Rabu, 27 Januari 2010

103 - Malam telah memeluk tubuhku

Kedudukan dan nama. Dua benda inilah yang banyak menyebabkan berlaku kejadian tikam belakang atau kawan makan kawan. Yang mati ditikam kebiasaannya bukan nyawa tapi reputasi. Yang bahayanya reputasi juga seakan-akan nyawa bagi sesetengah-setengah orang terkecuali saya. Ya lah! apa sangatlah reputasi dunia ini jika dibandingkan reputasi di depan tuhan kelak.

Bercerita tentang tuhan, apalah agaknya reputasi si tukang tikam nanti bila berdepan dengan maha pencipta? Bukankah ada hukumnya bagi kamu si pengadu domba? Takut nanti kamu bakal dimurka kerna sanggup berbuat apa saja untuk dunia.

Kejadian kawan makan kawan ini mengingatkan saya akan satu puisi kegemaran saya masa di bangku sekolah dulu. Lupa pula tajuknya tapi puisi ini ditulis oleh Ayie kartunis majalah Ujang. Setelah lebih kurang 20 tahun berlalu, kini saya faham maksudnya.

Kawan-kawan
Kenapa mau lawan
Kita kan kawan
Dulu sama-sama
Kongsi the secawan

Kawan-kawan
Kenapa mau lawan
Orang lain maju ke depan
Orang kita cari jalan
Jatuhkan kawan

Kawan-kawan
Kenapa mau lawan
Kan ke cukup rezeki Tuhan
Buat kita ramai-ramai makan

Kawan-kawan
Bukan nak cari lawan
Sekadar nak ingatkan teman
Hati-hati dengan
Gunting dalam lipatan

Kawan-kawan
Kita sama-sama cari makan
Bila fakir masa depan
Jangan tabur pasir
Dalam periuk kawan

Kawan-kawan
Cuba dikaji orang tua pesan
Kawan jadi lawan
Lawan jadi kawan

Rabu, 20 Januari 2010

102 - di tebing simen sungai Gombak

Oleh kerana kamu mungkin melayu dan melayu mudah lupa maka wajar saya yang ingat ini mengingatkan...


Baca di sini untuk maklum lanjut... untuk kita kamu yang sering terlupa....

Ahad, 17 Januari 2010

101 - Perjalanan masih jauh

Pejabat saya bakal mengadakan hari keluarga. Untuk buat jadi seronok kami adakan sessi pertandingan karaoke. Dapat kamu bayangkan ada seorang di pejabat minta nyanyi lagu ini.



Tak senonoh sungguh...

Selasa, 5 Januari 2010

100 - Serius bukan seorang saya

i.

Entri ke seratus buat kamu-kamu yang bakal cemburu di permulaan tahun baru...

ii.

Ustaz setuju???? Kalau esok si Muthusamy dari Estet Georgetown mau Patung Gajah di Kuil Sri Maha Mariamman tu dipanggil nama Allah juga, siapa nak jawab???

Isnin, 4 Januari 2010

99 - Qash, hentikan segala janji dustamu.

Apalah agaknya yang dikejar oleh kamu??? dalam umur yang semakin pendek dan waktu makin jauh meninggalkan kita harusnya kamu makin tenang... Bukan kini lagi masa untuk kamu mengejar-mengejar dan tidak puas hati akan itu dan ini...

Percanggahan pendapat bukanlah suatu yang luar biasa... cerdik pandai agama lagikan berbahas inikan pula kita marhaen yang hina dina ini... Tapi setiap perkara punya sempadan...

Mungkin memang sudah jadi darah daging melayu... mengumpat, mengeji dan mencaci di belakang sudah jadi makanan ruji yang bersebati dengan diri... sibuk menjenguk ke dapur rumah orang melihat apa yang dihidang sedang anak di rumah kebulor bergelimpang...

Susah rupanya untuk tidak mengambil tahu akan hal orang lain...

Namun tuhan menjadikan manusia ini pelbagai demi menguji kita... Hajar Saripah misalnya...