Wednesday, March 3, 2010

kawen-kawen

entry ke-2 utk bln march..memang sejak akhir-akhir ni ak amat malas bermesra dengan my lappy lagi- lagi my humble blog...kondisi tuan blog tgh tak stabil,ari ni da 5 hari aku demam,dan yang lagi menyedihkan mak pun tengah sakit kt umah...syafakillah ya Allah...amin..

tengah aku usha gmbr kt my picture,terasa lak nak berkongsi gambar kahwin my fren,rabihah binti muhamad...hehe...ne tahu ade jer orang suka tengok gambar-gambar nie(persis aku)...



hehe...kak sah(camera women merangkap mak andam )jangan marah yer...isma curi gambar nie from ur blog http://anjungpelaminblogspot.com...


~jgn senyum jer...buka mulut,nak suap neh~

ni first gambar aku snap time sampai kt umah pengantin menggunakan camera aku yg x berapa canggih..he,sape rase nak mkn bersuap kawen la cepat-cepat:)

time ni cik b and mat tgh menjalankan upacara mkn beradab...gmbar time akad nikah tiada dalam koleksi coz ak xsempat nak p...sedih...coz diorang akad nikah kt masjid beijing(rantau panjang)seni binanya sangat unik ..one day ak nak gak p sane..amin





~hehe..ak rasa ni upacara sarung menyarung cincin~


~cepat-cepat nak suh kami berdua posing cane lak~


yang ni ak rasa ak tahu ape yang mat gtaw wife dia..naper yer dak-dak kt blakang 2 sibuk jer nengok kita?...her wife reply:ala biarlah..diorang nak gak tumpang sebilik..hehe..yer ker?
-waktu sesi amk gmbr nie,sbnrnya ramai ank dara yg jadi penonton..haha...saper tu? ak ker?

~yea..yea ley bergambar dgn pengantin~


~i like this room..simple, nice black and white~
tu jer gmbar yg ak dapat kongsi coz...mesti tensen dgr alasan ak neh..nak tau kenapa?battery camera ak low battery...heheh,nasib la...isma ko memang selalu camtu,da tahu nak guna...charge la ur camera...sowi2x...

selamat pengantin baru kepada rabihah muhamad dan muhamad bin ismail pada 27 februari 2010 bersamaan 13 rabiulawal 1413hijrah...

Tuesday, March 2, 2010

saya nak mak......





mak...

tidak tenang rasanya hati,berada jauh disisimu disaat mak memerlukan anak-anak disampingnya.Aku tahu mak akan selesa bila ada tangan-tangan anaknya menyentuh dan membelai dirinya...teringat kata-katanya..."kurang sedikit rasa sakit bila ada yang pengang dan sentuh mak"...saya nak mak...saya nak mak...(hatiku menjerit)seksanya berjauhan lebih-lebih lagi disaat mak sedang sakit.aku bukan lah anak yang kejam tidak ingin menjaga ibunya disaat ibunya memerlukan.tapi.....aku juga bingung yang mana harus diutamakan...mak atau pelajaran?dua-dua penting tapi yang mana lebih penting?..أهم من المهم

semalam waktu nak bertolak ke k.l,air mata aku tak berhenti-henti mengalir,tidak sanggup rasanya meninggalkan mak dan berada jauh disampingnya.aku minta untuk sehari lagi berada dirumah,mak kata xperlu...sama saja katanya,cuma sehari.bagi aku,walau sesaat bersama mak,ia dah cukup bermakna..aku cukup sebak bila mak kata aku kena terima ketetapan ilahi walau apapun yang terjadi nanti...ia akan berlaku,tapi mak juga perlu tahu,tidak semestinya orang yang sakit boleh pergi dahulu...mungkin aku yang dijemput terlebih dahulu...hanya Allah yang tahu.

sepanjang perjalanan aku tenangkan hati dengan membaca buku...(berjuang di dunia berharap pertemuan di surga)alhamdulillah keresahan dan kesedihan hatiku sedikit terubat..hati ku terkesan dengan doa yang sering dipanjatkan nabi,yang berbunyi"ya ALLAH,jadikan lah aku puas dengan rezeki yang kau berikan,berkahilah aku dalam rezekiku dan gantilah untukku semua yang tidak ada dengan kebaikan."rasul meminta kurnia sifat qanaah,sifat menerima dan redha dengan apa yang Allah rezekikan untuknya,mohon diberi barakah di dalam rezeki yang diperolehnya dan berharap agar semua ketiadaan yang dia rasakan mendapat balasan kebaikan dari Allah.

"Gantilah semua yang tidak ada padaku dengan kebaikan"tidak ada yang lahir dari sisi Allah kecuali kebaikan...hanya kebaikan...hanya kebaikan...dengan inilah membuat jiwa menjadi lebih tenang,stabil dan bisa hidup dengan kuat..ingat tiada yang dikurniakan Allah kepada kita kecuali kebaikan...tidak kira apa jua yang berlaku kepada aku selepas ini,itu kententuan terbaik untuk diriku dariNYA..

hari-hari yang aku lalui berjauhan dengan mak terasa resah,pelbagai persoalan bermain di fikiran,lenakah tidurmu ketika ini atau mak masih sakit hingga meganggu tidur,.berselerakah mak hari ini atau langsung tidak dijamah pun makanan..ya Allah hanya kau lah yang mengetahui...terasa ingin ku selesai dan tamatkan kerja-kerja ku disini dan segera pulang ke rumah..

andai di antara kita ada yang pergi dahulu...itu pasti kerana kita hanya tetamu di atas dunia ini...sampai masa akan didatangi utusan tuhan dan memenuhi panggilannya.kehilangan orang yang mempunyai pertalian darah...pahit bukan?tapi ingat rasul pernah bersabda...andai kita redha dengan pemergian itu...maka Allah mengatakan"bangunkanlah rumah untuk hambaku disurga dan namakan lah rumah itu dengan baitu al hamd(rumah
pujian)

~minta sahabat doakan mak saya agar kembali sembuh.....amin~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails