Monday, January 23, 2012

Setahun Yang Lalu...


Suka...
Duka...
Tawa dan tangis....

Bukan mudah untuk dikongsi dengan sesiapa pun..

Namun, segalanya berubah...
walau mulanya sekadar suka-suka...
Tetapi di akhirnya, bertambah-tambah perasaan suka...

Saat bertemu suka....
Duka pula semakin menjadi...
Luka bertambah parah
Bila jahitan kembali rabak... 

"Lalu cinta kita bermula,
Dari mata turun ke jiwa...
Dari teman menjadi cinta...
Dan berjanji untuk setia...."

Bukan mudah mengikat setia...
Terlalu ramai yang datang mencuba....
Namun, hati berkeras sentiasa....
"Dalamku masih ada dia..."

Semakin jiwa dihimpit resah...
Pabila ramai kenalan diikat sudah....

Eh.. Eh.. Aku nak jugak...


Akhirnya dia juga mengalah...
Walau hati masih punya tanda tanya..
Walau fikiran sentiasa punya soalan..
Namun tak pula berdaya menafikan...

Biarlah semua tanda soal itu..
Biarlah semua masih tidak tahu...

Yang pentingnya hati ini tahu...
Segalanya, bermula setahun yang lalu...

Terima kasih... 

Thursday, January 19, 2012

Ada Rindu...

Terlalu banyak..
Yang dirindukan...

Tak terluah satu persatu...

Yang terpenting, satu yang itu....
Yang jauh...
Yang tak kelihatan...

Entah bila kan terubat...
Entah bila kan dirawat...

Biarlah....
Biar takdir yang menentukan saat itu...

Jauh dalam kalbu....
Masih....

ADA RINDU



p/s: Mana tah makhluk seorang tu tak muncul-muncul lagi.. Macam tunggu durian tak gugur-gugur.. Nasib baik kat kedai banyak je jual durian....

Monday, January 16, 2012

Tak ada kerja nak cemburu

Cuti dah start.. Apa nak buat pun tak tahu..
Tolong bagi suggestion boleh??? Terima kasih.. ^_^

---------------------------------------------------------------------

Manusia memang tak boleh lari daripada sifat cemburu..
Tengok je dalam novel, drama, filem, hatta depan mata kita sekalipun...
Tak pun, cuba cek kat dalam hati tu... Ada tak cemburu???

Eh, eh... Tak ada?? Wow! Tahniah lah kalau tak ada..
Apa pun, jangan sampai tahap takbur lah ye.... Na'udzubillah...

Well, malas nak membebel panjang-panjang sangat...
Sekadar menasihati diri, hati dan nafsu kita-kita ni semua...
Tak usah nak terlalu cemburu dengan nikmat dan pencapaian orang lain...

Kan Allah dah kata; dalam bentuk apa sekalipun, kadang-kadang yang kita sangka baik untuk kita tu lah yang buruk sebenarnya... Walhal, yang buruk kita nampak, mungkin adalah yang paling baik untuk diri kita... [Al-Baqarah: 216]

Semua untuk diri kita dan orang-orang yang lain tu kan Allah dah tetapkan..
Dah bahagian dia nak dapat macam tu, bahagian kita yang lain pula lah kan??
Kalau makan seekor ayam dengan 5 orang kawan.. Takkan semua boleh dapat kepak kan?? 

Oleh itu, jauhilah sifat cemburu kerana ia memberi jutaan impak negatif di hari kemudian nanti...
Pernah kan dengar kes-kes angkara cemburu ni?? Yang sampai nak bomoh-bomohkan lah..
Sihir-sihir lah.. Ewah-ewah, banyak sangat kan duit pegi carik dan bayar bomoh-bomoh tu??
Baik lah pegi infaq kat rumah anak yatim ke, rumah orang-orang tua ke.. Tak pun, tolong lah menaja cik Wardah yang masih belajar ni.. Fi sabilillah ni.. Hehehehe~

Nak hilangkan rasa cemburu ni, mudah je... Belajar dan didik diri untuk menerima apa yang kita ada... Yang penting sekali, belajar untuk bersyukur... Belajar untuk merendahkan hati.... Yakin dengan apa yang kita dapat adalah satu nikmat daripada Allah yang mungkin tak diperolehi orang lain... Kan??

p/s: Tengah cemburu.. Apesal ramai yang nak kahwin ni?? -_-" [Eh.. eh..]

Saturday, January 14, 2012

Kisah kita berakhir di Januari....




Setiap perpisahan bermula dengan sebuah pertemuan... Namun, bukanlah saat pertemuan atau detik perpisahan itu yang menjadi kayu ukuran... Tetapi, setiap saat dan detik yang dilalui sepanjang tempoh pertemuan itulah sebagai asas sesebuah ikatan.. 

Ibarat sebatang pokok... Walau bercabang dahannya, walau berlainan arah rantingnya, tetap datang dari akar yang sama.... Tetap teguh berdiri pada satubatang yang sama....

Begitulah ukhuwwah kita... Walau ke mana jua langkah kita seterusnya, ingatlah pada akar, batang, dahan, ranting dan daunnya... Biar ia menjadi memori & kenangan terindah untuk kita tatapi di masa hadapan nanti...


(Julai 2006- Januari 2012; Pusat Matrikulasi UIAM PJ, Pusat Asasi UIAM Nilai, UIAM Gombak)




p/s: ........... namun, kasih kita kat tetap terus bersemadi... Insya Allah... Alhamdulillah... ^_^

Thursday, January 12, 2012

Kenapa kita lebih suka baca mukabuku daripada nak baca buku walaupun satu jam lagi nak exam..

Uhuuuuiiii~ Panjang tak hingat tajuk entri nih... First time rasa buat tajuk panjang cam ni.. ;)

Musim exam dah kan sekarang ni?? Btw, cik Wardah tinggal satu lagi paper; esok, subjek Arabic for Academic Purposes.. Setelah 2 minggu gap dengan paper yg sebelum ni..
Ada ke patut gap exam lagi panjang dari cuti pertengahan sem... Bila dah lama cuti, faham-fahamlah keliatan nak membaca buku kan?? hehehe...

Haa, idea nak buat entri ni, datang daripada buah fikiran cikbelajarkatWellydabalikMalaysia ni...
Kelihatan menarik pulak kan nak buat entri.. :D

Okey, terus ke isi penting.. Sebab-sebab Kenapa kita lebih suka baca mukabuku daripada nak baca buku walaupun satu jam lagi nak exam; antaranya ialah:

1. MukaBuku ni, ringan je.. Bukannya macam buku, nak hambik dari rak je dah lenguh-lenguh ibu jari... Kalau MukaBuku, tekan guna satu jari je, sampai dah kat mukabuku.. Tak perlu nak lari-lari pun.. Nak lagi ringan, henfon pon ada aplikasi ni skarang....

2. MukaBuku ni, ubat hilang ngantuk... Tak payah susah-susah nak minum Nescafe macam cikGoGreen.. Kan?? Kalau tengah mengantuk bukak MukaBuku, confirm, kita tak jadi nak tido... Mana taknya, Nots yang warna merah tu tak benti-benti menyala... Daripada nak lepak 10minit, boleh jadi sampai 10jam lamanya... Kalau bukak buku, yang tengah segar-bugar, baru 2baris baca dah nak tido dah.. Takde dah ayat nak kata: "sambung sampai habis satu perenggan baru tidolah.." Confirm dengan buku-buku tu sekali bawak tidur...

3. MukaBuku dah selari dan terkenal dengan warna biru... Warna tema biru, Tulisan biru pon femes skarang.. Alaa, yang korang tag-tag tuh.. ;) Cuba kalau korang tengok buku korang... Especially buku AAP cik Wardah ni... Kulit buku je warna biru.. Dalam-dalam, tulisan hitam je semua... Tak faham pulak tu.. Al-Maklum, Bahasa Arab kan... ;)

4. Dalam MukaBuku, kita boleh memberi respon, dan diberi respon.. Contoh; kalau kita buat status:

"cinta ni umpama ubat.Ia memulihkan dan ia akan jadi bahaya kalau kita terlebih dos.Kesimpulannya,kita yang tentukan sendiri macam mane cinta kita tu.." -Copypaste daripada CikFu-

 Dalam masa 30minit, cuba tengok berapa ramai yang like.. Kalau tak ramai, repost sekali lagi... Hahaha.. 
Tu blum lagi yang upload gambo manja-manja ala-ala artis, siap edit ada love-love lagi.. Ooops! Macam mengata kat diri sendiri je... :D

Dan respon yang diberi, bukannya positif je, negatif pon boleh... Hehehe.. Cuma belum ada button dislike jep.. Kan? Kan?? Banyak juga dah permintaan tuh.. Mr Mark tak nak buat ke?? ;)

Kalau buku plak, bagi contoh, buku cik Wardah je lah ye.. Kemain lagi awal-awal sem dulu beli pen warna-warni yang Stabilo tuh.. Nak buat nota katanya... Memang esok nak exam, barulah pen tu berguna... Hihihi.. Dah tu, conteng banyak mana pun, tak ada yang respon... Ibarat kalau kat MukaBuku, korang buat status macam ni:

"Lapa.. Nak makan pizza..."

Eh?? Tapi, ikut orang juga kot.. Kalau CikFu yang buat, rasa berderet yang komen.. :D
Apesal, banyak sangat CikFu keluar ni... Peminat dia kot.. Lalalalala~

5. Kenapa kita lebih suka baca MukaBuku daripada nak baca buku...?? cikbelajarkatWellydabalikMalaysia kata,

"Sebab MukaBuku tu 100x lebih menarik daripada buku.. Ce la buat buku tu ada lagu-lagu ke, ade gambo menarik ke, kalau boleh interaktif lagi bagus.."

Haha.. Memang confirm orang takmo beli buku dah.... Baek baca kat internet jeee.. :D

Adoyyh~ penatnya lah tangan cik menaip.. Buku tak bukak lagi.. Duk kumpul komen je kat MukaBuku dengan cikbelajarkatWellydabalikMalaysia nih... Nak buat entri pasal tu katanya.. Ish.. Ish.... 


Kesimpulannya, memanglah MukaBuku tu lebih menarik daripada buku.. No doubt.. :D

Sekian..... 

p/s: Hampir setahun yang lalu.. ^_^ 

Monday, January 9, 2012

Bila Syukur Tak Lagi Bermakna...

Petang tadi, terjumpa ruangan "Nukilan Solehah- Amie Sofea Ahmad" dalam Metro Ahad sementara tunggu kereta siap dibasuh... Dah lama dengar tentang ruangan ni, namun baru petang tadi berkesempatan, alhamdulillah.. Nampak sangat kan lama tak baca paper?? Hehehe....

Semenjak program realiti Solehah mengambil tempat di TV Al-Hijrah pada setiap malam Jumaat, alhamdulillah, banyak sungguh hati yang tertarik... Terutamanya di kalangan gadis-gadis remaja yang baru hendak mengenal dunia, gadis-gadis remaja yang sedang mencari-cari jalan dan sinar hidup... Ibu-ibu yang sedang mencari-cari calon menantu, tak lupa juga pada jejaka-jejaka terinta-intai bakal isteri.. 

Apatah lagi buat diri, apabila dua rakan sekaligus menjadi Finalis untuk program tersebut... Satu-satunya pengajaran dan pelajaran yang kita boleh ambil daripada rancangan ini ialah erti syukur...

Syukur secara am adalah perbuatan berterima kasih kita kepada yang lain untuk sesuatu yang diberi atau pertolongan...
Dalam Islam pula, syukur mesti dipanjatkan ke hadrat Ilahi yakni Allah, Tuhan sekalian alam... Segala apa yang kita miliki hari ini, adalah atas kurnian-Nya yang tak pernah lepas walau sesaat pun untuk memberi kesenangan untuk hamba-hamba-Nya melayari hidup sebagai khalifah.. 

Sedar atau tidak, betapa susahnya kita ni sebagai manusia hendak bersyukur.. Hendak belajar bersyukur je dah susah, apatahlagi hendak ikhlas bersyukur...

Antara sebab kita semua manusia wajib bersyukur:

1. Kita ni dilahirkan sebagai Muslim... Dapat terus hidup, dididik, dibesarkan dan insya Allah mati juga dalam keadaan kita sebagai Muslim...

2. Nikmat yang terus-menerus Allah beri walau kita kufur sekalipun dengan nikmat-nikmat itu.. Ramai yang berbangga dengan kerja keras dan penat lelah mereka mendapatkan harta setinggi Everest, hidup seindah kristal... Tapi terlupa bahawa itu semua atas izin-Nya... Malah dengan bongkaknya berkata segalanya tiada kaitan dengan Yang Maha Memberi, "aku sendiri yang berusaha".. Na'udzubillah..

3. Solat kita hanya 5 waktu... Kalau lah solat kita seperti yang Allah tetapkan pertama kali dalam peristiwa Isra' Mi'raj yang sebanyak 50 waktu itu tak dikurangkan, pasti kita tidak perolehi pelbagai gajet dan teknologi penuh canggih hari ini... Bagaimana mampu kita miliki?? Andai tempoh waktu setiap solat itu hanya 5-10min.. Habis baca doa je dah masuk waktu solat yang seterusnya.. Yang 5 tu pon, masih liat kan??

4. Al-Quran dan Sunnah dah sedia ada, tinggal kita nak baca dan amalkan je.. Tak perlu sesusah zaman Saidina Abu Bakr r.a. yang berusaha mengumpul semula wahyu Allah, untuk dibukukan... Tak payah nak sibuk-sibuk tafsir semula ayat-ayat mutashabihaat yang punya pelbagai makna untuk kita fahami maksud yang tepat.. Banyak dah kitab tafsir dalam pelbagai bahasa... Tinggal buka dan baca je...

5. Pintu taubat Allah buka seluas-luasnya... Sebesar mana pon dosa kita, selagi kita sedar dan mahu berubah, tidak mahu mengulangi silap kita, Allah akan tetap terima... Biar kita terus ulang, bertaubat dan ulang lagi, Allah tak pernah bosan hendak mendengar dan menerima taubat kita... 

6. Janji Allah itu pasti... Janji Allah semua yang hidup akan mati kecuali Yang Maha Hidup.. Terbukti Nabi S.A.W juga wafat apabila tiba masanya... Janji Allah yang beramal soleh akan mendapat ganjaran syurga, terbukti sudah daripada kisah-kisah dalam Sirah.. Sahabat-sahabat Rasululllah S.A.W., serikandi-serikandi Muslimah... So, kalau Allah kata perempuan baik-baik tu untuk lelaki yang baik dan sebaliknya, maka janji Allah tu tak perlu lagi kita nak pertikaikan.. (Tetiba je masuk bab ni kan..)

Ini cuma sebab-sebab yang kita semua boleh fikir dengan logik akal kita.. Kalau nak mendalami lebih dalam lagi sebab-sebab ni, nescaya, lebih ramai lagi yang akan terpesong iman dan aqidah mereka.. Tak percaya??? Try blaja subjek usuluddin ye.. :)

Teringat perbincangan dengan beberapa sahabat... Manusia sangat mudah untuk bersabar bila ditimpa sesuatu ujian, tetapi, lupa untuk bersyukur bila berjaya melepasi ujian tersebut... Bila difikirkan, memang betul pun kata-kata tersebut... 

Jom sama-sama kita fikirkan dan muhasabah diri kita okeyh.. :)

p/s: Politik hangat diperkatakan di sana-sini... PRU da dekat, sendiri tak daftar lagi.. Ooops!!

Thursday, January 5, 2012

Purdah

Kecoh sekarang kisah Nur Amalina Che Bakri sekarang kan??

Okey, entri takde kaitan dengan cerita panas di atas...

Al-kisah hidup di bumi UIA, banyak membuka mata dan ruang minda cik Wardah tentang hidup...
Of course bukan hidup yang jenis nak berfoya-foya dan bersuka-ria sahaja....
Namun, kisah yang nak difokuskan dalam entri ni ialah, tentang wanita berpurdah... 
Tak tahu ke berpurdah tu macam mana?? Meh sini, nak tunjuk...


Okey, kenal dah?? Ha... Macam ni lah rupanya... Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, (macam dah lama sangat duk kat UIA kan??) ramai di kalangan mahasiswi muslimat di sini yang mula memilih jalan berpurdah.. 
Satu perubahan yang baik... :)

Setakat hari ni, belum lagi mendapat tahu jawapan terbaik bagi persoalan yang sering bermain di minda cik Wardah tentang purdah... 
  • Apakah hukum memakai purdah??
  • Kalau dah pakai, apa pula rules or perkara2 yg perlu dipatuhi (if any)??
Sebenarnya, lately, sejak semester ni melepak terus di masjid sementara menanti waktu zuhur dan waktu kelas seterusnya, mata I sering menatap seseorang yang of course berpurdah.. Eh, eh, macam stalker plak... Sejak kali pertama nampak kat masjid tu, banyak pula terserempak dengan beliau di kawasan lain, especially di cafe Econs... Amik econs kot.. ;)

Al-kisah tentang gadis ni, beliau kelihatan sangat sederhana yang meruntun hati dan jiwa seorang wanita seperti cik Wardah.. Ecececeh.. poyo plak.. Hehehe..
Dan ternyata, bukan cik Wardah sahaja yang tertarik.. Huhuhu.. Member ngarut cik Wardah pon memiliki sense yang sama tentang gadis ini... 

Dari hari ke hari, beliau semakin menarik hati kami.. Bila ternampak or terserempak je, mata masing-masing tak boleh untuk tak tengok.. Sejuk sangat mata melihatnya, apatah lagi hati... Haha.. Seriously macam stalker... Huhu...

Aww~ Kalau cik Wardah yang berpurdah?? Huhuhuhu~ Erm.. Erm.. Cam mane ek?? 
Teringin jugak kan.. Kekekekek... Tapi, kalo dengan kegilaan cik Wardah hari-hari ni, tak tahu lah sesuai ke tak kan.. Hehehe

Tapi kan, ada juga kes yang gadis ni pakai purdah sebelum kahwin.. Tapi, after kahwin, dah tak pakai purdah pula.. Jadi, cam mana eh tu?? Tak faham lah kes macam ni.. Huhuhu...
So, kalau nak tunggu cik Wardah pakai purdah, kita tengok nanti after cik Wardah kahwin.. Hehehe.. 

Well, apepon, doanya moga sang suami nanti yang terbaik untuk mendidik cik Wardah yang banyak main-main macam bebudak lagi.. Apa taknya, every nite, before tido, tengok cite Barbie dulu kat YouTube.. :D

p/s: Mengarut apa tah... mode orang takde exam, tapi orang keliling semua exam... kesunyian kot.. lalalala~

Monday, January 2, 2012

2012: Sejarah Itu Kenangan, Masa Depan Itu Lukisan

Beberapa hari di akhir 2011, kami terkenang dan mengenang...
Walau telah beberapa lama pemergian itu, seolah-olah terasa seperti semalam...

Namun, pagi terakhir 2011 itu, kami menerima sebuah lagi pemergian nun jauh di kampung..
Demikianlah janji-Nya: "Setiap yang hidup itu pasti akan mati.."

Malam akhir 2011, majoriti penduduk Malaysia rata-rata menghadirkan diri ke pelbagai program-program hebat yang dianjurkan pelbagai pihak...
Sebagai penduduk setia Bandar Anggerik, Dataran Shah Alam dan I-City tu bukanlah satu jarak yang jauh dari tempat tinggal cik Wardah...
Program bersama Ustaz Azhar Idrus mendapat perhatian luar biasa apabila lebih 70,000 hadirin menyertainya bagi mengisi masa menanti detik ketibaan 2012.. Alhamdulillah, jika begini hangat sambutannya, harapannya, bukanlah sekadar tinggi nombor yang hadir, malah juga yang terTARIK hatinya, dan menerima seruan yang dibawa, insya Allah....

Walaupun agak terkilan tak dapat bersama, namun, bersama-sama keluarga pastinya tak kurang menarik dan indah.. 
Majlis aqiqah untuk dua puteri yang dilahirkan pada Julai & 11 November 2011 yang lalu diadakan sebagai tanda syukuran untuk anugerah terindah ini...

Untuk Puteri Khairah Qaleesya & Nur Aleesya Soffea, moga hadirnya kalian menjadi penawar dan penghibur hati keluarga...
Moga hadirnya kalian, menjadi bukti & saksi kebesaran Allah Azza wa Jalla...

Qaleesya & Soffea
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar... Dalam kehangatan bunyi-bunyian dan pancaran-pancaran bunga api malam tu, kami beramai-ramai membincangkan pelbagai isu semasa..... Dari satu kepada satu yang lain....
Alhamdulillah, Allah masih pelihara kami daripada terjerumus ke arah yang negatif...

Sebentar tadi, terbaca status seorang schoolmate akan kerinduannya terhadap masa lalu, masa sekolah...
Ya, rindu... Peralihan tahun 2011 kepada 2012, menambahkan lagi jarak waktu kami meninggalkan alam penuh keriangan & pengajaran tersebut....

Kini, setiap daripada kami telah jauh mengejar dan mencapai cita-cita sendiri, di seluruh pelusuk dunia...
Allah al-Azim... Betapa besarnya cita-cita kami dahulu, betapa hebatnya rencana kami dahulu... Namun, Allah lebih mengetahui di mana hebatnya seseorang hamba-Nya... 

Begitulah cik Wardah.. Yang akhirnya melibatkan diri dalam bidang Usuluddin.. Kelihatan agak mudah berbanding yang lain, namun, setiap bidang itu ada kepayahannya masing-masing...
Menceburi bidang ini ternyata lebih membuka minda & hati cik Wardah betapa hari ini kita sangat terpengaruh dan terdedah dengan pelbagai ideologi Barat dalam kita sedar ataupun tidak... 

Berada dalam era globalisasi, menjadikan ruang dan jarak itu lebih sempit dan singkat, memudahkan lagi penyebaran-penyebaran negatif ini... Di sinilah pentingnya peranan mengukuhkan dan memantapkan aqidah dalam diri kita... Kerana itu lah di akhir doa kita, seringlah panjatkan:

"Ya Tuhan kami, janganlah pesongkan hati-hati kami, setelahmana Kau telah memberi hidayah kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat-Mu, sesungguhnya, Engkaulah Maha Pemberi Kurnia..."

Akhir kata, semoga 2012 ini menjadikan kita lebih baik daripada semalam dan lebih teguh menghadapi hari esok.... Insya Allah.... 

p/s: Azam nak kahwin lah tahun ni... Bleh tak?? Hehehehe~ ^__^ (Ohh, next paper 13 hb nanti... Last paper hari tu, 30hb.. So, cuti dolu lah!! ;))

.:: Tinggalkan Debunga Di Sini ::.

Popular Posts

.:: Ding Dong ::.

Get widget here