Wednesday, May 30, 2012
Friday, May 18, 2012
Sunday, May 13, 2012
Panass...Menjelang PRU13: Parlimen Dibubarkan & Dilema Calon Boleh Menang
Sangat hampir! Itulah perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan betapa hampirnya tarikh pembubaran Parlimen dan DUN sekaligus berlakunya Pilihanraya Umum ke13 dalam sejarah negara. Ramai kata termasuk pemimpin BN dan pembangkang, PRU13 adalah PRU paling getir dalam sejarah. Benar atau sebaliknya, kita lihat kesudahannya!
Majoriti menjangka PRU13 akan berlangsung dalam bulan Jun 2012. Jika mengambilkira cuti sekolah yang bermula dari 26 Mei hingga 10 Jun 2012, dimana pada tempoh itu diandaikan adalah masa mengundi yang paling sesuai.
Bermakna jika pada 14 Mei 2012 Isnin, DS Najib membubarkan Parlimen maka cadangan tarikh pengundian semasa cuti persekolahan akan datang ini akan terlaksana. 27hb Mei boleh diambil sebagai tarikh penamaan calon dan dengan memberi maksimum 14 hari tempoh berkempen, 10hb Jun adalah hari pengundian. Jika sepanjang minggu hadapan tiada pembubaran Parlimen dilakukan, bermakna jangkaan tadi tidak lagi relevan.
Namun, samada DS Najib bergantung kepada senario cuti persekolahan untuk mengadakan pilihanraya bukan sesuatu yang pasti. Pilihanraya atau pengundian pada hujung minggu atau hari Ahad masih boleh dilaksanakan. Sekolah boleh saja diberi cuti peristiwa atau berganti bagi memberi laluan kepada pilihanraya.
Ada yang mengatakan bahawa jika bukan sekarang, selepas bulan Jun yakni bulan Julai dan Ogos adalah bulan kurang sesuai disebabkan suasana bulan Ramadan dan menyusul musim haji. Mungkinkah pada bulan September yakni sebelum musim haji dan mengambil suasana Hari Raya Aidilfitri maka disulami dengan suasana pilihanraya? Ada yang mengatakan itu juga bukan idea yang baik...
Jika ingin menafsir bahawa pilihanraya akan diadakan pada hujung tahun atau tahun depan, itu juga dilihat amat jauh tersasar. Justeru, umum sudah meneka bahawa masa yang paling sesuai untuk mengadakan pilihanraya adalah sekarang!
Perhimpunan raksasa UMNO sempena ulangtahun ke 66 minggu ini di Stadium Nsional Bukit Jalil dengan dihadiri lebih 100 ribu ahli UMNO dari seluruh negara adalah indikator kemuncak kepada ilham DS Najib untuk membubarkan Parlimen iaitu selepas `walkabout dan road tour' beliau dan TS Muhyiddin ke seluruh negara. Perhimpunan bersejarah itu adalah petunjuk yang jelas bahawa DS Najib sudah bersedia untuk membubarkan Parlimen.
Sudah banyak yang dilakukan oleh DS Najib dan Barisan
Nasional. Walaupun sedikit dicacatkan dengan isu `lembu kondo' tetapi
sebenarnya puak pembangkang lebih terhiris dengan pelbagai macam isu.
Bersih 3.0 pada mulanya diharapkan akan membawa mood antikerajaan
dikalangan rakyat ternyata mengundang padah. Kali ini diperingkat
nasional, strategi pembangkang tidak menjadi.
Pembangkang secara jelas
berada dikedudukan yang kurang selesa dalam menangani pilihanraya umum
ke 13 ini. Sudah pasti kali ini mereka harus bertanding dengan membawa
wibawa mereka untuk memimpin negeri dan negara. Mereka telah diuji
memerintah dibeberapa negeri. PRU13 adalah medan rakyat menghantar mesej
samada mereka berjaya atau sebaliknya. Mereka juga terpaksa berhadapan
dengan bermacam-macam idea dan transformasi yang dilaksanakan oleh
kerajaan BN. Kali ini pembangkang bakal terkangkang dan akan masuk
longkang!
Calon Boleh Menang (Winnable Candidate)
Sesiapa saja yang dipilih menjadi calon BN pada PRU13 akan dikatakan sebagai calon boleh menang sepertimana yang acapkali dinyatakan oleh DS Najib. Soalnya, sejauhmanakah tepat pemilihan tersebut dan sejauhmanakah penerimaan ahli-ahli BN (UMNO dan semua komponennya) dan penerimaan pengundi? Rasanya DS Najib juga mengakui bahawa beliau tidak akan dapat memuaskan hati semua pihak. Percayalah siapa jua yang terpilih nanti pasti akan dipertikai identiti dan kredibiliti calon tersebut dari segi aspek calon boleh menang.
Jika pertikaian seumpama itu berlaku, percayalah...BN mungkin akan menerima nasib yang sama dengan PRU12. Bukan kerana pembangkang bagus atau lebih baik tetapi kerana pemimpin dan ahli-ahli BN sendiri tidak mahukan kemenangan. Mungkin juga DS Najib ada penawarnya? Banyak kes terutama semasa PRU12 yang lalu dan kes UMNO di Kelantan. Meskipun pembangkang mempamer prestasi hampeh! tetapi BN/UMNO terus gagal kerana kerenah pemimpin dan ahli-ahlinya sendiri. Itu cabaran sebenar dalam menghadapi PRU13 kali ini. Masihkah ada sindrom selesa dikalangan pemimpin dan ahli BN?
WT teringat sejurus selepas kemerosotan BN pada PRU12 yang lalu, WT mengatakan kepada beberapa orang pemimpin UMNO bahawa terdapat mentaliti dengan menjawat jawatan sebagai Ketua Bahagian, Pemuda, Wanita, Puteri dan apa jua jawatan dalam hirarki politik maka mereka beranggapan mereka lah paling layak menjadi calon. Itulah puncanya rakyat `marah'. Golongan ini marah dan tidak menerima hakikat jika mereka tidak terpilih. Jatuh imej, airmuka dan segala-galanya pada hemat mereka jika yang dipilih menjadi calon adalah AJK mereka atau ahli biasa parti mereka malah jika profesional di luar yang bukan ahli parti mereka. Pemimpin-pemimpin berkenaan tidak bersetuju langsung dan masih menganggap bahawa jawatan dalam politik adalah tanda aras / benchmark untuk dipilih menjadi calon. WT geleng kepala! Padanlah UMNO dan BN kecundang PRU12 itu.
Soalnya, berapa ramai dikalangan mereka yang berjawatan ini redha jika mereka tidak dipilih menjadi calon boleh menang pada PRU13 nanti? Bagaimana dengan mereka yang melobi siang dan malam sejak beberapa bulan kebelakangan ini? Percayalah, kalaupun tidak semua mereka ini membawa onar kepada calon BN kelak tetap akan ada yang terpekik terlolong mempertikai samada secara senyap mahupun terbuka pemilihan calon boleh menang berkenaan. Jika tersilap langkah, golongan inilah juga yang akan membawa rebah kepada BN kelak. Adakah DS Najib sedar perkara ini? WT amat yakin ini semua sudah diambilkira secara mendalam oleh DS Najib. Skuad pengintai pasukan jawatankuasa disiplin parti tidak memberi kegerunan kepada mereka yang tidak berpuashati ini.
Jika kali ini, ramai calon yang bukan memegang jawatan besar dalam parti diangkat menjadi calon boleh menang oleh DS Najib maka mungkin akan terbukalah sedikit mentaliti selama ini bahawa untuk menjadi calon pilihanraya `wajib' menduduki hirarki parti terlebih dahulu. Ia juga baik dari segi menghapuskan politik wang dalam parti. Ini kerana pasti akan kurang perebutan dalam parti setelah mereka menerima realiti bahawa calon boleh menang dalam pilihanraya tidak semestinya mempunyai jawatan atau dalam hirarki parti.
Yang pasti, adakah memilih calon boleh menang akan menjadi dilema kepada DS Najib? Memilih calon boleh menang dikalangan mereka yang tidak mempunyai hirarki dalam parti haruslah dianggap salah satu usaha murni dalam arus transformasi politik dalam BN/UMNO. Sewajarnya mereka yang tidak boleh menerima transformasi politik hendaklah berundur dan memberi ruang seluas-luasnya kepada orang lain. Kepada yang terlalu lama duduk ditampuk kerusi wakil rakyat,berundur sepertimana beberapa wakil rakyat yang cukup gentleman mengumumkan untuk berundur pada PRU13 kelak. Berundur bukan bermakna wakil rakyat tersebut tidak lagi menjadi calon boleh menang tetapi dari segi sumbangan dan pemikiran untuk membangunkan masyarakat dipimpinnya sudah menemui titik tepu dan titik noktah. Lagi sekali, ramai mana wakil rakyat sedia ada yang ukur baju dibadan sendiri? Malang juga kadangkala ada wakil rakyat yang syok sendiri.
Semoga kita dapat melihat arus transformasi politik yang positif pada PRU13 kelak. DS Najib harus yakin dan percaya dengan apa jua tindakan politik dengan nawaitu yang mulia beliau pasti akan memperoleh kejayaan untuk agama, bangsa dan negara. InsyaAllah!
Saturday, May 12, 2012
Calon Barisan Nasional PRU13 Sudah Ada! Bolehlah Berangan Kalau Tak Malu...
Barisan Nasional (BN) mengenal pasti lebih 1,000 nama calon bagi mengisi
kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara pada
pilihan raya umum akan datang.
Setiausaha Agung BN, Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata senarai tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang juga Pengerusi BN dan Presiden UMNO dalam masa terdekat untuk dikemaskini dan disenarai pendek.
Setiausaha Agung BN, Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata senarai tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang juga Pengerusi BN dan Presiden UMNO dalam masa terdekat untuk dikemaskini dan disenarai pendek.
"Untuk calon UMNO dan BN, kita akan buat saringan tertentu sebelum
diserahkan kepada presiden parti dan untuk makluman perhubungan negeri.
"Yang penting, calon yang dipilih adalah mereka yang dikehendaki oleh
rakyat dan bukannya parti," katanya ketika ditemui pemberita selepas
melawat Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional sempena ulang tahun
ke-66 Umno di sini hari ini.
Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung UMNO, berkata senarai nama itu diperoleh daripada badan perhubungan negeri membabitkan 191 bahagian UMNO dan 222 Parlimen.
Beliau berkata, pihaknya akan meneliti laporan senarai nama yang dikaji oleh "sumber parti" dan agensi dilantik untuk senarai akhir.
"Bukan semestinya senarai yang diserahkan bahagian atau negeri akan menjadi calon kelak. Kita juga ada tengok sumber lain. Untuk makluman, bahagian ada bagi tiga nama, ada yang bagi kurang, ada yang langsung tidak bagi dan serah kepada pucuk pimpinan untuk pemilihan nama," katanya.
Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung UMNO, berkata senarai nama itu diperoleh daripada badan perhubungan negeri membabitkan 191 bahagian UMNO dan 222 Parlimen.
Beliau berkata, pihaknya akan meneliti laporan senarai nama yang dikaji oleh "sumber parti" dan agensi dilantik untuk senarai akhir.
"Bukan semestinya senarai yang diserahkan bahagian atau negeri akan menjadi calon kelak. Kita juga ada tengok sumber lain. Untuk makluman, bahagian ada bagi tiga nama, ada yang bagi kurang, ada yang langsung tidak bagi dan serah kepada pucuk pimpinan untuk pemilihan nama," katanya.
Ketika ditanya mengenai identiti calon yang dikenal pasti itu, Tengku Adnan berkata gabungan muka baru dan lama menjadi pilihan khasnya pemimpin yang mempunyai kebijaksanaan dan boleh memimpin rakyat dan memajukan negara.
Beliau turut ditanya mengenai desas-desus kononnya Najib menemui Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan perkenan pembubaran Parlimen.
"Ada yang cakap (pembubaran) esok, lusa. Itu semua spekulasi. Apa yang saya tahu PM ada kenduri kahwin di Johor Baharu dan akan menghadiri 'graduation' anaknya. Tapi apa-apa pun, kita sudah bersedia sepenuhnya bila semboyan ditiupkan," katanya.
Terdahulu, beliau meluangkan masa dan beramah mesra dengan pempamer dan peserta pameran dan berharap lebih ramai anak muda akan datang ke karnival ini untuk mengetahui peluang pekerjaan selain mendekati dan mengenali UMNO serta sayap parti mereka.
Adnan turut gembira dengan sambutan yang diterima pada sambutan ulang tahun kali ini apabila hampir 20,000 orang mengunjungi karnival kerjaya selain hampir 100,000 orang memeriahkan segenap lapisan stadium pada majlis perasmian semalam.
Friday, May 11, 2012
Panasss: Manchester United Minta Bantuan `Malaysia'
EPL sudah hampir ke penghujung. Dalam tempoh kurang 48 jam akan datang, juara EPL musim 2011/2012 akan diketahui samada Manchester United ataupun Manchester City! Di atas kertas, peluang kejuaraan amat cerah di tangan Man City. Bagaimanapun, bola itu bulat!
Antara keduanya, mereka berkongsi mata. Jika salah satu pasukan seri atau kalah, maka pasukan satu lagi yang menang atau seri akan menjulang kejuaraan. Jika kedua-dua pasukan menang atau seri atau kalah, nampaknya sahlah Man City menjadi juara dengan kelebihan jaringan. Melainkan Man United menjaringkan lebih 8 gol manakala Man City tidak menjaringkan sebarang gol.
Manchester United `telah' memohon secara tidak rasmi kepada pasukan `Malaysia' untuk membantu dan mencipta keaiban kepada Man City. Manchester United akan berusaha mencapai kemenangan manakala pasukan `Malaysia' diharap menumbangkan Man City di Etihad Stadium. Mampukah `Malaysia' menewaskan Man City?
Menjelang tengahmalam hari Ahad (13 Mei 2012) kita akan tahu kesudahannya!
?
?
?
?
?
?
# Pasukan`Malaysia' adalah Queens Park Rangers
Wednesday, May 2, 2012
Andakah Calon BN Pada PRU13?
ADAKAH nama anda disenaraikan oleh parti di peringkat bahagian
sebagai calon bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13? Jika ada baguslah.
Tidak ada pun tidak apa kerana senarai itu bukanlah sesuatu yang
muktamad. Perubahan boleh berlaku pada saat-saat akhir.
Apa yang lebih penting sekarang ialah bekerja untuk kemenangan.
Inilah yang sedang dilakukan oleh parti politik menjelang PRU yang
semakin hampir. Masing-masing mahu memikat pengundi. Mereka sudah
menyediakan senarai calon walaupun ada yang masih berbalah mengenai
pembahagian kerusi. Di sesetengah kawasan, sedang berlaku ‘perang’
bendera parti. Suasana ini agak berbeza. Dulu yang paling awal pasang
bendera atau bendera sentiasa berkibar adalah Pas tidak kira masa sama
ada musim pilihan raya atau sebaliknya. Tetapi hari ini bendera BN pun
sudah berkibaran. Keadaan ini boleh dilihat di beberapa kawasan di
Selangor. Di celah-celah banting Khalid Ibrahim tersenyum mengucapkan
terima kasih kepada rakyat Selangor kerana memberi kepercayaan kepada
PKR memerintah negeri itu, bendera biru berlambangkan dacing sudah
banyak kelihatan. Tidak pasti selama mana bendera ini akan bertahan
kerana mungkin mereka yang berkuasa akan menunjukkan belang
menurunkannya.
Apa pun, kali ini bajet bendera BN sudah turun ke bawah lebih awal.
Berkaitan dengan calon UMNO, ibu pejabat parti itu sudah menerima
semua senarai nama calon yang berpotensi. Senarai nama itu diterima dari
bahagian-bahagian parti secara berperingkat sehingga tarikh akhir
penyerahan pada 2 April lalu. Kaedah yang digunakan ialah setiap
bahagian menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi menamakan calon-calon yang
difikirkan layak atau calon boleh menang.
Bagi setiap kerusi sama ada bagi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri
(DUN), tiga nama akan disenaraikan. Itulah kebiasaannya. Kalau hantar
ramai pun susah juga. Tetapi ada juga yang khabarnya ‘tidak tahu’ buat
pilihan kerana serba salah, bimbang ada yang berkecil hati jika tidak
disenaraikan. Maka semua ahli jawatankuasa UMNO bahagian itu
disenaraikan, bermula dari Pengerusi Tetap sehinggalah Pemeriksa
Kira-Kira. Bertambah pening pemimpin nak buat pilihan.
Bagi yang sudah tahu namanya dicalonkan, eloklah tonjolkan diri
bertemu rakyat di kawasan. Mana tahu jika akhirnya terpilih, lebih mudah
meneruskan kerja. Tetapi bagaimana pula jika tidak terpilih? Ini akan
menjadi masalah lebih-lebih lagi bagi yang bercita-cita tinggi untuk
menjadi wakil rakyat. Silap haribulan boleh jadi ‘sasau’ atau keluar
parti atau melancong menjelang PRU. Inilah penyakit yang ditakuti parti.
Maka bagi yang disenaraikan sebagai calon, teruskan kerja seperti
biasa. Terpilih atau tidak bukan isu utama. Apa yang penting calon
pilihan itu boleh menang.
Seorang sahabat memberitahu, beliau tidak bercita-cita untuk menjadi
calon walaupun ada yang melihatnya sebagai berpotensi. Baginya dia lebih
suka membantu ‘di belakang tabir’ dengan menyusun program untuk parti.
Malangnya, mereka yang berpotensi menjadi calon termasuk yang
mencalonkan diri sendiri pula gelisah. Mereka tidak senang duduk dengan
program yang diatur oleh sahabat ini. Bimbang melalui program yang
diatur itu menjadikan dirinya lebih popular maka dia diminta duduk
‘diam-diam’. Dia diberi pilihan sama ada tangguh atau batalkan program
yang diatur itu. Nampaknya ramai juga yang takut bayang-bayang. Inilah
suasana politik dalam parti yang sukar dibendung. Depan cakap lain,
belakang buat lain. Sikap seperti ini boleh menjejaskan keupayaan parti
apabila tiba hari penentuan. Bagi ahli-ahli UMNO, mereka sepatutnya
bekerja sebagai satu pasukan supaya tidak menjejaskan peluang membantu
kemenangan Barisan Nasional (BN). Ini kerana BN sudah berada di landasan
yang betul untuk menghadapi PRU kali ini. Bagaimanapun masih ada
cabaran yang perlu dihadapi. Ketika BN sedang membina semula keyakinan
rakyat terhadapnya, musuh BN iaitu pakatan 3P - DAP, Pas, PKR pula
semakin ghairah mencari jalan untuk meruntuhkan keyakinan rakyat itu.
Satu persatu isu dibangkitkan bagi menimbulkan keresahan atau
kemarahan rakyat. Sekali pandang isu-isu ini bukanlah tidak ada jalan
penyelesaiannya tetapi ‘permainan’ pembangkang ini nampak lebih hebat.
Kerajaan BN boleh menerangkan isu-isu berkaitan Felda, pinjaman
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan macam-macam
lagi, tetapi kadangkala orang yang mendengar lebih yakin dan percaya
kepada persepsi berbanding kebenaran. Begitulah mereka begitu mudah
mempengaruhi pemikiran rakyat.
Satu lagi kehebatan pakatan 3P yang tidak boleh ditandingi BN atau
mana-mana NGO ialah keupayaannya menggerakkan demonstrasi jalanan atau
protes bagi ‘mencabar’ BN dalam pelbagai isu. Mungkin BN juga perlu
lebih agresif tetapi adalah lebih berbahaya jika BN pun mengambil
tindakan yang sama menyebabkan satu pertembungan yang tidak sihat dalam
dunia politik negara ini.
Mungkin atas faktor itulah, BN lebih ‘berdisiplin’ atau berhemah
untuk menyatakan sesuatu supaya tidak terjadi gajah berjuang sama gajah,
pelanduk mati di tengah-tengah.
Satu lagi kelebihan 3P ialah sering menyalahkan kerajaan BN atau
parti politik BN apabila sesuatu itu tidak dapat dilaksanakan dengan
baik. Mereka juga lebih gemar membisu seribu bahasa dan memekakkan
telinga terhadap pelbagai desakan yang dibuat.
Di pihak BN, mereka bertindak untuk mempertahankan kuasa yang ada
sambil memastikan negara akan terus dalam keadaan stabil dan mampu
menjaga kepentingan rakyat untuk jangka masa panjang. Manakala di satu
pihak lagi, mereka inginkan kuasa. Dan dalam usaha mendapatkan kuasa,
mereka bersedia melakukan apa sahaja. Dalam keadaan terdesak selepas
diasak, mereka sanggup ‘membakar kelambu kerana marahkan nyamuk’. Bagi
mereka genggam bara api biar sampai jadi arang atau alang-alang menyeluk
pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Bagaimanapun lebih malang lagi,
ada pula yang bersedia menang sorak kampung tergadai.
Inilah cabaran yang perlu dihadapi BN.
Pastinya BN tidak mampu menjanjikan sesuatu yang luar biasa kepada
rakyat kerana ia tidak mampu dilaksanakan tetapi bagi yang belum
mendapat kuasa, mereka pasti menjanjikan ‘bulan dan bintang’ walaupun
hakikatnya ia bagaikan janji ‘saudagar air liur’.
#WT: Selamat menjadi calon!
Subscribe to:
Posts (Atom)