Ahad, 16 September 2007

43 - Lenguh

Saya sentiasa percaya pepatah yang mengatakan jalan ke neraka itu sesungguhnya dipenuhi dengan niat-niat yang baik...

Hari ini saya menerima sepucuk mesej dari rakan lama yang sudah lama tidak ketemu... sebelum ini juga selalu saya menerima mesej-mesej sebegitu dari rakan-rakan yang lain... mesej itu berbunyi begini...

"""hii,,,,,,beri hati ini kepada 15 org kwn....... termasuk saye..---- jika andaa mengambil berat n jika anda mendapat 10 terima balas, anda akan menerima khabar berita yang baik....!!!! lihat berapa bnyak hati anda dpt!

All d best........
....................
........
..........
........
....
....
....
..........
..............
..................
......................

tlong lakukan yer...

KAWAN PALSU : AKAN MENGABAIKAN INI
KAWAN SEBENAR: AKAN MENGHANTAR KEMBALI KEPADA ANDA.


Seberapa banyak rakan anda yang berjaya dikumpul di frenster list anda tidak bermakna anda seorang yang popular di dunia nyata... sikitnya frenster list anda tidak membawa maksud anda miskin kawan... yang nyata kawan yang sebenar juga bukanlah yang terdiri dari jenis yang menyalin tampal notis yang entah dari mana dan memajukan pula pada kawan yang lain dengan cuma menekan butang 'forward'...

menerima balas 10 mesej kembali dan mendapat nasib yang baik pastinya syirik... kerna pasti emel@mesej2 tidak dicipta bagi memberi nasib baik pada orang... cuma tuhan mampu begitu...

andai kata mesej-mesej itu mampu berbuat begitu... kirimkan pada saya 50 mesej sewaktu dengannya pada saya... saya memang berkira-kira hendak menjadi jutawan selewat-lewatnya akhir ramadhan ini....

ohhh... sebelum terlupa... Selamat berpuasa....

Nota: entri ini ditulis menggunakan satu jari sahaja kerana Adam mahu saya mendukungnya sentiasa...