Selasa, 6 September 2016

Deco Laman Rumah.

Salam bertani.

Dulu-dulu kawasan laman sekeliling rumah WP dipenuhi dengan pokok rumput padang. Setiap dua minggu mesti nak kena potong rumput, kalau tidak kemucupnya akan naik. Akhirnya WP ambil keputusan pasang batu bata laman (interlock) di sekeliling rumah dalam kawasan yang berpagar. WP mengupah seorang buruh Indon dan melakukan kerja-kerja pemasangan besama-sama dengannya. Bahan-bahan binaan seperti batu bata interlock, pasir dan simen WP beli sendiri. Sebelum kerja-kerja pemasangan batu bata interlock dimulakan, kawasan laman berumput dikorek dan diratakan menggunakan JCV.


Kerja-kerja pemasangan bata interlock dimulakan.
Pasir diratakan terlebih dahulu sebelum bata disusun.


Harga bata RM1.20 sekeping.


Bata yang disusun sepanjang laman rumah.


Laman sisi.


Laman hadapan hingga ke pintu pagar.



Kerja-kerja pemasangan hampir siap.


Pemasangan bata di halaman hadapan rumah.


Pandangan dari hadapan rumah.


Di hadapan garaj.


Pemasangan bata interlock siap dalam masa hampir sebulan.


Keadaan semasa setelah beberapa bulan dipasang.


Tak perlu risaukan rumput dan kemuncup lagi.

Salam bertani.

Isnin, 5 September 2016

UPSR 2016

Salam bertani.

Hari ini (05.09.2016) anak-anak kita yang bersekolah Tahun 6 sedang menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Didoakan agar anak-anak kita dapat menghadapi ujian dengan tenang, dapat menjawab semua soalan dengan betul dan beroleh kejayaan yang cemerlang.


UPSR : 05 hingga 08 Sept 2016


Lakukan yang terbaik.


Semoga berjaya


Permudahkanlah Ya Allah


Zikir peperiksaan.

Jadual peperiksaan


Good luck buat Aryssa, Khairine, Syaza Najeeha, Qhaifa Nur Azeem  dan yang lain-lain.
Salam bertani.

Ahad, 4 September 2016

Hasil Kebun 2

Salam bertani.

Hasil tuaian dari kebun pada hari ini.



Rambutan jarum mas untuk Pn Is3.


Buah limau kasturi.
Untuk buat teh O limau ais


Setandan pisang jari buaya.


Dua biji labu manis.
Ada beberapa biji masih lagi bergayutan
di atas pokok longan.


Nanas sarawak


Limau bali dan betik


Meraut lidi kelapa sawit.
Siap untuk satu penyapu.


Saki baki durian musim ketiga.


Isinya


Biji kesep.
Makan seulas dah kenyang.

Hasil tanaman anugerah Allah.
Syukur Alhamdulillah.

Salam bertani.

Sabtu, 3 September 2016

Pokok Ubi Bemban.

Salam bertani.

Masa membersihkan kebun di belakang rumah tadi, WP ada mencabut serumpun pokok ubi bemban/garut, Bukan untuk dimakan tetapi terpaksa diubah ke tempat lain kerana tapak tersebut hendak dijadikan reban itik. Pokok ubi bemban mudan ditanam melalui rizomnya secara pecahan rumpun.

Teringat semasa zaman kanak-kanak dahulu, umbisi ubi bemban selalu dijadikan makanan sama ada untuk sarapan atau minum petang. Umbisi ubi bemban ini biasanya direbus sahaja seperti kita merebus isi ubi kayu dan  boleh juga dibakar. Umbisi ubi bemban tidak empuk tetapi berasa kenyal dan banyak serat. Semakin tua umbisinya semakin banyak seratnya. Umbisi yang muda lebih lembut dan lebih enak dimakan.

Umbisi ubi bemban dikatakan sangat mujarab untuk meredakan penyakit kencing kotor atau penyakit yang berkaitan dengan pundi dan salur kencing. Pokok ubi bemban merupakan tumbuhan herba yang mempunyai pelbagai khasiat lain seperti untuk perawatan kulit, luka dan sebagainya.


Pokok ubi bemban.


Daunnya seperti daun lengkuas dan boleh digunakan
untuk membungkus makanan.


Membiak melalui anak pokok
yang tumbuh melalu rizom.


Mudah hidup walau pun di tempat naung.


Serumpun pokok ubi bemban yang dicabut pada pagi tadi.


Menghasilkan umbisi di dalam tanah.


Umbisinya menpunyai kelopak yang perlu dibuang sebelum direbus.

Mungkin ramai daripada generasi sekarang  yang tidak mengenali pokok ubi bemban apatah lagi merasai umbisinya sebagai makanan yang enak dan berkhasiat. Sesekali, WP akan merebus umbisi ubi bemban  dijadikan santapan petang bersama teh panas untuk mengimbau zaman susah semasa kanak-kanak dulu.

Salam bertani.

DIY : Reban Ayam 1

Salam bertani.

Anak-anak ayam kampung peliharaan WP yang ditempatkan di reban didik bersama ibunya sudah mula membesar. WP bercadang membuat sebuah reban khas untuk anak-anak ayam tersebut. Nak cuba bela secara sistem kurung kerana ayam-ayam kampung ni kuat mengais dan merosakkan tanaman bunga dan sayuran. Pucuk pisang pun boleh habis dimakannya.

Pada 31 Ogos yang lepas, bermulalah projek membuat reban ayam. Kali ni WP tak pakai kayu langsung untuk membuat reban ayam tersebut. Bertukang sendiri tanpa bantuan sesiapa, dua hari baru siap.


1. Bahan-bahan.

Rod kerangka besi (3m )
sebanyak 30 batang


Pelapik jaring plastik (3m X 1.5m)



Bol dan nat


Ensel pintu 4 keping


BRC 2111 ( 1.75m X 2.75m)
3 bidang.

2. Peralatan


Gergaji besi untuk memotong rod kerangka besi.


Pemotong BRC


Spanar no 13


Playar


Pita ukur  1.5m

3. Binaan



Memasang kerangka.
Saiz 3m panjang X 1.5m tinggi  X  1m lebar.


Kerangka disambungkan menggunakan nat dan bol


Memasang BRC sebagai dinding dan lantai.


Lantai dipasang pelapik plastik.


Kerangka reban ayam yang telah siap diletakkan di hujung
pagar belakang rumah


Memasang kerangka bumbung.


Ada 2 pintu kerana binaan disekat 2 bahagian.


Memasang bumbung terpakai.


DIY : Reban ayam siap sepenuhnya.


Rumah baru bagi anak-anak ayam kampung.

4. Kos

25 rod  kerangka besi  X  RM 13.00   =   RM 325.00
3 keping BRC 2111      X  RM 59.00   =  RM 177.00
4 keping ensel pintu     X  RM 1.50     =  RM 6.00
Nat dan Bol                                           = RM 30.00
Bumbung ( tiada kos)
Upah ( tiada kos)

Jumlah kos sebuah reban ayam           = RM 538.00

Salam bertani.