Hari yang aku hilang macho dan menangis depan 13 orang kawan-kawan. Yes, I cried in public like nobody's business. On Friday night, 30 December 2011!
It started very messy, petang Jumaat. We (I and my forever incik Lebah) were out searching for my pilot case, courtesy of abah for my birthday present.
It's a funny story actually. While we were busy looking for the bag (and some stuff) at 1-Utama, I noticed that he was 24/7 on his phone. BBM-ing God-knows-who and I was so mad about it. Keluar dating pun sibuk nak melekat dengan phone, of course lah marah kan? Aku dalam fitting room, dia sibuk dengan phone. Sibuk BBM sampai phone habis bateri! Ye, aku marah (Ok, maybe marah DAN merajuk sikit.) Sampai habis shopping pun tak habis-habis dengan phone. Rasa nak lempang laju-laju pun ada jugak.
"Lala, kita dinner dekat Muhibbah, ok?" he said.
Knowing him for almost a decade, he's very indecisive. Very much indecisive sampai tang makan pun selalunya dia akan tanya nak makan mana (unless and until memang dia teringin nak makan something... baru dia akan cakap. Alhamdulillah sekarang dah berubah. Dah boleh decide untuk benda-benda penting dalam hidup. Experience teaches slow, at the cost of mistake(s) Hehe. :D)
Sebab tengah merajuk, aku tak bantah pun. Diam je lah. And we walked to the car.
Masuk kereta, muncung masih panjang. Sebab tak puas hati sebab dia asyik dengan phone, mampu jugaklah aku bagi sebakul rasa marah and merajuk. Puas hati.
Sampai Muhibbah dalam keadaan rasa hati yang a bit tenang.
And he suddenly pushed me towards one big round table where I saw familiar faces but could not digest what's happening. Nampak muka Anep si tunang Zyla. Blur.
"Ehh... korang pun ada sini.. let's have dinner together, shall we?!"
Lepas cakap baru aku pandang satu meja... penuh muka-muka kawan baik, Ari Ikmal, Shahrizan, Zyla Selamat, Sahrul Hanif, Hafiza Mustakim, Nadiah Amir and husband, Khairul. Hafiq pun datang all the way from Klang with his friend. And finally Shamila and Syami joining us for the celebration. (And Ari's girlfriend, Waida.) I'm blessed.
Baru aku sedar rupa-rupanya Izzuddin sibuk berBBM for this one particular event, a surprise early birthday celebration! Penat marah-marah merajuk-merajuk tadi... (sorry sayang!)
I didn't expect all this, ye lah.. bukannya hari jadi kita pun. Birthday esok, hari ni dia buat surprise macam tu.. mana lah nak sedar.. kan? Thank you sooooooooooooooo much!

*And Sha got me my favourite Jamoca Almond Fudge. Thank you girlfriend!*
Siapa tak happy dapat kawan-kawan baik macam ni kan? Makan, bersembang, gelak-gelak, sindir-sindir. Semua cukup aku dapat malam tu. Lengkap.
*Yang gambar atas dan bawah ni gambar kena dera dengan Hafiq and Shamila. Jahat!*
*With Shamila, the REAL birthday girl; 30th December*
*and yours truly :)*
The surprise birthday celebration was not the best part.
After we had our dinner, potong kek nyanyi-nyanyi semua, I received one giant birthday card from him (plus another one card inside. 2 cards like the normal tradition..)

Sampailah aku baca the bottom part of the card. Aku nampak, "The day I propose.."
Confused.
Belum sempat aku digest semua, Izzuddin dah alihkan kerusi depan mata suruh aku duduk. He bended down to his knee and he took out one sweet little box with a ring in it.
Bended down.
A box.
And a ring.
Yes, he was on his knee, and he actually proposed.

Shocked. Tak boleh bernafas.
And eventually I said, "Yes!"
*Favourite picture*
I received the best birthday present ever! A proposal. A nice wrap up to my 2011 and a very vibrant opening to my 2012. Terima kasih Tuhan. :)
We have known each other for almost 9 years. Almost a decade. Kalau ada anak, mungkin anak aku dah darjah satu. Sepanjang tempoh aku kenal dia, macam-macam hal jadi. Berapa banyak fasa yang kami lalu yang kami hadap... Tuhan saja yang tahu.
Kenal.
Kawan.
Bercinta.
Bergaduh.
Putus cinta.
Kawan balik.
Gaduh balik.
Baik balik.
Putus lagi.
Makan hati.
Makan hati lagi.
Makan makan makan hati lagi.
Kawan balik.
Kenal balik.
Dan masih bercinta.
Alhamdulillah.
So many roads, so many detours, so many choices and so many mistakes.
Aku hampir berhenti setakat mana orang kata, "Najlaa, he's not worth it. Cukup-cukuplah tu." Tapi dia kata, "Lala, tolong jangan give up on me. I need another chance. I need to fix things up."
Bila satu dunia kata jangan... aku ikut kata hati and go against it. Aku pilih untuk masih percaya dia. (Walau orang label aku bodoh. Lantak. Aku memang perempuan keras kepala!) Pointnya, aku hampir give up. Tapi tak.
Dan dia. Dia hampir give up dengan perempuan keras kepala macam aku.
Tapi tak.
ALHAMDULILLAH, WE ARE STILL TOGETHER!!
Trying to mend our broken hearts, to fix things up and patch things up. Sebab kami tahu kami nak tua sama-sama.
Insyaallah.
"Izzuddin, to the shrillest highs and lowest lows, I want and I pray that you'll to be with me forever. I pray that we'll grow old together.. so that we can take care of each other till the end. Jannah. Aminnn."
p/s: pictures courtesy of them, friends. :)
lala.