Adakah ini satu Tabungan???

Thursday, November 20, 2014

Notis Perpindahan..Ke Rumah Baru

Assalamualaikum Akak kembali lagi tapi kali ini dengan perkhabaran bahawa blog ini perlu Akak tinggalkan kerana terpaksa berpindah ke rumah baru di sini


Silalah bertandang ke rumah baru Akak yang masih dalam proses pembinaan.

Jom Kita ke sana!!!


Watiermanlife Goes On.........

Wednesday, November 19, 2014

Rindu Mencuit Hati...Salam Sejahtera Semua!

Assalamualaikum

Setelah lebih 2 tahun Akak tinggalkan blog ini....entah kenapa di hari ini tanpa ada perancangan tergerak hati ini untuk cuba membuka semula....walaupun Akak tak pasti dengan password...dan detail untuk Akak excess masuk ke ruangan ini. Tapi dengan izinnya...pasti ada hikmahnya....here I am..mula menaip walaupun tak tahu apa yang patut di taipkan.

Lebih 2 tahun.....bermacam-macam perkara telah berlaku dan berlalu dalam hidup Akak...barangan dan peralatan dapur pun ada yang dah bertukar ganti...skill memasak pun ada yang dah berkarat dan berlemak tepu. Juga yang paling terkesan pada diri ini...ada kaum keluarga yang tersayang yang telah kembali pada penciptanya. Al Fatihah buat ibu mertua Akak yang telah kembali ke Rahmatullah pada 9 Ogos 2014 bersamaan dengan 13 Syawal 1435 Hijrah. Mak pergi setelah 2 tahun lebih berjuang melawan kanser. Dan dalam tempoh tersebutlah Akak telah berhenti berkongsi aktiviti kehidupan Akak melalui blog ini. Fokus Akak dalam tempoh tersebut ialah mak...kini hanya doa yang mampu Akak titipkan buat mak...moga mak ditempatkan bersama Hambanya yang beriman...Amin.

Memasak memang kewajipan Akak....routine hidup tetap macam biasa...dengan bekal Hubby dan anak-anak...dengan hidangan pagi...tengahari....dan...malam seperti biasa. Ala kadar dan serba sederhana. Anak-anak pun dah membesar dan mencecah usia dewasa...malahan anak sulong Akak pun dah berkerja.. Alhamdulillah Allah bagi dia rezeki sekitar kawasan berdekatan juga...jadi masih sebumbung kami anak beranak. Anak bujang kedua Akak masih berjuang dalam menuntut ilmu....dan putri bongsu Akak pulak masih bersekolah di tingkatan 4.




Sebagai penyeri ruang yang dah lama menyepi ini Akak hiasi dengan hidangan makan malam kami beberapa hari yang lalu...lagipun Akak dah terkebil-kebil ni nak masukkan gambar masakan..dah tak tahu mana nak pergi untuk edit gambar dan sebagainya.....moga Allah berikan keinginan berterusan untuk Akak berkarya di sini.

Buat kenalan dan rakan blogger yang pernah mengenali Akak maaf Akak pinta dan moga hubungan yang terputus seketika dapat kita suburkan kembali di alam siber ini...Insya Allah.