Sabtu, 28 Februari 2009

AMPUN TUANKU, SENANG AJE CERITE

Pada minggu depan YB Sivakumar, Speaker Dewan Negeri Perak akan memanggil semua Adun-Adun kecuali yang telah dihukum "gantung". Dua usul akan dibawa oleh dua orang Adun PR. Usul yang kedua, iaitu untuk membubarkan DUN Perak. Apabila usul ini diterima, mestilah diterima, majoriti dah tentu. Apabila dibawa kepada Tuanku keputusan persidangan, terima sajalah usul tersebut ( Untuk membubarkan DUN). Tugas Paduka Sultan sudah tentu mendapat restu rakyat. Fungsi Tuanku sebagai Payung Rakyat sudah tentulah teserlah. Jika Tuanku membuat kesilapan sebelum ini, inilah masa untuk menebus kesilapan tuanku; dan ini akan mengembalikan maruah tuanku pada mata rakyat (Lihat saja apa yang telah ditulis oleh rakyat marhaen tuanku). Tuanku boleh menerangkan bahawa tindakan pembubaran DUN Perak hanyalah untuk mengatasi kemelut yang berlaku di negeri Tuanku dan dengan cara ini saja kekemelutan ini akan berakhir. Apabila DUN Perak dibubarkan hanya ada dua keputusan: KEPUTUSAN RAKYAT TUANKU !

1. PR menang, BN kalah.
2. BN menang, PR kalah.

Jika PR menang Tuanku boleh mengatakan tindakan Tuanku yang lalu hanya untuk menambahkan kekuatan PR yang mempunyai majoriti nipis. Dan ADUN-ADUN yang melompat ini akan menyerahkan balik kepada rakyat untuk menentukan wakil mereka di dalam Dewan.

Jika BN menang, sudah tentu Tuanku boleh mengatakan tindakan Tuanku melantik MB baru adalah tindakan yang benar; rakyat akan lebih menghormati Tuanku kerana keputusan Tuanku.

Apa-apa saja keputusan Pembubaran DUN Perak akan memihak kepada Tuanku. Rakyat Tuanku akan lebih menyayangi Tuanku.

Ke pekan Behrang risalah disebar,
Di Bukit Gantang poster digantung,
Mohon perkenan Dewan dibubar,
Rakyat tak marah Tuanku pun untung,

Ampun Tuanku, Sembah Patik Harap Di Ampun.

Khamis, 26 Februari 2009

BLAZE OF GLORY


The fire is getting hotter. From north to south, from east to west, it is blazing hot. People send bullets, to signify anger and hatred. The marhaen is getting restless of the unstable political situation. Ahmad throws a stick into the blaaze. The fire gets bigger. Comes Ah Chong with another stick and throws it in. The fire gets wilder. Muthusamy does not want to be left out. He too throws another stick and the fire goes roaring. Arjan Singh pours in a little kerosene and now the fire is uncontrollable. It is beyond control and everyone gets torched. .

The ash is everywhere. The heat cripples everything that comes crossing its paths. The flame shoots higher. It can be seen from a great distance away.

Does anyone know how to put out fire? Can anybody help?

The royals say......Get the Constitution !
The leaders say.....Get the ISA !
The Muftis say......Get the holy books !
The lawyers say.....Get the courts !
The armed forces say.....Get the SUBMARINES !
The fire brigades say....Get the water canons !
The federal reserve units say GOTCHA RAKYAT !!!!!
The RAKYAT says......................................

Rabu, 25 Februari 2009

3 DAH OK , 1 LAGI..........MASIH KIV

Semalam DYMM Tuanku Sultan Selangor telah bersetuju dengan keputusan MB Selangor ke atas kes-kes SENSASI seperti LEMBU 46, Lexus MB dan ELLY LANJAN ! Diharap selepas ini tidak ada pehak yang mempertikaikan tindakan MB itu. Jika ada, kami akan menggelarkan mereka " PENDERHAKA "! " PENDERHAKA "!" PENDERHAKA "! Sanggupkah Khir Toyo atau PERWARIS derhaka ?... Atau sesiapa saja ?

Tetapi yang satu lagi ini rasanya BELUM mendapat perkenan DYMM Sultan.

Memang kaya Jawa Sg Besar ni, sampai boleh beli apartment di Mekah. Bukan seringgit 25 juta beb !

Selasa, 24 Februari 2009

MARI LIHAT SIAPA YANG KENA........

"Mari lihat siapa yang kena" kata Ibrahim Pendek dalam cerita P Ramlee. Agak-agak siapakah yang akan bertuah untuk "menerima" kasut-kasut ini. Mungkinkah salah seorang dari 4 orang jutawan segera negeri Perak ini. Atau pun ketua mereka. Agak-agak kasut tu mahal tak ? Brand apa ? Local ke imported? Clark? Prada? Dunhill? St Lois? Hanya tuannya saja yang tahu.

Tak ade tempat lain ke Mamat ni nak buat taik mata ? Tak adakah VVIP Room, Presidential Suite, atau paling laih, double room. Kesian Setpol MB kita. Nak tidur, di mana saja pun boleh, hatta di tepi dinding Masjid Titi Gantung. Kerja siang, malam, tak kira Ahad, Isnin, Khamis, serupa sahaja. Inilah kerja Lillahita'ala. Tak ada balak dua tiga blok, tak ada "stock option" dua tiga ribu unit, tiada Datuk, tiada Tan Seri. Inilah orang PAS.

Sebab itu orang tak mahu masuk PAS..... Tak ada duit. Asyik kena bagi duit masa CERAMAH. Tapi ganjaran Allah jauh lebih baik dari duit berjuta, tanah melata dan pangkat dan nama.

Sepasang kasut itu BUKAN untuk dilempar ke sesiapa. Orang PAS tak akan buat macam itu. Kasut itu akan menjadi SAKSI di akhirat nanti.
Itulah kasut SETPOL kita.

Sabtu, 21 Februari 2009

KAMI NDAK MB YANG DIPILIH RAKYAT PERAK...........

'Dipetik dari MStar'
"Saya Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan Perak, ini proses yang jelas tetapi ada yang putar belitkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Membina Negara Bangsa peringkat negeri di sini hari ini. Zambry berkata demikian kepada pemberita selepas diminta mengulas tentang pertanyaan peserta program berkenaan mengenai kedudukan beliau sebagai Menteri Besar dan bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Sebagai rakyat Perak kami mahukan MB yang dilantik oleh rakyat marhaen bukan oleh ................

Kerana berjuta-juta rakyat Perak sudah mengidamkan MB yang diterima rakyat dimana sahaja. MB yang tidak perlu dikelilingi polis dan senjata, MB yang boleh membaca kutbah dan menjadi imam yang setia, tanpa protokol dan bersahaja, mempunyai peminat dari berbagai bangsa. Bukan harta, tahta, wanita dan nama habuannya. Rakyat menjadi amanat utama. Kenapa manusia masih berkata-kata, cacat cela yang dicari dicerca, 50 tahun rakyat Perak menderita, harta bumi habis dijaja, rakyat Perak miskin melata. Kalau tak percaya, keluarlah dari kereta, masuk ke bendang di hujung sana, rumah rakyat yang usang dimamah usia, memandang ke bukit tempat Baginda, mengharapkan kasih dan belas mereka, anak dan isteri gundah gulana, berdukacita, bermuram durja, apalah daya tidak berdaya, harapkan MB dia pun berkelana, sama-samlah kita. Mengharap hanya pada yang Esa.

Rabu, 18 Februari 2009

SAY WHAT ?


I heard they want to dissolve the Dewan Negeri. I heard some people might step down. I heard Nizar will make a comeback. I heard things will be back to normal. Are you sure ? Who are they ? When ? Why ? How true ? Things are becoming blur and complicated. Since the 'fall of a great leader' people start to THINK. They want CHANGE. People begin to stand up. They go against everyone, including their King ! When I read the unofficial "guestbook" I was dumbfounded, flabbergasted, SHOCKED ! A notorious educationist here said, " If you do such a thing to the King, you will be cursed, for life " in her farewell speech in front of confused children. Nevertheless, ikan bilis remains RM25 per kilo, ikan kembung is still RM9, the poor are still poor, the beggars are still roaming the night markets to get our spare change and the kids are still crying to get their toys.... And I am still hoping for a change......

Selasa, 17 Februari 2009

OMEN ?



Sometimes God has special way of sending His messages to His servants!

Ahad, 15 Februari 2009

API KEAMANAN RAKYAT



Dewan Kutien Air Tawar penuh sesak dengan 4000 lebih rakyat Perak yang dahagakan KEADILAN dan KEHARMONIAN yang ingin mendengar penjelasan dari MB dan exco-exconya tentang senario yang berlaku di negeri ini. Melayu, Cina, India dan Sikh menyalakan "OBOR RAKYAT" untuk menunjukan sokongan kepada MB Nizar dan tindakannya. Mereka juga mahukan negeri Perak yang aman damai dan sejahtera di bawah naungan Sultan Perak.



Lihat bagaimana indahnya masyarakat majmuk yang duduk sekali mendengar ceramah demi ceramah oleh pemimpin-pemimpim yang benar-benar memperjuangkan nasib rakyat Perak.



Poster yang dicanangkan oleh Pemuda UMNO Bahagian Parit ini hanya mengundang PERPECAHAN dan KEBENCIAN sesama kaum.

MEREKA MEMANG TIDAK SUKA ORANG MELAYU BERBAIK-BAIK DIANTARA SATU SAMA LAIN .... SEPERTI DI DEWAN KUTIEN !

SIAPAKAH YANG MENYALAKAN API PERKAUMAN ?

Sabtu, 14 Februari 2009

SIAPAKAH MAK LONG ?


Seorang ahli PAS hardcore yang bekerja bersungguh-sungguh untuk memastikan kejayaan YB Osman ADUN Changkat Jering. Sayang sekali YB Osman telah mengkhianati Mak Long dan beribu-ribu lagi pengundi macam Mak Long di DUN Changkat Jering bagi PRU 12 yang lalu. Sepatutnya YB Osman berasa MALU dan KESAL diatas kebiadapannya. Kesian Mak Long, Mak Teh, Tok Nek, Pak Su dan banyak lagi mangsa PENIPU yang bernama Osman. Mereka berjaga malam, memasak untuk petugas, melekat poster,masuk hutan cari buluh untuk pacak bendera, meraih undi dan tidak lupa BERDOA pada Allah untuk KEMENANGAN YB Osman.Mereka pengundi miskin yang tiada kepentingan kecuali nak tengok cucu cicit mereka dapat hidup bahagia dibawah pimpinan pemimpin idaman mereka... yang macam YB Osman...YB Osman yang dulu le...yang baru merangkak, sebelum pandai melompat...Tidak hairanlah jika mereka berdoa pada Allah agar......
Tadi masa telefon Mak Long, dia kata nak balik ke Changkat Jering, nak pergi tebang buluh, nak ajak kawan kemas rumah untuk jadi Markaz Media, nak buat sembahyang Hajat, nak buat itu, nak buat ini....
NAK MEMASTIKAN CALON PALIMEN PR Bukit Gantang MENANG BESAR.

Jumaat, 13 Februari 2009

APE YANG TAK KENE DENGAN MB NI !




BOLEH NYEMBELIH KOBA / LEMBU

BOLE BACA TALKIN

Ate yang macam mane yang kome endak ?

Rabu, 11 Februari 2009

DIA DAH MULA MEMBAZIR WANG RAKYAT PERAK


1. Pada sidang akhbar itu juga Zambry mengumumkan pelantikan tiga penasihat Menteri Besar dan seorang Ketua Penerangan Kerajaan Negeri di mana kesemua mereka bukan bertaraf exco tetapi diberi kemudahan exco.
2. Zambry turut melantik Najmuddin Elias sebagai Penasihat Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Chang Ko Youn selaku Penasihat Hal Ehwal Kaum Cina, dan Datuk S. Veerasingam sebagai Penasihat Hal Ehwal Kaum India.

KOMEN: Die kata orang India jangan riso walaupun tak ade exco, sebab die akan JAGE SEMUA ORANG INDIA ( Dah terserlah masa sambutan Taipusam di Ipoh baru2 ini), tapi macam mane boleh lantik Datuk S. Veerasingam sebagai Penasihat Hal Ehwal Kaum India yang bertaraf EXCO ? Kate die akan jage ?

Bukankah kite ade SS DATUK SERI HARUSSANI SEBAGAI MUFTI YANG BERTARAF EXCO ! Kenape nak lantik YB Najijmuddin sebagai Penasihat Hal Ehwal Agama Islam. KENAPE ADA DUE PENASIHAT AGAME ? KENAPE PERAK NI ADE DUE MAZHAB KE ?


Teman BERHAK tanye sebab

1. Teman bayo ZAKAT tiap2 bulan kepada NEGERI PERAK.

2. Teman bayo cukai itu, ini UNTUK PERAK.....

3. Teman orang PERAK

JANGAN MEMBAZIR..... Betul tak Datuk Seri Mufti ?

GAJI EXCO BERAPA HAH ? MOROH KE, MAHA ? SAPE YANG BAYO ? DUIT SAPE ?

KOME INGAT KEME NI NGECAP DUIT ?


KOME INGAT KALAU KEME GOYO POKOK GETOH TU LORUH DUIT ?

KOME INGAT KELAPA SAWIT TU RM1000 SETAN,

GETOH SEKERAP RM25 SEKILO ?

KOME INGAT TARIF BARU LETRIK TU 50% DISKAUN ?


KOME INGAT IKAN PILIH RM10 SEKILO ?

CENDERAWASIH BURUNG DI ANGKASA


Cenderawasih dikatakan mempunyai lebih 50 spesies, menjadi kegilaan para peminat burung terutama golongan bangsawan kerana burung berekor panjang itu memiliki keunikan seperti warna kuning keemasan pada bahagian atas sayap, warna coklat pada sayap serta badannya selain warna hijau berkilat di bawah paruh.Selain itu terdapat cerita-cerita dongeng mengenai asal usulnya burung berkenaan yang memiliki dua sesungut atau antena yang panjang di bahagian ekornya.

Kecantikan burung cenderawasih juga menyebabkan namanya diabadikan pada taman-taman perumahan, restoran, jalan, universiti, sekolah, kumpulan penyanyi, setem, klinik dan syarikat perniagaan sama ada di Indonesia mahupun di Malaysia selain menjadi ukiran pada barang-barang kemas.

Orang zaman dulu pula mempercayai burung cenderawasih bukan berasal dari bumi dan selalu berdampingan dengan para wali. Burung itu juga dikatakan membawa tuah kepada pemiliknya dan didakwa sebagai pelaris perniagaan.

Sama ada benar atau tidak dakwaan itu, cenderawasih atau lebih dikenali sebagai bird of paradise di Eropah tetap dicari walaupun sukar untuk mendapatkannya sekarang ini kerana semakin pupus akibat pemburuan liar oleh mereka yang ingin mencari keuntungan.
Bagi penduduk etnik di Papua pula, cenderawasih merupakan lambang kebesaran para dewa. Burung itu sering dijadikan hadiah kepada para pembesar negara dan raja.

Sayap burung liar itu digunakan sebagai perhiasan atau mahkota oleh ketua suku kaum semasa menjalankan upacara adat atau mempersembahkan tarian tradisional ketika menyambut tetamu.

Burung cenderawasih dikatakan memiliki perkembangan yang terbatas kerana dikatakan mampu bertelur hanya sebutir setiap putaran pembiakan atau musim bertelur.

Menurut kajian, makanannya ialah buah-buahan, biji-bijian dan serangga sementara sarangnya berbentuk mangkuk yang dibuat di atas pohon setinggi 10 meter dari permukaan tanah.

Selain cenderawasih yang berwarna kuning keemasan dan coklat, terdapat cenderawasih yang berwarna biru cerah dan biru gelap berkilat di samping jambul yang cantik.
Beberapa spesies burung cenderawasih juga sudah jarang ditemui di Irian Jaya,mungkin kerana pupus akibat menjadi mangsa pemburu liar dan perdagangan gelap.

Pada waktu dulu cenderawasih juga menjadi alat pembayaran oleh suku kaum untuk mendapatkan barang-barang yang dibawa masuk ke Irian Jaya oleh penjajah.
Malah burung itu juga dikatakan menjadi alat sogokan untuk lulus dalam satu-satu ujian.

Sumber daripada: SOPHA SULAIMAN (Jakarta)
Utusan Malaysia, 26 Feb 2006

Isnin, 9 Februari 2009

Why I Despise UMNO .....FOREVER....

I grew up in an UMNO supporting family. A generation who believes that ONLY UMNO and Barisan can withhold righteousness and upbringing of Malays and Islam, but I started to have a second thought about UMNO when things started to go haywire. I want to illustrate some examples from my hometown where BN and UMNO supporters are neighbours, colleagues, friends and “jemaah” (we go to the same mosques). I am a firm believer that equality is essential to maintain peace and stability. When equality is raped, people will start to brave against the flow.

There are some people who rob (and they still do) other people’s rights. I happen to know a lot of poor people who have to struggle to make ends meet. They work 8 hours a day to earn RM500 or less a month working at UTP as cleaners, gardeners, and canteen helpers. There are also makciks and pakciks who maintain schools and UiTM’s at RM600 per month. These old people come from Lambor, Teluk Kepayang, Seputih, Titi Gantung and other surrounding villages. Believe it or not, they are hardcore UMNO supporters. But they only get kain batik, kain pelikat, a trip to Puterajaya, a RM50 per-vote during election, annual jamuan raya and other small stuff by their beloved ‘santa claus’ wakil rakyat.

Let me introduce you to some small time BN leaders and supporters and “workers” who make a lot by robbing poor people’s rights. Haji Fxxxx Haji Dxxxx is a retired government officer. His wife is a graduate teacher teaching in Perak. His house is a double storey in a Taman. He is blessed with rich father who passed down lands for his children. This Tuan Haji received a 5 acre palm oil plantation from YB Zaim as a token of his support in BN and UMNO. Does he REALLY deserve the land ? How about the makciks and pakciks from Lambor and Ekor Bota? Don’t they also deserve the land? Or do they know about it ?

Another person, Cxx Rx Kxxx, the rightman for YB Nasarudin who has a lot of lands, palm oil plantations, and a Sungai Perak sand dredging plant. He sells abundant of sand from Sungai Perak since many years ago. He has his sons to manage it, let alone employing locals if to say that he is helping others. Driving around in his 4X4 among his other collection of cars while the makciks and pakciks are struggling to earn a few ringgits.

How about this, a retired Ustaz Wxxxx, a strongman for YB Zaim and YB Nasaruddin . Ask how many lots of land he owns. How much money that he took from people’s pockets. He is retired and he receives monthly pension but still he wants more.

Look at Tuan Haji Axxxxx, a retired headmaster who is also a strongman in BN/UMNO. He also gets plots of palm oils that I believe he DOES NOT DESERVE. He lives in a bungalow, receiving pension, driving around his 4X4 to inspect his farms.

Mister Rxxxxx Nxxxxxx is one of the final candidates for YB in the last election. He lives in a huge bungalow in a Taman which was built without any loan, CASH. Ask him how many plots of land he owns. Which lots did he sell to pay for his bungalow ? He drives around in his car, jobless liar but rich. (p/s: I AM one of his VICTIMS)

Haji Mxxx is a teacher and a strongman for YB Nasaruddin and is a senior teacher in a school somewhere in Perak. He lives in a bungalow driving a V6 to school everyday. Ask him how many Felcra lands that he got from those YB’s.

An ex-YB who lives in a sprawling mansion near Seri Iskandar drives around in his Perdana who smiles and chuckles when he passes his palm oils plantations, his durian orchards, his cattle ranch and so on. His frequent visits to Indonesia are not cheap, and of course his pensions as a teacher and a YB can’t cover them all.

I believe that these people are just a few of the people who are lucky to support BN/UMNO and get their fat share for their efforts. BUT DO THEY REALLY DESERVE THOSE LANDS ?

For you out there, who still believe that UMNO is protecting the poors, you are wrong. THEY ROB THE POORS. They don’t get their money from selling the palm oils and distribute the money among the poor. NO WAY ! Makciks from Padang Marhom do not know that they can also get the lands as well, NO, THEY DESERVE MORE of those lands. I know a makcik who had to sell her land including the house she was living in to tread their final days on this earth along with her sick husband.

The makciks and pakciks don’t have children who are doctor, teacher, engineer or businessmen. They just want to survive in this expensive country. They also want to live in a comfortable homes, they also want to eat ikan jenahak or ikan senangin. Even a kilo of ikan bilis is way off their grocery list.

If you don’t believe me, go to UTP, go to UITM, go to KPM. There you will see the makciks cutting the grass, pakciks watering the plants, kakaks serving food or cleaning plates and look at how they squeeze themselves in a van ferrying them to and from work. Look at their sad faces. TALK TO THEM .From their looks we can see how tired they are. They only want to pay for their children at SMK Lambor, to feed their sick mothers, to care for their live-in grandchildren.

I hope if you read this, please THINK AGAIN. They have been lying to you. They hide the actual facts. They just want MORE from the poor.
If you happen to know any UMNO members who live cosily, don’t hesitate to ASK THEM. Who knows you can continue the list of MALAYSIAN MOST WANTED above.

CADANGAN UNTUK PARLIMEN BUKIT GANTANG


Apa kata kalau dua orang ini sebagai calon-calon Parlimen Bukit Gantang. Kita tengok siapa yang betul-betul handal. Atau pun kalau MB yang tak sah tu takut, suruh orang BN letak salah seorang orang-orang kesayangan mereka di bawah ini untuk membuktikan kepada Sultan Perak bahawa TIDAK ADA SIAPA YANG SOKONG BN lagi.

Jumaat, 6 Februari 2009

NOMBOR 4 BAGI SULTAN AZLAN

Paduka Sultan Sultan, tahukah tuanku bahawa lebih dari 444 ribu orang rakyat tuanku memilih PAS, DAP dan PKR pada PRU 12, Mac lalu ? Tahukah tuanku bahawa kurang dari 400 ribu rakyat tuanku mengundi BN yang tuanku sanjung dan hormat itu ? Tahukah tuanku bahawa 44 ribu lebih adalah perbezaan ( majoriti) antara rakyat tuanku yang memilih PR dari BN ? Perlukah patik memberitahu bahawa tuanku hanya mementingkan 4 orang dari lebih 444,000 rakyat tuanku ? Betulkah tuanku payung rakyat negeri Perak ?

Khamis, 5 Februari 2009

TIADA DOA UNTUK SULTAN PERAK !

Hari ini dalam sejarah ! Masjid yang senantiasa mendoakan kesejahteraan DYMM Sultan Perak Jumaat hari ini lansung tidak menyebut nama tersebut. Doa yang selalu meniti di bibir Tok Imam yang membaca kutbah hari ini lansung tidak kedengaran....
Masih ada masa....

Rabu, 4 Februari 2009

BAIK TEMAN MAKAN LAKSA !

Pening kepala teman memikirkan apa yang berlaku di negeri Perak ni. Baik teman makan laksa yang teman beli di pasar malam Taman Maju tadi. Nampak sedap je. Anak teman memang suka makan laksa. Lepas makan laksa teman nak tido kejap. Lepas tu teman nak semayang hajat. Bermunajat pada tuhan. Mintak kebenaran ditunjukan. Teman tak mampu nak ke Ipoh macam orang lain. Teman tak lalu nak bertempik, bersorak. Teman mampu memohon pada Allah. Baikle kite berserah pada Allah. Itulah jalan yang terbaik.