Sejak awal menonton iklan drama Sekam cinta di TV3 aku dah mengagak hasil dari cerita sebegini... lebih-lebih lagi keluarnya cerita ni betul-betul setelah keluar berita tentang kematian Dr. Azhari pakar Bom yang terbunuh di Indonesia...
Bukan lah aku orang nya untuk berbicara soal filem... aku tak punya pengetahuan dalam subjek film critism atau yang sewaktu dengannya...
Yang menarik perhatian aku untuk menulis tentang drama ini adalah tanggapan yang berjaya diterapkan oleh drama ini ke minda penonton khasnya penonton muda... dengan keghairahan menonton lakonan aktor Zamarul Hisyam dan Lisdawati@Nisdawati@apa-apalah... kita telah disogok dengan sebegitu jelas sekali bahawa JIHAD itu JAHAT... gambaran salah itu terpampang tanpa segan silu sehinggakan adik ipar aku boleh kata "Zamarul jadi jahat ni semua pasal Jihad la ni!!!"
Bukan la aku ni seorang penyokong terorisme cuma aku dah bosan dengan pemikiran orang seni atau kalau layak dipanggil artis kepada golongan berserban... tak pernah lagi keluar dalam mana-mana pawagam atau kaca tv orang yang memakai serban tu tidak berfikiran jumud yakni sempit...
Perbezaan cara hidup…. Itu lah yang menjadikan golongan artis ini mencipta satu jurang di antara mereka dan golongan agama…. Walau bukan semua tapi bilangan mereka yang ada ini sememangnya anti dengan golongan yang lagi satu… bagi mereka apa yang mereka buat semuanya haram bagi golongan agama… falsafah popular yang dipegang dek mereka… biar pakaian seksi yang penting hati tu baik…
Berbalik pada drama Sekam Cinta tadi… mmg tujuan drama ini diadakan adalah baik… Cuma diharapkan kita tak keterlaluan dihanyutkan oleh mesej-mesej keamanan walhal saudara-saudara kita nun jauh di sana diperkosa kehormatannya, dibunuh tanpa usul periksa dan pelbagai lagi kekejaman yang dilakukan oleh musuh-musuh agama sedangkan kita cuma berdiri di sini melaungkan slogan-slogan PEACE dan AMAN yang tidak membawa kesan apa-apa…
Maka benarlah sabda nabi… mungkin benar kita telah ditimpa penyakit “wahan”… suatu penyakit yang ditanam senyap-senyap ke dada oleh musuh-musuh kita disebalik mesej keamanan… itu lah penyakit CINTAKAN DUNIA DAN TAKUT MATI… Tika dan waktu itu perkataan jihad tak lebih dari Kata Kerja yang sungguh menakutkan lantaran kita kini hidup dalam kesenangan…
Bagi penonton drama Sekam Cinta... Tepuk dada tanya iman...