Yang gemar berpesan pada saya dengan seribu macam pesanan... pesanan-pesanan Yang tidak terhad kepada saya sahaja malah terhadap adik beradik yang lain kecuali kepada Nyah abang saya yang sulung dan Ana adik perempuan saya yang bongsu... Ini adalah kerna mereka tergolong dalam golongan dewa-dewa yakni haram ditegur...
Ketika saya masih seorang pelajar dahulu Yang berpesan ' belajar tu serupa macam kamu bekerja... bagaimana kamu bekerja bersungguh-sungguh maka begitu jugalah kamu belajar'... mungkin disebabkan jiwa remaja yang memberontak dan gila-gila pada masa itu maka kata-katanya itu ibarat masuk telinga kiri keluar telinga kanan... jadilah saya seorang pelajar yang kurang popular dari segi prestasi akademiknya... ntah apa keajaiban yang berlaku saya grad jua akhirnya di UiTM pada tahun 2003...
Tapi pesanannya itu tak pernah kunjung padam... mungkin atas faktor usia yang semakin kacak maka pesanan itu akhirnya meresap jua ke dalam jiwa saya... kini saya masih lagi seorang yang gila-gila (tanyakan pada Hajar Saripah di pejabat saya dan anda akan faham)... tapi saya sangat mengambil serius akan kerja saya... profesionalisme adalah satu keagungan yang saya sanjungi...
Atas dasar itu bila rakan saya yang lagi satu yang telah masuk ke puak haluan lain beria-ria mahu menutup akaun akhir bagi projek yang diamanahkan kepada saya with all cost maka saya amat tidak bersetuju...
Ya! sememangnya boleh jika saya mahu menutup akaun projek itu dalam satu minggu... akan tetapi disebabkan saya ini berjiwa patriotik lagi berhati malaya maka saya merasakan bersetuju sahaja atas apa yang diminta oleh puak haluan kiri amatlah menghina intelek... apa perlu ada perunding jika permintaan puak haluan kiri diterima bulat-bulat...
Memang benar... jika akaun ini ditutup dengan menembusi kontrak sekalipun saya tidak akan apa-apa... bukan saya yang menjadi tulang belakang projek ini ketika saat permulaannya... saya sekadar penyambung kembali usaha-usaha umat terdahulu... jika majikan saya perlu membayar kerugian RM 2.9juta hasil cacatnya kontrak dari seawalnya lagi, apa kena mengenanya dengan saya?? apa perlu dengan beberapa sen gaji saya berhempas pulas???
Jawapannya ada pada pesan Yang... Perkara paling utama yang kamu perlu ingat ketika bekerja....
KEJUJURAN....