Khamis, 31 Disember 2009

CERITA DI SEBALIK KEMENANGAN DATUK SALLEH SEBAGAI KETUA UMNO KB.



Seorang Blogger yang menggelarkan dirinya sebagai ahli Umno Kota Belud telah membuat pendedahan berikut melalui blognya : Apakah ia satu kebenaran atau ada tujuan dan niat untuk menjatuhkan pemimpin yang dimaksudkan. bersama kita nilai :



3. Pemilihan UMNO Kota Belud tahun 2008 memperlihatkan bahawa kekuatan Wang boleh mengubah segala-galanya.

4. Sebenarnya jika perlembagaan baru UMNO yang baru dipindah ini diguna pakai semasa pemilihan UMNO pada tahun 2008. Sudah tentu kemenangan akan memihak kepada Datuk Musbah.

5. Berdasarkan pindahan perlembagaan UMNO baru-baru ini kuasa memilih AJK bahagian adalah terletak ditangan ahli-ahi cawangan. Sementara kuasa untuk memilih Ahli Majlis Tertinggi adalah ditangan perwakilan cawangan termasuk ketua pemuda, ketua wanita dan ketua puteri secara automatik perwakilan cawangan.

6. Jika kita perhatikan pemilihan UMNO kota belud pada tahun 2008. Datuk Musbah Haji Jamli masih boleh diistihar memegang ketua UMNO Kota Belud kerana beliau masih mempunyai sokongan padu diperingkat akar umbi. Berdasarkan pencalonan yang diterimanya sudah menggambarkan beliau telah mengatasi Datuk Salleh Tun Said dari sokongan diperingkat akar umbi.

7. Berdasarkan pencalonan itu Datuk Musbah Haji Jamli pendapat 140 percalonan dari cawangan manakala Datuk Salleh Tun Said cuma mendapat 70 pencalonan.

8. Pendekatan yang dilakukan oleh YB Datuk Musbah semasa mentadbir UMNO jauh lebik baik berbanding dengan keadaan UMNO Kota Belud di bawa jagaan Datuk Said Tun Said. Walaupun memiliki kewangan yang lebih berbanding dengan Datuk Musbah Haji Jamli. Tetapi beliau tidak sanggup berkorban membelanjakan sedikit wangnya demi untuk pentadbiran dan pengurusan UMNO Kota Belud

9. Ini dapat dibuktikan semasa UMNO Kota Belud di bawah jagaan Datuk Salleh Tun Said sebanyak dua kali, tidak nampak banyak yang beliau lakukan mengenai UMNO, pejabat UMNO macam kandang kambing tiada sistem langsung. Ini menampakkan Datuk Salleh Tun Said tidaklah sayang UMNO seperti Datuk Musbah yang telah menghabiskan wang ringgitnya demi untuk memertabatkan UMNO di negeri Sabah amnya dan negara khasnya.

10. Semasa UMNO di era Datuk Musbah, beliau telah berjaya menyediakan pejabat UMNO yang bersistem dengan dipenuhi Komputer yang canggih, memperlihatkan Datuk Musbah benar-benar sayangkan UMNO dengan sanggup berbelanja beratus-ratus ribu ringgit untuk kepentingan UMNO Kota Belud.

12. Prestasi yang baik ditunjukkan oleh Datuk Musbah mengatur, mengurus dan mentadbir UMNO Kota Belud telah menyebabkan Datuk Salleh gentar dan risau kerana beliau takut kalau Datuk Musbah terus-terusan dibiarkan menunjukkan kemampuannya menjaga UMNO ditakuti akan menyelenyapkan peluang beliau berkecimpung kembali dalam politik kerana orang Kota Belud, pemimpin masyarakat dan pemimpin negara akan membanding-bandingkan antara beliau dengan Datuk Musbah. Jika ini sampai berlaku, maka dengan sendirinya kelemahan Datuk Salleh mengurus parti dan daerah Kota Belud akan diketahui umum dan dengan itu mereka akan hilang kepercayaan kepada kepimpinannya, lalu mereka akan menolakkan kepimpanannya secara total.

13. Atas sebab itulah pemilihan UMNO tahun 2008 adalah peluang terakhir beliau merebut jawatan Ketua UMNO Kota Belud. Jika peluang ini tidak digunakan oleh beliau, maka terpaksalah beliau mencari parti lain untuk meneruskan kelansungan politiknya seterusnya. Oleh yang demikian Datuk Salleh tidak akan dapat merampas kembali Jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, jika beliau tidak bermain politik kotor semasa pemilihan itu.

14. Antara isu yang di mainkan beliau semasa pemilihan itu, ialah menyerang peribadi Datuk Musbah dengan membuat fitnah kononnya, Musbah akan ditangkap oleh SPRM atas tuduhan rasuah. Fitnah ini dimainkan semula setelah dimainkan semasa pilihanraya tahun 2004 sehinggakan Datuk Musbah tidak dicalunkan pada waktu itu. Inilah kemahiran Datuk Salleh dalam menghancurkan politik seseorang, beliau sanggup mengamalkan sikap Bangsa Yahudi dengan melakukan fitnah yang direkanya sendiri. Wal hal beliau konon taat perintah Allah SWT, tapi bab fitnah beliaulah juaranya. Kalau benar Datuk Musbah mahu ditangkap SPRM kenapa sampai sekarang tidak berlaku demikian. Sebaliknya Datuk Musbah makin hari makin dipercayai rakyat kerana kemampuannya membawa pembanguan ke daerah kota belud semangkin terserlah.

15. Isu kedua yang dimainkan oleh Datuk Salleh semasa pemilihan itu juga ialah melakukan pembohongan kepada dirinya dan perwakilan UMNO masa itu, kononnya beliau akan dilantik Menteri Pembangunan Luar Malaysia. Satu perkara yang mustahil berlaku kerana beliau bukanlah Ahli Parlimen untuk dilantik ke jawatan itu, berapa ramai lagi ahli parlimen yang tiada jawatan. Kenapa pula Datuk Salleh yang dilantik apa kelebihannya sehingga dia perlu dilantik. Inilah persoalan yang mesti difikirkan oleh keseluruhan perwakilan UMNO Kota Belud, siapa Datuk Salleh sebenarnya. Kalau ini berlaku kenapa sampai sekarang beliau masih tiada jawatan apa-apa, bukan ini satu pembohongan kepada kita.

16. Isu yang seterusnya dimainkan oleh Datuk Salleh ialah kononnya dalam kota belud tiada isu kurangkan pemimpin. oleh kerana masa itu beliau bukan wakil rakyat, makan sayanglah kalau konon beliau tidak diberi jawatan. Persoalannya siapa yang tidak kenal dengan Datuk Salleh berbagai-bagai sudah jawatan yang dia pegang dari jawatan sekecil-kecil jawatan sehingga ke jawatan nombor satu selaku ketua menteri. Kemudian kita tanya diri kita balik apakah pembangunan yang dibawanya ke Kota Belud. Kemudian kita tengoh pencapaian Datuk Musbah yang membawa bermacam-macam projek megah yang berimpak tinggi meningkatkan ekonomi penduduk Kota Belud walaupun beliau hanya sekadar Pembantu Menteri, Beliau dapat melakukannya. Inilah yang kira fikirkan bersama siapa Datuk Salleh sebenarnya.

18. Akhirnya untuk menglangsai keinginannya menjawatan jawatan Ketua UMNO Kota Belud, Datuk Salleh Tun Said menggunakan senjatanya yang tiada dengan orang lain iaitu wang. Dengan kekuatan wang yang dibina oleh empayar keluarganya hasil daripada penindasan mereka kepada rakyat Kota Belud bertahun-tahun untuk memusnahkan politik Datuk Musbah. Namun anak bajau tulin ini tidak pernah luntur semangatnya untuk meneruskan perjuangannya membangunkan bangsa dan kawasan yang diwakilinya, meksipun beliau telah tewas dalam pemilihan UMNO tersebut.

19. Hari ini ahli UMNO Kota Belud kena buka mata dan merenung kembali peristiwa itu untuk kita mengatur langkah seterusnya, kesalahan yang kita lakukan tempoh hari biarlah berlalu begitu sahaja anggap sahaja sebagai teladan dan panduan kita untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Legasi Keruak seperti yang diuar-uarkan selama ini pastinya ditamatkan jika kita ingin melihat daerah kita dan bangsa kita setanding dengan bangsa yang lain.

20 Marilah kita bersatu kemabli, rapatkan barisan untuk mengembalikan maruah kita yang dipersendahkan oleh keturunan yang entah darimana ini. Cukuplah selama ini kita diperkotak katikkan selama ini, saya tidak akan mengizinkan bangsa kita di Kota Belud dijajah selama-lamanya, jika kita ingin dan mahu melihat anak bangsa kita dipimpin oleh anak kelahiran tulin dari bangsa bajau, iranun, dusun dan suku-suku lain yang terdapat di Kota belud. Marilah kita bernaung di satu panji-panji yang diketuai oleh YB Datuk Musbah Haji Jamli, semoga perjuangan ini akan mencapai matlamatnya memartabat bangsa kita.

21. Sebagai ahli UMNO yang selama ini menjadi trauma melihat sepak terajang politik Datuk Salleh Tun akan berjuang membongkar segala kisah dan teladan yang telah berlaku ekoran kekejaman yang dilakukan oleh Datuk Salleh Tun Said yang sejak dari dulu lagi tidak mahu melihat anak jati kota belud berjaya dalam apa bidang pun. Sama-samalah kita renung dari paparan ke paparan yang akan saya postkan nanti.

Rabu, 30 Disember 2009

KECELAKAAN BAS RETORIK,TEORI DAN PELKSANAANNYA


Kemalangan yang melibatkan bas menumpang baru-baru ini sungguh menyayat hati. Apa tidaknya, kemalangan ini mengorbankan 10 orang penumpang termasuk sepasang suami isteri yang berasal dari Klang, Selangor.

Bas yang membawa 48 penumpang itu dalam perjalanan dari Klang menuju ke Kangar dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan di LebuhRaya Utara Selatan (Plus) kira-kira 8km dari Plaza Tol Ipoh Selatan. Menurut siasatan awal, kemalangan itu berpunca daripada pemandunya yang mengantuk dan terlelap seketika.

Sejurus media menayangkan berita ini samada di media massa atau media cetak, ramai cakap-cakap mencadangkan pelbagai idea bagi mengelak malapetaka ini dari terus berlaku. Cadangan-cadangan tersebut adakalanya bersifat jangka pendek mahupun bersifat jangka panjang.

Seharusnya, pihak-pihak berkenaan perlu melihat kecelakaan ini tidak berpunca daripada ‘human factor’ semata-mata. Apakah mungkin terdapat faktor-faktor lain yang mengakibatkan kecelakaan ini terus berlaku? Adakah ia mungkin disebabkan juga faktor fizikal (bas, jalanraya, cuaca) dan faktor undang-undang (dasar kerajaan)

Justeru itu, apakah mekanisme yang sesuai dalam memastikan kecelakaan ini dari tidak terus berlaku?

Pada hemat saya yang daif ini, beberapa mekanisme perlu digabungjalinkan dan dilakukan secara bersama bagi mengelak kecelakaan ini dari terus berlaku

Faktor fizikal:-

1. Bas :

Seperti mana yang kita sedia maklum, terdapat bas-bas yang uzur yang masih lagi dibenarkan beroperasi di atas jalan raya. (Cuba lihat intercity bas). Walaupun kita tahu bas-bas ini sudah lulus pemeriksaan dari Puspakom, tetapi adakah sesiapa dapat bertanggungjawab jika bas-bas yang usianya melebihi 10-20 tahun ini menempuh kecelakaan di atas jalan raya?

Sebagai contoh dengan dasar Kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Kenderaan Perdangangan (LPKP) yang membenarkan bas sekolah beroperasi walaupun berusia hingga 30 tahun sangat mendukacitakan malah dasar ini ternyata berpontensi mengundang pelbagai malapetaka dan kecelakaan kepada penggunanya khususnya kanak-kanak sekolah.

Disamping itu juga, bas-bas penumpang ini perlu dilengkapkan dengan beberapa ‘gadget’ tertentu bagi memastikan bas ini dapat beroperasi di tahap yang optimum. Antara ‘gadget’ yang perlu dipasang dalam setiap bas penumpang adalah system GPS, kotak hitam dan penyekat kelajuan. Walaupun ‘gadjet’ tersebut mahal, ia mampu bertindak sebagai pemberi isyarat awal kepada pengusaha dan pemandu bas terhadap keupayaan dan kebolehpanduan sesuatu bas itu. Tentang kosnya? Kerajaan boleh mengenakan rebat atau potongan cukai kepada pengusaha bas yang menggunakan ‘gadjet’ ini dalam setiap bas mereka.

2. Jalan raya

Jalan raya di Malaysia yang diiktiraf sebagai antara Jalan Raya yang terbaik di Asia Tenggara seharusnya memperlihatkan tiada kemalangan yang direkodkan akibat daripada faktor jalan raya ini. Walaubagaimanpun perkara ini tidak boleh menyebabkan penyelenggaran jalan raya dilakukan seolah-olah melepaskan batuk di tangga. Masih ada jalan-jalan persekutuan mahupun jalan-jalan negeri yang keadaan tidak menyenangkan dengan hanya diturap ketika menjelang pilihanraya semata-mata. Justeru itu setiap jalan raya baik jalan –jalan negeri, persekutuan dan lebuh raya diselenggarakan secara konsisten bagi memastikan jalan raya di Malaysia berada dalam keadaan yang optimum

3. Cuaca

Cuaca di Malaysia yang panas dan lembab memungkinkan hujan turun secara tiba-tiba. Walaubagaimanapun, faktor cuaca ini seharusnya tidak dijadikan sebagai penghalang dalam kita memastikan tiada lagi kecelakaan bas yang direkodkan. Dengan hampir majoriti bas-bas penumpang menggunakan LebuhRaya Utara Selatan (PLUS) sebagai jalan utama, bas-bas penumpang ini perlu memanfaatkan setiap hentian Rehat dan Rawat (R&R) yang disediakan jika cuaca dalam suatu ketika itu tidak mengizinkan perjalanan diteruskan. Apa salahnya, pemandu dan penumpang berehat seketika daripada tetap meneruskan perjalanan yang mana mendatangkan risiko yang tinggi kepada mereka. Jika perjalanan kapal terbang boleh ditangguhkan akibat cuaca buruk, adakah sistem bas penumpang kita tidak boleh mengaplikasikan sistem yang sama?

Faktor manusia

1. Pemandu

Pemandu adalah duta kecil kepada sesuatu syarikat bas. Malah dengan kata lain, nyawa 48 penumpang berada di kedua belah tangan pemandu. Walaubagaimanapun, adalah kurang cermat malah keterlaluan jika sesuatu malapetaka itu dipertanggungjawab ke atas pemandunya semata-mata. Dalam menelusuri permasalahan seseorang pemandu itu, mari kita selongkar beberapa perkara terpencil seseorang pemandu itu.

Tidak dinafikan, untuk menjadi seorang pemandu bas mereka hanya perlu mendapatkan lesen daripada JPJ sahaja selepas menjadi beberapa ujian tertentu. Apabila ujian tertentu itu selesai dan mereka dapat melepasinya dengan jayanya, maka mereka akan dinobatkan sebagai pemandu bas. Tetapi dalam senario terkini, adakah lesen daripada JPJ sahaja sudah mencukupi sedangkan nyawa 20-48 penumpang di dalam tanggungjawab mereka? Seharusnya suatu akademi khusus ditubuhkan bagi melatih pemandu bas ini supaya menjadi pemandu bas yang professional dan kompeten selaras dengan tuntutan semasa. Jika pemandu teksi diminta profesional dalam pemanduan mereka selaras dengan tanggungjawab mereka selaku duta kecil negara, pemandu bas juga wajib diangkat sebagai pemandu profesional selaras nyawa 20-48 penumpang berada di dalam tanggungjawab mereka.

Disamping itu juga, sering terdengar gaji asas pemandu bas ini terlalu kecil. Untuk mendapat lebih pendapatan, mereka perlu mengejar ‘trip’ dalam sesuatu hari. Adakah ini berbaloi dengan nyawa-nyawa penumpang yang berada didalam sesuatu bas itu berbanding ‘extra’ pendapatan yang cuba diraih oleh pemandu dalam sesuatu bulan. Justeru itu, tangga gaji minima perlu dilaksanakan kepada pemandu bas bagi memastikan kebajikan mereka dibela selaras nyawa penumpang juga terpelihara.

2. Pengusaha bas

Siapa yang berniaga hendak rugi. Itulah falsafah yang dipegang oleh setiap usahawan khususnya pengusaha bas. Dengan memperkudakan ‘bas lama’, dan meletakkan gaji asas yang rendah kepada pemandu, pengusaha bas bakal menikmati pendapatan lumayan pada hujung tahun pendapatan.

Seharusnya dalam menerobos dunia perniagaan yang lebih mencabar, konsep tersebut perlu dikikis dan dibuang sama sekali. Pengusaha bas juga perlu dipertanggungjawabkan jika sesuatu malapetaka berlaku. Jika sesuatu malapetaka itu berlaku dan disiasat bahawa pengusaha bas bertanggungjawab kepada malapetaka itu, maka nama setiap ahli lembaga pengarah dan ahli keluarga mereka disenarai hitam dari memiliki dan mengusahakan sebarang perkhidmatan pengangkutan awam di masa akan datang.

Seharusnya pengusaha bas sedar, kerajaan telah memberi bantuan dan insentif yang banyak kepada mereka. Sebagai contoh, kerajaan membenarkan surcharge 30% kepada setiap tiket bas yang dibeli oleh pengguna khususnya untuk bas ekspress. Walaupun kerajaan pernah berkata surcharge ini bersifat sementara, ia masih dikuatkuasakan hingga ke saat ini. Dan kerajaan juga membenarkan harga tiket bas dikaji dari semasa ke semasa. Dan sebagai timbal balas kepada pengguna mahupun pemandu, pengguna perlu dibekalkan dengan perkhidmatan yang berbaloi dan pemandu juga perlu digajikan dengan gaji yang setimpal dengan usaha mereka. Tidak hanya keuntungan ini dinikmati oleh pengusaha bas seorang sahaja.

Faktor kerajaan

1. Dasar kerajaan

Dasar kerajaan yang flip-flop sebenarnya turut menyumbang kepada permasalan kecelakaan bas penumpang ini. Sebagai contoh, kerajaan pernah menetapkan setiap bas dilengkapkan dengan kotak hitam. Walaubagaimanapun, selepas rungutan daripada pengusaha bas, dasar tersebut ‘disimpan di bawah karpet’. Senyap begitu sahaja. Dahulu, kerajaan pernah menetapkan seorang pegawai JPJ tanpa uniform ditempatkan dalam bas secara rawak. Adakah dasar tersebut masih dikuatkasakan sekarang? Dan juga kerajaan pernah menetapkan setiap bas yang keluar dari sesuatu terminal bas akan melalui pemeriksaaan JPJ. Sekali lagi ditanya, adakah dasar dan peraturan tersebut masih berjalan.

Hakikatnya dasar dan peraturan kerajaan yang bersifat sementara dan hangat-hangat tahi ayam sungguh mendukacitakan dan menjadi bahan lawak oleh sesetengah pengusaha bas. Seharusnya dasar dan peraturan kerajaan perlu dilaksanakan secara konsisten dan tidak bermusim. Kerajaan melalui JKJR, JPJ, LPKP, MOT, dan JAS perlulah memastikan setiap dasar yang dibentuk, dilaksanakan secara konsisten. Bukan hanya dilaksanakan apabila timbul sesuatu kecelakan besar menimpa khususnya yang melibatkan bas Sani Ekspress tempoh hari

2. Peranan LPKP

Apa itu LPKP? LPKP merupakan singkatan kepada Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan yang bertanggungjawab mengikut Akta LPKP 1987. Ia bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas seperti berikut

* Membangunkan usahawan Bumiputera dalam sektor industri kenderaan perdagangan melalui latihan dan program pembangunan usahawan.
* Menimbang dan meluluskan permohonan untuk mendapatkan lesen baru, membaharui dan ubah syarat bagi semua kelas lesen kenderaan perdagangan di Semenanjung.
* Mengenakan syarat-syarat ke atas semua kelas lesen kenderaan perdagangan yang meliputi penetapan kadar tambang, penentuan peringkat tambang, jadual perjalanan, bilangan penumpang, kawasan operasi, berat muatan, jenis barang-barang, hal-hal pengendalian dan syarat-syarat khas yang lain.
* Menggantung, membatal atau mengenakan apa-apa hukuman yang sesuai ke atas mana-mana kelas lesen kenderaan perdagangan yang disabitkan kesalahan melanggar syarat lesen atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta LPKP 1987 (Akta 334) serta kaedah-kaedah yang diperbuat di bawahnya serta undang-undang lain yang berkuatkuasa.
* Menentukan tempoh kuatkuasa lesen bagi semua kelas lesen kenderaan perdagangan.
* Melesenkan kenderaan perdagangan dari Singapura, Thailand atau negara lain yang dibenarkan beroperasi di Semenanjung Malaysia.
* Membuat kajian laluan baru sebelum memberi pertimbangan ke atas permohonan untuk mendapatkan lesen bas bagi laluan-laluan yang dipohon.
* Mengumpul rekod, penyata kewangan, statistik atau dokumen-dokumen berhubung perniagaan pemegang lesen kenderaan perdagangan.
* Menentukan prosedur permohonan, memproses dan menimbang permohonan lesen, mengenakan bayaran, menetapkan penalti dan menentukan tanda pengenalan kepada kenderaan perdagangan.
* Melaksanakan tugas-tugas yang berhubung dengan penguatkuasaan ke atas syarat-syarat lesen kenderaan perdagangan

Walaubagaimanapun, tugas LPKP terlalu terhad malah seringkali bertindan dengan skop tugas JPJ, JAS dan POLIS.

Dengan LPKP telah diangkat sebagai suatu lembaga yang beroperasi dibawah Jabatan Perdana Menteri, ia ternyata suatu kesilapan yang jelas dengan ia dilihat membesarkan lagi jurang antara LPKP dan jabatan-jabatan lain yang berkaitan dengan pengangkutan awam.

Seharusnya dengan skopnya yang menjurus kepada pengangkutan awam, LPKP sepatutnya beroperasi di bawah Kementerian Pengangkutan dan diberi suatu authoriti penuh dalam melaksanakan pemodenan pengangkutan awam di Malaysia.

Sebenarnya, LPKP layak untuk diangkat sebagai sebuah lembaga yang tersendiri sama seperti JPJ. Walaubagaimanapun demi menjaga segelintir poket-poket menteri, LPKP kini berpindah ke Jabatan Perdana Menteri (Sebelum ini dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi). Kenapa ini berlaku? Teorinya cukup mudah, supaya Perdana Menteri dapat mengawal jumlah permit teksi yang dikeluarkan dan permit teksi ini dapat diberikan kepada penyokong politik mereka.

Bilamana peranan LPKP itu dimanipulasi sedemikian rupa, maka janganlah kita harap pengangkutan awam di Malaysia khususnya pengangkutan bas awam dapat berdiri megah sama seperti yang berlaku di negara-negara eropah.

Tepuk dada Tanya selera, Kuasa di tangan anda.

Isnin, 28 Disember 2009

DARI BLOG ANWAR IBRAHIM


Gesaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat kebenaran dakwaan Barry Wain; penulis buku Malaysian Maverick, bahawa Perdana Menteri Malaysia yang ke empat telah melesapkan sejumlah RM 100 billion khazanah negara dan juga isu yang memalukan apabila enjin pesawat milik tentera udara didapati hilang tidak sewajarnya dipandang remeh.

Kedua-dua isu tersebut ternyata berkepentingan umum dan rakyat berhak untuk mengetahui kedudukan sebenar dan memperolehi penjelasan yang munasabah.

Malahan kesudian mantan perdana menteri untuk disiasat oleh Suruhanjaya Di Raja perlu disambut pentadbiran sekarang. RM 100 billion bukanlah sedikit jumlahnya.

Sungguh pun sudah ada beberapa tindakan susulan, misalnya penyiasatan terhadap kehilangan enjin pesawat itu, rakyat sebenarnya meragui kredibilti serta kebebasan mereka yang mengendalikannya.

Kita jemu apabila meletusnya isu besar, yang dipersalahkan ialah penjawat awam, sedangkan jerung besar dibiarkan terlepas.

Ini bukanlah kali pertama, lihat sahaja tindakan susulan terhadap Laporan Audit Negara. Kerugian berbillion ringgit, namun kambing hitam jua menjadi mangsa.

Oleh itu saya memandang serius sebarang usaha untuk mengalih perhatian rakyat dari isu sebenar.

Tidak semena-mena “whistle blower” pula yang menjadi sasaran. Sekonyong konyong sahabat saya Lim Guan Eng disiasat di bawah Akta Hasutan. Ini bukanlah kali pertama Guan Eng berhadapan dengan rencana sebegini.

Sebelumnya kerana bermaksud melindungi maruah seorang anak gadis Melayu, beliau terpaksa merengkok dalam penjara.

Turut dukacita apabila gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada bulan Disember tahun lalu ,Dr Munawar Ahmad Anees hari ini sekali lagi gagal dalam usaha membersihkan namanya dengan memohon agar dipadamkan sebahagian daripada penghakiman Mahkamah Persekutuan berhubung fitnah liwat yang membabitkan beliau.

Beliau mencabar keputusan Mahkamah Sesyen yang telah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadapnya pada tahun 1998 kerana beliau telah dipaksa supaya membuat pengakuan dalam kes tersebut.

Sepatutnya institusi keselamatan dan keadilan menumpukan usaha untuk membanteras jenayah demi menjamin keamanan rakyat keseluruhannya.

Tidakkah kematian dan kehilangan anak anak kecil kita mengetuk keinsafan pimpinan tertinggi pihak polis terhadap kelalaian mereka. Sedarlah rakyat bukan musuh anda!

Rakyat sebenarnya sudah mual dengan kebobrokan yang berlaku. Mereka tidak mahu institusi yang sepatutnya melindungi kepentingan mereka bersekongkol dengan pimpinan umno-bn menutupi pekung busuk.

Sabtu, 12 Disember 2009

Sumpahan Minyak

Mantan menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan Malaysia sebagai negara 'sumpahan minyak' di mana kekayaan hasil buminya itu tidak digunakan untuk tujuan asal penubuhan Petronas, tetapi menjadi madat dan simbol kosong seperti Menara Petronas.

"Bila saya mengasaskan Petronas pada 1974, saya tidak menyangka bahawa suatu hari nanti, saya merasakan lebih baik kita tidak menemui kekayaan tersebut," katanya.

Beliau berkata, anugerah minyak itu yang sepatutnya digunakan untuk memacu peralihan negara kepada masyarakat yang lebih terpelajar dan berhati mulia, sebaliknya telah menjadi madat yang memberi kesenangan sementara dan simbol kosong seperti Menara Petronas.

Tengku Razaleigh - bekas naib presiden Umno yang hampir menewaskan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi jawatan presiden 20 tahun lalu - merupakan antara pengasas penubuhan Petronas pada tahun 70-an.

Menurutnya, Malaysia kini terjebak dalam perangkap pendapatan pertengahan, "tersangkut dalam pertumbuhan mudah dari pengeluaran tambah nilai yang rendah dan pemasangan komponen dan tidak mampu membuat lonjakan kepada ekonomi berintensifkan pengetahuan.

Katanya, tujuan awal penggunaan simpanan minyak Malaysia ialah untuk membantu negara melonjak daripada ekonomi yang berasaskan komoditi dan pemasangan kos rendah, kepada ekonomi yang lebih dipelbagaikan yang berasaskan kepada pekerjaan berpendapatan tinggi.

"Kita melihat simpanan minyak kita sebagai satu kurniaan kekayaan yang akan menghasilkan wang untuk tujuan pemodenan dan teknologi," katanya ketika berucap di sidang kemuncak ahli korporat muda Malaysia di Menara Integriti, Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, katanya, berbilion-bilion ringgit hasil eksport minyak sejak tiga dekad yang lalu, telah dibazirkan oleh kerajaan.

Menurutnya, hasil minyak negara yang sepatutnya digunakan mengikut yang telah dirancangkan sewaktu penubuhan Petronas, telah menjadi dana yang dibelanjakan sesuka hati oleh sesiapa juga yang mentadbir negara, tanpa sebarang pertanggungjawaban.

Buku bertajuk "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Time', yang dilancarkan baru-baru ini, menganggarkan kira-kira RM100 bilion telah dibazirkan dalam skandal kewangan sewaktu 22 tahun pentadbiran Dr Mahathir.

Pengarangnya, Barry Wain yang juga bekas editor Asian Wall Street Journal, menulis bahawa sebahagian besar skandal itu, termasuk percubaan kerajaan untuk memanipulasi harta timah antarabangsa dan pembabitan Bank Negara dalam pasaran matawang global, pada tahun 1980-an.

Bagaimanapun, ada sesetengah penganalisa yang menyebutkan jumlahnya lebih tinggi daripada itu.

Malahah Time memetik Daniel Lian - seorang pakar ekonomi dari Morgan Stanly di Singapura sebagai berkata, Malaysia mungkin telah kehilangan "sehingga AS$100 bilion" (RM340 juta) sewaktu pentadbiran Dr Mahathir.

Petronas menyumbangkan 40 peratus daripada bajet negara sejak bertahun-tahun lalu tetapi penggantungan terhadap perolehan hasil minyak semakin tidak dapat dipertahankan lagi.Kerajaan akan memperluaskan lagi asas cukai dengan memperkenalkan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) di mana semua rakyat Malaysia dikehendaki membayar cukai tambahan di samping cukai pendapatan.

Tengku Razaleigh berkata, kekayaan minyak negara telah dibazirkan dan digunakan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat yang gagal, membeli senjata, membina bandaraya secara besar-besaran di atas tapak ladang kelapa sawit.

Perolehan tersebut, katanya, tidak digunakan untuk membasmi kemiskinan di negeri-negeri yang miskin, tetapi disalurkan untuk tujuan politik dan golongan yang ada kaitan dengan politik.

Katanya, hasil minyak yang sepatutnya menjadi warisan kekayaan untuk semua rakyat Malaysia dan generasi akan datang, telah digunakan untuk menunjangi pemerintahan yang 'authoritarian, menghakis demokrasi berpelembagaan dan korup keseluruhan golongan elit politik dan perniagaan.

Sumber : Malaysiakini