-

Sunday, January 30

how to grab TM&AD zine


ok siapa2 betul2 mahu zine Two Months & A Day (TM&AD) ni,
aku boleh poskan, dengan syarat kalian bayar untuk kos pos itu, okay?

harga aku jual RM3, boleh kan?
tambah dengan kos pos laju RM6 (betul ke?), jadi RM9 kan?
atau siapa2 mahu genapkan RM10 pun boleh. ok kan?

terus pergi email aku nanti atau ke fesbuk aku terus.

link fesbuk ada di sisi kanan,
email aku : anoereksia_nervosa@yahoo.com



zine ini merupakan koleksi tulisan aku yang juga kalian boleh baca sendiri dalam belog ini.
TM&AD ini yang uniknya, merupakan kisah aku sendiri, yang aku terjemah ke dalam bentuk penulisan aku sendiri, yang kalian boleh gelar juga, puisi.

aku telah susun ikut kronologi dan aku telah gariskan tarikh2 penting dalam zine ini.

itu sahaja dari aku.

Wednesday, January 26

two months & a day


ada siapa2 mahu?
isinya dari belog ini juga. tak berbaloi untuk dibeli.
bukan kisah cerita engkau pun.

terima kasih.


Sunday, January 23

arjuna durjana


kau boleh ambil apa kau mahu--
perempuan itu

kau boleh tabur apa kau ada--
janji buta

kau boleh siat mana kau mampu--
hati aku

kau boleh pergi mana2 kau suka--
yang cuma imagi fana

kau boleh buat langsi dengan aku
biadap dengan posesi aku
kurang ajar dengan posisi aku

namun tak berganjak aku,
kerana kau bukan siapa2 bagiku.

arjuna durjana,
jumpa lagi kita di hari muka.

bodoh


aku manusia bodoh untuk menghamba pada katanya
kata palsu bersalut kumat-kamit kasihan
mimiknya aku ingat sampai sekarang.

tiada lagi luahan sayang, cuma benci tak berhentian

bodoh!

Friday, January 21

hati


sayang,
ini hati aku
aku janjikan padamu seluruh ragaku,
aku janjikan penerimaanmu seadanya,
apa2 jua pembawakanmu.

lalu kau senyum, kau genggam hati aku.
kau peluk dakap seeratnya.

manis senyum kau waktu itu.

---

sayang,
itu hati aku bukan?
apa sudah kau buat padanya?
kau carikkan kenapa?
kau tikamkan kenapa?
kau leraikan kenapa?

dan kenapa mesti aku saja yang rasa gininya?
sudahnya hati aku ini kecil saja, kau beri sakit, kau buang segala rasa--
tawar lalunya.

aku telan, sampai satu dunia bingit dengan bunyinya!
kenapa mesti berkeputusan begini?

dan kau sekiannya pergi,
kau lari,
kau hilang,
lalu kau bilang kau okay.

aku di sini?
gimana sayang?

oh, kau lupa beri hatimu pada ku di awalnya,

atau kau sendiri tiada hati untuk diberi pada siapa2?

Wednesday, January 19

siapa lagi


dan sudah aku katakan
jiwa aku sepenuhnya milik kamu

dan sudah aku berikan
segala percaya dan azam seluruhnya pada kamu

dan sudah aku taruhkan
masa kudrat aku memimpin jemarimu

dan siapa lagi kalau bukan kamu sayang?

Tuesday, January 18

seni tuhan


hidup persis saja drama
dinukilkan tuhan, dengan produksi sendiri
berepisod sampai mati, seolah infiniti

dan dalam satu babak;
aku diberi satu watak picisan-- antara ekstra2 yang lain
ada atau tidak aku, tampak sama sahaja

namun aku bersungguh memain peranan aku
seluruh raga aku beri, jiwa aku separuh mati
mungkin ada yang mencemuh;
"kau bukan dapat apa2, cuma penat lelah saja. takkan dapat kau kejarkan nama, cuma menanggung di bawah hidup watak utama sahaja"

eh itu bukan niat aku
aku ikhlas mau bantu mereka2 yang buntu
ujar aku ikhlas, maka serius aku ikhlas
aku takkan berkehendak pada nama
tak sekali terlintas untuk menang apa2
malah merampas hak siapa2, pun bukan

lakon layar ciptaan tuhan terlalu agung
aku tak berani untuk cuba mengolah sendiri
aku ditakluk dan diarah untuk mengikut skrip
tapi aku diberi kebebasan sedikit untuk melaksana dengan cara sendiri
yang penting akarnya aku tidak cantas

aku tak tahu sama ada aku di klimaks
atau sudah beranti-klimaks
atau mungkin baru saja mengembangkan plot
aku cuma sedikit bingung.

ah hidup persis saja drama
dinukilkan tuhan, dengan tujuannya sendiri
segala pelakon cuma memain watak
takkan tahu hujungnya gimana.

serius kita semua takkan tahu.


p/s: drama nukilan manusia adalah plagiat seni tuhan.

Monday, January 17

faith


i dug a deep hole, and i was in it
and somehow, i found peace

well i just can't go back.

doesn't matter of the end of this hole--
shall i see skulls or golds;

i just can't go back
faith makes all things possible.

Friday, January 14

pernah


pernah kau menahan sejuta rasa sampai jasad kau menggeletar tak terkawal?
pernah kau menahan embun, walau setitis namun beratnya hanya kau yang rasa?
pernah kau memberi segala raga, dan kau jua hancur akhirnya?

aku pernah.

dan aku takkan gerun untuk mencuba sampai aku puas. sumpah takkan.

Thursday, January 13

sampai mati


kalian2 yang memapah aku
terima kasih.

kau semua tempat bergantungan aku sampai mati

sumpah sampai mati.

nekad


dua minggu dia berjatuhan dari tingkat infiniti
dan malam ini terhumban terus ke lantai bumi

baru dia tau gimana rasa pecah kepala,
tak mampu pikir apa2.

Wednesday, January 12

kelmarin

kelmarin aku bermimpikan sang pemeluk
merakus setiap inci tubuh
melunas sepi2 mati aku

dia kucup
dia cium

dari bintang ia datang
menjelma sebagai sang pencinta

tapi sayang, bila aku celik saja
semuanya kabur semula.

Tuesday, January 11

dua purnama


apalagi yang lebih indah selain berdakap kamu?
ditebuk hati memuat namamu?

hanya kita yang tahu gimana rasa.

hanya kita.

Monday, January 10

tujuh hari


menjarak menjauh
merindu menggila
menanti menunggu

tujuh hari pergi

tujuh hari.

ubat


aku tak duga sampai begini
serius

layang2 seolah tak bertali
entah putus entah terpaut
kendur saja tak bernakhoda
entah aku masih di sisi dia;

hari ini cuma suara sayu
jadi ubat rindu aku.


tuhan,
mudahkan segala untuknya

seperti selayaknya mungkin dia mengharungkannya.

Saturday, January 8

cuma dia.


aku cuma ada dia untuk disayang
dibelai manja
dikongsi jiwa
diluah rasa

yang lainnya cuma lalang2 saja
mengerling cuma;
untuk hawa mata seketika.

kosong


satu campur satu, tetap kosong;

entah gimana jadi begitu. kosong.

Friday, January 7

hari tanpa yang disayang


ini kali pertama
tiada sepatah khabar dalam dua puluh empat jam

tak apa, aku masih doakan dia
selamat dan sihat sepanjang usianya
selama ketiadaanku

biar kita jauh
kau masih dekat di sini

di hati ini.

Wednesday, January 5

akan pulang


ada hati dibawa pergi--
jauh, melaut.

takkan mati ia menunggu
azamnya seyakin percaya,
separuhnya akan pulang, tak lama lagi.

lalu dikucup di getir bibir
dengan senyum manis sepertimana dia selalu suka.

Tuesday, January 4

migrasi kecil


belog ini aku tiup nafas baru.

sikit cuma,
moga cukup untuk hidup pada hari2 seterusnya.

:)

Saturday, January 1

putus rasa

ideologi langit
sumbang membingit

serapnya sang awan
taburnya janji perawan

hancurkan bumi
binasa segala hati

pudar sekaliannya.

initial


mulanya segala indah
seperti tahun2 lepas
itu mahu, ini mahu
janji ditabur2
pada diri, pada bukan diri
kalaulah dia tahu dia sedang membongkok
dia itu kuadratik
hujung sama sahaja seperti mula
period cuma berbeza
aku bukan prejudis
cuma lelah dengan aturan begini
perlu masa untuk melukis semula semangat
melakar satu yang segar
mula bahagia, akhirnya persis

ini bukan tahun yang aku maksudkan.
bukan ini.

dari mana mereka datang?