Sunday, February 15, 2009

Penasihat 25%

Korang semua mungkin dah tgk senarai exco Kjaan Haram BN...siap dikosongkan 4 kerusi untuk melantik Tuan Penasihat 25 Persen....kalo nak tgk kjaan nie hancur...dan memang akan hancurrr....banyakkan ler lagi Tuan Penasihat 25 Persen...

Teringat aku akan kisah Tuan Sadiq ngan Tuan Penasihatnya Kasim Pantalon dalam filem Tiga Abdul...dengan gaya nasihat dan perancangannya mampu juga memperbodohkan Tuan Sadiq saudagar kaya lagi cerdik pandai tu....Kalo ikutkan sejarah...Tuan Penasihat nie ler yg banyak menimbulkan huru-hara dan juga mampu memperdayakan serta merosakkan Pembesar2 dan Pemerintah yang sedia cerdik pandai serta dikagumi dan dihormati rakyat...DYMM Sultan Firaun...rujuk sini...rosak kerana mempunyai penasihat seperti Hamman...sehingga buta mata hati utk menerima sinar Ilahi dari anak angkatnya Musa A.S...Tun Mahathir pun sama...rosaknya beliau kerana penasihatnya Hamid Othman tidak berfungsi dengan baik...sehingga mampu ia mengeluarkan kenyataan yg boleh merosakkan aqidahnya sendiri...

Terlebih dahulu...ku pohon 'sembah derhaka' kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak...binasanya dan hinanya institusi istana skrng ini kerana Paduka Seri mempunyai penasihat2 yang tak guna....antara yg tak guna....tuan2 bleh rujuk dalam artikel aku yg sebelum nie...Senarai Perampas Kuasa Rakyat...kenali penama dan individu serta peranan mereka...klik sini...

Dan yg terakhir...dan Insya Allah...moga2 dimakbulkan Allah...Kjaan Haram BN Perak merupakan kjaan haram yang ke2 di atas muka bumi kini...yang dipimpin oleh MB Haram BN786 Zambry Kadir...juga hancur dengan adanya penasihat 25 persen nie...sebagaimana Tuan Sadiq dan penasihatnya Tuan Kasim Pantalon....akan dijual....hahahaha....

Begitulah kisahnya...kesimpulannya...'rosaknya Firaun kerana Hamman...rosak Mahathir kerana Hamid Othman...rosak Azlan kerana Anuar Zaini & the geng....jahanamnya MB haram ini kerana barisan penasihatnya lagi 'tom haram zadaeyhee'...

Thursday, February 12, 2009

PAS dan orangramai.


Seorang sahabat, ditanya mengenai muktamar PAS sedikit masa lalu berkata 'hiruk pikuk' persidangan seperti dilaporkan oleh media massa, adalah ibarat 'storm in the tea cup' (ribut dalam cawan teh).

Baginya yang penting bukan apa yang 'diributkan' atau 'menjadi ribut' tetapi hasilnya jika diterjemahkan dalam bentuk sokongan orang ramai kepada pergerakan itu.

Sekarang momentum sokongan kepada PAS amat hebat dan ia perlu diterjemahkan pada pilihan raya umum akan datang, atau lebih cepat lagi pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang tidak lama lagi.

Pertukaran barisan kepimpinan pada muktamar akan datang adalah soal dalaman yang membabitkan perwakilan dan ahli, tetapi persepsi orang ramai di luar sana terhadap PAS adalah amat penting bagi menentukan masa depannya.

Bagi media massa (akhbar) pula, 'gembar-gembur' mereka adalah untuk melariskan jualan sedangkan di mata pembaca, belum tentu sokongan kepada PAS akan meningkat akibat hebahan (publisiti) yang diberikan secara besar-besaran.

Sesetengah akhbar mingguan, misalnya, sanggup meluangkan sejumlah muka surat laporan dan wawancara membabitkan tokoh PAS tetapi apakah ini dapat dijadikan sandaran bahawa PAS sudah dapat sokongan hebat massa (orang ramai) di luar sana?

Bagi penulis, pengalaman menganjurkan majlis membabitkan ibu bapa (orang ramai) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Ibu Bapa dan Guru (JIBG) sebuah Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (Pasti), mungkin dapat dijadikan iktibar dalam mengukur sokongan orang ramai terhadap salah satu aktiviti PAS dan mungkin kepada PAS sendiri.

Sejak menjadi Pengerusi Pasti itu beberapa tahun lalu, penulis mendapati sokongan orang ramai amat dingin sekali. Pada setiap kali mesyuarat, yang hadir hanyalah seorang dua ibu bapa sebagai ahli JIBG. Dari setahun ke setahun, ia semakin merosot sehingga pada mesyuarat terakhir, yang hadir hanya penulis dan guru-guru Pasti berkenaan.

Banyak alasan mengapa ibu bapa tidak mahu terbabit dalam kegiatan Pasti. Antaranya, mereka mendakwa sebagai kaki tangan kerajaan, 'bayang-bayang' mereka pun tidak boleh 'kelihatan' dalam apa saja kegiatan PAS atau yang berkaitan dengannya. Mereka bimbang ada 'reporter' atau 'spy' yang akan melaporkan kehadirian mereka itu kepada pegawai atasan jabatan masing-masing.

Pernah seseorang memberitahu penulis, seorang guru dikenakan tindakan tatatertib selepas ada orang membuat laporan anak-anaknya berkeliaran di kawasan sekolah tempat dia mengajar dengan berpakaian seragam Pasti (berwarna hijau dengan kopiah putih atau tudung putih bagi perempuan).

Memikirkan bagaimana menarik ibu bapa datang ke premis Pasti, penulis dalam mesyuarat terakhir itu mencadangkan kepada guru-guru Pasti meminta ibu bapa datang sendiri mengambil buku rekod keputusan peperiksaan pertengahan penggal anak-anak masing-masing, sama seperti diamalkan sebahagian besar sekolah-sekolah.

Guru-guru berkenaan kemudian menetapkan suatu hari yang dinamakan 'Hari Ibu Bapa', yang selain daripada bertujuan agar ibu bapa datang mengambil buku rekod anak masing-masing, diaturkan acara lain seperti ceramah motivasi dan pelbagai pertandingan anak-anak Pasti.

Hasilnya sungguh membanggakan. Boleh dikatakan hampir semua ibu bapa kira-kira 100 murid Pasti itu hadir. Peluang itu digunakan sepenuhnya oleh penceramah motivasi untuk menerangkan kelebihan memilih Pasti sebagai institusi pra-sekolah dan kewajipan bersama-sama berjuang dalam pergerakan Islam.

Pada mulanya penulis fikir penceramah itu akan bercakap 15 minit saja tetapi sungguh tidak disangka ia hampir mencecah satu jam! Bagaimanapun penulis lihat ibu bapa tenang saja, membutikan penceramah berjaya menarik minat mereka untuk mengetahui salah satu cabang aktiviti PAS!

Demikianlah pemimpin, ahli dan penyokong PAS perlu memikirkan pendekatan agar PAS dapat diterima di luar sana sebagai sebuah pergerakan yang memperjuangkan masa depan mereka.

Seorang sahabat penulis, yang kini CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) sebuah firma berkaitan kerajaan, berkata ahli dan penyokong PAS perlu diyakinkan untuk berjaya di dunia dan juga di akhirat. Tidak cukup cakap-cakap untuk berjaya di akhirat saja kerana siapakah kita untuk menentukan perkara itu sedangkan 'habuan' dunia perlu dibuktikan keberhasilannya.

Bercakap dengan orang kebanyakan akan terpantullah kata-kata - kalau aku sokong PAS, apa akan aku dapat - jelas menunjukkan material sudah dan akan terus menjadi sandaran untuk diberikan sokongan.

Sebagai sebuah pergerakan Islam, tentulah PAS tidak dapat memberi jaminan kebendaan itu. Jika perjuangan nabi-nabi dijadikan rujukan, mereka juga tidak memberi jaminan berkenaan, yang mereka usahakan bersungguh-sungguh, sehingga ada yang terkorban, adalah untuk menegakkan kalimah Tauhid agar manusia selamat di dunia dan akhirat.

Sejak ditubuhkan lebih 50 tahun lalu, 'keberadaan' PAS dalam masyarakat membolehkan usaha dakwah terus disemarakkan, daripada satu generasi ke generasi yang lain.

Bagaimanapun dalam menggerakkan sokongan sehingga ke tahap PAS mendapat pengaruh dan kuasa politik, tentulah satu anjakan besar diperlukan.

Disebabkan amalan demokrasi menjadi pilihan (di mana sokongan orang ramai diperlukan), adalah penting untuk ahli dan penyokong PAS membuktikan mereka adalah individu yang berjaya dalam bidang masing-masing. Mereka perlu 'mempotret' kejayaan bagi menarik kepercayaan dan minat orang lain.

Seorang sarjana Barat pernah berkata beliau tertarik untuk memeluk Islam selepas menyedari kemurnian agama itu melalui pengkajiannya tetapi selepas mengembara di dunia Islam, beliau mendapati kemurniaan itu tidak terpancar melalui perlakuan sebahagian ummah.

Beliau bersyukur kerana sudah memeluk Islam terlebih dahulu kerana jika dilihat daripada cara hidup sebahagian orang Islam, mereka tidak mengamalkan ajaran Islam (seperti kebersihan, bersopan santun - mengucapkan tahniah, berterima kasih dan beratur) tetapi sebaliknya ia menjadi amalan masyarakat Barat (Eropah).

Demikianlah ahli PAS perlu membuktikan mereka berada beberapa tahap di depan berbanding orang lain sama ada dari segi amalan keduniaan atau pun keakhiratan.

Dengan berada di posisi begitu, moga-moga orang ramai akan tertarik kepada perjuangannya, untuk menghasilkan manusia yang berjaya di dunia dan akhirat.

Kejayaan di dunia adalah penting sebagai bahan bukti bagi membolehkan orang ramai yakin dengan perjuangannya.

Tuesday, February 10, 2009

Dari Allah Dia Datang, Kepada Allah Dia Kembali...






Kepulangan ke rahmahtullah YB Hj. Roslan Shaharum Ahli Parlimen Bukit Gantang benar-benar mengejutkan sahabat-sahabat ikhwan diseluruh tanahair.

Tidak kurang 10,000 ribu orang telah hadir ke tanah perkuburan di Changkat Larang untuk memberikan penghormatan terakhir kepada beliau.

Gambar-gambar ini menceritakan segalanya. Tinggallah segala kemewahan dunia yang fana ini...

Sunday, February 8, 2009

Kita Tidak Kalah Dan Tidak Akan Bersedih.


Kita tidak kalah di Perak, kita terima kuasa dari mandat rakyat tetapi kita jatuh angkara “politik pintu belakang”. Pokoknya rakyat tidak menolak kita yang menolak kita adalah mereka yang bermain “politik pintu belakang” itu.

(Ust. Hj. Misbahul Munir, Setpol Menteri Besar Perak sedang berbual dengan Sdr. Muhaimin Sulam dari Lampeter, London tentang perkembangan terkini di negeri Perak)

Lalu sebagaimana dianjurkan oleh sahabat saya adinda Nik Abduh didalam blog beliau:

Jika anda yakin rakyat sedang berubah untuk menolak rasuah dan pemimpin rasuah, yakinlah kita pembangkang sedang berada di laluan tepat menuju kemenangan. Rakyat bersama kita dan kita bersama rakyat. Kuala Terengganu masih segar menjadi sumber kekuatan.

Jika rakyat pun menolak kita, janganlah juga anda bersedih. Jika tidak, anda termasuk dalam kalangan orang - orang yang tidak yakin dengan janjiNya.

Beliau sebelumnya menyebut:

Anda baca buku ‘La Tahzan’ karangan seorang ulama masyhur itu? Baca tak?
Jika belum, beli dan baca. Saya telah membacanya dalam teks asal Arabiyyahnya. Ayahanda juga telah membacanya sebab saya telah membacanya setelah saya mengambil buku itu daripadanya setelah dibacanya buku itu.

Jika anda telah membacanya, maka amalkannya.

Apa? ‘La Tahzan’. Jangan bersedih!

“Jangan bersedih! Sesungguhnya Allah bersama kita.”

“Maka bersabarlah ( wahai Muhammad ). Sesungguhnya janji Allah adalah benar. Dan janganlah orang - orang yang tidak yakin ( dengan janji tuhan itu ) meremehkanmu ( dan mendorongmu untuk tidak tetap dan thabat di atas suruhan dan laranganNya. )” - Akhir al Rum.

Di mata rakyat kita adalah pejuang sebenar, pemimpin sebenar dan lebih penting lagi kita tahu di hadapan Allah swt kita beroleh redha Nya. Oleh itu terimalah dugaan kecil ini dengan tenang, kita yakin dengan izin Allah swt, apabila kuasa kembali ketangan rakyat, ia tidak akan diserahkan kembali kecuali kepada pemimpin yang mereka senangi dan yakini!

Kita dari dahulu sehingga kini dan insyallah sampai bila-bila akan tetap yakin dengan janji Allah swt, ia pasti datang, lantas orang PAS tidak akan bersedih tetapi bekerja dan terus bekerja untuk memperoleh janji Allah swt itu samada kita syahid atau menang untuk mendapatkannya.

Roslan SMS

Wednesday, February 4, 2009

Operasi tawan Perak gagal.


Nampak gayanya suasana semakin reda di Perak. Apa yang dikatakan lompatan sekurang-kurangnya 3 ADUN Pakatan Rakyat ke BN sehingga kononnya mampu mencuri majoriti kerajaan negeri dan menumbangkannya, setakat hari ini nampaknya tidak berhasil. Ada tidak hanya 2 “ekor” yang melompat, itu pun sekejap sedar sekejap tak sedar, apa pun kesudahannya jika sekadar itu sahaja yang mampu dipancing BN secara kotor maka tidaklah jatuh kerajaan pilihan rakyat itu selain bersandar pada majoriti “1” kerusi.

PR tidak perlu membubarkan dewan, PR masih boleh terus kekal memerintah sebagaimana Kelantan pada penggal yang lalu.

Oleh itu jika ditakdirkan SPR memanggil pilihan raya kecil maka akan berlakulah pertarungan lagi selepas Permatang Pauh dan Kuala Terengganu kini di kerusi DUN Changkat Jering dan Behrang pula.

Bersedialah kita semua untuk turun ke sana dan menebus hak kita yang cuba dicuri itu. Jika kita mampu mempertahankan kedua-dua kerusi ini, saya yakin, lanskpa politik baru buat Malaysia sebagaimana saya gambarkan pasca Kuala Terengganu akan lengkap terlukis, maka tidak mustahil “tahun lembu” dalam kalendar Cina tahun ini adalah tahun terakhir buat hayat dan riwayat Umno dan BN!

Buat masa ini apa yang perlu kita lakukan adalah memastikan parti-parti rakan dalam PR masing-masing dapat mempertahan dan membela wakil-wakil rakyat masing-masing. Jangan lagi ada yang sanggup menggadaikan maruah dan nama baik demi sekarung kekayaan dunia. Sama-sama kita berjaga dan berkawal. Umno semakin sesak nafas dan talian hayatnya ada ditangan kita, fikirkanlah.

Roslan SMS

Tuesday, February 3, 2009

Sibuk dan penat...



Dengan 'kegawatan' senario politik negeri Perak yang diuar-uarkan oleh media arus perdana ketika ini, namun keadaan di pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Perak tetap tenang seperti biasa.

Ketika ini negeri Perak menjadi tumpuan wartawan-wartawan dari perbagai media untuk mendapat berita terbaru dan exklusif.

Begitulah yang terjadi kepada sahabat yang seorang ni, penat menjawab panggilan telefon dari seluruh negara bertanya keadaan terkini di negeri Perak, sampai terlelap sekejap diruang sofa pejabat.

Begitu juga kehadiran wartawan Siasah dan TvPas menjadikan sahabat-sahabat ni teruja untuk bertugas dalam Pilihanraya Kecil yang akan diadakan nanti.