Dulu, semasa teramat mudanya saya dulu. Kami sekeluarga biasa berbuka beramai-ramai. Pelik rasanya kalau berbuka ada yang tiada bersama di meja makan. Almaklum pada masa itu seingat saya jarang ada permintaan berbuka puasa di hotel-hotel seperti di hari-hari ini.
Tukang masak waktu itu kalau bukan mak maka kakciklah yang memukul periuk belanga menyiapkan juadah berbuka. Kalau dipuji sedap maka sertakanlah dengan upahnya sekali. Jadi kebanyakan kami cuma punya pilihan untuk mengatakan betapa tak sedapnya masakan kakcik itu. Yang biasa terkena, Biasanya Abah yang kuat memuji-muji akan betapa sedapnya masakan kakcik itu dan kuatlah juga kakcik menuntut ufti dari Abah.
Satu keistimewaan ketiadaan bazar ramadan ketika itu adalah kebiasaannya air minuman dibuat oleh abang-abang saya sendiri. Bukan satu yang luarbiasa andainya terhidang hingga dua tiga jenis minuman sekali hidangan.
Antara minuman terhebat yang boleh disediakan adalah air tembikai oleh Yang. Kami yang lebih kecil memanggilnya dengan panggilan Yang kecuali abang-abang saya yang lain memanggilnya dengan nama Amin. Ada sejarahnya air tembikai Yang yang kami panggil tuan pengarah ni. Dia kami panggil Tuan pengarah kerna dia kerjanya menjadi tukang arah kepada semua adik-adiknya tentang itu dan ini yang perlu dibuat di rumah.
Pernah sekali Yang berazam untuk tidak lagi mengarah orang lain membuat air. Lalu dia pergi ke kedai Musa buat membeli sebiji tembikai. Setiba di rumah, Yang terus keluarkan pengisar Mak dengan penuh iltizam bahwa pada hari ini sekeluarga akan menikmati air tembikai ciptaan beliau.
Maka tembikai pun dipotong-potong untuk dimuatkan di dalam pengisar mak. Entah berapa kali dikisar akhirnya hampir sebiji tembikai itu habis dijadikan minuman penuh satu jag. Selebihnya dibuat makan saya dan Ana yang ketika itu tidaklah termasuk di kalangan mereka yang wajib berpuasa.
Setelah diisikan dengan air batu nescaya kamu yang melihat air tembikai itu menjejeh-jejeh air liurnya sambil tak henti-henti mulut mengatakan betapa sedapnya air tembikai tersebut. Cukup dengan sejuk air batu dan warna tembikai yang merah menyala bagi menunjukkan kesedapannya.
Sambil menunggu waktu berbuka, semua dah bersiap-siap dengan segelas air tembikai di tangan. Lebih teruk ada yg dah bertemu bibir gelas dengan bibir sendiri, tinggal nak dituangkan air ke tekak saja. Maklumlah puasa.
Allah Huakbar! Allah Huakbar!
"Harrghhh!! Tuihh!!! Apa ke he rase cili air kamu ni Min!" teriak Chik dengan loghat peraknya.
Oh! Yang terlupa sesungguhnya kisaran-kisaran cili yang terdahulu sudah sebati dengan pengisar cili Mak itu.