Allahyarhamah Kak Normah Mohd Din
Tika dan saat ini, air mataku tak dapat ditahan-tahan lagi..mengalir laju di pipi. Sesungguhnya, aku amat merindui Kak Normah. Terkilannya rasa hati kerana tak dapat berada di sisinya ketika dia memerlukan sokongan temannya ini. Malam tadi, jam 11.39pm, anaknya menghantar sms mengkhabarkan bahawa ibunya Normah Mohd Din telah kembali ke rahmatullah pada hari Ahad, 13 November 2011 jam 9.30am. Aku yang ketika itu sedang mengantuk terus segar bugar dan terkedu. Langsung tak dapat melelapkan mata sehingga jam 2 pagi. Teringat2 suaranya..teringat2 senyumnya, teringat2 titip katanya yang sentiasa positif.
Sewaktu kami sama2 bekerja di Legenda, kami banyak berkongsi cerita. Aku selalu mintak pandangannya dalam sesuatu hal kerana dia ibarat ibu bagiku. Dia pula selalu berkongsi cerita keluarganya, anak2nya, kisah lampaunya yang ditinggalkan suami, ketabahannya mencari rezeki dan kecekalannya dalam menimba ilmu sehingga ke peringkat master di saat2 getir dia ditinggalkan sang suami. Aku begitu mengkaguminya kerana ketabahannya bangkit daripada kegagalan, kesedihan dan keperitan. Di saat dia dikhabarkan mengidap kanser pangkal rahim tahap 4, aku sangat terkejut. Tak putus-putus ujian Allah buatnya. Allah sangat menyayanginya. Kak Normah sering mengajak aku ke hospital menemaninya tatkala dia perlu menjalani ujian darah. Yang paling aku kagum ialah..setiap kali dia menjalani kimoterapi, dia tidak mengambil masa yang lama untuk kembali ke pejabat. Sepatutnya dia boleh cuti sakit sehingga ke rawatan yang seterusnya, tapi memandangkan dia perlu mencari rezeki, dia perlu kuat..dan alhamdulillah Allah bantu dia melalui saat2 getir itu. Dia takde muntah2 atau loya sepanjang menjalani rawatan kimoterapi.
Aku ada menghubunginya 27hb Oktober yang lepas, tapi tak dapat. Entah mengapa tiba2 fikiran ku teringat untuk menghubunginya bertanyakan khabar berita. Selalunya kami ber sms, aku pula kadang-kadang sibuk tak sempat nak melayaninya berbual. Kalau dulu dia sering menghubungiku meluahkan perasaannya, tension tentang kerja, perihal sakitnya...tapi kini kenangan hanya tinggal kenangan.
Semoga Arwah Kak Normah dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Amin.