Thursday, December 29, 2011

petua tidurkan bayi anda yang tegar ;)



ini petua nak tidurkan anak or nak anak tidur lena utk ibu ibu muda /baru saja.
sebabnya watashi antara orang yang paling byk bersabar dalam nak tidurkan arissa masa baru lahir dulu

kata orang mmg teruk sikitla sebab baby bar lahir mana tau siang malam.
macam arissa dulu siang dibantainya tidur,malammmm??
ibunya la jadi jaga.
nak harap daddy?huhuhuhu...kadang kadang terjaga kadang kadang langsung tidur mati dek kepenatan sgt travel.

ok,ini tips yg mudah pada watashi praktikkan kalau segala mak nenek tak jalan.

watashi atau king sindrila akan letakkan baju yg kami pakai(make sure bersihla.jgn la peluh dah kering bagai kasi anak korang) sangkut kt baby cot or lapik gini ha..
kalau dah nyenyak,tarik balik la baju tu.

Antara petua lain yang ada;


  • sapukan anak korang minyak telon ke/yu yee ke kt perut/blkg bdn/betis and tapak kaki baby,so that bley elakkan kembung perut bagai-dedulu ms baru pas bersalin giler gelabah watashi gigil nak sapu minyak kt bdan arissa sebab takut dia panas sgt kappe.ahhahaha

  • tidurkan ank posisi telungkup/meniarap utk elakkan perut masuk angin.watashi dulu amik masa jugaklah nak tidurkan arissa gaya gitu.seriau maks okk!tapi kena ingat gak,tidur cara meniarap ni tak sesuai utk baby baru lahir ya!

  • Dodoikan bayi anda.nyayikan dia lagu apa apa la dengan suara yg perlahan ala gemersik.cewaaahh..bajet suara siti nurhaliza la kan.mcm arisa plak sejak lahir watashi dah asuh dia dodoikan dengan alunan zikir,so kalau dia tak dengar so called lagu wajib dia memang tadenya dia nak tidur.ahahahah

  • tentukan waktu tidur..bawak masuk ke bilik.malapkan lampu so that anak korang tahu ni masa untuk tidur

  • elakkan bermain dii tempat tidur.kalo tak dalam mind seta nak anak dia fikir " oohhh....boleh main lagi ekk"ahahahaha

  • pakaian anak anak plak jgn la ala ala korang stay kt eskimo or tepi gunung berapi.yang sedang sedang kan bagus

  • bagi anak yang hidung tersumbat sebab selsema plak,cuba tinggikan bantal skit utk mudahkan dia bernafas.sapu balm ala ala light gitu kt tempat yg wat dia tak selesa.


so selamat mencuba!!


-pada watahsi jugaklah kan.sebab watashi nak lebih berdisplin tidurkan arisa jam 9.30malam.


bukannya apa...balik kerja dah 7pm lebih...tak puas nak bermanja dah nak tidur.tambah sekarang plak arissa mmg kuat ketawa and suka berbual..gerammm!!

Wednesday, December 28, 2011

Haaaa... Kantoi Dengan IBu!!

MY WORDLESS WEDNESDAY!

Arissa sengih lepas kantoi hisap jari


skang watashi dgn king tak bg sangat sebab risau terlekat smpai besar
tapi nak wat camno..

puting kosong arissa taknak,nak tido dia hisap jari ibu.baru nyenyak
nurse cakap normal

so tadelah risau sgt.
jgn terbawak bawak smpai besar ye sayang ibu.
MMmmuahh!

Monday, December 26, 2011

Pekerja Tesco Manjalara Yang Giler Hebat



bagus betul tesco ni

ada pekerja super hebat punya

muka cun,comel tertarik

kerja pun pantas!


sampai main campak campak barang kita pas di scannya

siap sound lagi

"cepat skit boleh tak?" dengan reaction muka ketat


hello cik kak-muka comel-tapi-kerek-semacam, ko ingat kitaorang beli satu dua barang ke yg nak suh cepat tu?


ko setakat scan barang campak campak sampai terpenyek roti kitaorang beli,

kemek tin susu yang kitaorang pilih cun cun kt rak tadi,

tu tak kira ko nak letak baju baby atas ikan lagi

dah habis scan,ko igt semua barang tu boleh terbang sendiri masuk troli ke?

atau watashi main humban ala pasir ke dalam troli ke?

watashi takde la susun cun cun barang watahsi beli utk pameran pengantin kappe

memadai la kalo bahagikan barang basah/kering.makanan dengan ridsect kappe.




baru dapat anugerah pekerja cemerlang ke?

nasib baik mood watahsi agak ok masa tu


kalo lah mood benggang macam pas balik rumah tgh roti dah jadi bingka tu

ada gak watashi tepuk kaunter tu.



kami customer ma.

penat pilih barang baik ,ko plak main campak campak,

rugi tak tgk nama dia aritu/snap gmbr

kalo tak bley watashi tempek sini


BUAT CALON MENANTU KORANG!

Friday, December 23, 2011

Jangan Mensusu Formulakan Anakku



HAri ni,

saya Nurse Super Nia Hana nak bebel skit pada mak mak,pak pak,nanny nanny or bakal pengantin ye
KEBAIKKAN SUSU IBU!

(ha..amik ko..sebesar alam watashi tulis)

Khasiat susu ibu

  • Lengkap/perfecto/Terbaik zat zat yang diperlukan oleh bayi

  • Mudah hadam dan membina sistem penglihatan 5.2mata lebih tinggi daripada bayi yang tidak minum susu ibu

  • melindungi bayi dari penyakit lelah,kolik,alahan pada makanan ,penyakit kulit dan hidung

  • mengurangkan risiko penyakit miningtis,phenumio(tah betuk ke nurse ni type,ahahah) brokitis dan batuk


  • mengurangkan risiko SAKIT JANTUNG,OBESITI,KENCING MANIS, KANSER apabila bayi meningkat dewasa-ni nurse super nia hana sengaja highlight besar besar ya!

  • mengurangkan risiko kematian bayi

  • mengurangkan risiko karies gigi, pertuturan,penglihatan dan menguatkan rahang

  • tiada risiko percemaran.
::Nama Saya Arissa.Susu Ibu saya sedap!::

Apa Faedah pada ibu plak????

  • menurunkan berat badan pada masa yang singkat (testimoni dari watashi .)biarpun org pressure watashi ms tgh sarat dengan memacam gelaran,kutukan mcm gajah la,gergasila lepas bersalin nanti, to be honest,byk mana watashi naik masa pregnant 9bulan,byk tu jugak watashi turun.siap turn lagi dan lagi ha!)

  • Mengurangkan risiko payudara dan ovari(rahim cepat kecut ok..masa korang BF baby,memang terasa kt rahim korang tu denyutan.ok..watashi tatau nak explain gimana.sila lahirkan baby,susukan and rasai sendiri!)

  • menjarakan kelahiran bayi (perancang keluarga secara semulajadi)

  • Mengeratkan kasih sayang.serius ok,ms menyusu jgn gatal mata korang nak tgk tv ke,layan fb ke..pandang muka anak korang,berbuallah dgn dia,usap kepala dia..sambil berzikir or berikan kata kata positif.mcm watashi selalu bgtau camnih "arissa anak baik, anak solehah,arissa kuat,hormat and sayang ibu and daddy" usap ubun anak anda and berselawatlah.ehh..dari mode nurse yang emo jadi ustazah plak

Oleh yang demikian ,kalau la watashi mampu nak ulang hehari menjerit sekuat hati yang susu ibu bukan penyebab :

-anak sembelit

-penyebab anak allergik

-penyebab anak debab/gemu

-perut anak masuk angin kappe..


even dalam petikan Al-Quran sekalipun pernah cakap pasal penyusuan ibu nih


"Para Ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh iaitu yang ingin menyempurnakan penyusuan itu" SURAH AL BAQARAH Ayat 233

takde mention suh minum susu tin cap dumex or enfagrow kan??

OK, minta maaf utk para ibu yang berikan anak minum susu tin,watashi tade niat nak wat korang terasa kappe..cuma hati watahsi ni lagi terasa dek orang salahkan watashi makan barang tak elok, so quality susu ibu pun terjejas utk anak watashi

siap marah suh bg anak susu tin pun ada.apa nihhh???bila anak watashi lambat berak kappe salahkan susu badan watashi.mana bley gituuuu...


oh..nota penting:bayi umur 3 bulan ke atas,jarak masa dia buang air besar aka berak akan makin berkurangan sebab semua zat tu utk membina tisu tisu,sel sel,organ dalaman dan pembinaan tulang!ini watashi confirm sendiri dengan pakar bayi hospital sungai buloh.tension teramat orang asyik nak suh bg arissa makan ubat utk kasi lawas berak!


okbai.Assalamualaikum

(emo emo pun sempat gak bagi salam akakak)

Thursday, December 22, 2011

Counting A Days of New Year Y'all!!!





Ok mari kita wish!


mari kita wish!!



wishlist watashi??




  • nak stock perfume gucci-flora selama setahun-dah ceraikan lancome hypnose dek alahan pada bau ms pregnantkan arissa.


  • nak ada rumah sendiri berhalaman utk bercucuk tanam dengan arissa dan adik adiknya nnt.wahh maju ke depan ko jah!)

  • nak oven (bukan Owen ya)


  • nak itu


  • nak ini


  • nak
    nak nak nak nak...

ok..itu kata nafsu,
kalau kata hati and niat watashi?




watahsi just nak jadi orang pertama sambut suami dan anak anak di pintu syurga nanti
so,kena lebih jadi lebih baik ya watashi!



chaiyok!

Wednesday, December 21, 2011

Memasak Cara Bijak/jimatkan masa bagi wanita yang bekerja

ha..amik ko..
tajuk dah mcam sari berita penting
wakakaka..

this time watashi just nak share camne watashi boleh manage/jimatkan masa utk memasak bagi bento/lunch box kitaorang hari hari.

sebagai isteri yang mithali(uwekkksss) atau lebih dikenali kedekut watashi cukup panas hati bila makan kat luar sorang mkn sepuloh ringgit campo air,
hape la sgt lauknya,setakat ayam goreng, nasi puteh and satu sayur.

tapi nak buat camno kan.dah tak ada pilihan itulah kedai mkn yang halal ada pun area office baru watashi
takkan hadap bak kut teh buleh,sanggup nak telan air tanah bergelen gelen?akai ada?ahaks!

so kalau ada wife,bujang hensem .anak dara cun rajin pujaan hati mak mertua yg nak memasak utk bekalan mkn di pejabat during lunch time dengan cara yang menjimatkan masa,boleh la tiru cara watashi.
::menu lunch watashi 21 Dec 2011(sayur brokoli with mushroom,telur goreng with sambal ikan tongkol)::

  1. make sure bila korang balik office tu,kuarkan semua bahan yang nak masak lunch esok.especially yg korang letak beku tahan gaban tu ha..

  2. nak potong sayur siap bawang sesiap kappe.SILAKAN..belasah je

  3. pas wat apa yg patut ke bilik air ke hape hape la..korang start la masak malam tu.

  4. make sure korang masak makanan yang berkuah je la .mana yang sayur or mkanan yang tak sesuai nak simpan semalaman tu takyahla nak beramal jariah nak membasikan secara jemaah ye.

  5. awal pagi,baru la masak nasik,panaskan lauk semalam.and goreng ikan ke ayam ke.telur ke.

  6. bagi yg mkn sayur macam watashi(wat muka berlagak skit) sungguh tak sesuwei nak masak memalam kan? so bagi menjimatkan masa,korang steam jekkk
  • -amboihh byknya masa nak steam hana?
  • jom kita wat cara orang malas tapi bijak kunun.
  • setkan dalam hotak nak makan hape..
  • potong bahan bahan..
  • masukkan dalam mangkuk kaca kecik,
  • masukkan garam or perasa sesuka hati korang.
  • tutup dgn aluminium foil,
  • masukkan dalam tingkat atas rice cooker semasa korang nak tanak nasik tu
  • -cucuk pakai garfu sebelum start kukus.

faham tak?tak faham,??
camni haaaa..!!

:jgn tebuk lubang gini banyak ye..masa ni watahsi tgh emo.wahhaa::

nak kukus gini je cara org kebanyakkan mcm watashi

nak beli pengukus lain macam la dapur watashi besar sgt.ahahaha

2 in 1 gituuu,sambil masak nasik masak lauk..kelasss ko Jah!,jimatkan poket suami beli pengukus baru,jimatkan masa dan tenagaa..

BIJAKKK BIJAKKK!!

Monday, December 12, 2011

Cinta Audit

Byk orang cakap cinta perlukan pengorbanan bukan?
Ini tanda cinta watashi bila menjelang audit

Rambut abes berkelemumur bila stress!
Nengok keadaan macam ni watashi lagi stress!

Yg idok tahannya
Guna la syampu maha mega anti kelemumur pun tadenya dia nak berhijrah kappe
Hadoiiii

Nmpak gayanya tggu abes audit je la baru boleh jadi model syampu depan king
Akakkakaka

Wednesday, December 7, 2011

Tuesday, December 6, 2011

geng botak mengganas!

ni namanya geng botak!
otai yang oakai sarung tangan merah tu
namanya arissa
aahahaha

gambar ni sentiasa buat watashi gelak besar

Monday, December 5, 2011

Happy 1st Anniversary to me & King



999 years to go~


WATASHI SPEECHLESS ACTUALLY


macam byk nak cakap


tapi hilang dek ombak rindu


pigidahhh


novel pun tak baca.


miahahahha



sentiasa bersyukur dan bersabar kunci kebahagiaan bukan?


atau ada yg lain ?ahaks

Tik Tok Tik Tok

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Muahahah...Super Hana the writer