Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~AhLaN wAsAhLan....sELamAt dAtAng kE prOfiLE aNa bAkAL jEnAzAh~

~jAgA diRi..jAgA imAn..jAgA hAti..jAgA kEsElurAhannya..^__^~


salam seindah seharum kasturi

moga ukhwah kita harum mekar mewangi hingga ke syurga
dielahmujahidah90. Powered by Blogger.



~Muhasabah Diri T__T~



Sahabatku,

Jangan kau merungut,

Takut2 kau tak redha pada ketentuan Allah,

Jangan kau berkeluh kesah,

Kerana ujian itu tapisan Allah untuk menentukan martabat dan darjat insan,

Jangan kau kecewa,

Putus harapan,

Takut2 kau berputus asa pada Rahmat Allah,

Sedangkan Dia memerhati dan menyayangimu sebagai insan pejuang..


Ku Sedang mentarbiah diri agar mencontohi bunga2 itu,

Menghiasi alam dunia namun tetap beringat bahawa mencari cinta Allah adalah PRIORITY,

Mewangi dalam kuntuman hanya mengharap redha Ilahi,

Biar membungkam sejuta mehnah dan rasa,

Namun akan cuba terus istiqamah dan thabat dalam perjuangan..

Insyaallah…


Wahai Tuhanku,

Cukuplah kemuliaan bagiku dengan menjadi hambaMu ..

Dan cukuplah kehormatan bagiku bahawa Engkau sebagai Tuhanku,

Engkau adalah seperti yang aku cintai,

Maka jadikanlah kiranya aku seperti yang Engkau cintai….


Bermunajatku dengan air mata keinsafan,

Tangisan di dalam ketenangan,

Mengharap maghfirah di dalam kelalaian,

Mengharap mardhiah untuk kerestuan..

Sentiasalah untuk muhasabah diri..

Dan kembali ke jalanNya jika terasa diri semakin tersesar..

Fazakkir, fainnaz zikra tanfaul mukminin


“Hati yang paling Allah kasihi ialah hati yang paling lembut terhadap saudaranya, paling bersih dalam keyakinannya dan paling baik dalam agama”..Aku mohon cintaMu ya Allah, mencintai sesiapapun yang mencintai Engkau dan mencintai amal yang membawa aku dekat kepada Engkau..(Hadis riwayat At-Tarmidzi)


…….Kalau setiap saat awak ingatkan Allah dan setiap saat itu juga saya teringatkan Allah…bermakna pada waktu itu kita menjadi satu kerana mencintaiNya yang Satu.. Di situlah selayaknya hati kita bertemu…….


Semoga kita dipermudahkan urusan dalam menempuh ujian hidup..Amin..Insyaallah..

Salam seindah seharum kasturi,

Dielah Mujahidah

blogger widgets