September 25, 2012

Berlaku cubaan manipulasi undi di KZ


Tanjong Malim, 25 Sept. – Pusat pengundian Kolej Za’ba (KZ) sejak mula tadi lagi berlaku pelbagai masalah teknikal. Kejadian tersebut diragui kerana bimbang berlaku cubaan manipulasi sistem tersebut.

Mahasiswa Pendidik mengeluarkan saranan kepada para mahasiswa agar keluar mengundi di pusat pengundian yang lain.

Dalam perkembangan lain, Kolej Za’ba dilihat sebagai kubu kuat kerana dikawal oleh Dr.Zahuri selaku pengetua kolej berkenaan. Zahuri juga dikesan telah membuat kempen secara terang-terangan mempengaruhi pelajar semester 1 kolejnya supaya mengundi calon Aspirasi.

Zahuri adalah orang kanan Junaidi yang menjadi ‘kambing hitam’ untuk melaksanakan segala perancangan jahat Junaidi. Junaidi bijak menggunakan kesempatan ini diatas kelemahan Zahuri supaya dia dilihat bersih di mata mahasiswa.

Mahasiswa Pendidik dilaporkan telah bersedia untuk berhadapan dengan kepincangan proses PRK yang dijangka berlaku pada hari ini.

“kami telah bersedia dengan meletakkan wakil pemerhati di setiap lokasi ‘panas’, dan kami tidak akan biarkan mereka sewenang-wenangnya melanggar peraturan yang telah ditetapkan, kata Shahrul Hazri ketika dihubungi.” 

Mahasiswa UPSI mula mengundi


Tanjong Malim, 25 Sept. – Proses membuang undi (e-voting) bagi para mahasiswa UPSI bermula pada jam 9.00 pagi tadi. Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Zakaria Kasa telah membuka sistem online di pusat pengundian Dewan Sri Tanjong bagi membolehkan pusat pengundian yang lain turut beroperasi.

Mahasiswa boleh menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di beberapa pusat pengundian yang dibuka iaitu ;
1) Dewan Sri Tanjong
2) Bitarasiswa
3) Bangunan E-Learning
4) Dewan Kolej Za’ba
5) Dewan Kolej Ungko Omar, dan
6) Foyer Blok 2 KHAR

Dalam pada itu, pihak Upsikini dilaporkan bahawa pusat pengundian terutamya di Dewan Kolej Za’ba mengalami banyak masalah termasuk sistem online yang tergendala dan persiapan yang kurang sempurna.

Pihak Suruhanjaya dan Sekretariat yang telah dilantik diharap dapat menangani permasalahan yang berlaku ini bagi melicinkan proses pengundian yang sedang berlangsung.

September 24, 2012

MP ikrar pertahankan 'favourite vote'


Tanjong Malim, 24 Sept. – Mahasiswa Pendidik berjanji akan berusaha mengekalkan favourite vote atau undi popular yang dipegang mereka setiap kali pilihanraya kecuali pada tahun 2010.

Mereka berikrar akan berusaha sedaya upaya berkempen mendapatkan kepercayaan mahasiswa terhadap calon-calon yang dihantar bertanding pada pilihanraya kali ini.

“Kita akan gunakan masa yang ada untuk fokus kepada persiapan akhir sebelum proses membuang undi esok. Kami akan mencari strategi terbaik untuk menarik perhatian mahasiswa kerana kami optimis untuk mengekalkan undi majoriti pada kerusi umum, kata pengarah strategiknya ketika dihubungi.”

Dalam maklumat berkaitan, terdapat 3 wakil daripada Mahasiswa Pendidik akan bersaing merebut kerusi umum seperti yang tertera pada poster berikut;
 




'Raja Dangdut' guna jentera UMNO dalam PRK UPSI


Tanjong Malim, 21 Sept – Dato’ Paduka Dr Junaidi Abu Bakar , TNCHEP UPSI yang juga terkenal dengan panggilan DDj dikatakan menggunakan khidmat pemuda UMNO sebagai jentera Pro-Aspirasi dalam pilihanraya kali ini.

DDj yang kali pertama beraksi sebagai peneraju di UPSI akan menggunakan segala kuasa yang ada padanya untuk memastikan calon Aspirasi menyapu bersih kerusi MPP akan datang.

DDJ bersama jentera Aspirasi dan
Ketua Wanita UMNO dalam satu
program khas
DDj juga sanggup menggunakan taktir kotor sehingga sanggup mengeluarkan perkataan ‘semua halal untuk kemenangan’. Sikap DDj yang terlalu angkuh akan dibayar dengan sokongan dan undi mahasiswa dalam PRK nanti.

Rekod DDj yang rapat dengan pemimpin UMNO yang korup harus dijadikan sandaran perilakunya. Tambah pula gambar ‘jogetnya’ juga pernah didedahkan sebelum ini yang menyebabkan warga staff UPSI huru-hara.

Mahasiswa harus bijak menilai pemimpin yang akan mereka ikuti kerana setiap undi adalah saham kita. Kumpulan Aspirasi @ We Love UPSI adalah naungan DDj yang harus disingkirkan dalam PRK kali ini. Teruskan Perjuangan Mahasiswa.

Husnil akan perjuangkan kebajikan mahasiswa


Tanjong Malim, 24 Sept. – Calon Umum, saudari Husnil Khatimah Hussin berjanji akan berusaha sedaya mungkin untuk berjuang meletakkan kebajikan mahasiswa sebagai perkara utama apabila dipilih menjadi salah seorang penyandang kerusi kabinet MPP.
 
Dalam siri rapat umum yang dilalui, beliau kelihatan begitu yakin menyampaikan manifestonya kepada rakan mahasiswa lain yang akan membuang undi pada 25hb nanti.

“saya akan menjadi medium pengantara di antara mahasiswa dengan pihak pentadbiran untuk menyelesaikan masalah yang timbul kepada mahasiswa, katanya.”

Beliau merupakan satu-satunya calon Pro-M perempuan yang layak bertanding kerana seorang lagi calon Siti Nur Syuhada telah dibatalkan pencalonan semasa proses penamaan calon baru-baru ini.

Pertembungan pentas kempen antara Pro-M dan Pro Aspirasi meyaksikan gelombang kuning dan merah bagaikan minyak dan air yang tidak boleh bersatu kerana dasar perjuangan yang dibawa jauh berbeza.

Malam ini merupakan saat akhir bagi semua calon memikat hati mahasiswa yang akan membuat pengundian pada hari selasa (esok).



PRK UPSI nyawa Junaidi


Tanjong Malim, 24 Sept. – Keputusan pilihanraya kampus UPSI esok akan menjadi kayu ukur kepada bakal calon ahli parlimen Kuala Krai, Kelantan dalam pilihanraya umum ke-13 nanti, ikon Dangdut Junaidi Abu Bakar (TNCHEP).

Oleh kerana itu, ramai penganalisis politik melihat tindakan Junaidi mencantas enam orang calon Pro-M adalah sebagai perkara yang sudah dijangka. Junaidi sanggup melakukan apa sahaja asalkan Aspirasi dapat menguasai kabinet MPP.

Dalam maklumat berkaitan, Mahasiswa Pendidik diingatkan supaya terus perkemaskan jentera terutama pada hari pembunagan undi nanti. Maklumat awal yang diterima, Junaidi sekali lagi akan menggunakan taktik kotor untuk memanipulasi e-voting pada hari tersebut.

Melalui maklumat risikan yang diperolehi, Junaidi akan memenangkan semua calonnya dengan menyapu bersih 29 kerusi untuk membolehkannnya menjadi winable candidates di mata Pak Najib.

September 23, 2012

PRK: Lebih 100 mahasiswa dihalang kempen dikolej


Tanjong Malim, 23 Sept - Sekumpulan mahasiswa yang mewakili calon yang bertanding dalam PRK dilaporkan dihalang oleh pihak Kolej Aminuddin Baki (KAB) dan Kolej Za'ba ( KZ) dari memasuki kawasan kolej dan berkempen bagi calon mereka.

Tindakan tersebut dikatakan berlaku apabila lebih 100  mahasiswa berarak untuk memasuki kolej berkenaan bagi menjelaskan isu ketidakadilan dan 'double standard' pihak Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar pada kali ini.

Menurut sumber, pihak kolej telah menutup pintu pagar atas arahan Pengetua dan tidak membenarkan  kumpulan mahasiswa ini masuk berkempen.

Selain itu, mantan Bendahari Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUPSI), Fauzi Mando, turut dihalang dari memasuki kolej. Dia dilaporkan telah mengkritik pihak pentadbiran atas sikap tidak profesional dan 'double standard' tersebut. 

Katanya ''mengapa kami yang mempunyai kad matik dihalang masuk ke dalam kolej sedangkan ramai yang berada di kawasan kolej tidak mempunyai kad matrik pelajar. Kami ada bukti dan kami akan tuntut'.

Tindakan tersebut didakwa menjelaskan lagi sikap 'pilih kasih' dan 'double standard' pihak pentadbiran kolej dibawah pantauan TNCHEP, Dato Paduka Dr Junaidi Abu Bakar dalam menguruskan pilihan raya kampus.

Dalam hal berkaitan, sekumpulan mahasiswa sedang berkumpul di Bangunan E-learning sebelum berarak ke Canselori untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Suruhanjaya Pemilihan MPP 2012. 

Mahasiswa Pendidik hantar memorandum bantahan esok


Tanjong Malim, 23 Sept. – Mahasiswa Pendidik dilaporkan akan menyerahkan memorandum kepada Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai bantahan terhadap keraguan yang berlaku dalam proses penamaan calon pada 21 Sept. lalu.

Mereka dilaporkan akan menyerahkan memorandum tersebut kepada Sekretariat Pemilihan MPP yang bertanggungjawab menyelia sepanjang tempoh kempen berlangsung seperti termaktub di dalam peraturan kempen, Bahagian VI Perkara 25(1).

Memorandum tersebut diberi tempoh 12 jam oleh mereka supaya Naib Canselor, Ybhg. Prof. Dato’ Dr. Zakaria Kasa menjawab tuntutan berkenaan sebelum tindakan selanjutnya dilakukan.

Terdapat empat tuntutan yang terkandung di dalam memorandom tersebut adalah seperti berikut;

  1. Bersihkan Pilihanraya Kampus UPSI.
  2. Membersihkan Kredibiliti Suruhanjaya Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2012.
  3. Menuntut Proses Penamaan Calon Diadakan Semula.
  4. Menolak Campurtangan Dalaman dalam Pilihanraya Kampus

Dalam pada itu, Koordinator Mahasiswa Pendidik, Shahrul Hazri ketika dihubungi telah mengesahkan bahawa mereka akan menghantar memorandum pagi esok sebagai reaksi kepada ketidakadilan yang berlaku dalam proses penamaan calon sebelum ini.

“Kami akan menghantar memorandum kepada Ybhg. Dato’ Naib Canselor dan kita menunggu respon 12 jam daripada beliau, katanya.”

“Saya berharap Naib Canselor dapat memberikan kerjasama yang baik kepada kami supaya masalah ini dapat diselesaikan dengan cara baik, tambahnya lagi.”

Dalam hal berkaitan, mereka dijadualkan akan menyerahkan memorandum tersebut sekitar jam 9.30 pagi esok. 

September 22, 2012

Mahasiswa Pendidik isytihar 'perang'


Tanjong Malim, 22 Sept – Mahasiswa Pendidik hari ini mengisytiharkan 'perang' menghadapi  Pilihan Raya Kampus (PRK) disebabkan wujud kezaliman melampau dalam proses penamaan calon semalam.

Koordinator MP, Shahrul Hazri
Koordinator Mahasiswa Pendidik (MP), Shahrul Hazri menyatakan pihaknya tidak rela dengan perbuatan tersebut dan akan berusaha untuk mendapatkan hak mereka.

“Saya berjanji akan lakukan usaha yang termampu agar nasib kami terbela dek kelicikan musuh yang menggunakan kuasa 'ghaib' dan  berdepan dengan kami, katanya."

Ketika ditanya apakah perancangan MP selepas ini, beliau menjawab ‘permainan baru sahaja bermula, dan kami telah bersedia.’

“Kita akan gunakan pentas pidato untuk menerangkan kepada mahasiswa agar mereka mengetahui perkara sebenar yang berlaku, ujarnya lagi.”

Dalam hal berkaitan, calon  Pro-Aspirasi dilaporkan turut menerima bantahan menipu maklumat diborang  pencalonan yang mempunyai jawatan yang sama, dalam program yang sama, tetapi orangnya berlainan.

Namun mereka tidak digugurkan pencalonan. Ini adalah penipuan yang ketara yang sepatutnya dibasmi oleh jawatankuasa pemilihan. Tetapi bantahan tersebut diketepikan begitu sahaja.