Selesai solat zohor saya menuju keluar dari masjid. Sampai di depan ruang legar depan masjid saya berbual sebentar dengan kawan. Sedang berbual datang seorang pakcik memberi salam sambil mulutnya menggomel ketidakpuasan hatinya terhadap apa yang berlaku di Palestin.
Pakcik itu kemudian menutup komentarnya dengan berkata, "Syukur Alhamdulillah, negara kita aman dan damai, tiada kucar kacir peperangan seperti di sana".
Saya lalu menyambutnya ucapannya itu dengan berkata yang kita sepatutnya bersedih kerana tidak di serang Israel, saya meyatakan rasa teramat cemburu saya kepada umat Palestin.
Terbeliak mata pakcik tersebut mendengar cakap saya..."apasal cakap macam tu pulak?"
Sudah tentu saya cemburukan mereka yang syahid dan senang-senang masuk syurga kerana berjuang mempertahankan agama dan negara dan akhirnya mati lalu dikurniakan syahid. Kita yang aman damai ini, terlalu leka, solat ala kadar, amalan kurang, rasa macam tak selamat saja selepas mati nanti. Sedangkan Allah telah janjikan kemenangan dan syurga pada mereka yang syahid. Bukankah itu satu jalan mudah ke syurga...?
Sepatutnya orang Palestin bersyukur kerana Allah telah memilih mereka untuk berjuang dan syahid. Sebab itu mereka tak lari, mereka tetapkan pendirian mereka walaupun maut menunggu, walaupun jiran seagama membelakangi mereka, mereka di beri jalan mudah kesyurga.
Pakcik itu berkata pada saya, jangan buat kerja tak bijak, tak bolehlah kita membabi buta berperang jika tahu kita tak lengkap. Kita harus menyediakan segala kelengkapan agar sama kekuatan barulah kita serang. Kekuatan tentera Israel amat canggih tambahan lagi di bantu Amerika.
Saya kata..."Sudah tentu Rasulullah tidak bertindak melulu dan tidak bijak ketika berperang Badar di mana kekuatan musuh adalah 4 kali ganda dan kelengkapan musuh juga jauh lebih kuat, kalau Rasulullah tunggu hingga sama kuat tak kemana lah Islam"
Pakcik itu mengangguk kepala, betul jugak ya, katanya.
he he he... well said.
ReplyDelete