Monday, March 29, 2010

It's Pinafore for lovely darling

It's pinafore. yummy. I like it. Kyra wore this beautiful pinafore yesterday when we attended my student wedding. And what made me happy is my MIL said, she think i bought this pinafore. hehe...and the bad things is I not captured any picture when kyra's wore this pinafore. We came late at home because after the wedding we spent a long time at Mydin, MITC and all of we are tired when reached at home. After pray for Zuhor, all of us went to slumber land...




Sunday, March 28, 2010

my helper

Ini la pembantu aku yang setia sekali. Kalah ayah dia..huhuhu...sibuk nye ngalahkan aku. Aku nak jahit dia pun nak jahit, aku gunting kain dia gok atas kain, aku pegang pisau dia nak, aku tgk bekas button dia pun sekali tgk, aku amek gamba dia pun lorat....hmm...mau nya terpekik pekik di buatnya.. tapi apa pun dengan adanya Aleeysya khaeyrah ni, ceria betul dunia....hehehe..walaupun asyik nak gado jekkk



Saturday, March 27, 2010

new fabric- english cotton

Stok baru untuk aku...hehe...ajak hubby gi jakel. carik cotton. yang berkenan adalah english cotton. amek la 4 design berbeza. Semeter rm15. oklah..sebab kain sangat best. Yang ni nak buat blouse for kids. Kain cecantik ni sayangnye nak gunting kan?




pray for me

Ini adalah one of product for my biz yang akan di launch pada satu masa nanti....:)
The idea for doing this just came out when I want to give something for my MIL for her birthday. Then i got an idea for doing fabric coaster. A patchwork fabric coaster. And after I did it, I found it was enjoyable and i really like it. So after think the idea for my biz and also the get an encouragement from my blogger friend, i decide add this product in my line of product. Now, is time for work hard for my new business online. I name it 14kalers. And you will see a sewing product in my new biz. Wish me luck, friends.




Thursday, March 25, 2010

10 perkara yang terjadi di office hari ini

Apa yang berlaku di office hari ini...

1. Aku punch awal...bestt.....
2. Sarapan nasi lemak
3. kelas intoduction of purchasing yang best - student sporting
4. Aku sound student yang tgk laptop tak sudah sudah waktu aku tengah ngaja
5.Aku gado/marah/bengang/muka jadik merah padam pada sorang student internatio*l. Oh..kalau aku bagitau apa butir bicara dia sape orang malaysia mesti bengang sekali.
6. My dean said hawa* to me masa meeting. siut kan, tapi aku relak je...hahaha...and please dia bukan orang melaka ok
7. Hari ni hari tertinggal barang ke kelas. ok contoh kelas purchasing tu, aku dah naik tingkat 5, baru perasan tertinggal buku text yang ada contoh penting dalam tu. Lagi, aku masuk kelas management, baru perasan tak bawak marker pen.
8. Aku sedih, sampai nangis sebab one of my ex student(aku aja masa dia sem 1), mak dia meninggal last saturday then dia ada adik kecil sebaya kyra, 2 tahun dan adik dia tu breastfeed. Dia terpaksa bawak adik dia pergi kelas sebab sejak mak dia meninggal adik dia takmo kat sesape kecuali dia. Dia anak sulung. ayah dia kerja kat JB dan dia kene manage adik2 adik dia yang seramai 7 orang lagi. Sian kan. aku sedih gile tgk adik dia yang umor 2 tahun tu.
9. Aku balik pukul 6.02.
10. Aku rasa aku ngaja dengan laju masa kelas operation sampai naik semput....hahaha..

itu jek...

Wednesday, March 24, 2010

lagi gambar kuching

godek laptop...tgk balik gambar masa cuti di kuching. Ada entry bergambar sebelum ini. klik sini. ni nak share lagi gambar. (mak takde idea nak memblog, haha)masa gambar kat patung kuching tu, kyra ngamuk takmo amek gambar.. apala...segala plan untuk next vacation kene hold dulu sebab nak memfokus pada biz baru yang baru nak setup.......tapi pegi dekat dekat boleh kut...ekekee......
OO..hari ni hari penting untuk sayang. GUD LUCK, sayang. I'm always behind you to support for everything. and I luv u so much.




kat tasik biru


kat pasar serikin....gaya pandai bergaya poya..haha



depan patung kuching


kyra pretend tengah amek gambar ...hahaha..terbalik plak tu

depan patung lagi


Tuesday, March 23, 2010

rushing

tadi bangun lambat....pukul 7 ok....dah lah tido awal. Tgk citer criminal mind tak tahu apa ending sebab dah tido depan tv. saper tgk semalam? Lepas tu dah bangun lambat mula lah rushing. Baju plak tak iron lagi. rushing lagi...pastu redah trafik pun rushing lagi. gi punch pun rushing lagi. lani nak tanda kerta pun rushing lagi.....penat lor asyik rushing sana sini......
mula la masa dalam kete tadi..bestnya la kalau kerja dari umah jekk....kesian kat anak pun lagi satu hal. Ya Allah, permudahkanlah dalam urusan ku untuk mencapai impian.WAHM.
SO, cakap cakap saja memang tak leh. SO mari kita aim. Bila ada aim baru nampak jelas skit. Contohnya kata nak berhenti bulan 9, so ada 5 bulan lagi masa untuk setup apa apa.....hmmm...so kita akan rushing dan buat biz dengan sungguh2..eh rushing lagi.keke...takpe rushing untuk diri sendiri takpe......
oh ok la bebel untuk pagi hari yang sejuk kerana hujuan turun di luar sana.....:)
 
 
 

 
 

pic google here

 
 
 

Monday, March 22, 2010

another

This is another patchwork project. So, lets wait for the complete project. Sangat best buat patchwork ni. Lecehnya mungkin nak kene potong kain kecik kecik. Mudahnya, teknik yang aku guna ni jahit lurus aje...ekeke....bila dah cantum2 dan nampak hasilnya..walaaa...best....macam kater kat diri sendiri "terrornya aku" hahaha..yelah ni jenis yang mudah saja...takpla pelan2, nanti dah master boleh buat yang hebat2 punya.


the present

Projek coaster dah siap..yummy..sangat best rupanya patchwork ni....so projek patchwork pertama aku ni..ehh..kedua la, aku hadiah untuk mak mentua tersayang sempena harijadi mak. Bersamangat tu. Lepas ni i'll sew more patchwork project. Ada beberapa projek yang dah masuk list termasuk untuk hadiah kepada orang dan untuk kyra.
sabtu hari tu jadual pagi di isi bersama dira. Dira ni anak akak aku. Dira nak amek upsr tahun ni, then dia agak lemah skit dalam math, so aku volunteer la nak jadi cikgu math dia. Setiap sabtu jadual pagi aku akan bersama dia. 3 jam jek.:)
Sabtu petang tak gi mana. Just finish kan coaster tu. Malam plak gi makan kat Johnnys, Jusco semppena advance harijadi mak. Birthday mak Isnin , 22hb.
Ahad, bangun pagi....masak blabla...gie kelas oum....ngajar..ekeke
balik, buat cekodok gi umah MIL.....makan umah MIL...hmmm..biasa biasa jela weekend aku.....
next sem rasanya nak berehat ngaja OUM la sebab nya nak fokus pada biz dan penulisan....tgk la dulu.......aku sedang merangka kembali biz peasant blouse yang tergendala tu....ekekee.
okla....mahu tidur la gue...by


the present

A set of 9

Sunday, March 21, 2010

sushi and hand bouquet

layan gambar sahaja hari ni ok..:) handmade sushi and hand bouquet for customer




Saturday, March 20, 2010

Love World Love Sloggi



i to write. i use sms. a lot.

i photography. i use camera. a lot.

i nature. i went to parks. a lot.

i you. thanks sloggi. a lot.


pic credit to : beloved darling fandi

Pendapatan pasif dan aktif

Mari kita bercerita mengenai duit dalam entry kali ini. Semua orang perlukan duit. Saper kata dia tak perlukan duit? meh sini, aku bagi pena*par skit..kekeke....duit adalah segala galanya tapi segala galanya bukan duit. Betul kan?
Nak duit mestilah jana pendapatan. So, you all tahu tak mengenai pendapatan pasif? Kat sini aku nak cerita pasal pendapatan pasif dan pendapatan aktif.

Pendapatan pasif.
mudahnya mengenai pendapatan ini adalah pendapatan yang kita dapat dengan penat lelah pada awalnya selebihnya kita akan dapat pendapatan tanpa perlu mengulangi penat yang sama ke atas perkara yang sama. Faham tak?
Pendapatan pasif ni best tau. ok meh aku bagi contoh skit. contohnya adalah penulis buku. ini termasuk dalam pendapatan pasif. So untuk penulis tersebut dia hanya perlu berpenat lelah macam nak rak pada proses menulis sahaja kemudian setelah buku dijual, dia akan menikmati pendapatan daripada duit royalti. Selagi bukunya dicetak dan dicetak selagi itu lah dia akan meperolehi pendapatan. Semua mesti sedia maklum mengenai penulis buku JK Rowling yang menulis buku siri Harry Potter tu. Tulis buku itu saja dah membolehkan dia jadi kaya raya.

contoh lain penulis lagu atau lirik. Selagi lagu itu dijual, selagi itu la dia dapat pendapatan. Lagi contoh sewakan rumah. Kita akan dapat pendapatan selagi rumah itu disewa. Kita tidak perlukan usaha yang konsisten untuk menjana pendapatan. Dalam dunia ni, tidak ramai orang yang menjana mendapatan pasif. Maksud aku peratusannya lebih jauh rendah berbanding pendapatan aktif.

Pendapatan aktif
Apa pulak pendapatan aktif ni. Terbalik dengan pendapatan pasif, pendapatan aktif ni memelukan usaha yang berterusan dan konsisten untuk menjana pendapatan. Contoh senang, kerja 8-5, setiap hari kemudian dapat gaji hujung bulan. Kalau kita happy dengan kerja kita oklah...tapi kalau tak? Kerja untuk dapat gaji...tak mo kerja, no gaji.

So, setelah mengenal lebih dengan dua jenis pendapatan ini, aku lebih tertarik dengan pendapatan pasif. So kalau kita nak menjana pendapatan pasif, carilah kekuatan diri kita bagi menjana pendapatan pasif ni. Lagi dengan usaha yang bersusah payah hanya pada mulanya, kita akan mempunyai masa lebih bersama keluarga atau meluangkan masa dengan ibadat atau berjalan2....betul tak?

aku pun sekarang sedang mengusahakan satu pendapatan pasif dan sekarang adalah masa bersusah payah aku. Dan harapnya, usaha yang berpenat lelah ni akan memberikan pulangan yang baik. IsyaAllah.

So, apa pilihan anda?

Friday, March 19, 2010

coaster

coaster atau bahasa melayunya adalah alas cawan..:)..actually i'm sewing a patchwork coaster...best sebenarnya buat patchwork ni...ralit tau...dulu pernah patchwork buat skirt untuk kyra. lepas ni boleh la projek pastchwork lagikan.......pada sesiapa yang tak tahu nak buat coaster ni, IsyaAllah aku akan buat tutorial..ekeke....nanti no....sabaqq.....





circle skirt yang tidak menjadi


Jangan di tanya pasal circel skrit aku tu. Nyampah ok. sebab? apa kes? haha..sebab it's not turning well...sakit hati...skirt jadi pendek sangat pastu aku buat bukan circle tapi beralun alun..hahah..so, daripada buang masa baik buat benda lain. nantilah aku try buat next time.
gambar atas tu adalah cubaan membuat coaster. jadila cuma saiz dia besar, so esok nak kene kecilkan saiznya. ok blogger..gue sudah ngantuk bah....hehehe

Thursday, March 18, 2010

circle skirt in the making


hari tu jalan jalan kat blog maya, then maya ada buat entry link skirt tutorial. so antara nya terbekenan plak nak buat circle skirt. hasilnya belum siap lagi...still WIP...tgkla, maybe malam nanti baru nak sambung....

Wednesday, March 17, 2010

sensitifkah wanita mengandung

Aku buat entry ni bukanlah sebab aku pregnant. Aku belum ada plan pun nak pregnant dalam masa terdekat ni. Masih lagi mengumpul sisa sisa kekuatan yang ada. Fizikal dan mental...huhu...orang yang plan nak pregnant mesti ada dua kekuatan ini. Fizikal kena sihat supaya anak yang dikandung sihat bersama ibunya pun kena sihat. Mental pulak pun sama penting. emosi ibu kena jaga sebab boleh mempengaruhi anak kat dalam perut. emosi ibu masa first trimester, sangat perlu di jaga sebab masa ni hormon bertukar..huhu....loya, mabuk, muntah, tak boleh makan, asyik ngantuk, marah2.....macam macam wehh...tapi lain orang lain la adapnya. Tak sama. dan pada orang yang relax je masa mengandung nak nak masa first trimester tu...bersyukurlah. Dan janganlah cakap pada orang yang pregnant mabuk2 tu ayat ayat yang tak sepatutnya contohnya:

"Ko ni, apa la. orang ngandung rileks je."---------> atau
"Ko ni kejap kejap mc, cuti, EL..orang lain pun mengandung juga...."-------------> atau
"Asal makan je muntah, loya pulak tekak aku dengar"---------------> atau
"Makan jela....jangan ikut badan tu sangat..."

sesungguhnya ayat ayat di atas amatlah menyakitkan hati pada sesiapa yang alah teruk pada awal mengandung. Sebab benda ni bukan boleh paksa2. tak boleh makan bukan sebab ngada ke lembik je apa ke...dah memang nya TAK BOLEH....haha
tapi tu la kekadang orang tak rasa dia tak tahu...

dulukan masa aku belum pregnant aku tgk akak aku pregnant muntah muntah aku siap cakap dalam hati, nanti kalau pregnant nanti aku nak kuatkan semangat, jangan ikut hati...jangan ikut badan....huhu..lawak je aku ni weh....sebab bila dah kene sendiri..sendiri mau ingatla....

eh eh...sebenarnya, nak citer pasal emo semasa pregnant . wanita pregnant tak kira la first trimester, second trimester atau third trimester..emonya sensitif skittt...

ok..kalau bab sensitif ni, kita boleh la jangan ikutkan sangat hati....sebab percaya tak kalau ibu sensitif macam asyik marah2, asyik nangis2, asyik merajuk saje...hehe..nanti anak dalam perut pun ikut..betul..tak caya buatla...kihkih

emo aku masa pregnant dulu pun kekadang tu takbetul gak....contoh:

1. aku hampir jatuh tergelincir masa mop dapur. masa tu pregnant 35-36 minggu dah. sebab sakit so aku jumpa doktor. bila doktor tanya kenapa, aku cakap aku nak jatuh...masa cerita kat doktor tu tetiba hati jadi sayu...tah pape....pastu air mata akupun bergenang nak nangis...aku tgk doktor tu pun cam...eh pasal nak nangis ni kann...kahkahkah...emo kaan

2. masa aku 37 minggu, kyra still tak engage tau...takmo turun turun....doktor dah explain kate jangan risau sebab kita ada masa sebulan lagi untuk baby engage....tapi aku balik umah trus EL dan kat umah kejenya nangis.....hahaha emo kan

untuk suami2, faham lah situasi isteri anda, janganlah merajuk bila isteri marah marah. dan janganlah buat tak peduli bila isteri merajuk....sian kat isteri......

saja je buat entry ni sebab dulu tak penah citer. untuk simpan hari tua. agak agak dah tua tua baca balik mesti terimbau kenangan dulu kan..hehehe

how to teach toddler a number

Just now, I have google about how to teach toddler a number. Actually, after kyra already know the ABC, I want to teach her to read. But, my hubby said it's better to teach her number before reading. I think he right, I should introduce number to kyra before teach her to to read. So, I do google and this is the way I found. Anyone who read this entry can add anything if you have a other way.

1.count with them
while eat their favourite food etc count the cookies,you can count while climb stair with them, during the bath time.

2. make or buy flash card
I prefer hand made. Just write the number on papar and cut it. Or if your afraid your handwritting can make your children confused..haha...just print it..

3.Magnetic number
This help me when I teach kyra alphabet.

4.Write and say loud with them
Just write down and say loud.

5. Education cd or dvd
If you have no time so this is the solution. Just buy an education cd about number and let you child watch. again and again.

This kind of ways actually more suitable for toddler like kyra's age. Anyone of you have an experience of the way to teach number. you can share here......:)

Tuesday, March 16, 2010

model kyra

mari kita layan sesi photography bersama kyra. gamba ni masa gi playground kat stadium tun fatimah dengan tepi laut dekat eye on malaysia tu. dan gambar masa kat taman seribu bunga. tempat memacam. every weekend biasanya kitaorang kan cuba bawak kyra jalan2 kat taman. bawak dia gi playground ke....yang penting dia suka sebab boleh jalan sana sini dan main puas puas. kalau gie playground selalunya end up dengan dia nangis sebab dia takmo balik....uwaa...huhu...tapi nangis tak lama la.....cuma ada satu kali tu ngamuk segala bagai...sampai tido bangun balik ngamuk gak..so pujuk dengan vitagen..baru jalan....
akhir bulan ni kyra dua tahun dua bulan. kejap aje.........
sekarang ni aku tengah ajar die number..tadi aku perhatikan dia..dia tgh baca nombor kat jam ikan mainan yg aku beli...masa tu dia sebut eight, nine, ten...hehe...pastu aku tanya balik..haramm takmo cakap....hmmm...takpela..kate jangan paksa kan..ekeke....okla...aku nak try sambung menulis....by










blossom















semoga hidup akan terus hidup berseri seperti bunga dan semoga keserian itu akan mencambahkan kegembiraan menikmati hari demi hari.....:)

last word, i love photography so much..hehe

halter top for khalida

dah lama tak post pasal sewingkan. asyik tgk projek sewing blogger lain je. diri sendiri punya takde. hehe..so ni aku baru saja selesai menjahit halter top. sebenarnya last 2 week aku jahitkan halter top dan gown untuk kyra , aku ada amek gambar tapi ada skit masalah so aku malas nak amek gamba sekali lagi jadi tu yang takde entry tu.
so kali ni aku letak halter top yang aku jahit untuk Khalida...nur iman khalida sempena birthdaynya yang ke dua. iman khalida ni anak opismate aku.....lahir selang dua bulan dari kyra. so..hope muat la ye khalida..hehe...
halter top ni sesuai sangat untuk musim musim panas ni...seksi noo...hehehe..
pada sape nak cuba leh tgk tutorial kat sini.
belah depan


belah belakang


Sunday, March 14, 2010

kyra dan ABC

Entry kali ni, aku nak cerita macam mana aku ajar kyra belajar ABC. Memula nak bagitau, toddler ni kita tak leh paksa-paksa. Pendekatan aku adalah memberi pendedahan. Bila derang tgk benda yang sama berulang kali dan kita sama sama buat dengan derang so derang akan rasa seronok. So sendiri mahu ingatlahkan...bebudak ni tak kan ajar sekali dah tahukan. takkk....aku ajar banyakkkkk kali.....dan lagi satu lain toddler lain pendekatan dan penerimaan so sebagai orang besar yang lagi matang..hehe...kene la bersabar..ingat senang ke nak ngajor.....Nak jar budak Diploma pun kekadang tersemput aku tau.
so ini yang aku buat untuk kyra. ni baru learn ABC tau.....haha....


Cd ni aku beli masa kyra umur 18 bulan kalau tak silap. Cd ni best. Ada nyanyi lagu ABC. pastu tunjuk letter by letter dengan contoh gambar untuk setiap permulaan huruf. Cd ni juga ajar cara sebutan setiap huruf. suara yang jelas dan menarik. kyra suka tgk cd ni. Pada aku cd ni banyak membantulah.


ni pulak Magnetic Alphabet. aku beli kat jusco. gambar ni aku google jek. kat sini. ni kes malas nak amek gambar sendiri. lagi pun kyra punya dah berterabur. MA ni aku lekat kat fridge. so masa aku masak dia ralitla dengan benda ni. menarik dan berwarna warni. kyra dah pandai asingkan letter ikut warna sekali. so ni 2 dalam 1 la. boleh blajr letter dan colour. aku beli kat jusco.murah jek rm10...mahal2 tak yah sebab aku tahun end up akan berterabur sana sini.




next is through youtube...oo i heart youtube...video kat atas ni adalah antara video yang aku selalu tunjuk pada kyra. tahu tak aku kenalkan video ni dari kyra belum setahun pun. ada banyak lagi video kat youtube tu yang boleh bagi anak tgk.....

ok, next adalah buku....ok ni sangat penting ok....aku nikan malas nak amek kamera snap gamba buku kyra so aku cerita je la ye..aku memang suka belikan kyra buku. ada story book, ada buku hanya untuk kenal 123 dan juga ABC. so banyak la buku terutamanya buku yang menarik dan warna warni. sebab buku ni boleh di bawa ke mana saja.

pastu aku akan sama -sama dengan kyra blajar. ada satu buku tu aku beli untuk blajar abc dengan kyra. Dengan buku itu, aku akan duduk dengan dia then aku tulis letter by letter then kyra akan sebut. memula tu dia tahu skit je antara letter tu tapi lama lama buat dia dah boleh kenal lebih la lagi. selain bila kyra dah master skit aku guna microsoft word jek....haha...aku taip guna font 200...pastu sama la taip letter by letter....then kyra sebut.....

hmmmm..tu antara yang aku buat la. untuk kenal abc...aku memang aim kyra tahu semua huruf tu masa dua tahun dan alhamdullilah la...kyra start tahu skit2 letters tu before dia dua tahun...tapi masa tu berterabur la....so sekarang sibuk kenalkan dengan words plak...tapi tu la asyik busy je......kekadang lupa nak bacakan story book kat kyra.......aku memang memang pemalas skit....

ok tu taktik yang aku gunala....maybe ibu2 kat luar sana ada cara lain yang boleh kita share jugakan.......so marila share.....






Tuesday, March 09, 2010

ulangtahun

Hari ini, adalah hari ulangtahun perkahwinan kami yang ketiga....:)
sekejap je rasa dah tiga tahun. Suka duka..macam macam dah rasa. ni baru 3...agak kalau 30 tahun camne ye. mesti kyra pun dah ada anak...ekeeke...
ok to my hubby "happy anniversary sayang. I love u so much. deep in my heart. you are the one. and the only one. and i'm really happy to be your wife. you are the one who always make me smile and laugh. you are the person who always understand,appreciate and support for all my word and things i'm doing. Again, love u so much..muuahh"




Thursday, March 04, 2010

birthday

selamat harijadi kepada suami yang tersayang.

"kami (saya dan kyra) love u so much. semoga dilindungi Allah dan di murahkan rezeki."

my husband not really like with all the celebration kind thing. so tonite we just have dinner at aour lovely home and ate spaghetti. Againnn!!