Posts

Showing posts with the label Tazkirah dan Peringatan

Allah bukan Plan B

Image
Konflik-konflik yang seringkali hadir dalam kehidupan seorang manusia merupakan qada' dan qadar (ketentuan) daripada Allah S.W.T. Kita yang namanya hamba, sangat perlu untuk sedar dan menerima hakikat bahawa sesungguhnya antara tujuan penciptaan manusia adalah untuk diuji dan dinilai oleh Allah S.W.T. Malangnya akal manusia yang pendek membuatkan kita terlalu prejudis dan bersangka buruk dengan ketetapan yang telah Dia aturkan. Bukan semua ketetapan yang baik pada pandangan kita, semudahnya boleh kita takrifkan sebagai rahmat. Bukan semua ketentuan yang buruk pada penglihatan kita boleh terus kita hukum sebagai musibah dari Tuhan. Kadang-kala Allah turunkan ujian dalam kenikmatan, dan dikurniakan nikmat dalam kesusahan dan ujian. Malah sebenarnya semua yang Allah aturkan, baik nikmat mahupun ujian merupakan sebahagian daripada kehidupan. Analogi Al-kisah ombak di lautan yang luas. Sedang ombak menikmati indahnya tiupan angin di lautan yang terhampar luas, dia mel...

Kelentang-Kelentung

Image
Dahulu, saya suka baca hikayat penglipur lara zaman dahulu kala. Pada bacaan saya, kisah-kisah ini memberi pengajaran yang sangat berharga. Orang tua-tua dahulu, kisah-kisah mereka bukan sahaja punya elemen sastera. Mereka bercerita kisah bagaimana untuk menjadi manusia.   Kisah Mat Jenin contohnya. ****** Pada suatu pagi Mat Jenin memanjat sepuluh batang pokok kepala. Dia sudah memetik lebih daripada lima puluh biji kelapa. Semasa memanjat pokok yang kesebelas, Mat Jenin sudah mula berangan-angan dengan upah memetik kelapa itu nanti akan dibelikannya dua puluh biji telur ayam kampung. Setelah memetik lima biji kelapa kering daripada pokok kelapa itu, Mat Jenin tiba-tiba terasa letih dan dia ingin berehat di atas pokok. Mat Jenin bertenggek di atas pelepah nyiur yang separuh kering. Dia pun memejamkan kedua-dua belah matanya dan dia menyambung semula angan-angannya. Telur-telur ayam yang dibeli itu akan dieramkan dan setelah membiak, ayam-ayam itu akan dijual. ...

Pada teguran yang tertulis.

Image
Hari itu, saya masih berkira-kira sama ada  mahu mengucapkan  sanah helwa  padanya ataupun tidak. Walaupun sekadar ucapan hari lahir di  facebook  tetapi saya tetap merasakan wujud satu nilai abstrak yang lebih istimewa daripada itu. Hanya kerana dia seorang perempuan dan saya seorang lelaki (?) Entah saya tidak tahu, mungkin sahaja. Saya langsung keluar menuju ke pantai yang hanya 10 minit berjalan kaki dari rumah. Mahu menyambung pembacaan yang masih berbaki. Bacaan di pantai lebih efektif berbanding di rumah. Lebih tenang. Sekurang-kurangnya saya mampu lapangkan diri sebentar daripada berfikir perkara-perkara pelik seperti  wish birthday  akhawat   dan perkara lain yang tidak mahu saya nyatakan di sini. ******  " A man named Azim from the children of Israel left his home with an evil intention. He came across a man trying to lift a big rock. Azim began watching him curiously.  The stone was heavy and it wouldn't mov...

present = present

Image
Aku tenung satu-satu gambar wajah insan-insan mulia dalam hidup aku. Andai sahaja ada suatu tempat yang lebih hebat daripada syurga, aku mahu mereka berada di sana-berbahagia. Sebolehnya, aku mahukan yang terbaik buat mereka, sebagaimana bersungguhnya mereka mahukan yang terbaik buat aku. Teringat aku pada peristiwa di masjid seusai solat jumaat yang lalu, seorang pakcik yang sudah agak berusia yang aku  bantu tuntun tangannya sewaktu menuruni tangga.  Sebelum berpisah, dia tersenyum lebar sambil menepuk bahuku seraya berkata : "Shidda hiilak!"  dan suaranya seakan-akan bergema : "Shidda hiilak, shidda hiilak, shidda hiilak!" Pelupuk jiwa aku terbuntang mendengar kata-katanya. Jiwa rasa bahagia semena-mena. Present = Hadiah. Pada aku, insan-insan mulia ini merupakan hadiah terbesar untuk aku. Aku teringat ketika muda-muda (err) dahulu, aku selalu sahaja minta ummi belikan hadiah untuk hari lahir aku setiap tahun. Hari ini,...

Pingat Emas Ramadhanul Kareem.

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Usai solat Zohor,ana terbaca beberapa kenyataan yang membuatkan ana terfikir seketika.Ana teringat pesanan seorang ustaz semasa daurah winter musim sejuk yang lepas,apabila beliau mengupas kitab nurul 'uyun yakni sebuah kitab yang membicarakan soal Nabi Muhammad  , di akhir kalam beliau sebelum daurah tamat beliau ada berpesan : "Kita ni bukan sekadar menggalas nama sebagai umat akhir zaman,bukan sekadar memegang title Umat Nabi Muhammad,tetapi kita juga memegang tanggungjawab baginda,tanggungjawab seorang Nabi menyampaikan kesejahteraan Islam kepada semua." Mengenangkan perjuangan baginda,perit jerih baginda dan para sahabat berjuang,terasa diri ini begitu kerdil. ******* Malaysiakini : Mufti setuju atlit Olimpik tangguh puasa "Mufti Perlis Dr Juanda Jaya bersetuju dengan pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussani dan bekas mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin supaya atlit Muslim yang mewakili Malaysia ...

Erti Kejayaan yang Bererti II

Image
Allah Maha Pemurah. Allah Maha Mengasihani. Dan dialah yang Maha Pemberi Kurnia. [Sambungan  Erti kejayaan yang Bererti I ] Baru sahaja dapat tahu result untuk semester yang lepas.Apabila ditanya kawan-kawan tentang result,ana hanya mampu menjawab: ”Result tak se’hensem’ tuannya” :)  Haruslah begitu,bukan? Mana mungkin manusia yang dicipta mampu men’cipta’ sesuatu yang lebih ‘hensem’ daripada yang dicipta oleh Sang Pencipta.Tak mungkin.Sungguhpun begitu,segala puji buat DIA yang mengurniakan segala-galanya kepada hambaNya. Terima kasih Ya Allah.Terima kasih.  Allah Ingin Ajarkan Engkau Erti Bersyukur.  فَبِأَيِّ ءَالَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ Maka ni`mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?  (Ar-Rahmaan:013)  Andai Allah berikan nikmatNya berdasarkan amalan dan usaha kita,nescaya sedikit pun kita tidak akan merasa nikmatNya.Sedikit pun tidak. Ada manusia Allah uji dengan kesusahan yang datang bertimpa-timpa.Ada m...

Erti Kejayaan Yang Bererti I

Image
Manusia yang baik akalnya,waras pemikirannya pasti menginginkan kejayaan dalam hidup. Siapa yang taknak bukan? Cumanya yang berbeza antara semua manusia-manusia waras tersebut,bagaimana  mereka memandang dan mendefinisikan sesuatu kejayaan.Atas dasar pendefinisian yang berbeza inilah,takrif ‘kejayaan’ dalam kehidupan kita adalah sangat subjektif.Kejayaan aku,mungkin bukan kejayaan bagi engkau,dan kejayaan engkau mungkin bukan kejayaan bagi aku. Jadi,apakah pandangan terbaik mengenai hakikat sebuah kejayaan? Apabila membicarakan mengenai pandangan terbaik,pendefinisian yang terbaik. Maka pandangan dan pendefinisian tersebut mestilah dipandang dan didefinisikan oleh yang Maha Baik.Dipandang daripada sudut dan sisi yang terbaik.Makanya tanyalah pada diri sendiri : Pandangan siapa yang paling tepat? Siapa? Dan jawapan ini sentiasa menjadi jawapan kepada segala persoalan. Allah S.W.T. DIA tersenyum padamu di langit. Ya,pandangan DIA yang terbaik.DIA yang M...

Kita yang hidup untuk Mati

Image
Apabila hidup di negara orang,tidak mahu tidak akan berhadapan dengan cabaran rindu. Rindukan keluarga di rumah,guru-guru di sekolah dan sahabat-sahabat yang menjadikan hidup ini lebih indah. Bercakap melalui skype ,berchatting melalui facebook,yahoo messenger dan gurauan manja di jaringan maya jauh bezanya dengan dunia nyata.Jauh.Tapi itulah namanya kehidupan. Baru tadi,usai bangun dari tidur ada sahabat datang mendekat: “Wafi,enta tolong postkan dalam group kita kat facebook ,sedekahkan Al-Fatihah untuk nenek ana.Baru je meninggal dunia td.InsyaAllah,malam ni ana cadang nak buat solat jenazah ghaib dengan tahlil sikit … ” Rindu itu mesti. Tapi MATI itu pasti. “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan pada hari kiamat saja akan disempurnakan balasan kamu...”(Ali Imran: 185).  Rindu itu memang rindu.Tapi ana takut andai rindu itu bertukar sendu.Pernah dahulu,dikejutkan dengan berita kematian bapa kepada seorang pelajar akhawat di sini.Di sebalik r...

Memanfaatkan diri di dunia,buat akhirat yang lebih bahagia

Image
Antara yang  best  dan  awesome  belajar di sini (Alexandria,Mesir) adalah mengenai sistem pembelajarannya.Ana tidak maksudkan sistem kuliah yang digariskan Universiti Alexandria untuk para pelajarnya,tetapi yang ana maksudkan di sini adalah inisiatif ikhwah dan akhawat Malaysia di sini untuk menjadikan pembelajaran di sini lebih  special . Apa yang  special  sangat? Perkongsian ilmu sebelum kuliah bermula.Atau dengan kata lain;sesi tazkirah. Peringatan buat insan-insan yang terlupa daripada terus terleka,daripada terus alpa.Sangat beruntung tikamana ada sahabat-sahabat yang turut sama menyedarkan di kala tersasar. Sungguh,inilah yang menjadikan pembelajaran di sini sangat  special. * istilah  special,best  dan  awesome  kali ini adalah subjektif.Anda bebas untuk berpendapat bahawa ia adalah kurang  special . Tapi memang  special,best   dan  awesome  pon kan..? ^^ M...

Perubahan : Menjadi lebih baik dan sentiasa baik.

Image
Memang  fitrah manusia,imannya turun dan naik.Tidak sentiasa meningkat,dan tidak juga selalu menurun.Dan kerana itulah,manusia itu sentiasa berubah-ubah kelakuannya dan sentiasa ingin berubah.Tidak tetap. Perubahan itu merupakan satu penghijrahan. Dan penghijrahan itu memerlukan pengorbanan. Dan pengorbanan itu merupakan salah satu ujian dari Tuhan. Sungguh,yang namanya perubahan,yang namanya penghijrahan dan satu pengorbanan itu bukan sesuatu yang mudah. Tapi percayalah,susah tidak pernah memberi makna mustahil.Tidak pernah. Azam=Niat=Kuasa Dalam matan arba’in(Hadis 40),hadis yang pertama membahaskan soal niat. Kenapa?  Mengapa dalam banyak-banyak hadis baginda,hadis membicarakan soal niat dititikberatkan oleh Imam Nawawi dan diangkat sebagai hadis pertama untuk diperbincangkan? Kerana sesungguhnya setiap amalan bermula dengan niat.Kerana sesungguhnya niat itu  merupakan penguat sebuah i’tiqad . Begitu jugalah kaifiatnya dalam mengatur perub...