Sedar tak sedar, sudah hampir masuk tahun yang ke empat kami menetap di London. Pelbagai perkara baru kami belajar di sini. Bagi saya pula, bermula dengan bekerja di Dewan Malaysia London bertempat di Queensway (tahun 2008), kini saya menimba pengalaman pula bekerja di agensi swasta berpusat di London di mana perniagaannya berteraskan kepada perkhidmatan pengangkutan, penginapan dan perhotelan serta industri makanan/katering (halal).
Ya, kita sudah hampir masuk ke pertengahan Februari 2011. Di London, suhu masih lagi boleh dianggap sejuk, tetapi tidaklah 'super duper cold' seperti yang dialami kami semasa bulan Disember 2010 yang lepas. Cuma sehari dua ini, hujan selalu turun dan langit pun sentiasa mendung.
Adam Rayyan??? ermm..sudah masuk umur 1 tahun 9 bulan. Biasalah, kanak-kanak yang meningkat usia ini banyaklah juga ragamnya. Seronok sebenarnya kerana pada usia beginilah untuk kita mula dedahkan anak-anak kecil kepada pengetahun yang positif. Di usia kecil beginilah minda kanak-kanak cepat 'pick-up' dengan pendedahan.
Setakat ini dahulu untuk entri pertama saya setelah 'bersawang' saya tinggalkan blogspot saya ini. Yang kali pertama berkunjung ke blogspot saya ini, skrol sahaja ke bawah kerana sudah banyak entri yang saya tulis sebelum ini. Salam hormat dari saya..