Assalamualaikum...
Apa khabar sahabat? dah lama bebenor tak hupdate blog. last hupdate rasanya raya haji tahun lepas... emm.. agak lama juga kan?? actually.. hari tu saya ada buat cerpen baru.. dah siap separuh... ingat nak lah siapkan sepenuhnya dan publish kat blog ni.. tapi tetiba my lappy ni sakit pula, kena format semua, tak dapat nak backup semua tu.. so, hilang begitu sahaja cerpenku... kesimpulannya.. jadi malas pula nak menulis semula.. penat kot tulis hari tu... seharian mengadap lappy, idea mencurah-curah datang.. sekarang dah tiada idea pula.. tambahan pula, sibuk dengan tanggungjawab sebagai seorang pelajar... sibuk ke? kunun....
cepat betul masa berlalu sekarang ni.. sangat pantas! sekarang ni dah final year... after that, kerja.. jujurnya, risau, takut, seram, semua bercampur baur.. sedangkan masa buat resume nak minta Latihan Industri pun gementar. ada 3 company yang rejected, terasa menusuk-nusuk kalbu ni. kecewanya rasanya kalah dari orang putus cinta.. eh eh eh.. alhamdulillah, akhirnya ada juga 3 company yang terima. MUIP Pahang, UPM, dan TadikaGenerasiku. Setelah berbincang dengan keluarga, dan timbangtara semua perkara, akhirnya, saya pilih untuk berkhidmat di TadikaGenerasiku.. Moga Allah permudahkan urusanku nanti. Jujurnya, masa nak pilih ni sangat sukar..
sampaikan ada kawan cakap,
"tak perlu lah tanya keluarga dah kalau dah nekad nak pergi ke tadika tu.... hantar je borang ni. tandatangan dh dapat..kan senang..."
saya jawab...
"eh.. tak boleh.. walaupun dah buat pilihan, tapi tetap kena tanya mak ayah... kita tak boleh belakangkan mak ayah kita.. redha mereka kita wajib kena ambil peduli...."
kan? bagi saya, setiap apa yang saya buat, mesti saya letakkan mak ayah as my first priority after Allah dan Rasul. walaupun sekarang saya stay jauh dari mereka, kalau saya nak pergi mana-mana, saya akan call mak, minta kebenaran.. even kalau saya nak makan sedap-sedap atau beli barang cantik2 ke, mesti saya akan fikir, "aku makan sedap-sedap kat sini, pakai cantik2, mak ayah aku kat umah macam mana lah yeee...." sampai ada kawan kata saya ni anak manja, coz apa2 minta kebenaran mak.. peduli lah apa orang nak cakap kan, as long as hidup saya ni dapat redha mak ayah..mak ayah redha, Allah pun redha kan? itu lagi penting... kalau hidup ni asyik nak pikir apa pandangan manusia, memang tak kan kemana lah.. tak maju lah gamaknya..
em..rasa macam dah lari topik pula? eh, tak juga, nama pun tajuk hari ni, Random Typing.. so, boleh lah taip je apa yang nak ditaip dengan bahasa santai dan sempoi. nanti2 lah ye kalau nak bahasa sastera. sekarang ni kita santai, rojakkan bahasa.. hehehehe..
inshaAllah, 20 Mei 2014 ni balik rumah sekejap, akad nikah jap, eh, bukan saya, kakak saya.. hehe.. 24Mei 2014 akad nikah.. majlis inshaAllah lepas Raya Aidilfitri nanti.. kiranya nanti, masa saya konvo bulan 11 ni, inshaAllah, mereka datang terus honeymoon kat sabah... gituuu... sambil menyelam minum air...gituu... Ayah dah tanya-tanya dah ni, kakak dah nak kawen, awak bila nak tunjuk calon kat abah?... dusshh.. disebabkan saya terus mendiamkan diri, tak amik port apa yang ayah cakap, sampaikan senyap2 ayah pi cari calon untuk saya.. ambooiii... cepat2 tolak..terkejut den.. bukan apa abah, sabar naaaa... saya punya cita-cita nak bahagiakan ayah dengan mak dulu.. banyak sangat saya berhutang dengan mereka berdua.. kalau boleh, bagi masa untuk saya berbakti dulu.. inshaAllah, sampai jodoh, Allah akan permudahkannya...
ehem.. nak merepek kerepek keropok apa lagi ye?? haaaa... STRESS saya.. ada kawan2 lelaki sekolah saya ni haa.. asyik call.. saya memang jenis yang tak suka cakap dengan lelaki, tambah2 dalam telefon. ada sorang kawan ni, call banyak kali. pelik juga saya.
saya mesej lah tanya, "salam.. iya, ada apa yang boleh dibantu?"
dia, "tak ada dilah. saja. nak bertanya khabar..."
reaksi saya time tu?? kalau tak kerana sayangkan telefon, dah lama telefon tu den baling masuk longkang. PERLU KE CALL kalau nak tanya khabar? PLEASE... CALL SAYA BILA ADA BENDA BETUL2 PENTING NAK BAGITAU... YANG PENTING YE..MUSTAHAK.. kalau setakat nak tanya khabar, mesej je, sy akan jawab, ye khabar baik...
me, "oh..ingat ada hal penting. tak pe lah macam tu, perlu ke call? sihat.alhamdulillah.. ok lah, ada keje sikit..undur diri dulu lahh ye...salam"
dia, "oh.. baru nak tanya macam2... ok lah..wasalam..."
ingatkan lepas tu xda lah kena kaco lagi, boleh pula dia col2 lagi.. SORRY..memang tak diangkat lah... dan boleh pula dia jumpa wechat saya, habislah, siap bagi mesej suara lagi...adehhh..
yang kawan lagi sorang pun ada juga call.. bila xjawab, katanya, "sombong dilah ni, call xberangkat....."
sombong bertempat xpe kan geng? bukan sombong, tapi macam tiada keperluan nak cakap di fon.. So my friends, my schoolmate, my chingguya, [LELAKI] ,u should know me macam mana kan, kata kita kawan sekolah, so, please, Call saya bila ada benda penting je.. membazir tau call saya, baik call mak ayah kan, lebih afdal.. tq coz tak pernah lupa saya, mohon doa untuk saya, dunia akhirat, i will pray for u too... kata sahabat kan.. =) ..
em..em..em.. cukuplah Random Typing untuk hari ni.. actually tengah buat assignment math ni, tapi tetiba tak dapat solve question, then, apa lagi, berblogwritting lerrr...rindu pula kat blog ni.. ok lah, rasanya, kena stop ni... teruskan buat assignment, then study.. hari isnin ni ada Test pula..ok... terima kasih pada yang sudi singgah blog saya, yang entah hape-hape ni.. merepek tak habis2..perasan tak habis2.. kalau singgah tu, jangan lupa, doakan untuk saya ye.... nanti Malaikat pun doakan untuk korang juga... Till we meet again, inshaAllah biiznillah.... Assalamualaikum...
|
Daun Maple dari Korea. ..kawan hadiahkan..huu |