Showing posts with label Pasta. Show all posts
Showing posts with label Pasta. Show all posts

Thursday, August 20, 2015

Makaroni Bakar / Baked Macaroni Jamuan Hari Raya


 Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Tempahan Sally untuk anaknya bawa ke sekolah sempena jamuan hari raya. Tq dear.

Anak anak saya juga sangat menggemari macaroni ini.  Kalau ada tempahan, mesti kena buat lebih.




Makaroni yang baru keuar dari oven, panassss
Selepas ini baru boleh dimekap.



Monday, March 25, 2013

Makaroni Bakar buat AminFayyadh & Asyraf



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Makaroni bakar buat anak anakku,  AminFayyadh dan Asyraf yang menyambut hari lahir pada bulan Mac 2013.


Makaroni ini permintaan AminFayyadh sebab dia taknak makan kek, dah jemu katanya.


Selamat Hari Lahir anak anakku, semuga hidup  senantiasa diberkati.  



Thursday, January 17, 2013

Baked Macaroni / Makaroni Bakar Zaheen


Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya,
Memperkenalkan, satu lagi produk terbaru deWattiesDelight, Makaroni Bakar. 


Makaroni dimasak bersama daging cincang, sayur, susu, telur dll, 


kemudiannya dibakar pula di dalam oven dengan taburan cheese parut..




Selesai dibakar, makaroni dihiasi dengan mayonnaise, sos serta taburan cili dan dedaun.





Berat makaroni hampir  3kg.



Wallaaaaahhh.....Pastinya menggamit selera sesiapa sahaja untuk menikmatinya.






Keratan rentas makaroni bakar buat tatapan semua penjunjung2 deWattiesDelight.


Friday, November 9, 2012

Pasta Spirale Dengan Sos Casonara

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua, 

 Menu omputeh pulak ya. Resepi dari Majalah Mingguan Wanita tahun 2007.

 PASTA SPIRALE DENGAN SOS CASONARA 

 Bahan bahannya 
200gm pasta spirale 
60 gm cili benggala merah 
60 gm cili benggala hijau 
70 gm turkey ham (saya ganti daging ayam) 
1 sb bawang merah - didadukan 
1 st bawang putih - dicincang 
100ml krim 
1 st putih telur 
1 st keju parmesan 
1 helai daun bay 
garam secukup rasa 
minyak jagung secukupnya 
ladaputih secukup rasa



Cara Membuatnya 

1. Rebus pasta sehingga lembut. Angkat dan tos. 
2. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, bawang merah sehingga kekuningan dan kemudian masukkan turkey ham, lada benggala merah, dan hijau dan gaulkan sebati. 
3. Masukkan krim dan pasta, kemudian gaulkan sehingga sebati. Masukkan putih telur, keju parmesan, garam dan lada putih secukup rasa. Dan biarkan sehingga pasta berkenaan melekit. 
4. Siap untuk dihidangkan.




Selamat Mencuba.