati santan (1/2 kg)
Kerisik 1 paket
Garam
Gula merah


Cara-cara

1.  Tumis bahan penumis – cengkih, buah pelaga, bunga lawang, kayu manis
2.  Masukkan bahan yang dikisar sehingga terbit minyak
3.  Masukkan serbuk kerutup dan kerisik
4.  Masukkan ayam
5.  Setelah kering air ayam, masukkan pati santan
6.  Masukkan garam & gula


Resepi ni pulak untuk MummyRizq. Ni care yang authentic sikitlah buat baked macaroni. 
Kalau nak buat cheat style, beli jek Prego cheese sauce tuh. Tumis dengan bawang putih, 
bawang merah, mushroom, capsicum, ayam, pastu gaul dengan cheese sauce, dan 
cheddar/mozzarella and letak cheese on top. 

Resepi di bawah di ambil dari Mesra.net, few years ago. Thanks pada contributornya,Notte.
Baked Macaroni With Cheese


Bahan-Bahan:
475 ml susu segar
1 helai daun bay
secubit serbuk buah pala
50 g mentega
40 g tepung
175 g cheese Parmesan atau Cheddar (atau campuran kedua-dua) - (grated)
40 g serbuk roti
450 g macaroni (atau pasta yang pendek)
secubit garam
sedikit serbuk lada hitam
Cara:
Untuk membuat "bechamel sauce" :

Panaskan susu dan daun bay di dalam periuk kecil dengan api perlahan. Awas, jangan biarkan ia mendidih. Ketepikan.

Cairkan mentega di dalam periuk. Masukkan tepung, sebatikan. Masak selama 2-3 minit. Hati-hati agar tidak hangit. Tapiskan campuran susu tadi dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Sebatikan dan gaulkan perlahan. Masak sehingga mendidih, kacau selalu. Masak selama selama 4-5 minit. Masukkan sedikit garam dan lada hitam dan serbuk buah pala. Padamkan api dan masukkan 30 ml cheese dan kacau hingga cheese cair dan sebati.

Panaskan oven 200 darjah C (400 darjah F). Sapukan sedikit mentega pada bekas casserole (oven proof) dan taburkan sedikit serbuk roti.

Sambil itu, rebus pasta dengan air yang dimasukkan sedikit minyak dan garam (atau salted butter) sehingga 3/4 masak atau "al dente". (Tip : kurang sedikit daripada masa yang dianjurkan di paket).

Buang air rebusan pasta dengan penapis. Masukkan ke dalam "sos bechamel" tadi, gaul rata. Masukkan ke dalam bekas casserole. Taburkan serbuk roti dan baki cheese tadi. Bakar selama 20 minit sehingga kekuningan dan cheese membuak.

Wednesday, August 25, 2010

Salam

Salam korang, 

Resepi tu nanti ek. Aku kena bukak folder resepi aku dulu. Aku cuma nak announce, untuk kawan-kawan yang ada access to my private blog,  aku dah letakkan indicator kat belah kiri ni. Aku letakkan the latest tajuk dan tarikh bila aku update.  Jadi korang tauler kalau ada update dekat blog lama tuh. Aku sayang blog tu, ada mender2 private yang aku akan tulis kat situ. Kat sini bahaya sikit, kang ada bebudak opis baca kang, hehehhe. 

Gigih kan aku mengupdate blog sekarang. Kenapa entah. Korang tak impress ker? Muahahhaha.

Tuesday, August 24, 2010

Salmon steak with creamy mustard sauce.

Aku memang dok aim, kalau aku dapat duit sikit aku nak beli salmon steak dekat cold storage yang bapak mahal tuh. Oleh kerana dapat duit sikit weekend lepas, maka aku pon pergi lah merealisasikan intention aku tuh. Bila aku amek dan nak timbang 2 keping salmon steak tuh, staff CS tu pergi balik dekat aku.

"Akak, akak betul kan nak beli ikan ni" sambil tunjuk dekat aku harga ikan salmon tu per 100gm.

Nak tergelak aku, aku taulah harga ikan tu mahal. Agaknya dia ingat aku sengkek sangat kot, tak mampu beli. Or, aku sangka baik jelah dia nak clarify, muahhahaha. Tapi memang mahal ko, no wonder la kat restaurant menu tu sampai berpuluh-puluh ringgit. Memang ikan nya saje dah dekat RM20. Kalau ikan yang ada tulang kat tengah tu tak ler mahal sangat. Alaa yang potong macam ikan tenggiri tuh. Hahha. Tapi sebab aku nak yang cutting fish steak yang langsung takde tulang  tu maka mahal la sikit.

Semalam masa nak buat tu aku dok berkira-kira betul ke aku nak masak dua keping sekaligus. Mahal tuh, buatnya aku tak habis, sure Ed bising. Berapa kali aku tanya dia, jawapan dia standardlah, ikut comlah. Sebelum tu, siangnya aku dah search creamy mustard sauce tu camana nak buat. Lepas compare-compare aku rasa taula camna nak buat. Bila balik rumah aku singgah kedai kejap kat apartment aku nak carik cream and lemon. Apartment aku nih banyak orang Arab maka kedai runcit pon banyak barang-barang ke'Araban. Maggi pon tulis Arab, ko. The good thing is kedai kecik tapi barang-barang cam lemon, parsley, olive oil sumer ada. Kalau nak masak western2 senang lah.

Naik jek aku defrost ikan tuh, dan buat creamy mustard sauce tuh. Dalam later, aku perap ikan sekejap dengan mustard sauce tu dan grill the fish dengan olive oil. Sesambil tu aku rebus jap potato kecik2 dan carrot tapi tak sampai empuk sangatlah. Later aku sauteed the potato, carrot dan mushroom dengan garlic, parsley and olive oil.

Siap a few minute after berbuka, so Ed berbuka dengan air, kurma dan agar-agar dulu. Lepas tu;makan time. Honestly it taste nice, the sauce tu a bit masam sebab terlebih letak lemon, tapi sebab makan dgn salmon so orait jelah. Aku paling suka the mushroom dalam sauteed vege tu sebab kali nih aku tak pakai canned mushroom aku guna mushroom fresh gitu. Memangler sedap. 
As expected, aku tak abis makan ikan tu, sebab I'm not a big fish fan. End up Ed ler habiskan sumer ikan tu, dia tak boleh sikit membazir-membazir nih.

Hari ni sebab dah beberapa hari gigih memasak, aku nak masak nasik goreng jek, muahahhaha. Pastu goreng keropok. OK lah tu kan. 

Note : at 11.30 pm, aku ckp dekat Ed lapar, dia pon cakap lapar gak don soh aku buat something. Aku bg dia sebijik  kurma " nah amek, jgn makan lewat2. Jom kita tidur, dah elok2 com turun weight tu karang naik balik, makan memalam." Kejam kan aku, laki ku cakap dia lapar, aku soh dia tido. Heheheh sorry babe.

Monday, August 23, 2010

It's getting harder

The will to update this blog becomes lesser and lesser every day. Too much work accompanied by another two blog to update is really wearing me down. I may have to say goodbye to this blog, which I have started prior to the World Cup.  I love my entries during the World Cup. I update this blog almost every day, then.

My early intention of having this blog was purely experimental. I want to experiment with blog advertising in this case Nuffnang. I must say with pathetic traffic to my blog and with me updating this blog once in a blue moon, the earnings with Nuffnang is still alright.

I guess probably the theme of this blog makes it hard for me to update. The other two blog is strictly fun and just everyday simple, honest and silly blogging. The writings come easily to me. It is also probably my other 2 blogs are in Bahasa Malaysia. I don't know. I probably have to search deep for inspiration and I also have to make a decision soon whether I am retaining this blog or not. 

Owh I can barely open my eyes now. Later kids.

Menu gigih weekend 2


Salam korang, hari ni dah harin ke 13 kan kita berpuasa. Kejap jek. Aku baru habis meeting. Sekarang tengah sakit kepala. Memanjang sakit kepala. Tak puasa pon sakit kepala ..opppss...

Last weekend aku gigih gak memasak. Mungkin pada orang lain biasa-biasa jek menu tuh. Tapi dek kerana, bermula dari kol 1 tengahari untuk cari bahan memasak sampai dua tiga tempat, kemudian diikuti dengan memasak sambil on notebook di dapur, memang gigih la pada pandangan aku. Hahha. iyer daging kerutup/kerutuk tu aku buat setahun sekali je kot, so kenalah bukak balik resepi. Menu lain pun pakai resepi online jugak. Jenuh aku carik yang aku rasa agak2 ok jugak. So hasilnya setelah bertungkus-lumus sampai nak patah pinggang ialah,

Daging kerutup
Dalca
Acar timun
Agar-agar Pandan, yang aku dah paw dulu ngeh..ngeh..ngeh..



Semua makanan tu dalam tupperware sebab aku dan Ed angkut semuanya ke rumah mak aku, makan ramai-ramai dengan my parents, my brother dan anak-anak buah. Yelah apa barang,. masak cam nak rak pastu makan berdua jek dengan Ed, kan.  Later sampai dekat rumah mama, aku masak nasi tomato dan goreng papadom.

Mak aku lak masak ikan bawal masam manis dan sambal udang. Pehhhh. Sedapnya mama aku masak. Bertambah-tambah semua orang makan alhamdulillah. Wei nak masak apa lagi ek? takde idea lah wei. Bulan puasa lah bulan yang dapur aku paling kerap berasap. Sepanjang puasa aku baru gi pasar ramadhan sekali, dan order pizza sekali (kes balik lambat) dan oh ada aku order McD, sebab Ed berbuka dekat opis dia.  

Hari ni menu berbuka; western. Hahahha. 

Friday, August 20, 2010

Menu gigih weekend lepas

Sorryler, semalam aku tak larat dah nak update. Balik rumah, sebab kepala ting-tong sikit. Terus aku tido sekejap. Ed pon balik awal sikit sebab dia ada kerja luar, penat terus join aku tido berjemaah. Bangun tu aku disoriented a bit. Aku tengok jam 6.30, pastu tengok cuaca kat luar cam terang jek, ah sudah aku tak bangun sahur ker? Muahahhha. Took me a while jugak untuk register that it was 6.30 petang, hahhaha.

Anyways, aku cerita hari tu aku amek daun pandan dan daun pisang dekat kg Ed hari tu kan? Yang aku semangat nak amek daun pisang tu sebab aku dok menyalin resepi dekat majalah Rasa tu. Aku  konon-konon nak buat pulut panggang or pulut udang. Ada beza tau.

Bila balik rumah jek, aku pergi beli barang-barang nak masak. Aku pon tepek la resepi yang aku tulis kat sticky note dekat kabinet dapur tuh. Memula aku buat inti pulut panggang dulu. Aku main agak jelah berapa banyak nak letak, bahan2nya, sebab masa aku salin resepi, aku dengan yakinnya tak salin sukatan. Muahahhaha. So belasah jek. Kat stove belah kanan aku dok kukus pulut. 
Lepas siapkan inti pulut panggang, aku buat agar-agar pandan bersantan. Okay people, aku ni bukannya reti sangat buat kuih . Aku reti buat karipap jek. Lagik-lagik agar-agar dan pulut panggang, tapi gigih jugak nak cuba. Haaa tang agar-agar tu memang aku ikut measurementnya. Tengah-tengah buat baru aku perasan aku takde pewarna hijau, ada perasa pandan jek. So agar-agar pandan aku tak kaler ijau. Pastu bila nak letak santan, aku dok pikir-pikir letak banyak sikitlah baru ler, tebal sikit tang santan tu, taklah cam jual kat pasar ramadhan, kedekut, nipis jek lapisan yang bersantan tuh.. Akibat tak mengikut sukatan, inilah rupanya. Sila amati dalam-dalam:

 

7 per 8 lapisan bersantan ko. Hahahhaha. 1 per 8 jek lapisan yang clear tuh. Tang rasa memang ok, rupa jelah hahhaha. Lepas dah siap agar-agar tu, aku pun mulalah nak menggulung pulut panggang aku. Aku pon amek daun pisang, nak layur. Errr nak layur belah mana nih? Aku tanya Ed.
Aku : Com, orang layur daun pisang belah mana?
Ed : Belah nak makanlah, com
Aku : Belah nak makan tu belah mana?
Ed : Belah tak kilat. Belah yang kilat tu belah luar.
Aku : Oh ya kan, kalau makan nasi lemak, belah kilat tu belah luar kan. 

So aku layurlah daun pisang tu. Bila nak gulung baru perasan that daun pisang untuk menggulung seeloknya selebar mungkin, kalau tak ko nyer pulut panggang kontot-kontot jelah.Susah gak gulung, takde skill hahaha. Pastu baru aku perasan aku takde toothpick or lidi even stapler. Puas aku dgn Ed carik tak jumpa. Dawai kokot adalah. Hampess. Memula aku nak suruh Ed buat aksi creatif potong paper clip jadik lidi ahahha, dia on jek. Pastu aku dapati susah gak nak selit. Last2 aku menebalkan muka pergi pinjam stapler kat neighbour sebelah rumah. Hahhaha.

So aku menggulung lah dengan horrornya. Gemok-gemok ko.



Muahahaha. Lepas siap first batch aku masukkan dalam oven. Batch tu,  aku perasan that lepas masuk oven, pulut panggang tu cam terbukak bajunya. So batch kedua aku gulung daun seround lagi. Memang lembap dan terkial-kial aku membuatnya.  Kena padat-padatkan jugak kan, kalau tak berderaila pulut tuh. Pastu dah nak gerak dah ke rumah mak aku. Aku pack-pack sumer, pack jugak untuk neighbour aku. Sebelum keluar gi singgah apartment dia pulangkan stapler dan kasi pulut panggang sikit.


Aku dan Ed bukak puasa dalam kereta sebab tak sempat sampai. Sampai dekat rumah mak aku, ada ramai jugak kat sana dengan anak-anak buah aku sekali. So dapatle satu sorang jek pulut panggang tu. Seb baik gemok-gemok so puasla makan walaupun 1. Anak-anak buah aku cakap sedap. Mau tak sedap, cam nak mamposs cekna ko buat. Hahhaha. lain kali beli jelah kot. Hahha Tapi sure tak sedap cam aku buat sendiri.. Ngeh..ngeh..ngeh.. Cam tak sanggup nak buat jek dah.

Thursday, August 19, 2010

Tukar topik

Hahhaha,

Aku nih menggalakkan orang bergossip jek.. (geleng-geleng kepala).. So aku letak entry lain.. Tapi entry tu tetap la ada dekat bawah nih, hahahhaha.

Aku nak update aku nyer menu gigih ahad lepas. Nanti la ek.. Tengah busy.

Kalau aku mengantuk sat gi aku letak. Yelah awal lagi ni, kang tepek gambar-gambar makanan buat korang terliur jek. Dahler tadi ajak bergossip, pastu letak gambo kasi orang terliur jek; buat dosa kering jek. So aku akan upload maybe petang-petang sikitla. Kalau jadik. Kalau tak later. Hehehhe.

Tuesday, August 17, 2010

Interview Tips


I had the opportunity to attend and conduct interview a number of times.  Sometimes I attend the interview just to see whether I am still marketable (hishh am I marketing item?). Of late I was appointed to become the panel of interviewer for junior and senior exec post. I know there are a lot of interview tips out there but I am sharing these tips from my personal experience

Prior to interview

  •  Get the exact address where the interview will be held
  • If you have time, it’s best to check out the interview location, where to park and if it is more convenient to reach there using LRT/Monorail
  • Get the contact number of person in charge or the HR personnel who’s the contact person for the interview
  • Get the detail of the post you are applying
  • Study about the company that you are applying with, what are their core services, the departments or the services that is related to the post that you are applying



During the interview

  • Wear appropriate clothing in accordance to the post. Best bet would be formal attire. Men must wear neck tie and ladies please dress appropriately. Not too revealing unless if you are interviewing for GRO post. Hehehe.  It doesn’t matter if you wanna wear baju kurung but must be ironed with matching tudung and neat.
  • Arrive early. Punctuality is always good impression. Sometimes the company requires you to do essays, fill in forms, personality quiz so it is good that you arrive early and relax enough to do all that
  • Sort your certificates and put your latest meaningful achievement at the front.  If you have professional certificates which is relevant to the industry, this cert must be put in front. Remember first impression counts
  • Try to appear at ease and calm but not too relax. You must look like you are alert and concentrating to the question. Don't look too nervous the interviewer is human too, just like you
  • When the interviewer, interview you in English, please respond in English. If they use Bahasa Melayu please respon in BM. Try your level best not to mix the language. English or BM Rojak is not that acceptable during interview.
  • If you do not know the answer to something, please don’t say “ I don’t know,”. Seasoned people who attended interview normally use “ I am sorry, I am not aware of that technology,” “ I haven’t had the opportunity to explore that methodology before,”  or a simple “ Sorry. I am not familiar with  …..”
  •  For fresh grad, bringing all your extra-curricular cert may be ok, but for senior post leave them at home. No one wants to know that you are the President of Badminton Club ages ago while you are in uni, or even worse while you in secondary school. Yikes
  • When the interviewer give you a chance to ask question, please, please,please  ask, especially about the work, such as what's the size of the team? who will I be reporting too? Does the post requires numerous traveling? What's the career progression for the post? etc
  • If you want to ask about the salary, ask about benefits and remuneration instead, sometimes HR rep will negotiate this separately from the interview session



Okay it's quite extensive already. I hope you ace that interview. I think if you use the tips above, if you don't get the job, maybe because you are not best fit for the post, based on your qualification and experience because impression-wise you have nail it.

Insiden bangang dan manusia berhati mulia.

Aku balik awal. 4.30 aku dah cabut dari opis. Plannya aku nak top-up Touch n Go (every month aku dapat rebate RM20-40, nak kena rajin sikit jelah) dan nak singgah kedai barang basah favorite dekat Seksyen 7 tuh. Traffic nampak ok jek. Pegi kaunter top-up tu dan dapat rebate RM23, alhamdulillah, rezeki.  Last month dapat RM40++. Lepas tu aku gerak nak ke kedai barang basah. Traffic nampak ok lagi.

Masuk jek kedai tu aku beli ler, ayam, daging, dan sayur-sayur sikit. Aku set time, that I would not spend more than 15 minutes at the shop, sebab aku belum solat Asar lagi dan aku nak baring jap kat rumah sebelum start masak, hahaha, hampeh sangat, kan. Ngantuk cam hape jek hari ni. Lepas letak-letak barang, dalam kereta, aku pon pergilah start kereta. Kereta macam payah nak start pastu berbunyik ketik-ketik-ketik-ketik. Memang banyak kali aku cuba. Sebelah kereta aku ada budak muda lelaki yang pandang-pandang jugak. Aku buat bodoh jek. 

Aku bukak pintu kereta sebab dah berpeluh masa tu dan try lagi. Memang tak boleh, dan aku telefon Ed. Ed kata try lagi, takde apa-apa tu. Kemudian the guy in the MPV sebelah kereta tu was joined by a girl who looked like she worked at the shop besides the kedai barang basah. . Agaknya dia cakap to the girl pasal kereta aku, sebab aku dengar awek tu urge dia tolong aku. 

" Kereta akak tak leh start ker"
" Ha'ah, kenapa entah,"
" Bunyi macam starter jek rosak,"
" Hah, ye ker"
" Akak dah call siapa-siapa ke?
" Dah call husband,"

Kemudian sebab phone aku berdering aku angkat dulu, dan budak ni beredar masuk dalam MPV nya. Ed petang-petang puasa ni suara cranky sikit. Aku nak cakap banyak pon tak berani. Lepas tu, aku call collegue aku yang tinggal agak dekat jugak nak mintak tumpangkan aku balik, tapi dia masih di office pulak. . The guy turun balik dari MPV, dan cakap.
" Akak bukak bonet depan kak. Saya tengokkan sikit, "
Aku pon bukak lah. 
" Owh ni memang bateri kong ni kak,"
" Macamana nak tau?"
" Bateri dry cell ni, kalau dah kong indicator ni kaler itam kak. Kalau tak indicatornya kaler ijau.
" Owh, " sambil jenguk bateri tuh. 
" Akak tinggal kat mana?"
" Dekat apartment belakang tu jek,"
" Husband akak datang tak?"
" Datang. Lambat sikit kot sampai sebab dia jauh sikit dari sini,"
" Kalau cam tu, kami hantar akak dulu nak. Dah petang ni, nanti tak sempat nak berbuka. Ambik barang-barang dari kereta akak. Kunci rumah jangan lupa amek"
" Betul ke nih?"
" Iyer, dekat je kan. Tu barang-barang dapur tu nak masak kan, nanti tak sempat. Meh kami hantar, "

Tak taulah kenapa. Aku dengan penuh trusting, amek barang-barang dari kereta aku, dan bawak keluar notebook, kunci pintu dan naik MPV tuh. Aku SMS Ed, that I got a ride back home and see him at home. Terus jek dia telefon aku, bising-bising sebab aku berani naik dengan strangers. Betullah jugak. Aku tak tahu kenapa aku berani sangat. Buatnya diorang rompak aku, pastu sebab aku ada kunci rumah, rompak lak rumah aku, camana kan.

Allah jelah yang lindung aku masa tu. Diorang hantar betul-betul depan boom gate apartmen aku. Makcik Arena ni pon turunlah dengan lauk-lauk, beg notebook dan handbag tuh. Aku ingat nak hulur duit sikit tapi payah aku nak korek handbag dengan tangan penuh gitu, dan aku pon segan nak hulur. 

" Terima kasih la adek berdua tolong akak. Allah jelah balas jasa adek berdua. Akak doakan adek dimurahkan rezeki dan dilindungi Allah selalu, " tu jek yang aku mampu cakap. 

Budak berdua tu sengih jek, dan the guy cakap takpe kak nanti akak lambat sangat balik. Selamat berbuka, kak. 

Dalam dunia yang semakin banyak manusia berperangai setan, ada lagi yang berhati mulia.  Ya Allah terima kasih kerana melindungi aku, dan buat adek berdua tu terima kasih kerana menolong aku. Buat parents budak berdua tu, terima kasih kerana mendidik anak-anak yang berhati mulia cam tu.

Aku terus telefon Ed, cakap aku dah sampai. Yelah nanti dia risau kan. Naik je rumah, aku dah penat sikit, tapi tak sure Ed nak gi terus uruskan kereta atau tunggu lepas berbuka. Aku mandi dan solat asar, sambil packkan kurma, air ribena, dan beberapa potong kek, dan letak dalam paper bag. Kalau terus uruskan kereta maybe tak sempat nak balik berbuka.

Lambat jugak Ed sampai sebab jem giler, so tak jadilah pergi uruskan kereta terus. Lepas berbukalah baru uruskan. Bagus jugak tak pergi terus. Hikmahnya, hujan turun selebat-lebatnya dan kilat pun sabung-menyabung. Bila dah tak jadi keluar tu, kenalah aku masak utk berbuka. At 6.45 baru aku mula masak. Aku pikir goreng mee jelah, dah lambat. Ed pon cakap masak simple-simple jek. Tengah-tengah aku menumis cili tu, dan tengah kopek kerang tuh, aku teringat ada santan lagi dalam fridge. Takut pulak rosak, so aku tukar dari mee goreng ke mee kari, hahhaha camtu pon ada. Kan ke nyusahkan diri tu. Dahla, dah pukul berapa masa tu kan, nak masak mee kari lah pulak.

Aku campak jek santan air batu tu dalam kuali dan biar cair snediri, sesambil tu dapur sebelah lagi kenalah gigih, goreng tahu, celur mee dan taugeh kan. Gatal. Takde kejer carik kejer. Tapi sempat la jugak siap right before berbuka. Cukup lengkap mee kari aku kecuali telur jek tak sempat rebus. Rasa ok jek cuma kalau ada tahu kering tu lagi best kot.

Lepas berbuka dan solat maghrib, kami bersiap-siap nak amek kereta. Ed sebenarnya semangat nak ke Terawikh masa tu. Tapi kalau tak uruskan kereta tu  malam tu, esok nak gi kerje lagi pening. Opis aku dan Ed dah tak sehala dah sekarang. So we went to my car. 

Nak tau apakah insiden bangang yang berlaku? Ed amek kunci bukak pintu, dan try start enjin, sekali jek terus START!!!#$%^$#$%^%$#$%^ Malasss nak layan mender2 cam tuh. So I drove the car home. And Ed tanya jek nak beli tak battery spare sebab maybe jugak bateri tu dah nyawa2 ikan. Aku ikutkan ajek. Pepehal pon kereta tu dah berada di parking lot. Esok, cerita lain, so we'll see lah camner kereta tu esok.

Dan Ed pon sempat lah solat terawikh kat surau masa tu. Aku terawikh kat rumah jek,  errrr bila nak rajen ke surau ni? Ya Allah bukakan hatiku, berikanlah semangat untuk aku berterawikh di surau. Amin.

Monday, August 16, 2010

Sudu terbang dan Imam Muda

Salam kawan-kawan, 

Hari ni dah masuk hari ke-7 puasa. Alhamdulillah, setakat ni masih lagi berpuasa, dan bersahur. Terawih dah ada yang miss. Hmmmm. 

Last weekend balik kampung Ed. Selalunya aku akan masak something dulu. Tapi sebab gerak ke kampung agak awal, so tak sempat masak. Lenggang kangkung jelah aku,. Bertuah punya menantu kan. Later, sebelum berbuka, kakak iparku sefamily balik, so cukuplah semua orang. Aku amek-amek gambar masa tu. yelah, masa Raya nanti selalunya tak dapat semua berkumpul camtu. Aku dan Ed adek beradek 3 orang jek, so kena plan-plan supaya takdelah our parents beraya tanpa any of the children. Dah pernah berlaku sebelum ni. Haru betul.

Lepas berbuka, masing-masing solat maghrib, separuh jemaah, ada yang sendiri-sendiri. Later, we decided to solat Terawih at home jek. Isyak was Imam'ed by my father in  law, while Terawih was lead by my brother In law. Ed jadik bilal. Oklah jugak time bilal baca selawat-selawat masa terawih tu kuat jugak suara yang menyambut, hehehe. 

Masa solat terawih tu ada anak sedara kami about a year plus, yang dok sebok-sebok pegi dekat neneknya, my mum in lawlah. Dokla menghulur sudu lah apa lah. pada rakaat ke berapa entah dia hulur sudu tu and adamant that nenek amek. Hahaha. Memang dihulur kat tangan, dan mak mertua aku terus amek. Masa nak rukuk, apa lagi mak mertua aku campak lasudu tu atas sofa, piuunngg terbang sudu tu. Nasib tak terburai gelak aku kat situ. 

Lepas tu aku rasa masa witir dia bersila depan mak mertua aku, so masa nak sujud, dah mak mertua aku kena sujud menyenget ke arah aku, dengan aku-aku sekali sujud senget gitu. In fact satu saf kene menyenget. Hahahha. Hai budak. Padahal maknya ada, tak solat pon hari tu. Patutnya amekla, budaknya tu letak dalam bilik. Hancus kekhusyukan aku yang dah sedia tak berapa khusyuk tuh.

Masa witir tu tetiba imam terlupa sekejap ayat sabbihis tu. dia ulang-ulang 3 kali, then anaknya yang form 1, yang baru  masuk sekolah agama tahun ni, betulkan bacaan ayahnya. Bukan 1 ayat. Tapi 2 ayat, baru ayahnya boleh recall the rest of the surah. Alhamdulillah. Ada Imam Muda in the making. It really warmed my heart. Proud sungguh aku masa tu. Maknya yang jugak jadik makmum masa tu mesti lagi terharu masa tu. Habis jek solat. Kami semua pegi tepuk-tepuk belakang dia. Imam Muda..Imam Muda. Mamat tu buat muka blur jek. Control habis la kot, hahaha.

Esoknya sebelum balik, aku mintak Ed gi amek daun pisang dan dan daun pandan kat belakang rumah. Apa yang aku  buat dengan daun pisang dan daun pandan tu? nantila aku cerita. Oklah kawan-kawan. Aku ada banyak mender nak cerita. One entry at a time, ok kan. Hahaha. 

Saturday, August 14, 2010

Reconnect

Salam kawan-kawan,

Alhamdulillah, dah 3 hari kita berpuasa. I am sure tahun ni kejap jek kita puasa. Tiba-tiba dah minggu akhir. Kerja nampaknya sama jek sibuk kat office. Takde gaya nak slowing down langsung bulan puasa nih, cuma takde event besar jek, phewwww.

Comel tak e-card Selamat Berpuasa dekat atas tu. Aku amek dari blog Budak Nakal. Ada banyak kad-kad html code dan widget lain dekat blog dia. Comel-comel semuanya. Bolehla korang sumer pergi menjenguk dan mengambil apa yang patut. Memang dia allow dan galakkan. Tak gitu Koz?

Anyways, sahur ke-4 ni aku dah dapat rhythm sikit lah. Memang aku bangun 4.50 gitu. Pastu aku sambung tido dekat sofa sampai pukul 5, muahahahah. pastu aku masuk dapur perangat or macam pagi tadi goreng nasik dan goreng nugget  dan bancuh air dalam 5.25 sumer ready. Sahur semalam goreng roti canai jek. Makan gitu-gitu selera sikit kot pepagi. Kalau nak makan nasik putih cam tak lalu jek. 

Kol 5.26 gitu start makan, berlanjutan ler minum air, dan makan ubat sampai ler waktu imsak. Normally lepas itu akan gosok gigi ( Ya Allah tu pon nak cerita ker, aper kena dengan ko ni Arena?) dan mandi. Lepas tu solat, mengaji sesehelai dua mukasurat, jemur kain kalau sempat pastu pegi kerja. Saje aku pergi pagi. Masuk syift 7.30 pagi. nanti boleh balik awal. Tak daya aku kalau balik lambat menghala ke Bangi tuh, jem cam hape entah. 

Owh aku takde apa sebenarnya nak tulis. Dalam komen entry lepas aku nyaris terlepas comment made by a long-lost online friend. Bila dia kata jek dia ribbon cutter, aku dah yakin sangat, it's Edryna. Masa awal-awal aku menulis blog dulu tahun 2005, dia my earliest reader. Zaman-zaman aku rajen menulis tele-novela tuh. (giler banyak masa, kan?) 

Kawan-kawan yang dah kenal aku dari 2005 dulu, sure tau aku giler rajen update dan tulis tele-novela. Yang awal-awal masuk blog aku dulu includes, Oren, Hanakirana, Mamatinie, Kak Atenah, Rojakbuah, Unsunghero, Space, AuntyN, Kak Izawani dan ada a few more. (aku siap bukak archives tahun 2005 tadi, heheheh)Some  of them still blogs, some of them have stopped.  To those who stuck by me dah 5 tahun ni, thanks. I value your friendship. Semenjak aku privatekan blog dah lama tak sembang dengan Edryna, samalah dengan Ezad.  What a pleasant surprise when I saw them at the comment box. Welcome back people. It's the same ol' me. Takde mender yang menarik pon. Gitu jek life aku after 5 years of blogging. Takdelah nampak significant pon life progression aku, hahahha. 

Anyways, I am happy to get reacquanted ( tak reti eja, tapi nak tulis gak, hahhaha) with kawan-kawan lama. Take care people.   Petang ni aku balik kg Ed berbuka di sana. Salam.

Friday, August 13, 2010

To muslimin dan muslimat



Cute kan? Cute card credit to Blog Budak nakal

I don't have Facebook account?

Okay, go on, you can laugh at me. I'm not offended. I have been dealing with incredulous stares every time I told people that I don't have Facebook account. I got tonnes of FB invites in my gmail account, yahoo account and even office account. Some of them when they don't get respond from me will sent the invites again. Takde ke butang "Decline Forever" aaa?

Hah? Apsal takde facebook account?
You work in IT, how come you don't have Facebook account
Everybody have Facebook accountlah. What's wrong with you?

Nothing wrong with me lah.
Let me tell you why I don't  have Facebook account.

I do not want to be traced by unwanted people in the net
Even without signing up to Facebook and opening up myself to the internet world, unwanted people still can find me, thanks to my company who publish my articles and put my real name and email address!Hmm tak pasal2 I got emails from errr not the people who I want to get re-acquaintance.

I do not want to join the hype
I am weird like that. Whenever there's something new that people jump into it. I always refrained myself from joining in. Konon-konon tak mau join the hype. Look at how late for me to join Nuffnang! People have been talking about it for years. Only until I am convince of the legitimacy and earnings, did I decided to sign up with Nuffnang. Lembapkan aku nih. Hahhaha. Same goes with FB.

I don't know how to maintain friends. 
The current friends pon tak termaintain, ni I nak reconnect with my long lost friend? A friend of a friend?  I don't know how people do it. But I am lousy at maintaining friends. Even the handful trusted friends that I have, sometimes don't get their sms replied. Dah 2-3 hari baru dpt reply from me, hahaha. Sorry friends sometimes your timing were a bit off. And I was probably was drown in some stupid office work. 

I was afraid that I got hooked
Just as I got hooked with blogging. At the early years of my blogging in 2005, I spend all my waking hours crafting blog updates in my head. (I still do this, sometimes) I am really afraid, that I'll spend all my already limited time to menebeng at Facebook. I'm sure it is addictive.

I do not want to add more stress
I read that some people have Perang FB. Another friend said that in FB, all you list of friend act as if they know you and starts giving you opinion and advice you don't need. A blog friend of mine always said that they felt really down after some comments by the FB so-called-friends. Owhhh I sooo don't need that to add to my already stressful life

And alasan yang selalu aku gunakan, sampai orang menyampah..
Aku glamer sangat, nanti ramai sangat orang add aku, dah aku nak kena reject kan. Kesian pulak. Muahahahhahahha. Yes, you can muntah now. 

Note : I know it's not all negative. Some got reconnect with long-lost friends, some got business opportunity, some really had fun on it. And of course if you want to increase traffic to your blog, having an FB account helps. As of now. Blogging is enough for me. 

* Logo credit to Facebook.com

Thursday, August 12, 2010

Sahur dulu-dulu

Salam kawan-kawan,

Alhamdulillah, dah berjaya habiskan sehari puasa kan. Semalam aku balik, dijemput dek baba dan mama aku. Ed baru jek sampai dari outstation and is resting at home. Aku tak berkereta sebab tidur rumah mama semalam. So they brought my luggage from Kuching tu along with some of barang dapur yang I bought yesterday and was about to send me home. Sekali mama tanya, kat Bangi ada pasar ramadhan tak? Of coursela ada kan. So kami pergi dekat belakang PKNS tu, fuhhhhhhh banyaknya makanan. Dan aku pon terbelilah memacam, napsu-napsi betullah. Tu pasal aku malas gi pasar ramadhan tu! Sampai nak putus jari ko, aku membeli, muahahahha. Fail! Okay no more pasar ramadhan for me.

I read at Cik Kiah's blog about masa asrama dulu dia malas nak bangun sahur, hahhaa. Aku masa form four dulu malas gak sahur. Takpernah kot turun sahur. Tidur lagi best. Masa kat asrama tidurla mender paling best di donia kan. Aku ingat ada sekali tu makcik dewan makan ketuk periuk kat dewan makan which was sebeleah aspuri sebab takde bebudak pompuan turun sahur.

Masa form five, I decided with few of my friends that we were going to turun sahur almost every day, since it's our last year there. Bila lagi nak bangun sahur kan. So bila tidur malam tu, aku dah sangkut siap-siap baju kurung dan tudung untuk dipakai masa sahur. ye puan-puan, asrama aku nak turun sahur pon harus pakai baju kurung. Kami kunci jam, tapi selalunya ada siren kalau tak silap, memanggil kami bersahur.

So aku turunler sahur dengan kawan-kawan. Bebudak pompuan sumer kena pakai baju kurung kan, tapi bebudak lelaki Ya Allah, memang turun ngan kain pelikat, rambut berdiri, muka tak basuh dan aku still ingat ada 1 boy ni turun dengan full pyjama. Alah yang belang-belang tu, muhahahhha. Dia jelah kot yang turun dengan rambut bersikat dan dah basuh muka.

Tapi waktu bersahur is not a good time untuk menjamu mata sebab bukan ramai sangat orang turun sahur kan. But berbuka time? haaaa masa tu best, muaahaha. Especially masa dah duduk dan tunggu azan. Masa tu bolehla nak skodeng Ed. Hahahha. Tapi once dah azan jek, senyap sumer orang, pastu makan dengan bersungguh-sungguh. Later when we went for solat terawih dekat surau, bebudak lelaki punya sendawa, muahahhha.

Anyways, those were the good old days. Nak buat camner, aku couple dengan Ed lambat walaupun satu sekolah. So takdelah memory gedik bukak pose sesama kan. Hahaha. Korang masa kat asrama dulu sahur tak?

Wednesday, August 11, 2010

Siaran tertunda dari Kuching




Siaran tertunda. Aku dah sampai rumah mama aku kat Puchong. Ed takde so I decided to sahur dengan my parents and adek. Esok baru balik berbuka dengan Ed. Tak sempat nak updatelah Amy from Kuching. pack giler. Anyways, here's the delayed telecast from Kuching.

I am currently sitting at Kuching Departure Hall. Lenguh bahu menggendong bag laptop ku ke hulu ke hilir. The talk went well yesterday, Alhamdulillah. Aku macam biasalah, no matter how often aku buat presentation ni, aku akan sentiasa kecut perut. Berdebar cam nak pecah jantung prior to the talk, tangan sejuk nak mampos, jangan cakaplah. Kena pulak presenters sebelum aku dua-tiga orang suruh the participants refer to my presentation and slides sebab diorang tak nak redundant dengan slides aku.

Aku bermula dengan agak nervous sebab aku diberitahu masa suntuk sangat dan aku kena cut short my presentation. Memang terganggu sikit momentum aku masa tu. Tapi aku suck it up and went on with it jelah kan, what choice do I have?

Habis jek my presentation, the presenter-presenter lain cakap.

“Another job well done.”

“ Good job”

And the DG pulak cakap masa nak sampaikan cenderahati for presenter, good job, you selalu ada butterflies lah, apalah but your presentation mesti ok punyalah.

Tersengih-sengih jelah aku. Alhamdulillah. Adalah orang mintak-mintak kad lepas tu. Penatlah sebenarnya. Kalau ikutkan aku, malas nak gi present-present nih. Sebab ni bukan tugas hakiki aku. Tapi dah nama kerja apa nak buat. Belasah jelah.

Workshop petangnya memang memenatkan. Letih. Ada participants yang very open minded, ada jugak yang very negative dan tak pepasal aku lak dibasuhnya. Hmmm ni la yang penat when deal with people ni. Macam-macam kerenah. Especially when you ask they to do something that is beyond their job scope. Hmmmm. The workshop ended at 5.45.

Ada one of the counterpart kat Kuching jual kek lapis, and orang-orang yang dah rasa sworn that the cakes was really good, even better than the Dayang Salhah cake yang kuar TV tu. Yelah yang Dayang Salhah tu dah over-commercialised dah kot. So aku beli jelah dekat dia. Banyak ko aku beli, I bought 2 hati pari cake, 2 kek lapis masam manis and 2 marble cheese cake.

Malamnya kami makan di Barok err, ape ke nama ek the other side of the sungai tu. Cam food courtlah, I ordered Laksa Sarawak. The others ordered Nasi goreng Kambing and Nasi goreng Terubuk masin. Okeylah, laksa Sarawak was really a lil bit like Bihun Kari. Tapi bihunnya cam lain sikit, and the curry cam ada rempah sikit.

After that, kami pusing-pusing Kuching sikit. Next day, awal lagi dah bangun even though I slept at 2 am the night before. Aku gi breakfast dengan aman. Breakfast dekat Merdeka Palace tu was alright. Banyak gak choice dan makanannya berasa la juga.

Was a bit fortunate that the group nak bawak aku pusing-pusing dan beli some souveniers. Aku beli some key chains, alas pinggan, pua kumbu and 1 fridge magnet. Eh Fiechik ko nyer fridge magnet yang aku beli kat Perth dulu bilalah aku nak kasik ko nih. Mane entah aku letak dah. Ayen mung punya fridge magnet jaman aku gi Paris n London 2 tahun lepas pon, aku lom bagik kan. Tuh lagilah tah mana peginya.

So tu jekla update ku di Kuching. Dah sampai KL dah pun. Esok puasa kan kawan-kawan. Aku amek kesempatan ni nak ucapkan Selamat Berpuasa pada korang semua. Moga kita semua diberi kekuatan, kesihatan, keikhlasan, kelapangan masa dan hidayah untuk meningkatkan ibadah di bulan Ramadhan ini dan seterusnya di bulan-bulan lain. Mintak maaf salah silap ok.