Refleksi Diri
Hak Asasi
Manusia (HAKAM)atau Hak kemanusiaan, secara asasnya adalah merujuk kepada hak
yang dimiliki oleh semua manusia. Konsep Hak kemanusiaan adalah berdasarkan
andaian bahawa semua insan memiliki satu bentuk hak yang sama, sebagaimana
mereka memiliki identiti insan, yang tidak dipengaruhi oleh faktor tempatan,
perkauman dan kewarganegaraan.
Pada
dasarnya, Hak kemanusiaan boleh difahamkan dari dua segi, yakni dari segi
perundangan dan juga dari segi moral.
Pada lazimnya, Hak Asasi Manusia adalah
berdasarkan kepada perisytiharan yang dibuat oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) pada 10 Disember 1948. Perisytiharan ini yang dikenali sebagai Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) telah membahagikan hak
asasi manusia kepada empat kebebasan utama iaitu:
- Kebebasan daripada ketakutan
- Kebebasan daripada kemahuan
- Kebebasan bersuara
- Kebebasan kepercayaan.
Ia menyenaraikan pelbagai Hak Asasi Manusia,
daripada hak sivil dan politik sehinggalah hak ekonomi, sosial dan kebudayaan.
Subjek HAKAM
ini adalah salah satu subjek yang telah saya dan rakan-rakan ambil dalam
pengajian kami dalam Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam (Syariah), secara
Pembelajaran Berterusan Jarak Jauh (PBJJ), Universiti Kebangsaan Malaysia, pada
semester 3.
Salah satu
tugasan yang telah diberikan dalam menyempurnakan pengajian bagi subjek ini
ialah 'blog'. Alhamdulillah, adanya tugasan ini membuatkan saya membuka semula
blog saya ini yang telah lama tidak aktif. (^_^)
Di antara
tugasan yang telah diberikan kepada kami ialah pembentangan berkumpulan
berkenaan isu-isu berkaitan HAKAM. Kumpulan saya telah mendapat tajuk
'Perlanggaran Hak Asasi Manusia'
Oleh kerana
tajuk tersebut adalah sangat umum dan luas, kami telah memutuskan untuk
mengambil skop yang lebih kecil. Kami telah memilih untuk mencari maklumat dan
membentangkan berkenaan Perlanggaran Hak Asasi Manusia di Malaysia.
Pembentangan
dari kumpulan kami memuatkan 2 isu utama iaitu:
- 6 Trend
Perlanggaran Hak Asasi Manusia yang telah dilaporkan oleh pihak SUARAM (Suara
Rakyat Malaysia) dan diterbitkan pada 24 Jun 2015, di laman webnya http://www.suaram.net/?p=7057
-
Perhimpunan BERSIH (Hak Bersuara dan tindakan sewajarnya dari pihak-pihak yang
terlibat)
Secara kesimpulannya,
semua pihak samada pihak kerajaan, masyarakat mahupun individu mestilah
bersama-sama berganding bahu dan berusaha bersama untuk menjaga Hak Asasi
Manusia mengikut lingkungan dan kemampuan masing-masing. Sebagaimana kita ingin
hak kita dijaga, begitu juga kita harus menjaga hak orang lain. Sepertimana
dalam satu hadith Rasulullah berbunyi:
"Jagalah Allah, Allah akan menjagamu"
Alhamdulillah,
banyak yang telah saya pelajari tentang Hak Asasi Manusia, yang mana
mungkin saya tidak terfikir pun jika tidak mempelajari subjek ini dalam
semester ini. Segala kesyukuran dipanjatkan kepadaNya jua. Moga segala
ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan hingga menjadi bekalan di Akhirat -
dunia yang kekal abadi - nanti.
Buat
rakan-rakan sepengajian, semoga berjaya dalam pengajian di semester 3, in shaa
Allah berjumpa kita di semester 4 nanti. (^__^)