MY HERO
Hari ini satu hari saya menghabiskan masa di Selangor equestrian
club,sungai besi,kl.Badan terlalu penat dan sakit sakit apabila menunggang kuda
seharian setelah lebih sepuluh tahun meninggalkan aktiviti yang pernah menjadi
rutin harian sebelum ini.Mungkin ramai yang tidak tahu sejarah saya sebelum
menjadi seorang pemain bola sepak professional dan menjadi anak seni dan juga
usahawan sekarang ni.Sebelum ni saya daripada kecil lagi dilatih untuk menjadi
seorang ‘jockey’ atau penunggang kuda dan banyak menyertai pertandingan lumba
kuda di Kelantan oleh HERO sepanjang
zaman saya iaitu arwah ayah saya.Haji Wan Omar bin Wan Ishak.Ayah saya pernah
menjadi presiden lumba kuda Kelantan suatu ketika dahulu dan dirumah saya di kampung
selising,pasir puteh pernah mempunyai berbelas belas ekor kuda.Rutin seharian
adalah mesti menunggang kuda sehinggakan pernah ke sekolah pun naik kuda.Setiap
pagi dan petang kami sekeluarga mesti berkuda merupakan aktiviti wajib setiap
hari sehinggalah saya di hantar ke akademi bola sepak FAM di kota bharu ketika
usia saya 13 tahun.Dan lepas akitivi berkuda berkurangan sedikit akibat
komitmen saya pada sukan bola sepak diatas minat dan juga keinginan bapa saya
untuk melihat anak lelaki bongsu beliau ini menjadi pemain professional dan
juga kebangsaan satu hari nanti.di situ lah bermula nya kehidupan bola sepak
saya.tapi malam ni saya nak kongsi dengan pembaca semua tentang HERO saya yang telah meletakkan saya ke satu
LANDASAN MENUJU KE PUNCAK yang dimana saya berada sekarang ini dan masih lagi
meneruskan perjalanan ke destinasi yang diimpikan.Bak kata beliau dalam sukan
berkuda ini ‘tak jatuh maka tak kan pandai’.kata kata itu masih kekal lagi
dalam fikiran saya sehingga sekarang ini.walaupun ketika usia saya baru seawal
enam tahun saya dah boleh menunggang kuda.Insiden jatuh kuda dan kecederaan
pada saya dan adik beradik adalah perkara biasa dan menjadi kuat bila
mengingatkan kata2 beliau.Ternyata memang terbukti apabila setiap kali gagal
mengawal kuda dan terjatuh saya jadi lebih berani dan berhati hati kerana tidak
akan mengulangi kesalahan yang sama setiap kali gagal atau jatuh membuatkan
saya lebih handal sehinggalah pada usia 10 tahun saya dah mula menyertai
pertandingan lumba kuda.Setiap kali saya menunggang kuda arwah ayah akan selalu
memerhatikan saya sebagai ‘personal coach’ dan juga asyik membebel yang
membuatkan saya sampi naik rimas.itu sikap biasa seorng kanak kanak yang mental
dan dalam proses kematangan.
Apa yang saya nak
kongsikan malam ni adalah secara tidak sedar sebenarnya ayah saya telah
mendidik dan juga membentuk saya supaya menjadi seorang yang berani dalam
mengatasi ketakutan dan kelemahan diri.Saya diajar untuk menjadi ‘fighter’
kepada diri sendiri dan melawan segala ketakutan yang ada dalam diri dan
barulah kita layak melawan ‘musuh’ diluar sana. Kita akan menjadi ‘expert’ dan
berani jika kita melawan kelemahan kita dan juga selalu mengulangi melakukan
perkara yang kita lemah sehinggalah ianya menjadi kebiasaan dan dengan
sendirinya kelemahan itu akan menjadi kelebihan apabila ia menjadi ‘makanan’
kita.Mungkin ayat saya ni agak complicated.tetapi apa yang saya nak sampaikan
adalah, setiap kekurangan jika tidak diatasi akan menjadi kelemahan,dan setiap
kelemahan akan menjadi kelebihan dan kepakaran apabila ia diatasi.Dari situ lah
saya mula mempelajari ilmu kehidupan dengan mengatasi segala ketakutan dan
kelemahan diri.Hanya kita dan diri akan tahu segala kekurangan yang ada pada
diri kita.Cara yang terbaik adalah senaraikan segala kelemahan dan ketakutan
diri dan mula merangka apa yang patut kita lakukan dengan berbekalkan ilmu
pengetahuan dan juga guru atau bimbingan.insyallah kelemahan itu akan menjadi
kepakaran kita suatu hari nanti.MASALAH ADALAH SATU PELUANG.siapa sangka
masalah yang kita hadapi alami selama ini adalah merupaka satu peluang utk kita
mengubah taraf kehidupan kita.Setiap hari saya akan berlawan dengan diri
sendiri untuk mengatasi kelemahan diri saya.Sebab itu lah setakat hari ini saya
menceburi pelbagai bidang dalam hidup saya dan saya mendapat kejayaan dan
kepuasan untuk diri saya sendiri dan sedikit sebanyak menjadi kebanggaan
keluarga dan juga masyarakat.setiap kelemahan yang tidak diatasi akan terus
menjadi kelemahan dan akan bersemadi didalam diri seseorng sampai bila bila.dan
sifat itu akan mencacatkan perjalanan hidup seseorng itu.banyak lagi yang saya
nak kongsikan tentang apa telah di ‘install’ kan oleh arwah ayah saya didalam
diri saya ini.bila mengenangkan kembali,saya dapat merasakan yang saya ini
merupakan seorang anak yang paling bertuah didalam dunia ini kerana dikurniakan
seorang HERO yang paling hebat di dunia.sambil menulis coretan ini saya sedang
mendengar lagu daripada saudara Mawi iaitu AYAH..AKU RINDU PADUMU.liriknya
sangat menyentuh perasaan saya apabila mengenangkan beliau.kata katanya agak
sedih,tetapi bergantung kepada penerimaan kita.kalau da set kan minda kita
sedih dan kita akan jadi sedih bila mendengarnya.tapi saya selalu menjadikan
lagu ini sebagai tanda ingatan dan juga pembakar semangat saya untuk teruskan
kehidupan sebagai seorang pemburu kejayaan.hampir setiap hari saya akan
dengarkan lagu ini dan setiap hari semangat saya akan terus berkobar
kobar.terima kasih banyak2 saya ucapkan pada Mawi yang telah mencipta lagu
“tema” saya ini…sama samalah kita sedekahkan al fatihah buat HERO terhebat
saya…HAJI WAN OMAR BIN WAN ISHAK…Banyak lagi sebenarnya yang saya nak kongsikan
dengan semua tentang HERO saya yang telah membawa saya ‘kesini’ pada hari
ni.insyallah saya akan sambung pada coretn saya seterusnya…jadi kepada sesiapa
yang masih lagi mempunyai ayah,hargailah dan rail ah mereka ketika masih
berpeluang.sekurang kurangnya dengan ucapan terima kasih ataupun kejayaan anda
dapat menunjukkan tanda penghargaan kita sebagai anak terhadap seorng insan
yang membanting tulang demi membesar dan mendidik kita semua…bukan wang ringgit
yang mereka harapkan.tetapi kejayaan anda yang mereka tagihkan.