Tuesday, May 26, 2015

Komen umum YB Radzi Zainon mengenai tiga ikon bakal di pecat


Pemimpin kena berlapang dada menerima teguran dan berfikir sedalam-dalamnya tentang segala teguran itu, perlu banyak bersabar, sentiasa bermuhasabah diri dan yang paling penting setiap pemimpin dan ahli PAS perlu berusaha bersungguh- sungguh memenuhi jiwa masing-masing dengan sifat mahmudah dan menyingkirkan segala sifat mazmumah yang mungkin telah lama bersarang di lubuk jiwa kerana berpunca dari kejahilan dan kelalaian sendiri.

Setiap pemimpin wajar berterima kasih kepada setiap ahli PAS yang menegur mereka dengan matlamat membetulkan kesilapan dan menjernihkan keadaan. Namun, teguran tersebut haruslah dilakukan secara beradap dan berakhlak demi memelihara maruah diri setiap pemimpin atau manusia.

Oleh kerana PAS telah membuka pintu dan laluan kepada semua golongan untuk bersama-sama dengan PAS termasuk golongan seni dan ahli DHPP yang bukan Islam, maka kepimpinan PAS harus bijak dan berhikmah ke arah menangani segala cabaran dan persolan yang timbul.

Keratan Akhbar Sinar Harian dan Harakah


Friday, May 22, 2015

Santuni Masyarakat di Pasar Malam Taman Seri Rapat

Khamis 21 Mei 2015 - Selepas menghadiri Konvensyen Undang-Undang Nasional (KONUS), YB Radzi Zainon berkesempatan menyantuni serta berjumpa dengan masyarakat setempat di pasar malam Taman Seri Rapat sambil mengedarkan buletin dan maklumat ceramah yang akan diadakan di Desa Pakatan. Program turun padang ini telah diatur oleh Ketua Penerangan PAS Gopeng, Tuan Haji Zulkifli Tafsiron (Imam Zul) dengan kerjasama PAS Cawangan Taman Song Choon. PAS Cawangan Rapat Jaya Tambahan, Dewan Pemuda PAS Gopeng dan Unit Amal PAS Gopeng. YB Radzi Zainon mengucapkan terima kasih di atas kerjasama daripada Dewan Pemuda yang diketuai dan diwakili oleh Cikgu Jan (Timbalan Ketua Pemuda) dan Unit Amal yang diketuai oleh Tuan Syed dan Tuan Nasir. Program berakhir jam 7.15 malam. 
Turut hadir bersama, Mejar (B) Yakub bin Yasin

YB Radzi mengedarkan buletin Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sg Rapat

Dewan Pemuda dan Unit Amal

Dewan Pemuda dan Unit Amal bersama-sama Timbalan Ketua Pemuda PAS Gopeng

YB Radzi bertanya khabar pengunjung pasar malam

Hadir sama, Imam Zul (Ketua Penerangan PAS Gopeng)

Agihan tugas oleh Tuan Nasir

Antara ahli-ahli PAS yang hadir bersama

Konvensyen Undang-Undang Nasional (KONUS) 2015

Khamis 21 Mei 2015 - Satu konvensyen berkenaan Undang-Undang Nasional (KONUS) telah diadakan di INTIM anjuran JAIPk dan JAKIM. YB Radzi Zainon telah dijemput menghadiri konvensyen tersebut. Hadir sama YB Ust Zawawi (ADUN Gunung Semanggol) sebagai jemputan. Program telah bermula jam 8 pagi hingga 5 petang. Dua kertas kerja telah di bentang oleh wakil dari Brunei Darussalam dan Aceh berkaitan pengalaman, realiti dan cabaran dalam melaksanakan undang-undang Islam di negara mereka. Konvensyen tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato' Drs. Mohd Nizar Zakaria (Exco Pendidikan Islam, Pembangunan Shasiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak).





Thursday, May 21, 2015

Meninjau mangsa kebakaran

Semalam 20 Mei 2015, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kawasan PAS Batu Gajah yang diketuai oleh Encik Dorai Kannu dan penduduk kampung bersama-sama YB Radzi Zainon telah turun padang bagi melihat mangsa kebakaran di Kampung Muhibbah, Ara Payung. Di beritakan kebakaran telah membabitkan dua buah rumah dan punca kebakaran masih disiasat. Terima kasih diucapkan kepada DHPP Kawasan Batu Gajah yang sentiasa membantu masyarakat bukan Islam di kawasan beliau.

YB Radzi bertanya khabar pada mangsa kebakaran

Keadaan rumah yang terbakar

Mangsa kebakaran

YB Radzi bersama Encik Dorai Kannu (DHPP Batu Gajah)

Wednesday, May 20, 2015

Ziarah balu penyokong Pakatan Rakyat di Kg Kurnia, Kg Kepayang

Rabu 20 Mei 2015 - Pagi ini, YB Radzi Zainon bersama Ustaz Shoaib Alias telah ke Kampung Kurnia, Kampung Kepayang menziarahi Puan Mazura binti Mohd Ariff seorang balu yang kematian suaminya Allahyarham Mohd Ariff beberapa bulan baru akibat serangan jantung. Allahyarham suami beliau merupakan seorang penyokong kuat Pakatan Rakyat dan sentiasa bersama-sama perjuangan Pakatan Rakyat. Allahyarham meninggalkan 5 orang anak yang masih belajar dan tiga daripadanya masih bersekolah dan balu beliau hanya berniaga kecil-kecilan dengan menjual nasi lemak. 


Tuesday, May 19, 2015

Ziarah mantan Ketua Cawangan UMNO Medan Gopeng

Isnin 18 Mei 2015 - YB Radzi bersama-sama dengan Ketua Cawangan PAS Maju Rapat serta Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng telah menziarahi Encik Mokhtar Ahmad iaitu mantan Ketua UMNO Cawangan Medan Gopeng yang telah di serang strok. Beliau juga merupakan Setiausaha Masjid Kampung Melayu. Alhamdulillah kesihatan beliau bertambah pulih dan beliau amat terharu dengan kunjungan YB Radzi serta rombongan ke rumah beliau. YB Radzi juga menyampaikan bantuan kerusi roda untuk beliau. Beliau sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Radzi dan juga PAS kerana prihatin dengan rakyat.

YB Radzi menyampaikan bantuan kerusi roda kepada Encik Mokhtar Ahmad sambil disaksikan oleh
Encik Ahmad Osman (Ketua Cawangan PAS Maju Rapat)

YB Radzi bertanya khabar Encik Mokhtar Ahmad

Pasar Malam Pekan Razaki

Pada 15 Mei 2015 (Jumaat), YB Radzi Zainon telah turun padang bertemu dengan masyarakat di pasar malam Pekan Razaki. Rata-rata orang ramai dan peniaga yang ditemui mengeluh akan perlaksaan GST yang dikenakan oleh kerajaan. Program turun padang ini telah mendapat kerjasama daripada PAS Cawangan Pekan Razaki dan Sungai Rokam serta Unit Amal PAS Gopeng yang diketuai oleh Tuan Syed dan Tuan Nasir. Turut hadir bersama, Ketua Cawangan PAS Sungai Rokam, Cikgu Ali. Di kesempatan itu, YB Radzi telah mengedarkan buletin Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sg Rapat kepada orang ramai. YB Radzi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat.







Ziarah Mahabbah

YB Radzi Zainon bersempatan menziarahi Saudara Ahmad Tarmizi Musa (KV Logistics) di pejabat beliau di Station 18, Pengkalan. Turut hadir bersama ialah Ketua Cawangan PAS Maju Rapat, Saudara Ahmad bin Osman. Syarikat Saudara Tarmizi memberi perkhidmatan pengangkutan di dalam dan luar negara. Sebarang pertanyaan sila hubungi 05-321 1458 untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan terbaik.

YB Radzi bersama Saudara Tarmizi


Ziarah Klinik Kesihatan sempena Hari Jururawat

18 Mei 2015 (Isnin) - Bersempena Hari Jururawat, YB Radzi bin Zainon bersama dengan Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Gopeng serta Ketua Cawangan PAS Maju Rapat, Encik Ahmad Osman telah menziarahi dan menyantuni para jururawat serta kakitangan Klinik Kesihatan 1Malaysia Station 18 Pengakalan, Ipoh dan juga Klinik Kesihatan Hillcity, Gunung Rapat. Rombongan YB Radzi telah disambut oleh Pegawai Perubatan U32 Klinik Kesihatan 1Malaysia iaitu En. Zamran bin Omar dan Dr. Lili Zuriayani Marmuji (Pakar Kes Keluarga UD54) dan Puan Pachiamma A/P Nahappan (Ketua Jururawat) Klinik Kesihatan Hillcity.

YB Radzi dan rombongan disambut oleh Dr Lili Zuriayani dan Puan Pachiamma di Klinik Kesihatan Hillcity

YB Radzi mengambil kesempatan beramah mesra dengan pesakit di klinik kesihatan

Bergambar kenangan bersama rombongan PAS Kawasan Gopeng

YB Radzi menyantuni masyarakat

YB Radzi menyampaikan ole-ole di Klinik Kesihatan Station 18 sambil disaksikan oleh En Zamran Omar (Pegawai Perubatan)

Pelbagai masalah telah dibincangkan dan diutarakan kepada YB Radzi dalam pertemuan singkat berkenaan. Antaranya ialah, keadaan klinik yang terhad dengan pesakit yang ramai serta kekurangan infrastruktur seperti parkir kereta dan sebagainya. Pihak YB Radzi mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh warga kedua-dua klinik kesihatan tersebut. Di kesempatan ini, YB Radzi bin Zainon mengucapkan Selamat Hari Jururawat di seluruh Malaysia.

Friday, May 15, 2015

Pengkalan Pegoh


14/5/2015 Pengkalan Pegoh - Rombongan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sg Rapat telah menziarahi Tuan Haji Sabar Malisi bin Yahya di kedainya yang terletak berhadapan padang awam Pengkalan Pegoh.


Beliau yang diserang penyakit saraf terlantar dan tidak mampu berdiri dan berjalan dengan sendiri sejak 3 tahun yang lalu. Beliau dan isterinya telah berniaga di kedai tersebut sejak 15 tahun yang lalu. Kini kedai itu diusahakan oleh isterinya dan dibantu oleh pekerja. 
Beliau menyatakan kegembiraannya dengan lawatan kami. Akhirnya kami bersarapan bersama-sama di kedai Tuan Haji Sabar.


Selamat Hari Jururawat



YB Radzi bin Zainon (ADUN Sg Rapat) serta kepimpinan PAS Kawasan Gopeng mengucapkan Selamat Hari Jururawat kepada semua jururawat di Malaysia. Semoga amanah yang diberikan oleh Allah SWT dapat dilaksanakan dengan ikhlas dan didoakan para jururawat sekalian sentiasa mendapat redha dan rahmat Allah SWT.

Wednesday, May 13, 2015

Video amah Indonesia dapat MyKad

https://youtu.be/6X87dA1IBk4

1MDB hampir cagar minyak dan gas asli di laut Terengganu, kata bekas MB T'ganu

Belum reda kontroversi pembelian tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Lembaga Tabung Haji, bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said mendakwa 1MDB pernah hendak mencagarkan minyak dan gas asli di laut Terengganu, namun keputusan itu ditarik balik, lapor Sinar Harian.
Ahmad berkata urus niaga tersebut hampir dilaksanakan sewaktu syarikat itu mempunyai hubung kait dengan Terengganu Investment Authority (TIA) ketika penubuhannya pad
a awal 2008.
Menurutnya, beliau turut dimarahi Datuk Seri Najib Razak ekoran penarikan semula pelaburan itu atas beberapa masalah yang timbul.
"...Ini salah satu sebab saya dimarahi perdana menteri, termasuk kes-kes lain sehingga akhirnya kita menarik diri.
“Buat masa ini saya tidak boleh menjawab isu ini. Saya menunggu masa yang sesuai. Tetapi, saya akui betul 1MDB asalnya TIA yang modalnya berbayar, saya bagi pihak kerajaan negeri yang membayar,” katanya.
Beliau menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Peka, Satiful Bahri Mamat mengenai hubungan 1MDB dengan kerajaan Terengganu, pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika membahaskan titah sultan sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga DUN Ke-13, di Wisma Darul Iman, hari ini.
Ahmad bagaimanapun berkata, kerajaan negeri tidak mengalami sebarang kerugian kerana pihaknya menuntut kembali wang berjumlah RM1 juta yang digunakan sebagai modal berbayar ketika itu.
Sebelum ini, 1MDB yang dibebani hutang sehingga RM42 bilion itu dikaitkan dengan pelbagai isu kontroversi, dan minggu lalu blog The Benchmark mendedahkan ia menjual tanah kepada Tabung Haji pada harga RM188.5 juta.
Keputusan itu mengundang pelbagai kritikan, termasuk daripada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menggesa Najib meletak jawatan.
Majlis Tertinggi Umno dalam mesyuaratnya semalam menyatakan sokongan padu pimpinan tertinggi Umno kepada Najib.

Tuesday, May 12, 2015

Ziarah kematian di Taman Song Choon

YB Radzi bin Zainon bersama Imam Zul dan En Simon Fook telah meluangkan masa menziarahi kematian masyarakat India di Taman Song Choon.




ANGGOTA MKT UMNO MESTI BERANI PAPAR DAN BONGKAR SOKONGAN PALSU PADA NAJIB

MUHYIDDIN KHAIRY JANGAN HANYA TEGANG  DI LUAR TETAPI KECUT DI DALAM

Apabila perbincangan pemulihan parti UMNO berlaku dalam MKT petang ini maka tidak dapat tidak kelemahan dan kekuatan kepimpinan Datuk Seri Najib akan dibincangkan. Najib telah mengistiharkan bahawa beliau tidak akan tunduk  kerana   parti dan rakyat menyokongnya.

Katanya Mahathir sendiri tidak berundur ketika sokongan padanya dalam parti hanya 50 peratus sebaliknya kedudukannya dalam parti dan juga sokongan rakyat lebih kuat.

Walaupun ini benar tetapi kebenaran dalam politik selalu  berubah.Hakikatnya pada masa itu walaupun parti berpecah belah tetapi Mahathir berani bertahan kerana sokongan rakyat kepadanya di luar parti terutamanya Melayu disamping  Cina dan India  adalah kuat dan kedudukan BN dalam Parlimen teguh tetapi sekarang orang Cina dan India tidak menyokong Najib kecuali "I Love You Palsu."

Najib tidak sewajarnya berhohong mengatakan menyokong Mahathir ketika dicabar oleh Tengku Razaleigh dalam tahun 1987. Saya tahu kerana saya adalah Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu masa itu yang mendapat maklumat yang sah dari wartawan-wartawan saya sendiri di lapangan. Jika tidak kerana tekanan Anwar Ibrahim,Najib takkan sokong Mahathir.

Dalam ucapannya di Tawau,Najib mendakwa  menyokong  Dr.Mahathir dalam persaingan pucuk pimpinan 1987 tetapi ingatan saya dalam soal ini ditakdirkan Allah segera disahkan oleh  pesanan ringkas dari seorang bekas pegawai tinggi UMNO   " Dia bohong sokong Dr.M 1987. Dia mula sokong TR( Tengku Razaleigh) saya masih ingat lagi. Masa itu dia timbalan ,AI(Anwar Ibrahim) Ketua. AI yang tekan dia sokong Dr M, banyak saksi yang masih hidup.  He is really desperate . Dr M menang dgn 44 undi . He didn't campaign at all. He is playing safe.

Dalam pada itu transformasi yang dibawa  oleh Najib lebih banyak membawa kepada penghakisan keyakinan rakyat dan kehilangan penghormatan terhadap bangsa dan agama dan bukannya  menambah keyakinan seluruh rakyat. Ini dapat dilihat  dari penghapusan ISA, ancaman pembatalan Akta Hasutan, keadaan PLKN yang terumbang ambing,kesepian  majlis penasihat , krisis 1MDB dan pembelian dan penjualan semula tanah 1MDB oleh TH.

Terbukti bila beliau membanggakan keuntungan berjuta dari jualan semula tanah  itu tidak dikongsi perasaannya oleh pencarum kerana pencarum bukan mencari keuntungan dari TH. Mereka menanam saham untuk akhirat bukan untuk keuntungan berjuta di dunia.Najib ingat dengan pengumuman itu akan membanggakan pencarum  sebaliknya menambah kemarahan dan kelukaan perasaan mereka. Najib berbangga kerana memakai kacamata duitan tetapi rakyat memakai kacamata ketuhanan.

Inilah bukti jelas bahawa Najjib gagal untuk menghayati perasaan rakyat dan kaumnya sendiri dari soal ISA hingga kepada Tabung Haji. Malah beliu telah melalut dalam membanggakan keturunan  Bugis, Walaupun Mahathir dari keturunan India atau Mamak, Syed Hamid Albar , Syed Jaafar Albar dari keturunan Arab tetapi mereka lebih berbangga sebagai keturunan Melayu walaupun mereka bukan Melayu jati malah mereka lebih Melayu dari Melayu..

Malah dalam buku Mahathir Malaysian Maverick yang ditulis oleh wartawan Wall Street Journal apabila pengarangnya  bertanya kepada Mahathir apakah dia keturunan India, Mahathir menjawab dengan bertanya apakah semestinya setiap orang Melayu yang cerdik bukan Melayu.

Mahathir lebih membanggakan identiti Melayu, Bangang manakah yang menasihati Najib untuk menjaja dirinya sebagai  keturunan Bugis di sana sini?

Anggota Majlis Kerja Tertinggi mestilah mempunyai kelakian dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO petang ini untuk memberitahu Datuk Sri Najib secara berdepan-depan  bahawa keyakinannya kepada sokongan Ketua-Ketua Bahagian UMNO dan rakyat adalah dari gambaran palsu, perpecahan dalam MKT sendiri yang sedang membunga adalah membutikan  keruntuhan di akar umbi MKT.Jika tidak masakan semua pemimpin UMNO bercakap mengenai pemulihan UMNO.

Mereka yang telah bersuara di luar untuk mencari populariti dikalangan rakyat mesti berani  bersuara dihadapan Najib petang ini demi bangsa,agama dan negara.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Khairy Jamaluddin tidak sewajarnya hanya berani di luar tetapi kecut didalam. Apa gunanya berjuang  kalau sekadarkan untuk menyelamatkan diri ketika rakyat tergugat dan menaruh harapan yang sangat tinggi . Inikah sikap seorang pemimpin sejati atau sekadarkan untuk mengekalkan jawatan Timbalan Perdana Menteri atau menteri  atau Ketua Pemuda UMNO Malaysia?.


http://zamkata.blogspot.com/

Monday, May 11, 2015

Dr M pertikai tindakan Tabung Haji

1. Tiada ada Negara yang begitu berjaya mengumpul wang dari orang Islam yang berhajat untuk mengerja haji dari Malaysia dengan Tabung Hajinya.
2. Wang yang ditabung sejak ditubuh Tabung Haji sudah meningkat sehingga ribuan juta Ringgit. Wang ini boleh dilabur supaya keuntungan dapat membantu pengurusan tabung haji dan subsidi kepada bakal haji.
3. Wang tabung haji adalah dari pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam. Wang ini bukan milik Tabung Haji.
4. Amatlah menyedihkan apabila wang ini diguna untuk bailout (pemulihan) hutang 1MDB.
5. Tanah Tun Razak Exchange seluas 70 ekar dibeli oleh 1MDB dengan harga RM194.1 million untuk 70 ekar.
6. Sekarang Tabung Haji membeli satu setengah ekar dengan harga 188.5 million Ringgit, hampir sama dengan harga 1MDB beli 70 ekar. Untung besarlah 1MDB. Sebenarnya tanah ini, asalnya untuk mengadakan pusat dagangan bumiputra. Tetapi 1MDB telah mengenepikan projek ini.
7. Inikah cara Tabung Haji mengguna duit orang ramai yang diamanahkan kepadanya. Pencarum berharap duit yang disimpan dengan Tabung Haji diurus untuk kebaikan mereka tetapi wang ini diguna untuk menyelamatkan 1MDB yang telah hilangkan berbillion Ringgit.
8. Rancangan ini perlu dibatal sekarang juga.
9. Tunku Aziz berkata dia sedia menyiasat Jho Low dan Riza Aziz jika saya buat laporan. Sebenarnya laporan telah dibuat oleh pihak lain tetapi tidak ada siasatan yang dibuat oleh sesiapa. Sebaliknya pihak yang melapor dimufliskan dan rumahnya telah digeledah.
10. Jika Tunku Aziz begitu prihatin terhadap gejala rasuah, siasatlah dan laporlah kes-kes berkenaan. Buktikan juga yang saya lesap duit kerajaan!!
Jika tidak dapat diam sajalah.

Najib tidak lagi dapat sokongan rakyat dan parti, kata bekas menteri

Datuk Seri Najib Razak tidak lagi mendapat sokongan daripada rakyat, terutama partinya sendiri, dan beliau dijangka akan mengakui perkara ini pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno petang ini, kata bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin hari ini.
Menulis di dalam blognya, Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam menyeru rakyat Malaysia memanjatkan doa bersama Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini berada di Mekah, agar perdana menteri meletak jawatan.
"Seluruh umat Melayu dan Islam di negara Malaysia tercinta ini, marilah kita bersama-sama menyertai doa mantan perdana menteri Dr Mahathir di tanah suci Mekah agar Allah membuka hati perdana menteri untuk dengan secara bijaksana berundur diri dan meletakkan jawatan pada masa yang sesuai bagi menyelamatkan maruah bangsa, agama dan negara," katanya.
Zam menulis demikian dalam artikelnya bertajuk "Marilah Kita Sertai Doa Tun Mahathir di Mekah Supaya Najib Berundur" yang dimuat naik di blognya zamkata.blogspot.com.
Katanya, menurut maklumat yang diterima, keseluruhan anggota majlis tertinggi kini menerima hakikat yang Najib tidak lagi mendapat sokongan rakyat di bawah, terutama ahli parti.
"Mereka mungkin akan memberitahu Najib secara ikhlas, bersopan dan beradab dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno petang ini," katanya sambil memberi contoh ucapan Ketua Wanita Umno Datuk Shahrizat Abdul Jalil di TV3 pagi ini.
Menurut Zam, Shahrizat berkata, apa pun yang akan terjadi, harus dilakukan seperti menarik benang dalam tepung – parti jangan berpecah.
Sebelum ini, blogger pro-Umno Shahbudin Husin berkata, terdapat pemimpin cawangan di Wilayah Persekutuan yang menghubunginya menyatakan sokongan terhadap beberapa usul menentang Najib.
"Ada beberapa pemimpin cawangan di Wilayah Persekutuan yang menghubungi saya. Mereka kata sepatutnya usul memecat Najib dibawa...
"Tapi disebabkan mereka selesai bermesyuarat awal, mereka tidak dapat membawa usul tersebut," katanya. 

Friday, May 8, 2015

UPU Sama Gagah, Permatang Pasir, Permatang Pauh

YB Radzi bin Zainon bersama rombongan PAS Kawasan Gopeng telah berkampung selama dua hari pada 5 dan 6 Mei 2015 di Bilik Operasi PAS Perak di UPU Sama Gagah, Permatang Pasir, Permatang Pauh untuk bersama-sama turun padang berkempen bagi Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh (P044). YB Radzi telah sama-sama menziarahi penduduk kampung dari rumah ke rumah serta memberi ceramah pada sebelah malamnya bersama dengan YB Ust Idris Ahmad, YB Datuk Ust Salleh Man, YB Dr Yaakob serta beberapa pimpinan Pakatan Rakyat.



Ziarah Kampung Pisang

7 Mei 2015 (Khamis) - Dalam program ziarah di Kampung Pisang, rombongan kami telah menyampaikan sumbangan kepada beberapa penduduk di kampung tersebut melalui Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Rapat. Mereka yang menerima sumbangan tersebut menyatakan kegembiraan mereka di atas sumbangan dan keprihatinan yang diberikan. Program ziarah hari ini di akhiri dengan lawatan ke wad paliatif Hospital Batu Gajah. Rombongan kami sempat melawat seorang pesakit kanser tulang tahap 4 yang dirawat di situ iaitu Mohamad Asyraf bin Latif berumur 25 tahun sebelum ini mendapat rawatan di PPUM di Kuala Lumpur sejak 4 tahun yang lalu. Menurut bapanya En Latif, untuk memberi keselesaan kepada anaknya maka Asyraf di pindahkan ke wad paliatif tersebut. Di akhir lawatan rombongan, kami mendoakan agar Allah permudahkan segalanya untuk Asyraf.




Gotong - Royong

YB Radzi bin Zainon dan YB Dr Lee Boon Chye serta PAS Kawasan Batu Gajah (Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda) telah bersama - sama dalam satu program gotong-royong membersih kawasan Pusat Khidmat Masyarakat UPU Ara Payong dan.menebang pokok di kediaman penduduk Taman Bersatu Kampung Ara Payong. Disamping itu YB Radzi bersama YB Dr Lee sempat mengunjungi penduduk kampung yang daif iaitu rumah En. Bakarudin dan Cik Amalina yang tinggal tiga beradik sahaja.