Sunday, August 14, 2011
Iftar 13> Lontong goreng Kampung
Bahan2:
2 bugkus ketupat segera ( direbus dn dipotong2 apabila sejuk )
15-20 tangkai cili api*
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 cawan ikan bilis*
sedikit belacan* ( bahan kisar bertanda * )
1 cawan potongan isi ayam
1 biji telor
1 ikat kangkong
1 kuib ikan bilis
garam secukup rasa
bahan perasa (optional)
minyak untuk menumis
Cara2:
1. Panaskan minyak didalam kuali, tumiskan bahan kisar sehingga naik bau dan sedikit garing dan masukkan isi ayam bersama kiub ikan bilis, kacau rata dan pecahkan telor.
2. Masukkan garam dan bahan perasa secukup rasa dan masukkan lontong yg telah dipotong.
3. Akhir sekali masukkan kangkong, gaul rata sehingga kangkong sedikit layu. Siap.
Wednesday, August 3, 2011
Iftar 3 > Nasi Kari Ayam vs Air Asam Baekk Punyaaa..
Bahan:
3 cawan beras basmathi
1/2 ekor ayam ataupun lebih dipotong biasa
4 sudu besar butter atau majerin
8 cawan santan dari sebiji kelapa
3 sudu besar rempah kari
4 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris panjang
rempah tumis empat sekawan
1 cube stok ayam kalau suka
sedikit daun ketumbar
daun kari ~ yg ni tambah sendiri ikot kak nor
garam
Cara2nya:
1. Beras basmathi dibersihkan dan di tos kering airnya. Ketepikan.
Panaskan butter/majerin dalam periuk. Masukkan bawang merah, bawang putih, rempah empat sekawan, dan halia. Tumis sehingga naik bau. Masukkan rempah kari. Tumis sehingga rempah kari masak. Masukkan ayam. Kecilkan api dan biarkan air ayam keluar. Apabila air ayam kering, masukkan santan, garam, stok ayam dan daun ketumbar( k.nor letak daun kari sbb daun ketumbar k.nor masukkan dlm nasi bersama ayam). Masak sehingga ayam lembut dan masak. Padamkan api
2. Kemudian curahkan kesemua bahan yang dimasak tadi ke dalam penapis. Ambil kuahnya dan masukkan ke dalam beras di rice cooker. Pastikan kuah itu cukup untuk menanak nasi sebanyak 3 cawan beras itu. Kita dah biasa masak nasi dan tentu tahu berapa banyak air yang nak digunakan. Tapi untuk nasi ini, sila lebihkan sedikit airnya daripada ukuran biasa. Kalau kuah tak cukup, tambah sikit dengan air. Kalau kuah terlebih, jangan habiskan. Boleh buat kuah untuk makan nasi nanti.
3. Apabila nasi sudah 3/4 masak, masukkan ayam dan segala macam tok nenek yang ada bersama ayam itu ke dalam periuk nasi. Gaul dan tanak nasi hingga masak.
Nasi ini boleh dimakan dengan lebihan kuah kari, sayur salad sempoi dan sambal belacan.
Air Asam Mek Jah
Bahan2 :
4 biji Cili > terpulang nak pedas tambahkan kuantiti cili
1 biji Lada Merah Besar
1 ulas Bawang Putih
1 inci Belacan yg di bakar
1 sb sos tomato
1 sb sos cili
1 sb sos ikan
60 ml air asam jawa>>kalau nak cair boleh tmbhkan air
1 sk gula >> terpulang nak manis mcm mana
secubit garam
**Kesemua bahan di atas di blend hingga hancur atau separuh hancur terpulang nak mcm mana, kalau nak cair sedikit just tambahkan air kemudian perasakan kembali. Kemudian masukkan bhn2 hirisan td, dan siap utk di hidang bersama nasi daging :-)
Bahan Hiris
Sedikit hirisan bwg merah
Sedikit tomato di hiris dadu
Daun ketumbar di hiris halus
1 biji cili di hiris bulat
Sunday, May 29, 2011
Nasi Ketumbar vs Rendang Ayam Bandar
Bahan-bahan ( 7 orang )
500g beras
3 s/b mentega
sedikit minyak
1 biji bawang merah (dimayang halus)
3 batang daun ketumbar (blender halus)
sedikit garam
pewarna hijau
1 kiub ayam
Cara-cara
basuh beras dan toskan
cairkan mentega bersama sedikit minyak
Masukkan bawang goreng sehingga wangi dan masukkan kiub ayam
Kemudian masukkan beras, daun ketumbar yang telah blender tadi dan secubit garam
Masukkan air dan masak seperti nasi biasa
bila nasi dah kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna hijau
tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan gemburkan sebelum dihidang.
Pastu digandingkan ngn rendang ayam bandar... hahaha... apsal rendang ayam bandar, pasal ayam kg takdak... heeee.. pasal tu lah kak ayu bg nama rendang ayam bandar kot.... hikhikhik!... Resipi CMG, amik kat Myr... tengs Mat.... terbaek mattt... ok semua, selamat menjamu mata dan selera... hehe...
Bahan2nya:-
1 ekor ayam kampung (anggaran 1.5 kg)
1 biji kelapa, diparut
2 helai daun kunyit, dimayang halus
3 ulas bawang merah kecil, dimayang*
2 ulas bawang putih, dimayang*
2 asam keping
1 batang kayu manis (anggaran 3 inci)*
1 kuntum bunga lawang*
3 biji buah pelaga*
4 kuntum bunga cengkeh*(*bahan2 tumis)
3 camca besar cili kisar
4 camca besar kerisik
2 camca besar rempah kari daging
1 camca besar gula Melaka
Garam secukup rasa dan 1 cawan minyak utk menumis
BAHAN2 DIKISAR HALUS :-
5 batang serai, dimayang
8 ulas bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
4 biji buah keras
Cara-cara
1. Ayam dibersihkan dan potong 24 kepingan. Cuci dgn asam dan garam, perap 10 minit. Bilas dan toskan. (Boleh juga gunakan ayam daging)
2. Masukkan 1 cawan air dalam kelapa parut dan ramas. Perah santan pekat dalam satu bekas, ketepikan. Kemudian masukkan 2 cawan air lagi, ramas dan perah utk santan kemancar. Ketepikan.
3. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bhn2 tumis dan kacau hingga wangi. Masukkan cili kisar, bahan2 dikisar halus dan juga rempah kari. Masak hingga harum dan pecah minyak.
4. Masukkan sedikit garam dan diikuti ayam. Gaul ayam hingga sebati dgn rempah dan masak hingga ayam agak kecut (10 minit). Masukkan santan cair dan biarkan masak atas api perlahan hingga daging ayam 1/2 masak.
5. Kemudian masukkan santan pekat,kerisik dan asam keping, masak hingga ayam empuk dan kuah pekat. Baru dimasukkan gula melaka dan daun kunyit yg telah dimayang tadi. Gaul rata dan masak hingga rendang agak kering. Rasa garamnya. Angkat dan boleh dihidangkan.
6. Rendang ini boleh juga dimasak dalam periuk tekanan (bagi sesapa yg ada), bergantung pada jenis periuk tekanan masing2. Dan kemudian keringkan di dalam kuali.
Tuesday, May 24, 2011
Nasi Ayam Goreng
NASI GORENG AYAM
Bahan-bahannya:
1 ekor ayam- di potong 12 ketul
2 sudu kecil garam*
1 sudu besar serbuk kunyit*
1 sudu besar rempah kari*
Caranya=> ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.
Bahan Utk Masak Nasi
1 sudu rempah kari
1 inci halia-tumbuk kasar
4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
1/2 labu bawang besar-potong dadu
2 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
sedikit kiub ayam
sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
1 pelepah daun kari- ni memandai tambah
2 bay leaves/ daun ketumbar
4 cawan beras basmathi
4 1/2 cwn air
1/2 cwn susu cair
Cara-Caranya:
Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk, daun kari,rempah kari dan lada hitam hingga wangi.
Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam serta kiub ayam.Masak nasi hingga masak.
Sunday, November 21, 2010
Nasi Serai
NASI SERAI
2 cawan beras basmati- basuh & rendam dlm 15 min kemudian toskan
1 helai daun pandan-simpul
2 cawan air
Bahan tumis:
1-1/2 sudu mkn butter
1 biji bawang besar-hiris
2 ulas bawang putih -hiris
1/2 in halia-hiris
2 sudu teh remph kurma
3 btg serai-ketuk
Setiap satu kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang & pelaga
Garam secukupnya
Bawang goreng utk hiasan
Cara2nya:-
1. Panaskan butter, tumis bawang2 dan halia hingga naik bau, kemudian masuk rempah kurma, serai, daun pandan & empat sekawan kacau rata.
2. Kemudian masukkan beras dan air masak seperti biasa. Bila nasi dah masak peroikan dan tabur bawang goreng. Siap.
Saturday, November 13, 2010
Nasi Baryani
Bahan-bahan ( 4org )
3 cwn beras basmathi
sedikit rempah tumis
*6 ulas bwg merah (blend)
*5 ulas bwg putih (blend)
*2"halia (blend)
setengah biji bwg besar (hiris)
sedikit daun pudina, daun bawang. daun sup
2-3 tbsp minyak sapi
1tsp garam
sedikit pewarna kuning
gajus dan kismis sebagai hiasan (goreng)
2tbsp rempah baryani
4 setengah cwn air
setengah cwn susu cair
Cara-cara
1. panaskan minyak sapi,kemudian tumis rempah tumis dan rempah baryani
2. masukkan bawang hiris..gorengkan sebentar.kemudian,masukkan pula 2tbsp campuran bwg merah+halia+bwg putih yg di blend tadi.(baki campuran yg di blend akan diguna utk kuah daging baryani).
3. masukkan air..tunggu sampai didih
masukkan daun bwg,daun pudina,daun sup.masukkan juga garam.kemudian..masukkan pula beras.kacaukan
4. pindahkan periuk ke dalam rice cooker.biar nasi masak
5. bila nasi dah masak, keluarkan daun-daun yg ade dlm periuk tu.kemudian tambahkan susu cair ke dalamnya.titikkan pewarna..kacaukan.
6. masukkan 2 senduk kecil rempah dari kuah daging baryani ke dalam nasi.kacau rata. (nak lebih 'kick',masukkan juga 2-3 ketul daging bersama kuah dari kuah daging tu ke dalam nasi)
7. masukkan gajus dan kismis.sedia untuk di hidangkan...
Saturday, August 28, 2010
Nasi Ayam Kepak vs Ayam Kepak Madu III
Bahan2nya :-
- 4 pot beras - dibasuh bersih & direndam 1/2jam dan ditoskan
- 4 pot air - guna pot yg sama
- 2 ketul kiub pati ayam MAGGI
- *4-5 biji bawang merah & putih - dihiris
- *1 inci halia - dihiris
- garam & pak aji secukup rasa
- sedikit minyak untuk menumis
1. Tumiskan bhn2 yg bertanda * dgn sedikit minyak sehingga naik bau dan setelah itu masukkan kesemua bhn2 td dgn minyak sekali kedalam periuk berisi beras yg telah dibersihkan terlebih dahulu beserta air.
2. Masukkan kiub pati ayam Maggi, garam & pak aji secukup rasa, gaul sebati kesemua bahan dan masak seperti memasak nasi putih biasa ( guna rice cooker jer senang). Siap!
Kalo nengok tajuk n3 kemain seram erk???.. ayam kepak madu III... hahaha... yg sebenarnya, aku dh buat 3 kali... hehehe, bukan madu yg gitu2 yer... ekekeke... Ayam Kepak Madu... haaaaaa... ayam kepak madu ok!... haku mmg suka!... ayam madu ok... bukan bermadu yer... heheh... itu aku x suka... ada yg nk kene tahanan reman kalo buat lagu tu... hiks!... kalo dh namanya kepak... 1 kilo pon lom tentu cukup, mana nk makan, ratah lg... hahaha... ada sapa2 berkenan... haaaa.. kalo ada, pi cuba, try, test sana... mmg mabeles!!!... ai x tipu oke!... hahaha... *masok lip, tekan naik... kehkehkeh!... *... aku tayang jugak la resipi yg x seberapa ni ya... hehehe... ok!... slamat beristirehat!.... ;)
Untuk Ayam Kepak Madu
Bhn2nya:-
- 1kg kepak ayam@ 1 ekor ayam- dibersihkan
- 3 sudu besar sos tiram*
- 3 sudu besar kicap pekat manis*
- 3-4 sudu besar madu*
- 2 sudu besar minyak bijan*
- 1 sudu besar lada hitam* - ditumbuk halus
- minyak untuk menggoreng ayam
1. Bersihkan Kepak atau ayam dan toskan sehingga kering airnya dan gaulkan kesemua bhn2 yg bertanda * keatas ayam tadi dan perap selama 1/2 jam ( lg lama perapan ayam lg bessstttt...)
2. Goreng ayam tadi seperti menggoreng ayam biasa dan pastikan api tidak terlalu besar agar ayam itu tadi masak sekata dan tidak mentah didalamnya.
Sedia untuk dihidang dan dimakan bersama sup dan sos lada dan yg lain.
* eh.. eh.. ehh... aku baru perasan la, n3 aku pasal nasik ayam ni, tiap kali posa jer aku wat... hahaha... adoi laaaa... tgk la, kemain rajin aku erk!... muhuahuahua... *
Tuesday, January 12, 2010
Nasi Tomato II
sini resipi turun temurun dr mak, bila mkn teringat lak kat arwah abah pasal dia suka mkn nasi ni... iskkkk... sebelum tu kekadang nk rasa kelainan nasi ni suka guna resipi Choppy MyR... saja tukar selera... ok, layan jer la... hehe... letak jugak la resipi kat bawah ni kalo sapa2 berminat...
Bahan-bahan ( 7-8 orang )
- 4 cawan beras basmati
- 2 biji tomato - potong dadu/dibelah
- 4 cawan air - cawan yg sama
- 1 cawan susu cair
- 2 sudu besar rempah kurma
- 1 senduk sos tomato
- 1 helai daun pandan
- gajus digoreng tanpa minyak / di panggang
- garam & pak aji secukup rasa
** Bahan tumis **
2 sudu mentega/ minyak sapi
2cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
4 ulas bawang putih - dikisar
1 biji bawang besar - dikisar
1 inci halia - dikisar
** Hiasan **
Bawang goreng & Daun sup
1. Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan.
2. Panaskan mentega/ minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau setelah naik bau masukkan rempah kurma dan kacau sehingga garing sedikit.
3. Masukkan beras. Kacau sebentar, kemudian masukkan sos tomato, tomato, gajus, susu, air, daun pandan dan sedikit garam & pak aji secukup rasa.
Masaklah nasi macam biasa.
** Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng dan boleh dimakan bersama ayam masak merah/kari/kurma atau daging kari/kurma dan pencuk atau acar mentah.**
Sunday, November 1, 2009
Nasi Goreng Kampung
Saturday, September 5, 2009
Nasi Ayam Kepak II
Bahan2nya :-
- 4 pot beras - dibasuh bersih & direndam 1/2jam
- 4 pot air - guna pot yg sama
- 2 ketul kiub pati ayam MAGGI
- *4-5 biji bawang merah & putih - dihiris
- *1 inci halia - dihiris
- garam & pak aji secukup rasa
- sedikit minyak untuk menumis
1. Tumiskan bhn2 yg bertanda * dgn sedikit minyak sehingga naik bau dan setelah itu masukkan kesemua bhn2 td dgn minyak sekali kedalam periuk berisi beras yg telah dibersihkan terlebih dahulu beserta air.
2. Masukkan kiub pati ayam Maggi, garam & pak aji secukup rasa, gaul sebati kesemua bahan dan masak seperti memasak nasi putih biasa ( guna rice cooker jer senang).
Untuk Ayam
Bhn2nya:-
- 1kg kepak ayam@ 1 ekor ayam- dibersihkan
- 3 sudu besar sos tiram*
- 3 sudu besar kicap pekat manis*
- 3-4 sudu besar madu*
- 2 sudu besar minyak bijan*
- 1 sudu besar lada hitam* - ditumbuk halus
- minyak untuk menggoreng ayam
1. Bersihkan Kepak atau ayam dan toskan sehingga kering airnya dan gaulkan kesemua bhn2 yg bertanda * keatas ayam tadi dan perap selama 1/2 jam ( lg lama perapan ayam lg bessstttt...)
2. Goreng ayam tadi seperti menggoreng ayam biasa dan pastikan api tidak terlalu besar agar ayam itu tadi masak sekata dan tidak mentah didalamnya.
Sedia untuk dihidang dan dimakan bersama sup dan sos dan yg lain.
Friday, September 4, 2009
Nasi Ayam Kepci n Murtabak Pak Omar
Pastu yg ni lak hb beli tuk juadah sampingan Murtabak Pak Omar, lokasi Taman Penggaram, batu Pahat Johor... yg ni mmg haku berani rekmen mmg sedap gilos dn terbaik kat BP nih!!!... ini bukan murtabak indah kabar dr rupa yer yg cam Kak Zana kene tuh yer... Kak Na!!!... kalo nk gi beli yg sedap gi kat situ taw!!!... Ada cerita pasal murtabak Pak Omar nih, kalo bln posa dia bukak kul 4 ptg camtu... kalo org lain pas zohor dh start... pastu kalo nk beli mmg kene call dulu ... oder... kalo pegi walk in jgn harap leh dpt mkn silap org dh berbuka kita nyer x siap lagi!!!... kehkehkeh... ngan Pak Omar ni mmg kene sabor sikit kalo nk beli pasal org nya mmg pembersih, sikit2 lap meja tebar roti.. sikit2 lap meja tebar roti... itu lah kekdg wat lambat tuh!!!...kawasan dlm n kuar kedai mmg cukup bersih... mmg kene banyak2 bersabar memanti kalo nk mkn murtabak dia nih!!!... haku laki bini mmg dh paham sangat perangai org tua nih, pasal tu xdak hal nyer, kalo org yg x paham mmg bole gaduh dibuatnya ngan org tua nih!!!... kekadang tgk kerenah dia ngan org yg x paham kerenah dia ni leh pecah perut dibuatnya... heheh... tp walau mcm mana pon org tetap dtg lg walaupon dh gaduh ker naik angin ker ngan pak omar nih pasal mmg sedap murtabak dia!!!... Kalo hari biasa warung dia ni bukak kul 10am... menu sarapan pg roti, murtabak n nasik lemak tu jer, tp kekdg tuh kul 9am org dh nunggu dpn warung!!!... penah sekali masa mkn kat situ ada org tnya dia, pak omar ni sebenarnya kul berapa bukak kedai kita lalu bnyak kali x bukak lg, nk tau apa di jwp???... waktu meniaga aku bukak cam shopping compleks bukak... so, pepaham sendirik jer la dia bukak kul berapa.... kehkehkeh... kene sabor yer kalo nk mkn murtabak yg sedap nih...
Saturday, August 22, 2009
Nasi Kempuli
BAHAN-BAHAN:
1 kg beras basmati - saya guna 3 pot
150 gm rempah kurma - saya guna 3 sudu besar
200 gm minyak sapi - saya guna 4 sudu besar
30 gm kulit kayu manis
75 gm serbuk jintan manis - saya guna 11/2 sudu besar
75 gm serbuk jintan putih - saya guna 1/1-2 sudu besar
5 helai daun bay - saya guna 2 helai
Air secukupnya saya guna air 4 pot
Sedikit garam
BAHAN HIRIS:
100 gm bawang besar - saya guna 1 biji
100 gm bawang kecil - saya guna 5 biji
30 gm bawang putih - saya guna 3 ulas
50 gm halia - saya guna 2 inci
3 batang serai - saya guna 1 batang
kismis n biji gajus secukupnya - ni sendiri tambah
CARA MENYEDIAKAN:
1. Beras basmati dicuci, kemudiannya tuskan airnya.
2. Panaskan minyak sapi dan tumiskan bahan hiris bersama kulit kayu manis sehingga naik bau. Masukkan jintan manis, jintan putih dan rempah kurma. Tumis lagi sehingga wangi.
3. Kemudian masukkan air. Biarkan mendidih. Selepas itu, masukkan beras dan tambahkan garam secukup rasa. Masukkan sekali daun bay. Tanak sehingga masak.
Sunday, August 2, 2009
Nasi Lemak Pandan
Bahan-bahan:-
- Beras
- Air pandan secukupnyer (blend daun pandan dan tapis)
- Santan pekat
- Garam
- Halba
- Halia
- Daun Pandan - simpul
- Pandan emulco@pewarna ijo + sedikit air (utk renjis)
Cara-cara:-
1. Basuh beras bersih. Campurkan santan pekat dan juga air pandan mengikut sukatan beras.
2.Masukkan skali garam, halba, halia dan juga daun pandan. Jika kaler ijo kurang menarik, bleh tmbh ngan sedikit pandan emulco@pewarna ijo yer!
3. Masukkan rice cooker dan masak hingga beberapa minit nk tanak.
4. Lagi beberapa minit nk tanak tuh, ambil sedikit pandan emulco@pewarna ijau. 5. Campurkan dengan sedikit air (kaler ijo yg ni bior lg pekat dr warna nasik td yer) dan renjis2kan ke atas nasik. jgn gaul dulu. tutup smula periuk dan tanak hingga masak.
6. Dah masak baru gaulkan. so nmpk la nasi lemak anda warna ijo yg cantik! heeeee... Slamat mencube!! :)
Tuesday, July 28, 2009
Bubur Ayam
Tuesday, June 23, 2009
Nasi Goreng Tomyam
Monday, June 1, 2009
Khao Nieow Moon @ Pulut Manis
Ingredients:-
350g glutinous rice
1 can coconut milk(I used 1 packet KARA coconut milk)
3/4 cup sugar
11/4 tsp salt
1 tsp rice flour
4-5 screw pine leaves(pandan leaves)
Method:-
1. Wash glutinous rice and soaked for at least 3 hours, or overnight.
Put steamer to boil at medium heat. Drained the glutinous rice and place onto cloth(I used cloth diaper-kain lampin budakyang dah tak pakai) top with 2 screw pine leaf and cover. Steam for about 30-45 minutes or until glutinous rice are cooked(grains looked clear).
2. Separate 3/4 cup coconut milk in a small bowl, put the remaining coconut milk in a pot, add sugar and salt and bring to boil on medium low heat.
Add 2 pandan leaves in coconut milk mixture, stir frequently until sugar dissolve. Remove from heat. Put steamed glutinous rice in a pot that has cover, add coconut milk to glutinous rice, stir quickly and well. Cover it for 15
minutes.
3. For the balance 3/4 cups coconut milk, add rice flour and 1/4 tsp salt in it and mix well. Bring to boil on medium low heat, stir frequently until the mixture becomes thick. Remove from heat and set aside for topping.
4. Put glutinous rice in a plate, top with prepared coconut cream and serve with ripe mangoes.
Monday, April 27, 2009
Bitterballen Nasi
BAHAN-BAHAN:
2 ulas bawang putih - dicincang
2 sudu makan tepung gandum
150 ml air
1 ketul kiub ayam (boleh kurangkan kpd ½ kiub jika tak nak rasa masin)
3/4 sudu teh garam
¼ sudu teh serbuk lada sulah
300 gm nasi putih
25 gm lobak merah - dipotong dadu dan direbus
25 gm sayur buncis (5 batang) - direbus dan dihiris halus - saya guna sayur campur je
30 gm keju parut
2 sudu makan marjerin untuk menumis
Minyak untuk menggoreng
BAHAN SALUT:
1 biji telur
75 gm tepung goreng serbaguna
CARA-CARA:
1. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan tepung gandum. Kacau sehingga berketul²..
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga licin..
3. Masukkan kiub ayam dan lada sulah.. Kacau lagi..
4. Masukkan nasi, lobak merah, buncis dan keju.. Kacau sehingga bergumpal..
5. Bantukkan bulat dan celupkan di dalam telur dan gulingkan di atas tepung goreng..
6. Goreng sehingga kuning keemasan..
*TIPS*
Seelok²nya kepal nasi tu time dia panas².. cantek jerk kepalannya bersatu..
Sunday, March 29, 2009
Nasi Ayam Pandan Planta
Saturday, March 7, 2009
Soto Ayam
Monday, February 9, 2009
Nasi Hujan Panas
Bahan-bahan:- ( 5 orang )
•4 cawan beras basmati
•5 cawan air
•2 kiub ayam
•2 helai daun pandan
•pewarna merah, kuning dan hijau
•[bahan tumis]
•1/2 inci halia
•2 ulas bawang putih
•1/2 biji bawang besar
•2 sudu besar minyak masak
•1 sudu besar minyak sapi
•1 batang kulit kayu manis
•2 kuntum bunga lawang
•3 kuntum bunga cengkih
•3 biji buah pelaga
•[bahan hias]
•bawang goreng
•kismis
Cara-cara:-
1.Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
2.Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
3.Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
4.Masukkan beras dan gaul rata.
5.Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
6.Masaklah nasi sehingga masak
7.Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
Jemput makannnnnnn......