Thursday, October 27, 2011

Majulah sukan untuk negara.


Start acara dengan nyanyian negaraku. negeri selangor & tadika kemas


Menari chicken dance.......kwek...kwek...


Salah satu sukan - isi air dalam botol


Dengar penerangan cikgu camne nak main bola air


Hadiah yang dimenangi - Tipuware

As salam.
Baca tajuk je dah gah. Semalam sekolah uzair menganjurkan hari sukan. Byk jugak acara yang uzair masuk antaranya kepit bola (tempat keempat), isi air dlm botol ( takde tempat.leka nak control macho. Asyik2 lap baju takut basah. Sebijik mcm maknya. Main netball tp tangan asyik cover muka takut gelap. Budak2 mesti bengang jer.Lantak la. Zaman tu dah berlalu), kutip bola (tempat kedua) & belon berair (tempat kedua).
Time uzair main aku plak lebih2. Eksited la katakan. Sebab hadiah dia adalah Tipuware. Mak2 yang datang pun aku bajet nak anak diaorang menang sebab itu sebenarnya.
Apa pun aku nak ucapkan tahniah kat uzair sebab mencuba yang terbaik dan menghadiahkan aku tipuware.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, October 24, 2011

cerita diet & yoyo


Encik suami


Capati en suami. Boleh tahan jugak. first time rasa.


Yoyo uzair yang dicari-cari akhirnya ketemu jugak


go uzair. practice make perfect


Cubaan gagal lagi.

As salam,
Hari ni masuk hari ke-6 encik suami mengamalkan pemakanan hidup sihat.Hehehe encik suami diet. Mana taknya berat sekarang dah cecah 85kg. So sebagai menyahut cabaran dari si isteri jadinya program diet diperkenalkan..................tada......

Minum pagi - roti atau capati dgn segelas teh o kosong.
Lunch - nasi satu senduk dgn pelbagai jenis sayuran dan ikan
Mkn malam - seawal jam 6 ptg. Capati.

Hujung minggu hari tu baru aku boleh tengok program diet en suami. Naik pening plak jadinya. mananya tidak lauk yg dah dibeli hujung minggu lepas byk lagi tp tak boleh nak masak bersungguh sebab en suami dah tak makan sangat. Memang tak best la. Disebabkan bosan ajak en suami jalan2 cari yoyo uzair yang memang dicari sejak mggu lepas lagi. Jalan-jalan ikano singgah toy's us. Nasib ada. Uzair bukan main suka. Sekarang tengah mencuba bermain yoyo tapi tak berjaya. Takpela uzair usaha tangga kejayaan.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, October 20, 2011

::Dating time::


Dari kanan Bib yang sentiasa ceria and Gee


Me





Menu nasi goreng satay Gee


Signature Dish Secreto Tom Yum Kung Bib


Menu aku Chicken Pilmi....... (tak ingat la)

As salam,

Hari ni hari gaji jadi kawan saya Habibah belanja kami kat Secreto Recepito, Alamanda. Sungguh gembira. Terima kasih bib....(nanti aku bawak tempat makan yang lain ok).

Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, October 18, 2011

Sibuknya saya...

                                           Fail pegawai baru yang perlu diambil tindakan

                                             Meja berselerak dengan surat nak diminitkan

As salam,

Sangat penat otak & penat badan minggu ni.Dari semalam smp hari ni keluar gelap balik pun gelap. Bayangkan semalam 4 orang lapor diri plus mesyuaratnya. Naik kering tekak bercakap (kononnya penceramah x bertauliah). Belum lagi keje2 lain.....
Layan la selagi mampu. Skang terpikir mampu ke tak nak keje sampai umo 60 tahun?????

Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, October 16, 2011

Masa untuk........bertutti


Terbalik plak gambar ni....



As salam

Sekarang popular dah eskrem ni. Eskrem berasaskan yogurt. Tapi mmg tak rasa langsung la mcm yogurt. Kalu makan kat JCo terasa jugak yogurtnya. Sekarang pantang tahu pasal tutti frutti, asal ada opening mesti nak pegi ( yang dekat2 je la).Ye la kalu opening ada diskaun...hehehe. Terbaru kat Presint Diplomatik (P15) Putrajaya.

Tadi aku amik flavor chocolate, red velvet dgn oreo. Ok layanzzz.....

Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, October 10, 2011

Hasil tangkapan

As salam,

Seminggu aku tak update. Sibuk menyiapkan kerja2 memandangkan 4 hari akan ke langkawi untuk berkursus.So hari ni seperti biasa cerita pasal langkawi la.

Aku gi kursus start hari khamis sampai semalam (ahad). Penat & seronok.Kalu bab kursus aku mmg suka pergi kursus jenis ader aktiviti. Kursus bercakap2 memang kureng skit.
Layan gambar je la. Tulis banyak pun tak syiokkkk la.


Dorm yang kitaorang stay selama 4 hari 3 malam
Lokasi : Kem BTN Langkawi


Geng-geng untuk LDK


Kak Ani yang sporting


Sebahagian daripada hasil tangkapan


Yang paling aku suka. Fridge Magnet.


Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, October 3, 2011

Hujung minggu kami

As salam,

Nak citer pasal hujung minggu kami termasuklah hujung minggu yang lepas2.
Hujung minggu lepas, saja buat makan2 untuk kawan2 dan sedara mara terdekat.Menu hari tu mak aku buat nasi ayam, aku buat spagetti meatball dgn cheesecake. Rasa seronok sangat dpt jumpa kawan2 lama yang dah lama sgt tak berjumpa. Kalu zaman sekolah dulu kitaorang selalu digelar 3 stooges atau 3 dara pingitan (begitulah rapatnya kitaorg).

Cerita hujung minggu ni plak lagi best.Memandangkan en suami outstation dari hari jumaat sampai ahad so it's time to berjimba-jimba (sekali-sekala). Aktiviti hari sabtu aku gi pre alumni kat sekolah (SMK Perimbun). Disebabkan tak la ramai sgt yang dtg tak semena-mena aku jadi setiausaha sementara alumni. Nasib la sementara. Round2 kawasan sekolah & macam2 memori yang diimbas. Habis perjumpaan terus ke kajang amik uzair & singgah opening tutti fruiti. Lokasi kedai betul2 kat belakang hospital kajang (50% tu).

Aktiviti hari ahad, asalnya nak ajak mak ayah pegi ice room tp dibatalkan sebab memasing letih. So aku n kakak decide pegi JJ je la. Kebetulan kakak aku nak beli hadiah kelab utk nurse2 yang sambutan hari lahirnya dari bulan 7-9. Mak aiii memborong aku semalam sampai 25 hadiah tau. Pegi JJ kewajipan bwk anak main2 kat situ kalu tak asyik bertanya bila nak main mainan. Ok lah layan gambar. Boring lak nanti baca panjang berjela. Layanzzzzz.


Berposing depan sekolah dengan salah seorang dara pingitan Palin


Dari kiri : Mayna, Palin, Sarah & Aku


3 wanita gebussss


Uzair Hazmi


Rasha Aleya


Uzair & Aleya


Mandor Umi Linda


Ni sebahagian daripada hadiah yang dibeli.



Published with Blogger-droid v1.7.4