NIKAH vs MATI?
Ramai Sahabat-sahabat di luar sana sedih
dan risau akan jodoh dan pasangan masing-masing. Wahai sahabatku, bacalah tinta
ini dengan hati yang terbuka. Ingatlah, setiap manusia itu Allah sudah tetapkan
jodohnya yang tersendiri, lalu mengapa engkau masih merisaukannya?
Bagi yang sudah berumahtangga, saya ucapkan "Barakallahu lakum" Semoga kalian mampu mendidik generasi kalian dengan didikan Islam yang sempurna. Sehingga terlahirnya semula pejuang-pejuang Islam yang bakal memartabatkan Islam! Bagi sahabatku yang belum bertemu jodoh, ingatlah bahawa Allah sudah tetapkannya sejak engkau di dalam kandungan ibumu lagi. Lalu, persiapkan saja diri untuk menjadi suami/isteri yang bertanggungjawab memgang amanah yang lebih besar kelak.
Bukankah kita pernah dengar berita pejuang Islam yang syahid di usia remaja? Mereka belum sempat berkahwin, tetapi sudah dijemput Ilahi? Apakah jodoh dan perkahwinan ini pasti dilalui oleh setiap orang? Jawabnya tidak! Setiap orang Allah janjikan pasangan masing-masing, tetapi tidak semestinya pasangan itu hadir di dunia, tetapi ayat itu umum, Allah tidak mengkhususkan bahawa pasangan kita pasti ada di dunia! Tidak, tetapi ingatlah, jika tidak di dunia, di akhirat insha-Allah pasti ada yang menantimu.
Tidak semua orang dilahirkan akan bernikah suatu hari nanti. Tetapi ada yang mati di usia yang sangat muda. Kerana MATI itu PASTI, tetapi NIKAH itu belum pasti. Lalu, mengapa engkau terlalu risau memikirkan benda yang tidak pasti itu melebihi benda yang pasti???
Jangan sesekali begitu wahai sahabat!
Ada di antara kita yang sudah merancang untuk bernikah pada sekian-sekian tarikh, tiba-tiba di saat hari pernikahannya dia dipanggil Ilahi tanpa asbab. Persiapan nikah sudah tersedia rapi, tetapi persediaan mati belum tentu tersedia rapi.
Ingatlah, Allah menjanjikan yang terbaik buat kalian. Jika tidak ada jodoh di dunia, itu petanda tidak ada yang layak sebanding denganmu. Kerana itu Allah sediakan pasanganmu di syurga abadi.
Yang pasti, yakinlah jodoh tidak semestinya kekal bersama. Tapi, jodoh di syurga itu pasti sentiasa bersamamu di sana.
Lalu, apa yang lebih penting untukmu persiapkan? Persediaan untuk NIKAH atau MATI?
Ingatlah, kain kafanmu sudah sedia ditenun di saat engkau sedang leka bergelak ketawa. Namun, baju pengantinmu tidak akan ditenun jika engkau sendiri pergi menempahnya terlebih dahulu. Lalu, manakah yang lebih pasti engkau akan bertemu? Allah atau pasanganmu?
Dengan mengingati perbezaan ini engkau akan merasa tenang setenang air embun di waktu pagi. "Ingatlah Allah, dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang dan tenteram"
Salam Muhasabah bersama~
# Aman dengan Iman.

P/S: Copy Paste Publish from blog sahabat saya, cik DelishaHaseena, NIKAH vs MATI.
feel free to follow these PAGE:
page cik DelishaHaseena:
page cik DelishaHaseena:
khazinatul asrar
PAGE jualan online cik DielahMujahidah, ada jual tudung, dress, pin bunga dan macam2 lagi.. Shawl Labuh, Tudung Labuh Bidang 55/60, Pin Bunga.