CAUSE
AND EFFECT
Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ringkas sahaja. Saya merasakan bahawa Jabatan Penyiaran ini bertanggungjawab antaranya adalah memelihara perpaduan dan keharmonian dalam negara kita. Saya menyaksikan kadang-kadang berita ini mengungkit-ungkit masalah perkauman, asal usul dan seumpamanya dan ada yang melibatkan menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri termasuk Yang Berhormat. [Tepuk]
Jadi, adakah ini menggambarkan, kalau hendak bercakap tentang standard BBC mereka berjaya menjadi benchmark tetapi ini yang berlaku dalam negara kita. Kita ten years behind time!
Jadi, sila jawab.
Dato’ Tan Lian Hoe: Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya RTM menyiarkan berita-berita yang mempunyai nilai berita. Saya ingat RTM melalui RTM1 ataupun RTM2 sebenarnya tidak mengungkit-ungkit perkara-perkara yang sebenarnya tidak benar.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Yang Berhormat sendiri mengungkit-ungkit fakta sejarah yang dipusing-pusingkan. [Tepuk] Sebagai Timbalan Menteri Penerangan satu tindakan...
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Sri Gading...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: ...sangat bercanggah dengan kehendak sejarah negara.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Sri Gading.
Dato' Tan Lian Hoe: Untuk makluman Dewan yang mulia ini sebenarnya isu ini saya ingat telah pun selesai dan saya ingat...
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Siapa kata selesai? Tak mohon maaf apa-apa pun.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Batu Pahat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Mana boleh selesai, mana boleh selesai.
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat..
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tak akan boleh selesai pengubahan fakta.
Tuan Yang di-Pertua: Tertib Ahli-ahli Yang Berhormat.
Dato' Tan Lian Hoe: Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sebenarnya dalam teks ucapan saya dalam persidangan perwakilan wanita baru-baru ini sebenarnya saya tidak menyatakan bahawa orang Melayu datang daripada...
Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua point of order. Yang Berhormat Timbalan Menteri sepatutnya jawab kepada soalan.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Batu.
Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Tak perlu jawab kepada...
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Batu point of order apa?
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Yang Berhormat Batu hendak pertahankan itu!
Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Sebab apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sri Gading...
Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat...
Tuan Chua Tian Chang [Batu]: ...dan Yang Berhormat Batu Pahat bukan dalam soalan.
Dato' Tan Lian Hoe: Ahli Yang Berhormat...
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Batu, kalau bilang point of order, sebut apa point of order. Teruskan Yang Berhormat Timbalan Menteri, teruskan.
Dato' Tan Lian Hoe: Saya ingat perkara ini saya akan jelaskan kepada Ahli Yang Berhormat sekiranya Ahli Yang Berhormat datang untuk berjumpa dengan saya. Sebab saya tidak mahu panjangkan, sebab ia akan memburukkan...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Bukan kita datang jumpa you, you datang jumpa kita. Bukan kita datang jumpa you.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Sri Gading!
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Duduklah!
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin beritahu Yang Berhormat ini...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Apa duduk? Apa duduk?
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Padang Serai.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Apa duduk? Soal bangsa kita tidak akan duduk!
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Sri Gading! Ahli-ahli Yang Berhormat, ikut peraturan mesyuarat. Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab sahaja apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian kecuali saya menjemput Ahli Yang Berhormat yang lain itu untuk mengajukan soalan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tak payah respons kepada yang lain.
Dato' Tan Lian Hoe: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingat jawapan telah diberi kepada Yang Berhormat Kubang Kerian tadi bahawa RTM tidak mengungkit-ungkit perkara yang tidak berkaitan kecuali ia adalah nilai berita. Sekian, terima kasih.
Read more!