Isnin, 18 Julai 2011

EDUCATION SYSTEM PERLU "REFRESH"


Sistem pendidikan negara ini semakin bercelaru. Bila pehak atasan membuat berbagai andaian dan rancangan tektikal yang semakin menyusahkan. Guru-guru tidak membuat perancangan untuk pengajaran tetapi menyediakan kertas kerja-kertas kerja yang tidak pernah kerja. Nombor-nombor diletakan di atas spreadsheet dan keluarlah TOV, ETV, VVV, GPA, NKRA, dan kebanyakan nombor-nombor ini adalah hayalan semata-mata untuk menyeronokan pehak atasan. Saya menyambut baik sarana Menteri Pelajaran untuk menkaji semula sistem pendidikan di negara ini. Beliau mesti turun ke sekolah dan bertemu dengan guru dan mendengar keluhan dan alasan kenapa kualiti pendidikan semakin teruk. Sebagai tenaga pengajar di sebuah universiti saya merasakan kualiti pelajar semakin menurun. Bila ditanya berapa A+ dapat dalam SPM, jawapanya "Straight A" tetapi apabila membuat tugasan, "kualiti" mereka sangatlah teserlah. Kadang-kadang soalan-soalan bermain di kepala, " Betul ke mereka dapat A+ dalam English?" Kawan-kawan yang mengajar Fizik dan Matematik pun memberikan komen yang sama. Apa yang sedang berlaku? Adakah huruf-huruf yang tertera di atas slip keputusan SPM adalah huruf-huruf yang telah dimanupulasikan? Ruangan bersama Guru di Star hari Ahad selalu menceritakan tentang masalah yang dihadapi oleh guru-guru. Buatlah sesuatu untuk kebaikan masa depan anak-anak kita....generasi kita.

Ahad, 17 Julai 2011

PESANAN PADA ANAK


Anak, jika kamu teringin memiliki permata zamrud dan intan berlian, menabunglah kamu bermula dari kamu keluar dari kantungku. Tak payah pakai lampin, pakai kain buruk je.Tak payah minum susu Dutch Lady, minum tea je. Itu pun tak payah taruk gula.... mahal. Pakaianmu, pakailah pakaian yang ada dari abang-abang dan kakak-kakakmu. Sekolah tak payah kot. Nanti kena beli macam-macam. Yuran PIBG je dah dua tiga ratus setahun. Kalau 20 tahun dah berapa tu... InsyaAllah jika kesampaian impianmu untuk memiliki permata tu akan tercapai..... 24 juta tu sikit je...

Khamis, 14 Julai 2011

DAP Penang Runtuh Masjid dan Surau,


Semalam kawan teman bising-bisng dalam pejabat. Habis semua orang kena marah. Dengar bunyi macam "sembahyang" "DAP' "Lim Guang Eng" "Runtuh" Teman pada mulanya tak berminat tapi lama-lama berminat jugak. Tanya dia. Apa hal yoep? Ni ha... Kelmarin aku pergi Penang. Saja round, round. Time Asar masuk aku pun cari le masjid ke surau. Jenuh round round musing musing cari tempat untuk semayang. Yang ada tokong Hindu dengan Tokong Buddha. Masjid dan surau, lansung tak ada. Musing punya musing tak juga jumpa. Ini mesti kena runtuh oleh DAP Penang. Ini mesti kerja Lim Guang Eng. Kamu cari di mana tu? Teman tanya. Entah. Rasanya Air Hitam.Aku pergi naik Bukit Bendera. Laa... mana engkau nak jumpa. Itu kan kawasan majoriti bukan Islam. Mana engkau nak jumpa. Bodoh bangang le kau ni. Kat kawasan Batu Feringgi tu pun banyak surau dan masjid. Kamu ni pernah ke sebelum ni pergi Penang. Atau mungkin pemerintahan sebelum DAP ni tak bina masjid dan surau kot ? Dah ai... kata dia. Aku dah pergi banyak kali. Ini mesti kerja si Guang Eng ni. Abih masjid masjid dan surau surau kena runtuh. Mungkin dia runtuh malam malam. Teruk betui le DAP ni. Aku tak reti dah cakap dengan mat bangang ni. Kalau dah darah karat biru semuanya salah. Salah sendiri pun tak nampak. Baik aku belah. Sat lagi ada yang kena seligi nanti. Pesan teman pada die, usahle pergi Penang untuk bercuti. Pergi Johor ke, Pahang ke! Melaka pun ok! Setakat buah pala tu di Lambor pun ada.

Khamis, 7 Julai 2011

HAVE FUN TOURING KL.......


Minggu ini KL akan jam. Rakyat yang tidak berpuashati akan menggegarkan bandaraya ini. Ekonomi akan menjadi "triggered" dengan kedatangan beribu-ribu manusia dari berbagai rupa. Ramai yang akan jadi kaya, untung berlipat kali ganda. Orang kampung saja yang menunggu hasil dari "lawatan" manusia ke ibu kota. Tunggulah beberapa bulan atau tahun lagi.

Isnin, 4 Julai 2011

MENGELETAR KENA KEJAR CIKGU...


Semalam bini gua menceritakan satu cerita sedih yang sangat menyayat hati. Dia menggantikan guru yang tidak hadir dalam kelas tingkatan 5. Rasanya semua pelajar tu dah akil baligh ! Malah ada yang dah bermisai janggut persis pemuda remaja. Kebetulan waktu Zohor masuk. Dia mengarahkan semua pelajar pergi ke surau untuk solat berjamaah. Beberapa pelajar meminta kebenaran untuk ke bilik air untuk menunaikan hajat. Bila bini gua samapi ke surau, pelajar-pelajar lelaki tadi masih tidak kelihatan. Beliau terus ke tandas untuk meninjau mereka. Pelajar-pelajar tersebut telah tiada disitu bila dipanggil. Bila beliau meninjau belakang tandas, mereka sedang melepak-lepak sambil berbual-bual kosong. Bila mereka nampak isteri gua, mereka terus cabut. Angkat 1000 kaki..... belah. NANTI KENA SOLAT ! Inilah generasi yang akan datang.

Ahad, 3 Julai 2011

SUSAHNYA NAK NGAJI.....


PTPTN dapat RM16,000 untuk empat tahun pengajian. Sekarang ni kebanyakan universiti dah memulakan sistem tri-semester. Semester yang pendek tu PTPTN tak cover. FAMA kena bayar. RM16,000 hanya cukup untuk untuk yuran pengajian dan sewa hostel. Makan FAMA... Kalau ngaji di Kedah atau Kelantan okay le. Makan murah. Kat KL breakfast je dah RM3.00.... Pelajar-pelajarku banyak yang puasa sunat hari-hari... Makan sekali sehari. Masuk kelas muka macam ikan bilis. Lapo. Mana nak perform dalam pengajian. Mana nak beli peralatan lagi. kalau ngaji Architecture, siapla dua tiga ratus sebulan untuk beli peralatan. Kalau mak ayah kaya lain la. Ini mak ayah kerja kerajaan. gaji 5, 6 ribu pun tak cukup. Adik-adik ramai lagi yang tengah belajar. Kalau adik-adik duduk asrama kena bayar sehari RM3.00 X 200 hari... Kalau 3 orangn ? Itu baru duit makan... duit poket? Yuran PIBG ? Di SMKA yuran PIBG RM400.00.............. Caya jangan tak percaya. Sebab itu kat kampung budak-budak lebih suka bekerja dari pergi sekolah. Sehari boleh dapat RM30 kalau kerja kat kebun sawit. Pagi sampai tengahari. Lepas duit minyak motor, top-up dan duit rokok.... Ini lah generasi yang akan datang..............

Selasa, 5 April 2011

ANWAR MASUK PAS JE !


Dah bermacam-macam masalah yang dihadapi saudara kita ni. Berbagai kes yang menimpa. Lepas satu, satu. Kes LIWAT belum abis, dah timbul masalah lain. Ahli-ahli PKR asyik kena BELI je.... Dah berapa orang jadi KATAK. Tak abis, abis...... Dari dulu lagi Allahyarham Fadhil Noor suruh masuk PAS. Sehingga kini PAS masih tetap teguh dan sentiasa ke hadapan. Cubaan-cubaan UMNO dan BN untuk menggugat PAS selalunya memakan diri mereka sendiri. Kenapa PAS boleh bertahan? Asasnya SATU, Al Quran dan Hadis adalah pegangan dan akar umbi bagi PAS. PAS FOR ALL telah diterima dengan baik oleh masyarakat bukan Islam. Jika Saudara Anwar masuk PAS, yang beragama Islam dan bukan beragama Islam akan diterima baik sebagai ahli-ahli PAS. Perkara ini telah dibincangkan dan diterima oleh pimpinan PAS. Berapa lama lagi saudara sanggup menerima berbagai cubaan yang melanda bukan sahaja saudara tetapi seluruh Pakatan Rakyat. Apa tunggu lagi saudara Anwar....InsyaAllah saudara akan dilindungi Allah.

Saya tertarik dengan kenyataan Datin Seri Wan Azizah, "


Keluarga kami telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998. Pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Anwar Ibrahim.“Setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi i Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik,”