Dalam kalut bersiap nak pergi kerja lepas subuh tadi nengok si bombom relax je lepas solat subuh di sofa sambil menyelak-yelak majalah lawak kampusnya. Hari ni kan Khamis 28/2/2013... katanya kena bertugas di pertandingan bolasepak MSSD, napa tak siap lagi ni, kang cikgu ternanti-nanti abang. "Mama ni bukan ke semalam abang dah beritahu yang abang batalkan bertugas PBSM tu..., mama lupalah ni". "Ya ke?, sorrylah abang, kenapa abang batalkan?" "Semalam yang abang cakap tu mama angguk je...memanglah ma, masa kat kelas petang semalam cikgu cakap hari ni ada ujian PBS, so abang beritahu cikgu PBSM yg abang tarik diri bertugas sebab ada ujian PBS, antara ujian PBS dan bertugas di PBSM, PBS lagi penting ma, dalam hidup ni kita mesti tau mana yg terpenting, penting, kurang penting ma". "Sabtu - Ahad ni abang ada perkhemahan PBSM di padang sekolah, abang tidur di sekolah... surat kebenaran perkhemahan tu minggu lepas abang dah tunjuk kat mama dan babah pun dah tandatangan tau mama". "Ada keratan surat tu abang lekatkan kat soft board study table abang tu..." Oklah abang, thanks ingatkan mama, mama pun nak gi kerja dah, kang lambat pulak adik-adik sampai sekolah... Good luck for your PBS and take care, jangan jatuh longkang lagi tau.
Dalam perjalanan gi kerja, berfikir sejenak, napa sejak akhir-akhir ni kurang fokus, apa yang anak cakap main angguk je tapi tak fokus apa intipatinya. Adakah disebabkan faktor usia, disebabkan keletihan berkerja di samping menguruskan adik-adiknya sekolah, disebabkan kurang rehat, kurang tidur? memacam...
Haiqal pun dah 14 tahun, dah remaja... mama dan babah pun kena lebih fokus dengan anak sulung ni jugak, kena luangkan masa berkongsi cerita dengan anak ini... masa ni pengaruh rakan sebaya memainkan peranan. Takut dan seriau bila nengok berita, baca s/khabar.. memacam hal dengan generasi Y ni sekarang. Faktor utama ialah kurang kasih sayang.
Apa-apa pun syukur Alhamdullilah rupanya anak sulung mama dah besar, dah tahu berfikir. Dah tahu memilih mana yg terpenting, penting dan kurang penting. Dah yakin dengan keputusan yang dibuatnya, kalau tak dulu sikit-sikit talifon tanya itu ini, tanya nak buat cam mana... kini dah kurang dah... semoga terus berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat dan menjadi contoh buat adik-adiknya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment