Friday, September 28
violin violet
aku kumpul cebis-cebis cerita lama--
cantum jadi selembar riwayat
begitupun ada jua lompong-lompong
yang belum mampu terisi
masih kabur akan sudahnya, lerainya
hari ini, violin violet menangkap kuisan lepas
lalu menampal derasnya degup jantung
saat temunya kita di muka pintu yang lalu.
Saturday, September 15
desa
mi kari atau koktel buah;
manakan sama
seperti kolam rasa ini
yang buat aku
lelah berenang
merentas seluas
laut ragamu
nasiblah ada udara desa
terhela di paru-paru aku.
Friday, September 14
joran
sang pemancing hati pulang kosong--
masih mampu mengukir senyum
apa diperoleh tak penting
asalkan dia gembira dengan apa yang dia usahakan
dia akan terus tunggu,
janji.
masih mampu mengukir senyum
apa diperoleh tak penting
asalkan dia gembira dengan apa yang dia usahakan
dia akan terus tunggu,
janji.
Wednesday, September 5
Rahsia Dua Pria
Bukan lagi rahsia. Ini buku kedua saya bersama SeLUT Press selepas Sepuluh Ribu.
Sudi-sudilah singgah ke sini, ya? :)
Saturday, September 1
Subscribe to:
Posts (Atom)