Friday, October 22, 2010

Buatmu Temanku

Saat jari menaip post edisi kali ini, kepala ligat berfikir idea... Teringat kepada seorang kawan coursemate yang baru kehilangan ibu. Dalam situasi yang hampir menjelang peperiksaan lebih kurang sebulan lagi, dia kehilangan orang yang amat disayanginya. Setelah bertarung beberapa tahun dengan serangan cancer, akhirnya ibunya diambil oleh Allah untuk selama2nya. Agak berat ujian yang diterima lantaran ayahnya juga baru keluar IJN akibat penyakit jantung.

Alhamdulillah, sempat melawat arwah ibunya ketika terlantar dihospital Ampang Puteri. Dalam keadaan lumpuh sebahagian badan akibat tumor yang menyerang di otak, saya sempat mengucup ibunya. ketika itu ibunya masih boleh memberikan reaksi dengan hanya menggenggam tangan2 yang memegang tangannya.

Berita sedih diterima tatkala si anak berada di kelas biofizik.. Kebanyakkan kawan-kawan coursemate meluangkan masa menziarahi jenazah yang dibawa balik ke rawang..

Buat Noorkhallaf,
Aku tahu, engkau pasti merindui saat2 bersama ibumu. Dalam keadaan ayahmu yang masih sakit, kau perlu kuat. Kuat supaya adik2mu tidak meratapi pemergian ibumu.. Tidak salah menangis kerana sedih atas ujian yang menimpa tetapi jangan ujian ini menyebabkan engkau berasa lemah. Dan ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama dengan orang2 yang sabar. Jagalah ayahmu sebaik mungkin kerana yang pergi tidak akan kembali lagi..

Dan ingatlah apabila mati anak adam itu, maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara:
1. Sedakah jariah yang pernah dilakukan
2. Ilmu bermanfaat yang pernah dia tinggalkan
3. Doa anak yang soleh.

Mudah2an mampu bagi kita untuk mencapai tahap anak yang soleh kerana itulah satu2 hadiah yang boleh kita beri kepada ibubapa kita ketika dia sudah tiada. Dan ingatlah, doa anak yang soleh mampu untuk menyelamatkan ibu bapanya dari siksaan diakhirat kelak.. Allah tidak akan menguji seseorang itu melainkan dia mampu untuk menghadapi ujian itu.. Aku yakin bahawa engkau mampu untuk menghadapi ujian ini InsyaAllah..

Pantai permai, KL
6.59 p.m
22/1o/2o1o

Monday, October 18, 2010

Rindu

Dengan izin Allah, berupaya dan masih diberi peluang tuk menulis walaupun dihambat kesuntukan masa.. bercakap pasal masa ni, semua orang dikurniakan 24 jam yang sama.. Apa yang bezanya cuma cara mengendalikan masa.. ada orang sibuk dengan pelbagai aktiviti tapi dapat imbangkan masa dan pelajaran dengan baik.. ada orang Allah kurniakan masa lapang tapi suka bazirkan masa dengan perkara tak berfaedah.. Tapi ingatlah, akan tiba suatu masa yang dipanggil hari kebangkitan. ketika itulah semua perkara yang telah kita lakukan akan dibuka hijabnya.Baik buruk semua akan dinilai dan paling utama anda akan dipersoalkan dengan perkara yang dilakukan sepanjang kehidupan..

satu tazkirah yang baik tuk diri sendiri..Sebenarnya rasa rindu nak balik rumah dah makin menebal.. maklumlah kalau belajar dalam negeri tempat tinggal, tak balik sebulan rasa macam sangat lama.. Teringat kat adik2 satu hal, dah lama tak menyakat dorg, hehe.. Buat si adik yang nun jauh merantau ke negara orang, selamat belajar.. Jangan gi buat hal kat sana sudah.. dengar cerita minta umi kirim ikan bilis dan milo. maklumlah, takde barang2 tu ye kat sana..

InsyaAllah study week nih akan berkampung di rumah.. Keselesaan tuk belajar lebih baik berbanding tempat lain termasuk rumah sewa.. mungkin sebab dah biasa belajar dengan suasana bising adik2 kut.. countdown exam, lebih kurang sebulan lagi... gud luck semua

Wednesday, October 6, 2010

Kalau kita geram??

Pejam celik pejam celik dah menghampiri hujung bulan syawal...
Alhamdulillah sempat juga berpuasa 6...
Cepat juga masa berlalu. Lebih kurang 3 minggu lagi sebelum menghampiri study week.
rupa2nya dah nak habis semester ni..

tak lama lagi nak exam..
apa la persediaan yang aku dah buat agaknya??

Dalam bas balik kelas tadi sempat seorang kawan minta pandangan..
"apa yang boleh kita buat klu kita geram??"
i said: positive thinking. jangan layan sangat rasa geram tu... hindarkan diri dari suasana yang boleh membuat kita geram atau jauhkan diri dari kelompok yang suka mengapi-apikan orang
"klu kita geram dengan diri sendiri?"
my answer: kadang2 inilah masanya tuk muhasabah diri kita balik.. dalam suasana belajar yang kita rasa dah buat preparation terbaik tuk akademik tapi tiba2 result kurang memuaskan, there sumting u must change... mungkin cara belajar yang kurang kondusif.. tak pun kita sibuk kepada benda yang tak penting berbanding yang penting...

tak kisah la apapun gelagat yang dihadapi, moga Allah permudahkan urusan kita semua.. Berdoalah kepada Allah dan iringi dengan niat yang baik sebelum buat apa2 perkara..