Saturday, October 31, 2015

(Part 2) RAHSIA SEORANG JUTAWAN SENYAP

Assalamualaikum..

Sebelum kak Wada masuk kelas Bahasa Arab dan Tafsir Al-Quran..kak Wada hanya menghafaz surah As Sajdah..namun sekembalinya kak Wada dari menunaikan umrah..dengan izin dan hidayah daripada Allah..tiba-tiba kak Wada rasa macam ringan pulak nak menghafaz al-Quran..padahal sebelum pergi umrah tu kak Wada rasa macam payah sangat..berat sangat..ada saja alasan yang menjadi penghalang..selama ni tak pernah terfikir pun yang kak Wada akan boleh hafaz al-Quran sebab ikut kefahaman kak Wada..al-Quran ni baca je pun dah cukup..tak payah hafaz..tak payah tadabbur..sebab tulah al-Quran tak berfungsi dalam hidup kak Wada..al-Quran hanya berfungsi apabila ia letak di hati..macam mana nak letak al-Quran di hati..kena hafaz al-Quran..

Kak Wada terus hafal surah Al Baqarah..pada mulanya kak Wada hafal gitu-gitu je..tapi makin ke depan kak Wada hafal dan tadabbur..makin rasa teruja pulak..makin terasa nikmatnya..sesuatu yang tidak boleh diungkap di bibir..wang ringgit tidak mampu membeli nikmat yang satu ini..itulah nikmat ketenangan yang merupakan syurga dunia..hafalan ayat demi ayat sangat memberi kesan kepada jiwa..terasa bagaikan memori kak Wada yang dulunya sudah lama tidak aktif..kini "activated"..menghafaz al-Quran ini sebenarnya secara tidak langsung meningkatkan daya konsentrasi..semakin tinggi konsentrasi seseorang semakin dia lebih fokus.. 

Sebelum kak Wada "boarding" dari KLIA menuju terus ke Jeddah..sebaik kaki mahu melangkah masuk ke dalam flight..kak Wada telah "deactivate" account Facebook kak Wada..masa tu kak Wada hanya fikir mahu fokus beribadah..menempuh perjalanan sejauh 7,000 kilometer merentas benua hanya untuk mencari redha Allah dan bukan mencari redha manusia..mulanya kak Wada fikir segala perkongsian cerita sepanjang berada di sana akan kak Wada kongsi bila pulang nanti..

Namun sebaik kak Wada menjejakkan semula kaki ke tanah air..kak Wada terasa bagaikan sudah tidak ada "nafsu" untuk melayari media sosial yang satu ini..entah kenapa jadi begitu kak Wada sendiri pun tak tahu..masa tu kak Wada bagaikan jatuh cinta dengan dunia menghafaz al-Quran..itulah kehidupan kak Wada selama kak Wada menghilangkan diri dari dunia maya..tiada siapa pun yang dapat menjejaki kak Wada..
 
Sementelah pula tak lama selepas itu kak Wada diberi petunjuk oleh Allah perniagaan yang kak Wada inginkan..perniagaan yang tidak rugi dan perniagaan yang dekat dengan Allah..
 
Firman Allah:
 
"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah (al-Quran) dan melaksanakan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepadanya dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan rugi.(Fatir 35:29)"
 
Mengapa membaca al-Quran ini merupakan perniagaan yang tidak rugi?....kalau tidak rugi sudah tentulah untung..kak Wada masih ingin tahu..sedangkan kalau kak Wada berniaga produk makanan umpamanya..sekiranya perniagaan itu untung dan berkembang maju..kemungkinan untuk kak Wada menjadi seorang jutawan sangat besar potensinya..sedangkan membaca al-Quran ini langsung tidak memungkinkan kak Wada menjadi seorang jutawan..
 
Persoalan ini terus membeku di benak fikiran kak Wada..persoalan ini tidak berakhir di situ..satu hari kak Wada diberitahu tentang peluang bagaimana untuk menjadi seorang jutawan..wah..menariknya..tapi bagaimana caranya..

(Part 1) RAHSIA SEORANG JUTAWAN SENYAP
(Part 3) RAHSIA SEORANG JUTAWAN SENYAP
(Part 4) RAHSIA SEORANG JUTAWAN SENYAP

Wednesday, October 28, 2015

(Part 1) RAHSIA SEORANG JUTAWAN SENYAP

Assalamualaikum..
  
Lebih kurang sebulan lebih sebelum kak Wada pergi menunaikan umrah..kak Wada telah mendaftar masuk ke kelas pengajian Bahasa Arab dan Tafsir al-Quran..buat pengetahuan korang..masa sekolah dulu kak Wada memang ambil subjek Bahasa Arab..masa tu kak Wada rasa susahnya belajar Bahasa Arab ni..untunglah orang Arab kan..tak payah susah-susah nak faham al-Quran..

Masa first kelas memang kak Wada tak boleh nak ikut "flow" sebab masih blur..bila next kelas tu baru kak Wada dapat "pick up" apa yang kak Wada belajar secara overall pada setiap kelas..lepas tu kak Wada mula sedar..sebenarnya belajar Bahasa Arab ni kalau belajar ikut al-Quran sangat mudah untuk kita faham..

Firman Allah:

"Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa al-Quran dengan berbahasa Arab, agar kamu memahaminya.(Yusuf 12:2)"

Menurut guru kelas kak Wada tu..dia kata al-Quran ni sangat praktikal..jadi belajarnya pun mudah bila kita dah tahu selok belok Bahasa Arab al-Quran ni..sebenarnya orang Arab pun tak cakap Bahasa Arab seperti dalam al-Quran..mereka cakap bahasa pasar diorang..jadi nak kata orang Arab ni mulia dan beruntung sebab al-Quran tu dalam bahasa diorang tak betul sebenarnya..kita ingat bila kita dah belajar Bahasa Arab..waktu pergi Mekah nanti senang ler kita nak berkomunikasi..tapi guru kak Wada cakap orang Arab kat sana pun cakap Melayu..

Teringat masa kak Wada pergi umrah hari tu..orang Arab tu cakap "hajjah..lihat dulu"..so setakat nak beli barang tu tak tahu cakap Arab pun tak apa sebab orang Arab kat sana cakap Melayu bila berjual beli dengan orang Melayu..cuma time diorang tak pulangkan duit baki..kita cakap je "haram"..cepat-cepat diorang pulangkan..

Allah pun tak sebut dalam al-Quran yang orang Arab ni lebih mulia atau lebih baik daripada bangsa-bangsa lain kat atas dunia ni..tapi siapakah orang yang lebih baik di sisi Allah..

Firman Allah:

"...Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa.(Al Hujurat 49:13)"

Selama ni memang kak Wada tak pernah terfikir akan belajar al-Quran sampai tahap ni..selama ni kak Wada lebih utamakan belajar ilmu-ilmu lain..sebab bagi kak Wada kalau seseorang tu nak jadi kaya ke..nak jadi jutawan ke..dia kena belajar semua ilmu yang berkaitan dengan perancangan dan pengurusan kewangan..lepas tu circle of friends di kalangan mereka yang ke arah nak jadi jutawan atau pun telah bergelar jutawan..reasonnya sebab nak "absorb" positive attitude diorang..lepas tu kena baca banyak buku-buku motivasi kewangan macam buku Robert Kiyosaki..kena spend duit pergi seminar sana..seminar sini..kena berusaha bersungguh..pendek kata kena buat apa yang orang biasa-biasa ni tak sanggup buat..

Bila tengok orang jadi jutawan ni..kita rasa macam bestnya kalau kita boleh jadi macam dia..duit banyak..harta banyak..tapi timbul pula persoalan..kenapa ada orang dah jadi jutawan..kaya raya tapi hidup tak bahagia..ada yang sampai tahap bunuh diri..ramai target nak jadi jutawan sebab fikir nak hidup bahagia..tapi tak bahagia juga..namun ada juga jutawan yang hidup bahagia..yelah korang..kalau jadi jutawan pun tapi hidup tak tenteram pun tak guna juga..sebenarnya Allah tak larang pun kita ni nak jadi jutawan..itu kan salah satu keinginan hawa nafsu manusia..tapi kita naklah jadi jutawan yang hidup tenang dan bahagia..macam mana caranya..

(Part 2) RAHSIA SEORANG JUTAWAN SENYAP
(Part 3) RAHSIA SEORANG JUTAWAN SENYAP
(Part 4) RAHSIA SEORANG JUTAWAN SENYAP

Saturday, October 24, 2015

(Part 6) DOA NAK BERNIAGA TAPI TAK NAK RUGI

Assalamualaikum..

Actually sebelum kak Wada pergi umrah..kak Wada pernah bertembung dengan ayat ni sewaktu membaca al-Quran beramai-ramai mengikut imam di salah sebuah masjid..lepas habis baca tu..imam bacakan terjemahannya..masa tu kak Wada cuma faham-faham macam tu jelah..tak rasa kelainan apa pun dengan ayat tu..rasa sama macam baca terjemahan ayat lain..
Satu hari..tak lama lepas kak Wada balik dari umrah..lepas solat Subuh kat masjid..memang rutin masjid kak Wada solat ni akan baca al-Quran beramai-ramai mengikut imam..then bilal akan baca terjemahan..tiba-tiba bila sampai kat ayat ni:

Firman Allah:

"Sesungguhnya orang-orang yang mereka membaca Kitab Allah (al-Quran) dan mendirikankan solat dan menafkahkan sebahagian dari apa yang Kami telah rezekikan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan rugi.(Fatir 35:29)"

"Perniagaan yang tidak akan rugi???"..bisik hati kak Wada..memang pun kak Wada nak meniaga tapi takut rugi..tak nak rugi..kak Wada renung maksud ayat ni dalam-dalam..kak Wada fikir berkali-kali..lepas tu kak Wada teringat masa depan Kaabah hari tu kak Wada doa minta perniagaan tu perniagaan yang kak Wada dekat dengan Allah..

Kawasan kak Wada solat waktu dan berdoa yang setentang dengan pintu Kaabah 

Rupanya inilah petunjuk yang Allah beri..Allah suruh kak Wada sentiasa baca al-Quran..utamakan solat..menafkahkan sebahagian rezeki..sebab inilah perniagaan yang tak akan rugi..lepas tu kak Wada fikir lagi..bukan ke baca al-Quran dan solat tu menjadikan kak Wada dekat dengan Allah..betullah..dua-dua kriteria yang kak Wada nak tu ada..jadi inilah perniagaannya..sesuatu yang di luar radar pemikiran kak Wada..memang tak terfikir langsung..

Alhamdulillah..terima kasih Ya Allah..kak Wada akur dengan petunjuk Allah..Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kak Wada..masa tawaf kak Wada doa minta boleh hafaz al-Quran last sekali dan tak minta dengan bersungguh-sungguh sebab kak Wada lebih utamakan dan bersungguh-sungguh doa minta petunjuk nak berniaga apa..sebab pada sangkaan kak Wada tentulah berniaga tu lagi penting daripada hafaz al-Quran..rupanya Allah suruh juga kak Wada utamakan al-Quran..hafaz al-Quran lebih penting..sebab itulah sebenarnya perniagaan yang paling menguntungkan yang ramai orang tak tahu..terasa malunya kak Wada kepada Allah..betapa Allah telah membuka lagi jalanNya kepada kak Wada..

Firman Allah:

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang berbuat baik.(Al-'Ankabut 29:69)"

DOA NAK BERNIAGA TAPI TAK NAK RUGI
(Part 2) DOA NAK BERNIAGA TAPI TAK NAK RUGI
(Part 3) DOA NAK BERNIAGA TAPI TAK NAK RUGI
(Part 4) DOA NAK BERNIAGA TAPI TAK NAK RUGI
(Part 5) DOA NAK BERNIAGA TAPI TAK NAK RUGI

Thursday, October 22, 2015

(Part 5) DOA NAK BERNIAGA TAPI TAK NAK RUGI

Assalamulaikum..

Sebelum ni kak Wada dah cerita kat korang doa apa yang kak Wada pohon..doanya "Ya Allah..tunjukkanlah aku perniagaan yang perniagaan itu aku dekat denganMu Ya Allah"..kak Wada minta Allah beri petunjuk..masa bila Allah nak beri petunjuk..cara mana Allah nak beri petunjuk..kat mana Allah nak beri petunjuk..kak Wada serahkan kepada Allah untuk menentukannya..kak Wada dah buat kerja kak Wada sebagai hamba..hasilnya kak Wada serahkan kepada Allah..

Firman Allah:

"...Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki ke jalan yang lurus.(Al Baqarah 2:213)"

Salah satu cara bagaimana Allah menyampaikan petunjukNya adalah melalui ayat al-Quran itu sendiri..dalam solat kita memohon kepada Allah..

Firman Allah:

"Tunjukilah kami jalan yang lurus.(Al Fatihah 1:6)"

Kita minta petunjuk di dalam solat lima waktu kerana di luar waktu solat kita menghadapi ujian..waktu ujian ini kita berdepan dengan serangan hawa nafsu dan syaitan..jadi kita perlukan petunjuk untuk hadapi ujian di luar solat..petunjuk inilah yang akan memandu kita sewaktu kita hendak membuat keputusan sebelum melakukan apa jua perkara..petunjuk ini menentukan sama ada keputusan yang kita ambil itu "comply" dengan peraturan Allah..kita dah berikrar nak taat dan patuh dengan Allah yang menjadi fokus hidup kita setiap hari..jadi mana mungkin kita taat dan patuh dengan Allah sedangkan apa yang kita lakukan itu tidak "comply" dengan peraturan Allah..

Sebagai pencipta kita..Allah Maha Mengetahui akan keperluan kita..maka di dalam ayat lain Allah menjawab permintaan kita..

Firman Allah:

"Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa.(Al Baqarah 2:2)"

Jelas di sini Allah memberitahu kita bahawa petunjuk yang kita mahukan itu adalah al-Quran..kita akan berjaya menghadapi ujian..mematahkan serangan hawa nafsu dan syaitan dengan syarat kita mengikuti panduan yang telah diberikan oleh al-Quran..

Berbalik kepada doa kak Wada yang juga minta petunjuk..tanpa kak Wada sangka..Allah telah menjawab permintaan kak Wada itu melalui cara yang sama iaitu melalui ayat al-Quran juga..ayat apakah itu?..adakah ayat itu memenuhi apa yang kak Wada inginkan..atau kak Wada terpaksa akur dengan kehendak Allah kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kak Wada..

DOA NAK BERNIAGA TAPI TAK NAK RUGI
(Part 2) DOA NAK BERNIAGA TAPI TAK NAK RUGI
(Part 3) DOA NAK BERNIAGA TAPI TAK NAK RUGI
(Part 4) DOA NAK BERNIAGA TAPI TAK NAK RUGI
(Part 6) DOA NAK BERNIAGA TAPI TAK NAK RUGI

Tuesday, October 20, 2015

PENTING SANGAT KE HAFAZ AL-QURAN NI?

Assalamualaikum..

Selepas kak Wada menghafal surah As Sajdah..kak Wada tidak meneruskan hafalan surah lain sebab masa tu fikiran kak Wada dah ke arah persiapan nak pergi umrah..kak Wada membeli buku berkaitan ibadah umrah..juga membaca artikel-artikel berkaitan ibadah umrah di banyak website..

Antara buku yang kak Wada hadam ialah buku karangan Prof Muhd Kamil Ibrahim bertajuk "Nota Dari Madinah"..kalau korang nak pergi umrah memang kak Wada suggest korang baca buku ni..tulisan beliau dari sisi yang berbeza dengan penulis lain dan sangat praktikal..salah satu yang kak Wada praktikkan ialah doa yang dibaca pada setiap pusingan tawaf..

Actually sebelum baca buku tu lagi..ustaz yang kak Wada pergi seminar teknik hafazan al-Quran tu pun berkongsi cerita kepada peserta seminar tentang doa yang dia minta semasa tawaf..antaranya dia minta dengan Allah supaya dia boleh hafaz al-Quran..faham al-Quran dan dikurniakan 10 orang anak..Alhamdulillah..Allah telah memperkenankan permintaannya..

Dipendekkan cerita..tibalah waktu kak Wada mengerjakan tawaf..setiap pusingan tawaf tu kak Wada berdoalah apa yang kak Wada nak..doa untuk suami..doa untuk anak..doa untuk ibu bapa dan lain-lain..last sekali baru kak Wada doa  minta supaya kak Wada boleh hafaz al-Quran..kenapa last sekali..sebab masa tu kak Wada antara yakin dengan tak yakin yang kak Wada ni boleh hafaz al-Quran walaupun ada niat nak hafaz al-Quran..rasa macam susahnya nak hafaz al-Quran ni..rasa macam berat je.."boleh ke aku hafaz ni"..tak ada rasa bersungguh-sungguh nak hafaz al-Quran..


Sekembalinya dari menunaikan umrah..dengan izin dan hidayah daripada Allah..kak Wada rasa macam ringan pulak nak hafaz al-Quran..padahal sebelum pergi umrah tu kak Wada rasa macam payah sangat..selama ni tak pernah terfikir pun yang kak Wada akan boleh hafaz al-Quran sebab ikut kefahaman kak Wada..al-Quran ni baca je pun dah cukup..tak payah hafaz..tak payah tadabbur..sebab tulah al-Quran tak berfungsi dalam hidup kita..al-Quran hanya berfungsi apabila ia letak di hati..macam mana nak letak al-Quran di hati..kita kena hafaz al-Quran..

Kak Wada terus hafal surah Al Baqarah..pada mulanya kak Wada hafal gitu-gitu je..tapi makin ke depan kak Wada hafal dan tadabbur..makin rasa teruja pulak..tak macam baca buku-buku omputih..tak kiralah buku motivasi atau buku ilmu dalam bidang tertentu..lain dia punya rasa..sebab buku omputih tu tak ada hidayah di dalamnya..kita perlu hidayah setiap saat sebab hidayah nilah yang memandu kita masa kita nak buat beribu-beribu keputusan sebelum melakukan apa jua perkara dalam hidup ini..sama ada apa yang kita lakukan tu bertepatan dengan peraturan Allah atau sebaliknya..peraturan Allah hanya ada dalam al-Quran..
Firman Allah:
"Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa.(Al Baqarah 2:2)"

Menghafaz al-Quran juga membuatkan kita banyak ingat Allah dan hanya dengan ingat Allah sahaja hati kita akan menjadi tenang..

Firman Allah:

"...Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang tenteram.(Al Ra'd 13:28)"

Paling penting bila di akhirat nanti kerana orang yang hafaz al-Quran sentiasa membaca al-Quran..

Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu  Al Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim) 

PANDUAN MASUK SEKOLAH TAHFIZ ULUL ALBAB KPM
"TIDAKKAH KAMU MEMIKIRKANNYA"
BAGAIMANA NAK MULA HAFAZ AL-QURAN

Sunday, October 18, 2015

(Part 4) DOA NAK BERNIAGA TAPI TAK NAK RUGI

Assalamualaikum..
 
Part 3 kak Wada dah cerita kat korang masa bila kak Wada berdoa..siapa yang ajar kak Wada berdoa waktu tu..semasa kak Wada di sekolah menengah..ada seorang guru telah berpesan antara waktu yang kita elok berdoa adalah sebelum makmum mengaminkan bacaan Fatihah imam..Insya-Allah doa akan diperkenankan oleh Allah..beliau juga mengajar antara doa yang boleh dipohon kepada Allah..
 
Sejak dari sekolah rendah lagi kak Wada memang lemah dalam subjek matematik..masa peperiksaan penilaian darjah lima (sekarang UPSR)..semua subjek kak Wada dapat A kecuali subjek matematik..naik sekolah menengah pun sama..kak Wada rasa susah nak faham matematik..sampai tahap kak Wada rasa nak mual bila setiap kali guru matematik masuk kelas..rasa ngeri dengan subjek matematik..korang suruhlah kak Wada menulis karangan..berapa panjang pun kak Wada boleh tulis tapi bab mengira memang lemau..sebab tulah Allah jodohkan kak Wada dengan dak suami yang otaknya memang otak mengira sampaikan subjek add math pun dia dapat A1..tapi cuba korang suruh dia buat karangan..selagi pendek yang boleh dia akan tulis..itulah kelebihan dan kekurangan yang melengkapi antara satu sama lain..
 
Kak Wada bagaikan cacing kepanasan masa form 5 sebab dah boleh bajet yang kak Wada bakal gagal subjek matematik masa SPM nanti..tiba-tiba kak Wada teringat pesanan guru kak Wada tu..nampaknya memang dah tak ada cara lain untuk kak Wada lulus subjek matematik..hanya doa kepada Allah sahaja yang mampu kak Wada lakukan..
 
Sewaktu solat terawih di asrama yang masa tu diadakan di dewan besar sekolah..kak Wada pun mengambil peluang berdoa pada setiap rakaat dalam solat terawih..kak Wada berdoa sebelum makmum mengaminkan bacaan Fatihah imam yang doanya berbunyi.."Ya Allah sekiranya aku ditakdirkan gagal subjek matematik masa SPM..Kau hapuskanlah takdir itu Ya Allah"..kemudian di"amin"kan oleh makmum..
 
Kredit gambar dari Portal SMKA Sharifah Rodziah

Apakah yang terjadi semasa hari peperiksaan..pada hari peperiksaan kak Wada resah gelisah..toleh kiri..toleh kanan..toleh belakang..kawan-kawan kak Wada semuanya sedang khusyuk menjawab soalan peperiksaan..apalah daya kak Wada waktu tu..dah memang tak boleh nak jawab..hanya Allah sahaja yang tahu perasaan kak Wada masa tu..memang tak ada harapanlah nak masuk universiti..
 
Rupanya ada orang yang perasan dengan keadaan kak Wada tu..tiba-tiba salah seorang "invigilator" datang menghampiri kak Wada..dia seakan-akan faham dengan masalah yang kak Wada hadapi..dia bagaikan tahu apa yang kak Wada perlukan waktu itu..dia telah pergi mengambil kertas jawapan salah seorang student top scorer matematik yang juga merupakan di kalangan kawan-kawan kak Wada..kemudian dia menyuruh kak Wada menyalin jawapan tersebut..
 
Lepas kak Wada habis menyalin jawapan dan sesudah kertas jawapan dipungut..tubuh kak Wada menggigil bagaikan tidak percaya apa yang telah berlaku..kerja siapa kalau bukan Allah yang telah menggerakkan hati  "invigilator" itu untuk membantu kak Wada pada waktu itu..apabila result peperiksaan SPM keluar..kak Wada bukan sahaja setakat lulus malah mendapat kredit dalam subjek tersebut..satu keajaiban telah berlaku..itu pun kak Wada hanya sempat salin jawapan kertas 1 kawan kak Wada tu di saat akhir sebelum peperiksaan tamat..kalau kak Wada salin semua jawapan barang kali result kak Wada pun sama distinction macam kawan kak Wada tu..
 
Kalau ikut logik akal memang tak logik..ikut logik akal memang gagal tapi dengan izin Allah..kekuatan doa telah mengatasi logik akal..Allah telah memperkenankan doa kak Wada yang sangat berharap ketika itu..itulah peristiwa yang berlaku kepada kak Wada 23 tahun yang lalu..
 
Firman Allah:
 
"Allah menghapuskan dan menetapkan apa yang Dia kehendaki.  Dan di sisiNya terdapat Ummul Kitab (Luh Mahfuz).(Al Ra'd 13:39)"
 
Sabda Nabi s.a.w:
  
"Tiada yang boleh menolak takdir selain doa dan tiada yang boleh memanjangkan umur kecuali perbuatan yang baik.(Tirmizi)" 
 
Apakah doa kak Wada yang di"amin"kan oleh makmum sekali lagi akan diperkenankan oleh Allah..lebih-lebih lagi kak Wada berdoa di hadapan Kaabah..
 
DOA NAK BERNIAGA TAPI TAK NAK RUGI
(Part 2) DOA NAK BERNIAGA TAPI TAK NAK RUGI

Friday, October 16, 2015

MAKSUD SEBENAR BERGANTUNG KEPADA ALLAH

Assalamualaikum..

Pada entry MENGAPA KENA JAUHI SARANG LABAH-LABAH..timbul persoalan tentang apakah yang dimaksudkan dengan bergantung sepenuhnya kepada Allah..mungkin ada juga yang berfahaman bahawa bergantung dengan Allah tu bermakna kita hanya berpeluk tubuh dan menyerahkan segalanya kepada takdir..

Guru pengajian al-Quran kak Wada telah memberikan kefahaman yang betul melalui kuliah yang disampaikannya..maksud bergantung sepenuhnya kepada Allah adalah dengan taat dan patuh kepada perintah Allah..setiap apa yang kita lakukan mesti mengikut peraturan Allah..

Kredit carian Google

Kita mesti mengutamakan perkara yang diutamakan oleh Allah..Allah priority nombor satu dalam hidup kita..contohnya dalam urusan seharian kita..antara meeting dengan Allah (solat) dan meeting dengan manusia..mana yang kita kena dahulukan..orang yang bergantung kepada Allah mengutamakan meeting dengan Allah..bila Allah panggil setiap waktu solat..kita solat dulu..bukannya meeting dengan manusia dulu..tapi apa yang berlaku kita utamakan urusan dengan manusia berbanding Allah..

Apakah kesan bila kita bergantung dengan manusia..kita utamakan meeting dengan client kita sebab kita anggap client yang akan beri kita banyak job..banyak duit masuk kepada bisnes kita..tapi apa jadi kalau tiba-tiba client kita itu mati..bagaimana dengan bisnes kita..sudah tentulah kita hilang tempat bergantung dan bisnes kita pun drop..

Firman Allah:

"Apa yang ada di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal.(An-Nahl 16:96)"

Sebaliknya jika kita bergantung dengan Allah yang tidak mati seperti client kita..sudah tentu kita tidak akan kehilangan tempat bergantung kerana menyerahkan kepada Allah untuk menjaga bisnes kita..bukankah Allah yang mengawal dan mentadbir seluruh alam ini..Dia boleh melakukan apa sahaja yang dikehendakiNya..rezeki kita pun dia yang tentukan..so kita akan rasa "secured" kerana tempat kita bergantung itu kekal lagi kukuh..

Firman Allah:

"Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang dia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya dia berpegang kepada simpulan (tali) yang kukuh.  Hanya kepada Allah kesudahan segala urusan.(Luqman 31:22)"

MENGAPA KENA JAUHI SARANG LABAH-LABAH

Thursday, October 15, 2015

APABILA ALLAH TUNJUKKAN KAK WADA JALAN

Assalamualaikum..

Pada post MENGAPA KENA JAUHI SARANG LABAH-LABAH..kak Wada dah cerita kat korang tentang turning point yang mendorong kak Wada mula meneroka al-Quran..adakah Kak Wada sudah berjinak-jinak menghafaz al-Quran masa teguran guru kak Wada terhadap ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah hafaz al-Quran..sebenarnya pada masa tu kak Wada telah pun mula menghafaz al-Quran..bagaimana kak Wada bermula..

Selepas pintu hati kak Wada diketuk oleh ayat al-Quran tentang sarang labah-labah tu..kak Wada dan dak suami tidak pernah "miss" untuk mengikuti kuliah magrib ustaz tu walaupun gilirannya hanya sekali dalam sebulan..kitorang akan sedaya upaya datang walaupun waktu kitorang sampai tu kuliah dah sekerat jalan..

Setelah mengikuti kuliah demi kuliah..satu hari pada tahun 2014..ustaz ni beritahu kepada jemaah bahawa dia akan mengadakan satu seminar tentang kaedah menghafaz al-Quran pada bulan Ramadhan..masa tu bagaikan ada magnet yang menarik kak Wada dan dak suami untuk menghadiri seminar sehari itu..bercerita tentang background ustaz ni..beliau telah menghafaz 30 juzuk al-Quran..mempunyai pusat tahfiz sendiri..penulis buku dan merupakan bekas akauntan bertauliah..kisah hidupnya yang dari buta al-Quran hingga menjadi seorang huffaz menjadi motivasi kepada mereka yang mahu menghafaz al-Quran..

Seminar tersebut mendedahkan kak Wada tentang teknik hafazan al-Quran menurut kaedah yang diasaskan oleh beliau sendiri..selepas mengikuti seminar tersebut yang tujuan kak Wada pergi hanya untuk menambah ilmu..tanpa kak Wada sedari tiba-tiba timbul rasa minat untuk kak Wada cuba menghafaz surah dari al-Quran..kak Wada pilih untuk hafaz surah As Sajdah..masa study dulu kak Wada pernah hafal surah ni..tapi dah tak berapa nak ingat..mungkin sebab tidak mengikut kaedah yang betul..juga kerana niat hafal tu untuk tujuan peperiksaan sahaja..

Masa mula nak hafal balik surah tu kak Wada rasa macam berat ler juga..tapi kak Wada tetap teruskan juga usaha hingga boleh hafal..oleh kerana surah ni menjadi rutin tok imam membacanya pada rakaat pertama dalam solat Subuh pada hari Jumaat..maka ia menjadi satu motivasi kepada kak Wada untuk menghafalnya..time tok imam baca tu kak Wada rasa confident je..sebab faham makna setiap ayat..then dah tahu next ayat apa..so kak Wada boleh menghayatinya berbanding masa sebelum hafal..kalau dulu tok imam baca ayat panjang..hati dan fikiran dah melayang ke tempat lain..sangat berbeza..

Bila mana kita letakkan pergantungan hidup ini sepenuhnya kepada Allah dan mula bersungguh-sungguh mencari redha Allah..pasti Allah akan menunjukkan jalan untuk kita memperbaiki diri..kita akan mendapat kekuatan daripada Yang Maha Kuat untuk berubah kerana Allah bersama orang-orang yang mahu memperbaiki diri mereka..

Firman Allah:

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang berbuat baik.(Al-'Ankabut 29:69)"

Monday, October 12, 2015

MENGAPA KENA JAUHI SARANG LABAH-LABAH

Assalamualaikum..

Teguran guru kak Wada kepada ibu bapa yang hantar anak ke sekolah hafaz Al Quran berlaku tak lama selepas kak Wada balik dari mengerjakan umrah..adakah masa tu kak Wada sebenarnya sudah berjinak-jinak menghafaz Al Quran..sebelum pergi lebih jauh..izinkan kak Wada flashback dulu macam mana kak Wada boleh sampai ke arah nak meneroka Al Quran..

Kisah bermula dalam tahun 2013..kak Wada bagaikan meraba-raba mencari "sesuatu" dalam hidup ini..terasa ada yang tak kena dalam diri..masa hidup banyak dihabiskan dengan mengejar dan mencari duit..target mesti ada duit dan tabungan yang banyak sebab fikir dan yakin itulah cara kalau nak "secured" dalam hidup tak kiralah pada hari ini atau pada masa hadapan..

Nak kata tak solat..kak Wada solat..nak kata tak baca Quran..kak Wada baca Quran..kebanyakan kita fikir bila kita dah solat..dah mengaji kira kita ni dah betul sebab tak buat dosa..tapi mengapa dalam masa yang sama kak Wada rasa tak "secured"..banyak perkara yang kak Wada bimbangi..banyak perkara yang kak Wada rasa risau..rasa takut..pendek kata semua tu memang mengganggu hidup kak Wada..lantas kak Wada terfikir untuk mencari jawapan yang boleh menemukan jalan keluar..tidak mahu terus hidup sebegini..

Mungkin sebab kekurangan ilmu agama..maka kak Wada mula ke masjid-masjid berhampiran untuk mendengar kuliah Magrib..itu pun hanya kuliah Magrib malam Sabtu atau Ahad yang baru ada peluang sebab hari lain bekerja..kadang balik lambat so tak sempat nak pergi..satu hari dengan izin dan kehendak Allah..kak Wada dengar ceramah seorang ustaz ni di salah sebuah masjid..beliau membacakan ayat ini ketika berceramah..

Firman Allah:

"Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah.  Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah, sekiranya mereka mengetahui.(Al-'Ankabut 29:41)"

Berdasarkan ayat tersebut..ustaz menerangkan bahawa orang yang hidupnya bergantung selain Allah adalah ibarat bergantung pada sarang labah-labah..sarang labah-labah ni macam dahan yang rapuh..tak kukuh..bila-bila masa boleh buat kita jatuh ke bawah..sebaliknya hanya dengan meletakkan pergantungan  kepada Allah sahaja yang kukuh dan kekal..sebab Allah tu kekal dan yang lain-lain tu bersifat sementara..

Kredit carian Google
 
"Betullah apa ustaz ni cakap..selama ni aku banyak letak pergantungan selain Allah..tak solid 100% bergantung dengan Allah"..kata hati kecil kak Wada..secara tak sedar memang selama ni kita hidup bergantung dengan duit..bergantung dengan kerja..bergantung dengan boss..bergantung dengan majikan..bergantung dengan kawan..bergantung dengan ekonomi..bergantung dengan pasaran..bergantung dengan sistem manusia..bergantung dengan network..bergantung dengan nasihat pakar..bergantung dengan customer..dan segala macam pergantungan dengan makhluk..rupanya semua tu sarang labah-labah..tak ada satu pun yang boleh kekal bertahan lama..patutlah kak Wada rasa tak "secured"..bila tak "secured" tentulah rasa bimbang..takut..risau..terancam..berisiko..so inilah jawapan yang kak Wada cari selama ni..

Sejak dari hari tu..kak Wada dan dak suami semakin bertambah minat untuk mengikuti kuliah ustaz tu..ceramah ustaz ni sangat berbeza dengan ustaz-ustaz lain..tak lekang mulutnya menyebut dalil dari Al Quran atas setiap apa yang disampaikan..bayangkan hanya satu ayat telah mengetuk pintu hati kak Wada..itulah mukjizat Al Quran..Allah telah mencampakkan hidayahNya ke dalam hati kak Wada..

Apakah kita benar-benar faham tentang bergantung dengan Allah..baca post MAKSUD SEBENAR BERGANTUNG KEPADA ALLAH

Saturday, October 10, 2015

"TIDAKKAH KAMU MEMIKIRKANNYA?"

Assalamualaikum..

Dewasa ini timbul kesedaran di kalangan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah yang ada aliran tahfiz..kecenderungan ini disebabkan mereka melihat situasi permasalahan gejala sosial di kalangan remaja yang hidup dalam dunia tanpa sempadan semakin membimbangkan..

Maka langkah terbaik bagi menghadapi situasi ini tak lain adalah dengan mengukuhkan pegangan agama..kak Wada salah seorang daripada kalangan ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah aliran tahfiz..actually dak kakak apply tiga buah sekolah beraliran tahfiz..satu under Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)..satu under MRSM dan satu lagi under Majlis Agama Islam negeri..kak Wada, dak suami dan dak kakak sendiri ada pilihan utama masing-masing..namun kak Wada mohon petunjuk pilihan terbaik untuk dak kakak daripada Allah..

Alhamdulillah..dak kakak telah diitawarkan masuk ke sekolah aliran tahfiz under KPM..tak berapa lama setelah mendaftarkan diri..datang pula tawaran dari sekolah under Majlis Agama Islam negeri..sebulan kemudian datang pula tawaran dari MRSM Kota Putra..murah betul rezeki dak kakak..semua yang apply dapat..tapi kak Wada menerima hakikat bahawa tawaran pertama itulah yang terbaik untuk dak kakak..so no argument lagi antara kitorang..Allah dah tentukan mana terbaik..

Dalam pada keghairahan kita meraih yang terbaik untuk anak-anak kita..ada teguran daripada guru pengajian Al Quran kak Wada kepada ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah aliran tahfiz..menurut beliau ramai ibu bapa menyuruh anak-anak menghafaz Al Quran..sedangkan mereka sendiri tidak menghafaz Al Quran..suruh anak buat  perkara baik tapi mereka sendiri tak buat perkara baik..

Firman Allah:

"Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedangkan kamu lupa akan dirimu sendiri, padahal kamu membaca kitab?  Tidakkah kamu memikirkannya?.(Al Baqarah 2:44)"

Kita suruh anak kita hafaz Quran tapi kita boleh pulak tak hafaz Quran..mana pergi akal kita..kita ni tak guna akal ke?..menyentap jauh ke dalam hati kak Wada..betul juga kata guru kak Wada tu..kita ni ibu bapa patutnya jadi role model kepada anak-anak..cara mendidik anak yang berkesan adalah kita buat dulu then baru suruh anak buat..barulah anak-anak tak keliru dan tak pertikaikan sebab sama-sama buat..

Kak Wada terima teguran itu dengan hati terbuka..apatah lagi datangnya bersama teguran dari Allah Yang Maha Bijaksana..jika kita sudah melakukan kesilapan..inilah masanya untuk memperbaiki diri..kepada yang belum melakukan kesilapan..jalan yang betul telah ditunjukkan..ikutlah saja..

Thursday, October 8, 2015

(Part 3) DOA NAK BERNIAGA TAPI TAK NAK RUGI

Assalamualaikum..

Bermulalah episod kak Wada berdoa di hadapan view angle pintu Kaabah dan jajaran angle Multazam setiap kali waktu solat..kalau kita nak minta sesuatu dengan Allah..kita kena minta bersungguh-sungguh..kita boleh berdoa dan berharap..tapi kita kena ingat..sama ada dapat atau tidak apa yang kita nak itu hak Allah..Dia boleh beri apa yang kita nak dan Dia juga tidak boleh beri apa yang kita nak..kita berusaha dan berdoa tapi hasilnya atas izin Allah..pada sangkaan kita..kalau kita dapat apa yang kita nak tu baik untuk diri kita..kalau tak dapat apa yang kita nak tu tidak baik untuk diri kita..

Tingkat 1 Masjidil Haram yang setentang dengan pintu Kaabah

Itulah prinsip salah yang kebanyakan kita pegang..sebenar tidak ada yang baik atau tidak baik atas apa yang Allah beri sesuatu kepada kita..sebab baik yang sebenarnya bukanlah baik pada pandangan dan keinginan kita..baik yang sebenarnya adalah baik di sisi Allah..sebab itulah kalau kita dapat apa yang kita nak..kita ucap Alhamdulillah..kalau tak dapat apa yang kita nak tu pun kita ucap juga Alhamdulillah..sebab Yang Maha Memberi itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk yang meminta..

Firman Allah:

"...Boleh jadi kamu bencikan sesuatu, padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu sukakan sesuatu, tetapi ia tidak baik buatmu.  Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.(Al Baqarah 2:216)"

Masa bilakah kak Wada berdoa..setiap kali sujud akhir dalam solat lima waktu dan solat-solat sunat kak Wada berdoa..menjelang beberapa hari sebelum meninggalkan kota Mekah..kak Wada berdoa di kala sebelum makmum mengaminkan surah Al Fatihah yang dibaca oleh imam semasa solat Subuh, Magrib dan Isyak (bacaan jahar)..

Apakah doa kak Wada..kak Wada mohon spesifik kriteria perniagaan yang kak Wada nak tu..dengan penuh mengharap kak Wada berdoa.."Ya Allah..tunjukkanlah aku perniagaan yang perniagaan itu aku dekat denganMu Ya Allah.."

"Aaminnnn"..bergema suara sekelian jemaah di dalam Masjidil Haram yang datangnya dari segenap pelusuk dunia mengaminkan permohonan yang kak Wada "submit" tu..kita tidak tahu dalam kalangan  sekelian jemaah itu akan ada doa orang-orang alim dan soleh yang diangkat oleh Allah..

Kenapa kak Wada tak doa minta perniagaan yang boleh jadikan kak Wada kaya dan berjaya..atau perniagaan yang boleh jadikan kak Wada jutawan..agaknya ada ke perniagaan yang kak Wada nak tu..berapa agaknya modal untuk perniagaan tu nanti..kak Wada tak naklah rugi..macam-macam persoalan yang bermain di minda..bukankah Allah Maha Mengetahui..kita serahkan sahaja keputusannya kepada Allah..adakah Allah "reply" permohonan kak Wada..

(Part 2) DOA NAK BERNIAGA TAPI TAK NAK RUGI
(Part 4) DOA NAK BERNIAGA TAPI TAK NAK RUGI
(Part 5) DOA NAK BERNIAGA TAPI TAK NAK RUGI
(Part 6) DOA NAK BERNIAGA TAPI TAK NAK RUGI

Wednesday, October 7, 2015

PANDUAN MENGATASI RASA TAKUT BIMBANG RISAU SEDIH

Asalamualaikum..

Pernahkah korang terfikir kenapa hidup kita ni selalu diburu rasa takut..nak buat ni takut..nak buat tu takut..dibelenggu rasa bimbang..kejap bimbang sana..kejap bimbang sini..dihimpit rasa risau..risau masalah ini..risau masalah itu..khuatir tak dapat ini..khuatir tak dapat itu..dihantui perasaan sedih..sedih sebab jadi ini..sedih sebab jadi itu..

Kesemua perkara di atas membuatkan hidup kita jadi tidak tenang..tidak tentu arah..betul tak?..zahirnya kita boleh menipu orang di sekeliling kita dengan menyembunyikan apa yang kita rasa..tapi kita tidak boleh menipu diri kita sendiri bahawa hati kita sedang menderita dan tersiksa..jauh sekali untuk menipu Allah Yang Maha Mengetahui..

Kak Wada nak share dengan korang perkara yang sangat "basic" untuk kita semua faham berkaitan hal ini..kak Wada panjangkan perkara ni kat korang hasil dari pemahaman kak Wada semasa mengikuti kelas pengajian Al Quran..

Setelah datuk kita Nabi Adam dan nenek kita Hawa melanggar perintah Allah akibat terpedaya dengan hasutan syaitan sehingga dikeluarkan dari syurga..Allah memerintahkan Nabi Adam, Hawa dan syaitan  turun ke dunia..sebelum turun dari syurga..syaitan dah berjanji akan menyesatkan keturunan Nabi Adam..maka elemen takut, bimbang, risau dan sedih inilah yang dimainkan oleh syaitan ke dalam hati manusia untuk menyesatkan manusia..Allah Maha Pemurah dan Maha Penyayang kepada hamba-hambaNya..Allah Maha Mengetahui keperluan makhluk ciptaanNya..

Allah berfirman:

"Kami berfirman, "Turunlah kamu semua dari syurga!  Kemudian jika datang kepadamu petunjukKu, maka barang siapa mengikuti petunjukKu, nescaya tiada ketakutan dan dukacita ke atas mereka".(Al Baqarah 2:38)"

Allah menurunkan sekali bersama manusia petunjukNya..senang cerita kompas supaya kita ni tak tersesat jalan dalam hidup ini..supaya kita tidak disesatkan oleh syaitan yang dilaknat oleh Allah itu dan dihumban ke dalam neraka bersama syaitan..kat mana nak dapat petunjuk atau kompas ni..

Firman Allah:

"Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa.(Al Baqarah 2:2)"

Maksudnya di sini kompas hidup kita ialah Al Quran..di dalamnya ada panduan untuk mengatasi rasa takut, bimbang, risau dan sedih dalam hidup ini..benar kan..kita rasa takut, bimbang, risau dan sedih kerana kita tidak menggunakan kompas yang Allah beri ni..

Semoga perkongsian kak Wada ini menjadi berita gembira, penawar dan ubat kepada korang yang sedang rasa takut, bimbang, risau atau sedih..

Tuesday, October 6, 2015

(Part 2) DOA NAK BERNIAGA TAPI TAK NAK RUGI

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..kak Wada selamat tiba di Mekah mengikut jadual..kitorang check in hotel waktu azan Subuh..lepas menunaikan solat Subuh..ustaz mutawwif pun terus memandu kitorang para tetamu Allah ni ke Masjidil Haram untuk melakukan tawaf..

Selesai mengerjakan umrah wajib..kak Wada mulai cari "port" untuk kak Wada solat setiap hari..kak Wada berhasrat sangat untuk solat lima waktu bertentangan pintu Kaabah..namun ruangan yang betul-betul di hadapan pintu Kaabah hanya untuk jemaah lelaki sahaja..so kalau nak dapat solat berjemaah betul-betul kat angle view Multazam iaitu antara Hajaral Aswad dan pintu Kaabah..memang tiada tempat untuk jemaah wanita..Multazam adalah salah satu tempat yang paling mustajab untuk berdoa kepada Allah..

Kak Wada terus mencari..rupanya di tingkat satu ada ruang solat bersetentang pintu Kaabah..ruang ini merupakan ruang solat jemaah wanita..walaupun ada terlindung sedikit dengan mataf tawaf..tapi still boleh dapat setentang dengan view pintu Kaabah dan jajaran angle Multazam..ruangan ni dipenuhi jemaah wanita dari Turkey..mostly warga emas..kalau nak solat kat ruang ni..kena datang sejam lebih awal sebelum azan berkumandang..itu pun kalau ada rezeki saf masih kosong.. 

Waktu di antara selepas solat Subuh dan sebelum waktu solat Dhuha

Maka bermula dari saat itu..di situlah tempat kak Wada solat lima waktu setiap hari di dalam Masjidil Haram..walaupun kak Wada tidak dapat melekapkan dada dan muka di Multazam..sekurang-kurangnya kak Wada dapat juga view jajaran angle Multazam..walaupun kita boleh berdoa di mana sahaja di muka bumi ini..tapi inilah usaha kak Wada berdoa di tempat paling mustajab memohon petunjuk daripada Allah tentang perniagaan yang bakal dijalankan..kenapa kak Wada bersungguh-sungguh berdoa di tempat ini..bukanlah mudah untuk kak Wada sampai ke sana dan inilah peluang keemasan yang mesti kak Wada rebut..kak Wada sangat yakin Allah akan memperkenankan permintaan kak Wada..Allah akan mengurniakan apa yang kak Wada minta dengan izinNya..
 
Firman  Allah:

"Dan Tuhanmu berfirman, "Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu.  Sesungguhnya orang-orang  yang sombong tidak mahu menyembahKu, akan Aku masukkan mereka ke Neraka Jahanam dalam keadaan hina.(Ghafir 40:60)."

Apakah bait-bait doa kak Wada..bilakah ketikanya kak Wada berdoa di view angle Multazam ini..

Monday, October 5, 2015

PUNCA MASIH TAK CUKUP HARTA

Assalamualaikum..

Macam mana nak "detect" sama ada harta yang kita ada ni berkat atau tidak berkat..mari kita "scan" sama-sama..apa yang kak Wada share dengan korang ni adalah dari kelas pengajian Al Quran kak Wada..

Harta yang berkat rasa cukup dan harta itu membawa dia dekat dengan Allah..manakala harta tak berkat rasa tak cukup dan halang dia dekat dengan Allah..itulah antara yang disampaikan oleh guru kak Wada..
 
Gambar ilustrasi dari carian google

Perkara ni "simple equation" bagi kak Wada..kita muhasabah diri kita sendiri..hari-hari kita fikir nak tambah sumber pendapatan..nak tambah bilangan harta..kalau lepas pendapatan bertambah..harta bertambah..kita rasa cukup..kita pula makin dekat dengan Allah..solat on time..banyak baca dan tadabbur Al Quran..makna harta kita tu berkat..berkat ialah apa yang Allah redha..bukankah matlamat hidup kita ini tak lain hanya nak cari redha Allah..orang yang diredhai oleh Allah sahaja yang akan mendapat ketenangan dalam hidup..

Sebaliknya kalau lepas pendapatan bertambah..harta bertambah..kita rasa tak cukup..harta itu menghalang kita dekat dengan Allah..solat makin lewat..makin malas..tak ada masa untuk baca dan tadabbur Al Quran..makna harta kita tu tak berkat..bila tak berkat sudah pasti Allah tak redha yang menyebabkan kita tidak dapat ketenangan dalam hidup..

Manusia macam kak Wada dan korang ni mesti rasa kagum bila tengok orang lain ada banyak harta..banyak duit..rumah besar..kereta besar..tapi kalau orang itu ingkar dan sombong..tidak taat dan patuh dengan Allah..tak payahlah kita nak rasa kagum sebabnya harta yang dia ada tu sebenarnya menyeksa hidupnya balik..walaupun zahirnya mereka mempamerkan kebahagiaan hidup mereka..tapi sebenarnya mereka hidup dalam tekanan kerana rasa risau..rasa bimbang..rasa takut..rasa sombong..rasa cemas..rasa tidak selamat..rasa terancam dengan harta itu..jelas penyeksaan dari Allah..

 Firman Allah:

"Maka janganlah harta dan anak-anak mereka membuatmu kagum.  Sesungguhnya Allah berkehendak untuk menyeksa mereka dalam kehidupan dunia dan kelak akan mati dalam keadaan kafir.(At-Taubah 9:55)"

Sunday, October 4, 2015

DOA NAK BERNIAGA TAPI TAK NAK RUGI

Assalamualaikum..

Ikut teori pengurusan kewangan yang kak Wada tahu hasil daripada pembacaan..sumber pendapatan ada 4 jenis..pendapatan aktif..pendapatan pasif..pendapatan sampingan dan pendapatan portfolio..kalau nak "secure" dalam kewangan peribadi..kita kena ada "multiple sources of income"..contohnya kalau korang kerja makan gaji yang merupakan sumber pendapatan aktif..korang kena ada "back up" sumber pendapatan pasif..sebabnya omputih cakap if you have to leave your job later you have another source of income for your survival..

Those yang lebih advance lagi..diorang kata pendapatan pasif pun kena multiple jugak..korang biasa dengar ayat budak-budak yang main investment ni..mahaguru diorang cakap jangan letak telur dalam satu bakul..sebab kalau bakul tu terhempas..habis pecah semua telur-telur tu..kalau letak dalam bakul lain-lain..satu bakul terhempas..ada lagi telur dalam bakul lain..kalau korang tak berapa faham..korang tanya jelah kat budak-budak yang main investment..

Menjalankan perniagaan kecil-kecilan merupakan sumber pendapatan sampingan..maka kak Wada pun sangatlah teruja untuk mempunyai perniagaan sendiri..mula dari kecil dulu dan beransur-ansur membesarkan perniagaan..kak Wada dah pasang impian untuk capai target income puluhan ribu sebulan dan mencecah jutaan ringgit dalam setahun dari perniagaan tu satu hari nanti..tinggi sungguh angan-angan kak Wada korang ni..alah..korang pun ada angan-angan jugak kan..mengaku je *lerrrrrrrr* (dibaca 4 harkat oleh orang Melaka)..maka kak Wada pun start berniaga makanan yang dibantu oleh dak kakak..

Mulanya perniagaan kak Wada tu berjalan lancar..tapi setelah dak kakak masuk asrama awal Januari hari tu..kak Wada rasa macam "down" sebab dah tak ada assistant cum bisnes partner..tambah "down" lagi bila nak start GST hari tu..walaupun GST start bulan April..sebelum bulan April lagi harga bahan mentah untuk hasilkan makanan kak Wada tu dah naik harga soon after harga minyak naik..so macam mana nak berniaga ni..kalau rugi..baik tak payah berniaga kan korang..

Bergantung dengan dak kakak..last last dak kakak masuk asrama..bergantung dengan harga barang..last last ekonomi tak menentu..tak usah kata nak untung..rugi lagi ada..kalau kita ni hidup bergantung selain daripada Allah..macam tulah..tak ada satu pun yang akan kekal..see betapa rapuhnya pergantungan selain Allah..

Firman Allah:

 "Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah.  Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah, sekiranya mereka mengetahui.(Al-'Ankabut 29:41)"

Jadi kak Wada pun cakaplah dengan diri sendiri.."aku ni nak berniaga tapi aku takut rugi..tak nak rugi..kedua kalau  berniaga aku tak nak perniagaan aku tu menyebabkan aku lambat solat..tak dapat solat berjemaah..paling aku tak nak..perniagaan tu menyebabkan aku makin jauh dengan Allah..aku tak nak perniagaan tu melalaikan aku hingga tak berapa nak taat dengan perintah Allah"..

Firman Allah:

 "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya) Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.(Al-Munafiqun 63:9)"

Agak-agak koranglah apakah perniagaan yang menepati kriteria yang kak Wada nak tu..ada ke perniagaan yang macam tu..mesti ada antara korang jawab..meniaga ni ada turun naiknya..mestilah ada masa rugi..kalau sekali sekala lambat solat sebab settlekan bisnes punya hal dulu..boleh kot..Allah tak marah..waktu tu memang kak Wada benar-benar dalam dilema..menjelang beberapa hari sebelum kak Wada berangkat ke Mekah..terdetik di hati kak Wada untuk minta petunjuk dari Allah semasa berada di hadapan Kaabah nanti..

Apakah doa kak Wada?..waktu bilakah kak Wada berdoa..di manakah tempat kak Wada berdoa..adakah Allah menjawab permintaan kak Wada..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...