Isnin, 26 Mac 2007

37 - Tolol

Sekiranya kamu melalui sebuah pintu... adakah kamu akan terus melalui pintu tersebut??? atau kamu akan menoleh ke belakang dan mempersilakan orang di belakang anda untuk masuk dahulu?? atau sememangnya kamu adalah dari jenis yang tak berotak yang terus sahaja menghempaskan daun pintu sebaik sahaja kamu melaluinya tanpa mengira sama ada terdapat orang di belakang kamu atau tidak???

Chewaahhh!!! tinggi benar metafora saya... takut pula kamu tak faham...

Tapi saya percaya saya telah bertemu dengan orang yang tak berotak tersebut... dan dia adalah sangat bernasib baik kerana tidak duduk sepejabat dengan saya sebaliknya duduk sepejabat dengan kawan baik saya yang lagi satu...

Sememangnya sebagai orang yang terlebih dahulu melalui pintu tersebut tiada salahnya jika kita memberi peluang kepada orang yang terkemudian dari kita untuk melalui pintu tersebut dengan selesa... memberi jalan untuk lalu tidak akan menjadi mata pedang yang akan mencincang diri kita sebaliknya bakal mendatangkan rasa hormat pada diri kita oleh orang yang terkemudian itu... lebih tolol sekiranya kita paranoid tak tentu pasal dengan menghempas pintu yang telah kita lalui mengenai hidung orang di belakang kita... kamu cukup bernasib baik jika kamu masih boleh menyimpan gigi kamu jika saya adalah orang yang di belakang kamu...

Falsafah Tua sayangkan yang Muda dan Muda hormatkan yang Tua patut lebih difahami oleh jiran sepejabat kawan baik saya yang satu lagi itu... Sikap pentingkan diri sendiri dan PHD takkan membawa kamu ke mana-mana kecuali lubang kubur...

Khamis, 22 Mac 2007

36 - Aduh

"Adam Fansuri! Ko biar betul?! Memang gila M. Nasir la ko ni!"

Mungkin ada antara anda yang tak mengetahui bahawa isteri saya telah selamat melahirkan anak lelaki kami yang pertama... Adam Fansuri namanya... mungkin dah agak lewat kerana sudah dua minggu usia Adam Fansuri kini... sekarang juga Adam sudah ada perangai baru... suka menepek di bawah ketiak mamanya jika tidak adam akan merengek tak berhenti...

Apa pun... pengalaman menjaga Adam adalah kenangan yang sungguh berharga... kadangkala saya rasa sungguh gembira walaupun penat...