-

Friday, June 20

Filem Memoir.

Aku sedang sibuk memfilem memori di cakera otak. Kelak bila aku sudah betul-betul tua, akan ku putar semula bila rasa rindu yang terlalu ingin.

Harapnya waktu itu filem aku masih belum lapuk dan kaput.

Friday, June 13

Lari.

Bila ujian terlalu membeban, dan semangat terlalu berat untuk berjuang meneruskan hidup, kita perlu lari seketika dari realiti.

Lari tak bermaksud kita mengalah. Cumanya kita berundur mengambil lajak, dan akan melonjak lebih tinggi apabila tenaga sudah cukup.

Larilah ke mana sahaja. Asal kita rasa kita sudah cukup jauh untuk tidak berfikir apa-apa.

Aku sudah cukup berlari ke belakang. Kini tiba masa aku melonjak ke hadapan pula.

Monday, June 9

Ujian Tuhan.

Dugaan Tuhan takkan terhabiskan selagi kita masih bernafas dengan udara-Nya. Tabahkan hati dan kuatkan diri.

Watlek watpis bak kata Caprice.

Waklu bak kata aku.

Saturday, June 7

Lepas Bebas.

Seronok juga rasa bila sudah tidak terikat pada majikan. Tiada terikat dalam perhubungan. Tiada komitmen, tiada apa-apa.

Rindu? Haruslah.

Hidup mesti diteruskan. Menoleh sekali dua tak apa. Jangan sampai melekat rapat lagi memori lampau dalam kepala. Susah-susah pun tetap kena lepaskan.

Masa mengubah segala, perlahan-lahan.

Bersabarlah jasad. Bersabarlah akal.

Thursday, June 5

Haluan.

Jalan-jalan yang kita pilih, takkan semuanya membawa kita pada matlamat asalnya.

Kita pun takkan tahu betapa besar dunia ini, sehinggakan ada waktunya kita kembali semula pada pangkal kita mula mengembara.

Mana-manapun haluan yang kita pilih, pasti akan ada ilmu dan iktibarnya.

Wednesday, June 4

Hello.

Menemukan para pengikut belog ini, salam sejahtera aku ucapkan. Kini aku kembali, secara berkala, sekali-sekala, InsyaAllah.

Terlalu banyak yang telah berubah, persis saja putaran waktu yang sentiasa berpusing menurut takdir.

Lain kali cerita lagi. Selamat kembali, Adi Wafi!

dari mana mereka datang?