Showing posts with label India. Show all posts
Showing posts with label India. Show all posts

Sunday, November 4, 2012

Sepi tidak bererti hilang....

Assalamualaikum dan salam hormat, lama betul la kami tak blogging. Bukan apa (macam biasa cari good excuse), kengkangan masa yang tidak mengizinkan plus tak ada destinasi terbaru kami. Oleh kerana ada dua negara baru yang sempat kami jelajahi baru-baru ni, itu yang membuat bersemangat nak cerita ni.

Bulan Mei yang lepas, Anna sempat diterbangkan ke Mumbai atas urusan kerja, cuma Faizal tidak berpeluang ikut kali ini. Biarpun agak sibuk tapi sempat jugak lah Anna dan rakan sekerja, Malar menjelajah kota Bollywood ni.

Ketibaan kami dengan pesawat MAS yang agak lewat membuatkan hari pertama kami hanya untuk mandi dan tidur. Pemandangan airport Mumbai yang sedang di renovasi itu tak jauh bezanya dengan airport Soekarno Hatta, Jakarta. Boleh dikatakan KLIA lebih besar dan moden. Ketibaan kami disambut oleh pekerja hotel JW Marriot, Mumbai (Hotel yang pernah dibom pada November 2008). Kalau ikutkan nama hotel memang gah tetapi lokasinya agak tidak semegah namanya… Lokasi yang begitu padat dengan kenderaan dan manusia terletak di jalan Juhu Tara…..

JW Marriott Hotel, MumbaiInside our roomView from our roomBreakfast..?Promaxbda 2012 @ Mumbai, India
Keesokan harinya, kami menghadiri seminar sehari suntuk, tetapi disebelah malamnya kami berpeluang menonton tayangan perdana, Arjun sebuah filem animasi terbitan UTV dan Disney. Menurut bos, pengarah filem ini, Arnab Chaudury (jangan gelak, memang nama dia Arnab) bermula dengan tenaga produksi yang ramai tetapi lama kelamaan seorang demi seorang menarik diri sehingga tinggallah pengarah tersebut membuat story board dan sebagainya seorang diri. Berkat kesungguhan beliau, pihak Disney berminat untuk menerbitkan filem tersebut. Tayangan perdana itu bukan sahaja menjadi kebanggaan beliau tetapi lebih kepada kesungguhan yang tidak kenal erti putus asa. Bravo Mr. Arnab!

Promaxbda 2012 @ Mumbai, IndiaAnna @ Promaxbda 2012, MumbaiArjun movie posterIndian movie postersRajnikanth movie posters
Hari kedua seminar berakhir agak cepat, apa lagi Anna dan Malar ambil peluang untuk meredah dan mencari Hard Rock CafĂ© Mumbai, destinasi wajib Anna untuk menambahkan lagi koleksi pin. Agak jauh dari hotel kami tetapi berjaya juga sampai. Di sini, teksinya bagus pakai meter, cuma kalau naik auto (yang macam bajaj dan tuk-tuk) kena bargain dulu sebelum naik kalau tak tak hengat harganya… Lepas puas membeli belah, kami sempat makan di HRC, macam biasa veggie burger jadi hidangan samalah dengan Malar dia vegetarian. Keesokkannya, pagi-pagi lagi kami ke Channel V, pernah dengar kan? Tujuan untuk meninjau dan bertukar-tukar pendapat dengan rakan-rakan seperjuangan kami.

Taxi @ City of Mumbai, IndiaCity of Mumbai, IndiaAnna @ HRC Mumbai, IndiaPin Hunting @ HRC MumbaiDinner @ HRC Mumbai, India
Lepas itu, bos kami dengan senangnya membawa kami jalan-jalan di sekitar Gateway of India. Pintu gerbang ini dibina untuk menyambut ketibaan Queen Elizabeth semasa pemeritahan British India, yang uniknya tempat ini sentiasa ramai dengan pelancong dan rakyat India sendiri. Secara keseluruhan, bangunan sekitarnya masih mengekalkan rekabentuk Eropah, klasik dan elegant. Taj Hotel, antara hotel lama dan mewah yang terletak bertentangan dengan India Gate.

Gateway of India, MumbaiCity of Mumbai, IndiaCity of Mumbai, IndiaCity of Mumbai, IndiaAnna @ Gateway of India, Mumbai

City of Mumbai, India
Sempat juga kami minum-minum sambil memerhatikan ribuan manusia yang lalu-lalang di situ. Kalau rasa Jakarta itu dah padat dengan manusia, Mumbai pun tak kalah rasanya.. Cuma satu je yang membuatkan Anna rasa sedih bila mengenangkan nasib gelangdangan(homeless). Mana-mana di dunia memang situasi tetap ada cuma cara je yang berbeza. Rasanya kalau hidup dengan tidur dan masak ditepi jalan, memang kita sebagai rakyat Malaysia patut bersyukur dan buka mata serta hati untuk melihat kehidupan susah yang ada di muka bumi ini…

Kalau sesiapa yang berkesempatan ke Mumbai, jangan lupa singgah ke Linking Road yang mana segala fabrik, pakaian, kasut, saree boleh didapati dengan harga yang jauh bezanya di Malaysia. Malar, apalagi shopping untuk seluruh ahli keluargnya. Menurut beliau, RM1000 boleh dapatkan sepasang baju untuk 20orang ahli keluarga. Kalau di KL, kena spend sampai RM3000. Jauh tu, bezanya…

Linking Road @ Mumbai, IndiaSaree shopping...Lots of Ladoo @ Mumbai, IndiaSaree shopping...City of Mumbai, India

City of Mumbai, IndiaOK, ikutkan nak bagi tips banyak-banyak pun tak dapat; sebab air fare & accommodation di sponsor (Thank You, Boss). Cuma yang boleh dikongsi ialah, kalau nak ke mana-mana naik auto cepat & murah. Teksi reliable. Makan agak murah dan banyak vegetarian food. Kalau datang nak shopping cuba cari hotel sekitar Linking Road. Rasa-rasa cukup setakat ini, kita sambung dengan destinasi kedua kami, Manila.