Saya semakin kurang menulis. Terbitnya sifat kurang menulis ini mungkin dari kurangnya saya membaca dua tiga menjak ini. Penting rupanya untuk kita membaca apa yang ditulis orang lain dan kemudiannya melahirkannya pula dalam bentuk tulisan kita.
Biasanya kita akan menulis bila timbulnya isu atau perkara berbangkit yang ingin kita suarakan. Sesetengah perkara mengimbau kembali kenangan-kenangan lalu dan sesetengahnya akibat rasa tidak puas hati kita; kenaikkan harga minyak buat kesekian kali misalnya.
"Blog kamu tak ada orang nak baca, Syok sendiri aje la!" kata kawan saya.
Malang kiranya kita menulis kerna mahu populer atau yang seangkatan dengannya. Dapat pula kawan saya itu akalnya panjang sedikit saja dari kotenya maka akal fikirannya itu tidaklah saya ambil peduli. Sekiranya saya mahu boleh saja saya menulis tentang betapa kuatnya saya berak hari ini dan betapa sedapnya bermain laga perut. Waduh! pasti ramai yang mahu membaca tapi alangkah pundeknya menulis begitu.
Saya bukan baru menulis untuk hari ini, saya telah menulis lama dahulu. Sekitar tahun 97-98, dua perkara menjadi minat saya iaitu melukis dan menulis. Melukis telah lama saya tinggalkan dan kini saya cuma menulis sahaja.
Sayang sekali cuma tinggal satu sahaja lukisan saya yang tinggal dalam ramai-ramai itu. Kalau tidak kerna terbakar sekali dengan rumah saya pada tahun 2001 yang lalu, yang lain ada di tangan rakan-rakan yang menyembah-nyembah mahukan lukisan saya almaklum saya selain dari terkenal kacak; mereka turut memuja-muja lukisan saya ketika itu. Yang ada kini adalah abstrak yang saya lukis pada tahun 2006.
Yang saya kesalkan satu-satunya buku tulisan saya ketika di bangku sekolah telah dipinjam terus oleh kawan saya tak dipulang-pulang. Saya mengesyaki bahawa dia cuba untuk menjadi seorang penulis terkenal melalui karya-karya saya itu namun terkandas bila karya barunya sekadar suam-suam kuku tidak segah karya agung saya yang telah digunapakai.